Khamis, 30 September 2010

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.

Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.
Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).
Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.

Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.
Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
(copy: Isn, 20 Sep 2010 09:57 | Ratu Imtihan | Editor: aeyie® )

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.

Assalamu'alaikum

Assalamu’alaikum….

Setelah sekian lama tak mengupdate blog aku…. Selama itu jugalah pelbagai dugaan, pengalaman, dan segala-galanyayang aku lalui membuka lembaran baru dalam kamus hidup aku…. Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t, tuhan sekalian Alam semesta yang tidak ada sekutu bagiNya, yang Maha penyayang dan Lagi Maha Mengasihani terhadap makhlukNya, Tuhan yang tunggal dan Esa, Tuhan yang Maha Pengampun serta Maha menerima Taubat dari HambaNya yang Berdosa… Jua kerana Allah s.w.t, dengan rahmatnya dapat sekali lagi jari jemari aku menitip sesuatu dalam blog aku ini…

Sebenarnya tiada apa yang ingin aku nyatakan disini melainkan pengalaman dan renungan yang mungkin kalian boleh pakai atau pn tidak… Sebenarnya dan sememangnya Pelbagai pengalaman baru dalam hidup kini kadang-kadang membuat hati menjadi resah, jiwa menjadi lemah, langkah menjadi sempit, fikiran menenui kebuntuan, tapi semua itu adalah sebenarnya proses pentarbiahan dan Proses penapisan Allah s.w.t kepada kita… Ia juga sebenarnya rahmat Allah s.w.t, mungkin Allah s.w.t menguji sedemikan kepada kita adalah untuk kita kembali kepada-Nya dan seterusnya InsyaAllah mendapat surga-Nya… jadi bukan kan itu adalah satu Rahmat!!

Kadang-kadang mungkin pergolakkan jiwa berlaku, mungkin hati merasakan kekosongan dan sebagainya… tapi kalau direnungkan semula keadaan diri di saat itu adakah dalam keadaan mengingati Allah s.w.t atau tidak???.. mengingati Allah s.w.t adalah bukan sahaja menyebut nama Allah s.w.t, tapi meresapi Keagungan nama Allah s.w.t itu dalam jiwa kita dengan menghambakan diri, menundukkan keangkuhan diri, melebarkan ketaatan kepada Allah s.w.t… Dalam kekeruhan jiwa itu lah sebenarnya diri terlupa sejenak tentang Allah s.w.t… kita juga mungkin terlupa akan orang dan persekitaran sekeliling kita dan apa yang kita tahu adalah perasaan yang melayang-layang, perasaan keseronokkan, perasaan sedih, perasaan keakuan dan sebagainya... dan sesungguhnya memang susah dan sukar untuk diungkapkan apa yang ada di hati, sedemikian juga lah susah dan sukarnya untuk menjaga hati dari bermaksiatkan Allah s.w.t… maka disamping berusaha menjaga hati, pembinanaan keyakinan pada-Nya juga seharusnya seiring…

Ayuh bina keyakinan yang utuh pada Allah s.w.t bersama-sama, agar disaat diuji diri tidak lupa Allah s.w.t, jadikan nama Allah s.w.t itu adalah sumber kekuatan diri, dan dengan mengingati Allah s.w.t lah kemulian diri terangkat di sisi Allah s.w.t dan juga disisi Makhluk-Nya… Sesungguhnya beruntung lah mereka yang dipandang Allah s.w.t dengan Pandangan Rahmat-Nya dan teramat rugilah jika nafsu mengepalai jasad…

Ya Allah,
Sesungguhnya jiwa , hati , fikiran, pergerakkan, ilmu dan segala-galanya berada dibawah pengawasan-Mu,

Maka Ya Allah Engkau kayalah jiwa ku dengan itu dengan kebesaran nama-Mu, Engkau jagalah hatiku daripada terus bermaksiatkan-Mu dan sematlah keutuhan nama-Mu padanya, Engkau titiplah fikiran aku ini dengan kewarasan yang mampu membawa kepada-Mu, Engkau luruskan lah langkah ku ini pada jalan-Mu agar tidak akan ku berpatah balik dari mendekati-Mu dan Ya Rabb, Engkau jagalah juga ilmuku agar segala ilmu yang direrolehi dapat membawa jiwa,hati,fikiran,dan pergerakkan ku lebih dekat pada-Mu…

Ya Allah biarlah segala-galanya dalam lapangan hidup ku ini dapat membawa aku dekat pada-Mu, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan ku dan cukuplah bagi ku hanya Allah s.w.t dihati ku ….

Ku bisikkan kerinduan ini, lantaran hakikat kehidupan ini trkadang amat gentir utk dilalui amat perit utk ditempuhi.. bukanlah mudah utk memujuk hati agar tersenyum menitis khabar agar hening menyambut resah, redha walau disebalik susah… namun mujurlkah bila bibir, lidah, jiwa, hati dan perasaan membisikkan kerinduan ini… segala kesakitan terpadam segala keperitan un menghilamnng… hati ku kini tenang, hati ku kini damai kerna yang ku dambarkan hanyalah cinta pada Tuhan…….
Moga-moga kita kembali kepada Fitrah setelah Melalui pentarbiahan Ramadhan… dan dalam kesempatan ini aku rasa belum terlambat untuk ku ucapkan selamat menyambuat hari raya Fitrah… Mohon segala kemaafan dari kesilapan samada zahir mahu pun Batin….