Isnin, 11 Julai 2011

CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN




Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang
positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam
memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang
teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin
kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara
persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia
memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah
bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari
kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis
yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat
tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik
meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah
berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling
memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani
meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi
hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya
di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa
yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya)
di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika
hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka
adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika
bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).

Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang
muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan
mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa
dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa,
mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari
semua itu adalah tidak lain
untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan
ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana
Allah SWT.

Tiada ulasan: