" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Selasa, 26 Julai 2011
Surat Terbuka Untuk Lelaki
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian yang layak hanyalah untuk tuhan sekalian alam yang menjadikan diri kita hamba-Nya yang diberi kasih sayang dan belas kasihan yang tidak berbelah bagi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah membenihkan iman dan islam dalam jiwa-jiwa insan yang jahil seperti kita.
Setinggi kesyukuran buat Allah tuhan sekalian alam kerana masih lagi memberi kesempatan ruang dan peluang untuk menempa hari ini dan menjalankan segenap ketaatan sebaik yang mungkin pada Allah s.w.t. kali ini perkongsian berbentuk motivasi yang aku kira agak molek jika dikongsikan dengan sahabat-sahabat umumnya dan khususnya untuk diri aku sendiri yang mana ianya berkenaan perihal kata-kata yang aku perolehi dari sebuah buku yang berjudul “ Membina Peribadi Anggun “ yang dikarang oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.
Buku yang menghimpunkan pengalaman dan motivasi ini tiba-tiba memerangkap pandangan aku seketika untuk mem “belek” lembarannya sehelai demi sehelai. Bila tengok pada tajuk bukunya agak menggerunkan juga terutamanya untuk lelaki macam aku menyentuhnya jika ianya diluahkan dalam peghayatan fikiran yang pendek, tapi ianya bukan lah seperti apa yang aku sangkakan pada sudut pandang yang pertama tadi. Tak percaya boleh cuba dapatkan buku ini di pasaran.. (^_^)
Dari lembaran satu ke lembaran seterusnya buku ini aku “ selak “, hingga pada halaman 61 yang membuatkan hati aku terdetik untuk dikongsikan disini. Sekadar peringatan sekali lagi, blog yang bernama “ Tinta Harian “ ini adalah blog untuk aku lorekkan sesuatu yang memberi kesan pada hati dan jiwa aku yang mungkin boleh sama-sama mendapat manfaatnya dan ianya bukan lah sebuah dairy aku. Apa-apa pun, yang terbaik ianya untuk dijadikan amal bekal aku kelak jika ianya bermanfaat buat kalian dan aku..Amin.
Tulisan berbentuk surat ini beliau titipkan buat manusia yang bergelar lelaki dan ada baiknya juga untuk golongan wanita merenungkannya. Tulisannya dalam bentuk Surat Terbuka Untuk Lelaki :
Jangankan anda dan saya, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Tidak ada anehnya, sebab di situlah letaknya normal tidaknya seseorang lelaki. Itulah kita, sekuat mana pun kita, tanpa wanita siapalah kita.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam.a.s tetap rindukan seorang teman. Itu alangkan Nabi. Betapa kita tidak mahu mengakui kita amat memerlukan wanita disisi kita. Allah telah memberikan Nabi Adam a.s sebaik-baik teman – Siti Hawa. Allah juga mungkin telah memberi kita sebaik-baik teman iaitu isteri kita sekarang ini.
Kerana adanya wanita, kita ada seseorang untuk dipanggil isteri. Kerana adanya wanita, kita dilahirkan oleh seseorang yang boleh kita panggil ibu. Kalau rezeki kita baik, kita adaanak yang boleh dipanggil puteri. Mereka semua adalah wanita. Mereka menjadi penyeri kepada kehidupan kita.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau kita sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin kita mampu hendak meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Wanita diperlukan, tetapi kejadian mereka yang berbeza dengan struktur tubuh kita, menjadikan wanita unik dan istimewa. Menjadi tanggungjawab kita meluruskan mereka. Dengan apa? Dengan harta, dengan kedudukan, dengan pangkat atau nama? Semuanya itu mungkin selagi meniti di atas petunjuk ILAHI.
Didiklah wanita dengan panduan daipada-NYA. Isteri bukan untuk dizalimi, bukan juga untuk diperhambakan. Ibu bukan untuk dipersia tetapi untuk dihormati dan diagungkan, sesuai dengan jasa dan kedudukannya terhadap kita. Anak gadis untuk dipelihara, dilindungi dan diberi keselesaaan hidup semampu kita. Mereka semua adalah teman untuk perjuangan hidup kita. Tatkala kita sudah tidak berupaya, merekalah yang kita dambakan, tatkala kita berkuasa sudah sepatutnya mereka kita lindungi.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya untuk menundukkan wanita. Maka untuk memperkenalkan mereka kepada Allah, kita sendiri perlu lebih dahulu kenal dengan-NYA. Allah adalah tempat untuk mengadu. Kita ambil seorang isteri atas kalimah Allah, dia adalah amanah untuk kita pelihara dan jaga.
Jika akalnya senipis rambjut, tebalkan dengan ilmu. Jika hatinyaseparuh kaca, kuatkan dengan iman. Jika perasaannya selembut sutera, hiasilah dengan akhlak dan kasih sayang. Suburkanlah keana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan.
Tanpa ilmu, iman, akhlak, dan kasih sayang, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Di situlah hebatnya wanita yang perlu kita ketahui.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Bila mereka derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Wahai lelaki, jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri kepada-NYA. Jinakkan segala-galanya di bawah pimpinana kita.
Akhir kata, jangan bandingkan isteri anda dengan Siti Fatimah, kalau anda belum seperti Sayidina Ali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan