" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Rabu, 6 Julai 2011
Kisah Dia
Assalamu’alaikum…
Alahamdulillah, setelah sekian lama jari aku tidak melakukan senaman, akhirnya Allah s.w.t masih kurniakan aku anugerah masa, ruang dan peluang untuk menitipkan sesuatu untuk perkongsian yang mungkin berlaku di pandangan insan yang kerdil ini. Setelah hampir berbilang bulan blog ini tidak di update akhirnya ianya dapat dihidupkan kembali..
Kali ini celoteh berbentuk perkongsian ini adalah juga berkenaan satu kisah yang telah diperlihatkan dan diperdengarkan kepada aku akan pengalaman hidup seorang yang aku kenali. Moga warna coretan hidup dia dapat kita renungkan.
Kisah ini berlaku di waktu petang, disaat aku dan sahabat aku ini berada di Tanam Tengku Anis. Yelah melepak ni kadang-kadang menjadi salah satu kebiasaan aku dengan kawan-kawan setelah lama tidak berjumpa maklumlah sama-sama masih belajar. Dalam pertemuan itu kami berkongsi pengalaman hidup masing-masing, dan biasalah dia yang menjadi sasaran persoalan aku. Dia seorang yang baik budaknya bak kata orang Kelantan “ore juruh”.
Teringat aku akan kesusahan kehidupannya diwaktu sekolah rendah lagi. Disaat itu aku dengan dia satu kelas iaitu kelas Kuning di Sekolah Kebangsaan Parang Putting, maklum lah kami tidaklah pandai sangat nak berada dalam kelas merah iaitu kelas pertama, dapat kelas ke-2 pun kira jadilah. Pada mulanya aku lihat dia nih nakal kat sekolah, boleh dikatakan “meto, babil, bengong” juga la kat sekolah dulu.
Bukti kedegilan dan kenakalan dia, pernah dia pecah kepala kerana jatuh dari kerusi batu sewaktu berlari-0 diatasnya dan setiap hari pasti nama dia naik kat guru besar.
Tapi perlakuannya dia terus berubah secara drastik semasa PIBG sekolah semasa di darjah 6, dimana guru kelas menceritakan segala kesilapanya pada ibunya. Selepas PIBG, ibunya senyap tidak bercakap, dia merasakan bersalah dan berjanji tidak akan nakal lagi di sekolah dan disaat itulah air mata seorang ibu bercucuran jatuh kerana kesedihan dan mungkin kasih sayang.
Sahabat-sahabat, sering kita dengar ibu yang baik dapat mencurahkan segala kasih sayang pada anak-anaknya, mencurahkan segala yang terbaik pada anak-anak, mendidik segala yang terbaik untuk anak-anak bagi kebahagian anaknya di dunia dan di akhirat. Dalam lamunan aku terfikir sekejap, apakah cara didikan yang telah ibu sahabat aku bina dalam diri sahabat aku ini? yelah mendidik anak dengan kasih sayang, namun jawapan belum aku temui lagi.
Sejak daripada itu, dia menjadi seorang pendiam didalam kelas hingglah UPSR. Persahabatan aku dengan dia bukan berakhir disitu, aku sekali lagi dijodohkan sekelas dengan dia di kelas ujung (p/s : maklumlah peulis ini pun bukan pandai sangat belajar… (^_^)). Terus aku tanya dia mengapa dia tak join budak-budak samseng kat sekolah, jawapan dia 1 je dia sayang mak dia. Memang betul lah, aku tidak pernah nampak dia terlibat dalam kumpulan-kumpulan ini di sekolah menengah.
Bahkan dia kat sekolah makan keropok lekor 1 atau 2 batang sahaja itupun jarang-jarang dan apabila ditanye mengapatidak makan, dia kata dah makan sedangkan sebenarnya dia menyimpan duit untuk beli peralatan-peralatan sekolahnya. Pernah satu hari semasa di tingkatan 3, cikgu ada mensyorkan satu buku untuk dijadikan rujukan dan ulangkaji berbentuk latihan, boleh dikatakan semua budak kelas beli dan dia seorang sahaja tidak membelinya, dia kata sedih 2 tak buleh nak cakaplah, orang lain boleh belajar dengan sempurna dengan bahan-bahan rujukan tapi dia tidak dapat. Mungkin inilah hikmahnya, bila dia tak ada buku rujukan, semangat dia untuk belajar lebih dari orang lain pun tinggi dengan alasan, takpe lah mereka sebab mereka ada buku rujukan, sedangkan aku ada nota sahaja.
Semasa dia mengawasi perpustakaan sambil membaca, tiba-tiba datang senior yang membawa buku latihan matematik PMR dua biji, dan dia pun menghadiahkan pada sahabatku ini. suka bukan kepalanglah sahabat aku ini setelah ada buku latihan, dalam buku itu dia buat latihan dari muka kemuka, sehingga habis dia menyapuh kembali contenan yang dibuatnya dahulu untuk dibuat balik. Begitulah ulangan yang dibuatnya sehingga hilang petak nombor soalan yang tercetak. Aku bertanye lagi, ngapa tak conteng jer dalam kertas ke? Dia kata, nk guna kertas mesti pakai duit. Jadi itu jelah yang termampu dia buat, bahkan kadang-kadang dia rasa sedih juga kerana itu je yang mampu dia gunakan untuk belajar. Akhirnya pada percubaan PMR dia mendapat markah paling tinggi di dalam sekolah untuk markah Matematik dan Sains dengan mengalahkan budak kelas pertama dan kelas-kelas yang lain. Dia juga diminta cikgu matematik untuk mengajar rakan-rakannya matematik didalam kelas.
Kelas intensif telah diaturkan oleh pihak sekolah bagi memastikan grad pencapaian meningkat. Maka sahabat aku ini diletakkan dalam golongan yang selayak dengan dia, dia ditempatkan di kelas intensif cemerlang, dia katakana pada aku yang dia tidak selesa berada dalam kelas itu kerana dia seorang sahaja kelas hujung berada di situ dan kelas itu sudah semestinyelah dipenuhi dengan pelajar-pelajar kelas pertama. Dia keseorangan, maklumlah kita nih kelas tercorot tak aka nada yang nak dekat pada kita, begitulah kata sahabat aku ini. dikatakan lagi semasa dalam kelas intensif, cikgu ada memberi soalan-soalan past year untuk dijawab dalam masa 1 jam, yang cukup sahabat aku sakit hati ialah, solan itu dia dapat habis kan dalam masa 20 minit sahaja kerana dia dapat menjawab semuanya dan sudah pun menyemak beberapa kali kertas jawapan itu. Cikgu yang mengajar merasa pelik lalu memerli sahabat aku nih dengan kata-kata yang tak sepatutnya dia dapat dengan membanding-bandingkan anak murid. Aku akui sahabat aku ini memang pandai, tengok dah dapat taw jawapan bahkan matematik pun dia main kira dalam otak jer.
Sejak dari kes itu semangat belajarnya hilang sedikit demi sedikit dan keputusan PMR pun xmemberangsangkan, tapi disebabkan prestasi dia sangat cemerlang ketika tryer PMR, maka dia diletakkan dalam kelas tingkatan 4 yang pertama iaitu 4sains1. Terus dia mencari guru-guru yang mengaja dia di kelas yang tercorok untuk mengucapkan terima kasih. Aku pun kadang-kaang naik hairan macam ne dia yang tidak berkelayakkan masuk kelas pertama dapat masuk, yang aku tahu itu adalah percaturan dan pilihan Allah dalam jalan kehidupannya. Dia belajar bersungguh-sungguh selepas itu dan dia sering mendapat tempat pertama dan kedua dalam kelasnya dan menjadi murid kesanyangan gurunya.
Sedar tidak sedar, jam pun dah menunjukkan pukul 6.45 petang, langit pun makin gelap, maka pertemuan aku dengan sahabat lama aku itu pun berakhir dengan penuh tanda tanya pada fikiran aku. Moga-moga perkongsian ini dapat ikhtibar khusunya buat aku yang sering lalai dalam mensyukuri dan meredhoi segala percaturan yang Allah s.w.t aturkan. Sesungguhnya, Maha suci Allah tuhan yang menjadikan segala sesuatu tanpa segala sesuatu itu minta dan memmohon pada-Nya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan