" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Rabu, 6 Julai 2011
Si Ayah Tua
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah.. Dulu, kini dan selamanya dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t diatas anugerah nikmat yang diberikan kepada kita. Selawat dan salam buat rasul terakhir junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w..
Setelah sekian lama menyepi dalam ruangan blog ini membuat jari aku agak kekok dalam mematut papan kekunci laptop, idea aku juga lesu dan kaku, dan mindaku lari entah kemana. Entah apa yang dapat aku kongsi disini pun aku tidak tahu lagi… (^_^).
Apa-apa pun, nak juga aku katakan sesuatu disini. Kata-kata yang mampu aku ukirkan disini adalah kata-kata mainan minda diatas pengalaman dan penyaksian otak dalam mengekspress dan mengadaptasikan gambaran persekitaran dalam ruang lingkup kehidupan yang aku alami. Kadang-kadang ianya tidak tersusun, maka untuk penyusunannya itu perlukan sedikit masa mengatur dan menjejak khabaran igauan memori lama yang lama tidak dijejak dan disusun.
Kali ni minda aku terbang mencari kisah si tua yang bergelar ayah dalam mengharungi bahtera kehidupan dizaman mudanya untuk mengecapi kejayaan dalam kehidupannya. Kisah yang telah diceritakan kepada aku disaat berumur 12 tahun, dan kisah yang membuat aku ingin merasai seperimana dia merasai. Kerana terlalu lama tidak cuba untuk mengingati akan kisah ini membuat aku lesu dan kaku seketika..
Kisah ini bermula di saat kanak-kanak dia, dia mempunyai seorang ayah yang penyayang yang sangat taat ibadatnya pada Allah s.w.t dan sering mengajar kitab-kitab disurau di kampung sabak suatu masa dahulu. Ayahnya seorang ang amat dikagumi orang dan kaum kerabat kerana ketinggian ilmu agama dan “masin mulutnya” dalam berkata sesuatu.
Begitulah bilamana kita dekat dengan Allah maka, Allah akan dekat dengan kita. Segala didikan agama telah si ayah berikan kan sekarang si anak ini pula memlilih haluan kehidupan sendiri. Si ayah membuka pilihan kepada anaknya samaada hendak terus mendalam agama ataupun mendalami ilmu dunia, pilihan yang telah Allah s.w.t tetapkan pada si anak ini adalah mendalami ilmu dunia. Si anak ini bercita-cita untuk menjadi seorang guru.
Dia mendapat perlepasan untuk berada di sekolah sehingga ke sekolah menengah iaitu maktab perguruan, dan aku dikhabarkan bahawa dizaman itu kelulusan sekolah menengah seperti kelulusan ijazah pada zaman sekarang, dan dia berjaya lulus dengan baik. Pernah diceritakan kepada aku dimana dia pernah menghasilkan karya-karya puisi, pantun dan sebagainya berbuku-buku dan pernah disiarkan dalam akhbar kanak-kanak dizaman dia. Di atas minat itulah dia memilih untuk menjadi cikgu matematik dan cikgu bahasa Malaysia.
Sewaktu dia menuntut ilmu di maktab perguruan, dia tidak seperti pelajar yang lain, yang mana makan dan minumnya boleh dibeli, manakala dia hanya makan kepala roti yang tidak disukai pelanggang di mana-mana gerai makan, itulah makanan dia sehari-hari, dengan berbekalkan sisa roti dan lampu jalan raya lah dia hidup dan mentelaah pelajaran kerana ketiadaan duit untuk membeli minyak tanah dan makanan. Dia berkata kepada aku bahawa gembiranya budak-budak sekarang pergi belajar ilmu disekolah yang tidak mengalami seperti dia alami suatu ketika dahulu, tapi rata-rata budak-budak sekarang tidak memperdulikan dan mensyukurikan itu semua.
Dia juga menceritakan jarak tempat belajarnya sejauh 2 batu. Dengan berbekalkan kesihatan tubuh badan, dia berjalan sejauh 2 batu dan aku dimaklumkan bahawa dia perlu bersiap sebelum azan subuh, dan selepas solat subuh, dia terus berjalan ke sekolah dan dijangka sampai tepat waktu masuk kelas. Dia adalah antara pelajar yang aktif dalam persembahan pidato, syair dan sajak juga, bahkan merupakan murid kesanyangan para guru. Kadang-kadang aku terfikir, Maha adilnya Allah mengurangkan sesuatu dengan melebihkan sesuatu.
Selepas itu dia menasihatkan aku agar menghormati guru, kerana gurulah merupakan ibubapa yang kedua buat kita, jangan malas belajar kerana kesenangan belajar sudah terbentang luas sekarang dihadapan kita dan ianya tidak seperti dizaman dahulu dimana, ilmu perlu di cari dengan mengemara dan pengorbanan yang besar dan jangan kita lawab cakap ibu bapa.
Sedar tidak sedar aku mataku membuah air disaat itu. mungkin sahabat-sahabat tidak dapat merai dalam tulisan ini tapi penceritaan pengalaman hidup si tua yang dah bergelar ayah ini menggores hati ku. Dalam fikiran aku saat itu yang masih bermain-main dalam kepala aku adalah mengapa dia menceritakan kisah hidupnya pada aku? Adakah dia kecewa dengan sikap anak-anaknya selama ini? adakah dia ingin menasihati aku? Adakah dia ingin menyuntukkan semangat buat aku? Atau adakah ini merupakan kekuatannya selama ini yang terselindung dalam jasad tuanya itu?..
Entah lah semua itu persoalan yang hanya tinggal persoalan yang bermain-main dikepala. Andai aku punya kuasa akan aku sampaikan pada anak-anaknya yang lain akan kisah hidup dia, agar si anak akan lebih mengerti hakikat kehidupan si ayah disebalik kedut-kedut tua keras diwajahnya. Aku harapkan agar si anak telah mengetahui akan kisah ini sebelum Allah s.w.t menjemputnya dan aku doakan agar si ayah berada dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah serta dipayungi oleh rahmat Allah s.w.t…
Amin ya Rabb insyaAllah…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan