Rabu, 20 Julai 2011

KITA SENTIASA BERALASAN!!!!!!




Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah.. pertamanya syukur aku ucapkan kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan aku kesempatan rung dan peluang untuk melorekkan sesuatu di dada blog ini. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahkan sesuatu yang amat bernilai buat kita semua selama ini iaitu nikmat Iman dan islam yang terletak jauh di dasar hati sanubari kita. Selawat dan salam buat rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini perkongsian yang ingin aku keutarakan adalah berkenaan sesuatu yang sering kita lakukan samada sedar atau tidak yang lahir dari peribadi kita selaku insan yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, sesungguhnya dalam kita melangsungkan kehidupan kita selaku khalifah dan hamba Ilahi, sudah pasti akan lahirnya juga silap dan salah dalam kita mentaati perintah Allah s.w.t, sungguh amanah itu amat berat apatah lagi kita telah dipikulkan oleh Allah s.w.t dengan dua amanah iaitu sebagai khalifah dibumi dan juga Hamba-Nya.

Teringat aku akan satu artikel yang aku sempat tengok yang tersimpan kukuh dalam laptop aku selama ini. sudah menjadi kebiasaan untuk aku menyimpan sesuatu yang aku kira ianya bermanfaat untuk aku ambil renungan dan ikhtibar serta berkongsi dengan sahabat-sahabt semua dimana Pernah suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, Soalan pertama;

"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali
Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.

Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu
membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,

"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.

Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,

"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan keenam adalah,

"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...

Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sedar atau tidak sebenarnya kita sering beralasan atas apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita selama ini. Andai kata kita tidak berjaya melaksanakannya dengan baik maka kita katakana ianya disebabkan itu dan ini lantas langsung tidak menunding jari pada diri sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar kan setiap jawapan yang kita nyatakan sebagai alasan itu sedikit sebanyak akan melunturkan warna-warna kebahagiaan dan pengharapan dalam diri mereka sekeliling kita kepada kita.

Bayangkan sahabat-sahabat, itu adalah antara kita dengan maanusia apatah lagi kita dengan raja dan pemerintah yang amat kita kagumi. Sudah pasti kita tidak mahu langsung melukakan hati mereka bukan?, bahkan kalau boleh setiap perbuatan dan perkara yang kita lakukan sering mendapat perhatian dan kasih sayang dari mereka kerana mereka adalah insan yang amat penting dalam kehidupan kita. Dengan mereka kita dapat merasai akan keharmonian dalam masyarakat, meningkatkan lagi taraf kehidupan kita dari miskin kepada kaya dan sebagainya.

Tapi cuba kita selami balik akan gambaran perilaku kita selama ini dengan tuhan pencipta kita. Tuhan yang menjadikan kita dan semua makhluk dan alam semesta ini. Adakah kita lupa bahawa Allah s.w.t lebih hebat dan berkuasa dari raja dan pemerintah. Sedangkan kita diberi kemudahan dan kelonggaran untuk kita berbicara dengan Allah s.w.t selaku tuhan sekalian alam dalam solat yang hanya bukan sekali dalam seumur hidup yang bukan sekali dalam setahun, sebulan atau sehari. Tapi kasihnya Allah s.w.t kepada kita dengan membenarkan kita berjumpanya 5 kali sehari.

Cuba bayangkan adakah selama ini kita kita hidup dengan sendiri tanpa mendapat bantuan dari mana-mana? Sudah pasti tidak, kerana disaat kita kesunyian Allah s.w.t hadirkan seseorang dalam hidup kita untuk menenangkan dan menghiburkan kita, disaat kita gembira Allah s.w.t turut hadirkan seseorang untuk membolehkan kita berkongsi kegembiraan kita untuk lebih menggembirakan kita. sedarkah kita akan itu semua. Aku rasa tidak cukup dengan itu bahkan Allah s.w.t turut kirimkan kita udara, makanan, air, raja, pemerintah baik, keluarga, kawan-kawan, islam, iman dan sebagainya untuk kita gunakan sepenuhnya buat bekalan di dunia dan bekalan untuk menempah hari kelak.

Sepatutnya kita kena tahu dalam seharian kita Allah ada bersama kita, Allah sering memerhatikan kita , Allah juga menjaga kita dan buktinya Allah benarkan jatung kita berdenyut seperti biasa, Allah membenarkan rezeki datnag pada kita, Allah membenarkan kita sujud untuk berjumpanya.

Sahabat-sahabat, kiranya sedih juga hati kita dikala ada manusia yang sering beralasan dengan menyatakan “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan”.

Sesibuk mana kita mengejar dunia ini kita kena ingat bahawa kesibukan yang melanda diri kita adalah berpunca dari kehendak nafsu kita yang ingin mengejar segala-galanya sehingga menyebabkan diri kita sibuk. Sedangkan Kekayaan itu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi Baginda sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Allah. Adakah kita sibuk sangat?

Ada juga segelintir dari kita menyatakan “Aku adalah seorang hamba (pekerja) dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu”.

Sedarkah kita akan tugas sebenar kita kepada Allah s.w.t adalah selaku khalifah dan Hamba-Nya, bahkan mengapa kita sengaja membina alasan yang sehina itu untuk kita lari dari tanggungjawab kita selama ini iaitu tanggungjawab mengabdikan diri pada Allah sedangkan Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadap Allah. Sedangkan Nabi yang dijanjikan syurga itu beribadat apatah lagi kita..

Tidak pula kurangnya yang menyatakan “Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu”

Sesungguhnya kemiskinan adalah alasan yang dhaif sekali untuk tidak beribadat kepada Allah. Mana tidaknya, kemiskinan itu perawat jiwa buat mereka yang mengerti dan juga merupakan rasa yang dirasakan oleh Baginda Muhammad s.a.w. kemiskinan bukan untuk dihina tetapi untuk kita bersyukur kerana dari kemiskinan inilah akan lahir satu perasaan keihklasan dalam mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah. Bahkan dikalangan ahli sufi menyatakan bahawa kemiskinan ini adalah bukti Allah kasih kepada kita dan ingin diberi pahala kepada kita. Dengan kesakitan yang dirasa dari kemiskinan itu memberi peluang untuk kita bersabar dan mengadu pada Allah dengan kesabaran dan pengaduan yang luar biasa dari mereka yang lain, maka lahirnya perasaan ini sebenarnya boleh membawa kita ikhlas pada Allah dalam setiap kerja yang dilakukan. Kemiskinan yang dirasai tidaklah semiskin sebagaimana Nabi Isa a.s dan baginda mengabaikan tanggungjawabnya pada Allah.

Ada juga yang beralasan dengan alasan “Penyakit inilah menghalang aku dari melakukan suhud terhadapMu”.

Setiap penyakit dan penawarnya itu adalah dari Allah s.w.t dan sudah kah kita lupa akan bahawa Penyakit itu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh Nabi Ayub a.s yang mulia tetapi lidah dah hati baginda sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan akan nama Allah s.w.t. Adakah kita seteruk baginda? Andai kata sakitnya itu boleh membawa maut, tidakkah seharusnya kita memperbanyakkan ibadat pada Allah s.w.t agar Allah s.w.t mengambil kita dalam keadaan yang bersih dari segala dosa.

Sahabat-sahabat, seharusnya kita semua harus kuat dalam menempuh kehidupan ini. kuat disini bukanlah kuat dari segi fizikal tapi kuat disini dari segi kebergantung harapan pada Allah s.w.t dalam segenap kehidupan kita. Tidak pernahkah kita banyangkan akan penghidupan kita ini dipenuhi dan dikelilingi dengan hukum-hakam islam, peraturan-peraturan islam dan hidupnya roh-roh islam di bumi tempat tinggal kita. Sudah pasti kebahagiaan dan sakinah akan kita perolehi. Berdoa da terus berdoalah untuk memupuk hati kita agar ikhlas dalam setiap gerak laku seharian kita hanya untuk Allah serta berdoalah agar dunia ini dipindahkan dari hati kepada genggaman kita..

InsyaAllah, kelak kita kan menangis kegembiraan disaat dapat berjumpa dan menatap muka kekasih kita iaitu Muhammad s.a.w dan disaat itu baginda s.a.w juga mengenali kita dan mengikhtiraf kita ummatnya dan Allah mengikhtiraf kita Hamba-Nya. Aku kira ini sudah cukup buat kita gembira dihari sana.

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT,

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT,

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT,

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung dengan Allah SWT,

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada dan qadarNya,

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan menanamkan kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Tiada ulasan: