" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Isnin, 11 Julai 2011
Akan Aku Tunggu Kebangkitanmu.
Bangkitlah wahai sahabatku…
Sesungguhnya kebangkitan mu itu kebangkitan islam…
Bangkitlah wahai perindu ilahi…
Sesungguhnya kebangkitan mu membawa erti….
Tiada dugaan tiada iman….
Itulah yang telah dijanjikan….
Kesabaran separuh daripada iman…
Itulah yang telah diwasiatkan…
Dirimu hebat wahai sahabatku…
Suntiklah semula semangat perkasamu…
Dirimu ibarat harimau di rimba…
Sudahku lihat kegagahan mu itu…
Akan ku tunggu kebangkitan mu…
Dalam sabar doa ku utuskan…
Buat mereka yang bergelas sahabat…
Kerana kita sejiwa walaupun 2 jasad berbeza…
Akan ku tunggu kebangkitan mu…
Untuk Allah akan ku jaga tali ukhuwah ini…
Untuk Allah akan ku simpulkan kembali tali ini…
Untuk Allah akan ku betulkan apa yang kurang….
Bangkitlah sahabat demi Islam…
Usah ditagih kesan yang lalu…
Biarkan ia dimamah waktu…
Kerana kita perlu bersatu…
Bersatu teguh bercerai roboh…
Pesan dahulu buat yang kemudian…
Hati tulus dalam ukhuwah…
Menempah ujian datang menimpa..
Ayuh bangkit kita bersama…
Menghilang sakit segala yang ada…
Menyerah diri buat yang berkuasa…
Agar tetap berdiri kukuh buat yang Esa…
Akan aku tunggu kebangkitanmu…
Bersama berjalan merempuh dunia…
Mengharap kasih cinta Ilahi…
Jalinan ukhuwah jalinan abadi…
Hingga ke jannah sana… InyaAllah… InsyaAllah… InsyaAllah…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan