Ahad, 19 Disember 2010

Selamat Tahun Baru Islam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t tuhan sekalian alam semesta. Yang menjadikan burung berterbangan tanpa jatuh, yang menggangtungkan langit tanpa bertiang, yang menjadikan manusia tanpa manusia itu sendiri meminta,memohon dan berdoa untuk dijadikan dan yang menjadikan penunjuk jalan keimanan buat mereka yang celik iaitu Muhammad s.a.w.

Selawat dan salam keatas Rasul junjungan yang kita cintai iaitu Muhammad s.a.w. Kemuliaan Baginda s.a.w dalam perjuangan untuk menyampaikan risalah dakwah kepada umat manusia amat berkesan dan berbekas sehinggalah ianya boleh menembusi ribuan bahka ratusan ribuan sanubari manusia dengan risahnya itu. Sesungghnya amat besar pengorbanan dan amat payah perjuangan Baginda s.a.w berbanding dengan kita sekarang ini.

Salam ceria dan salam pertemuan kembali diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca blog ini. Sempena tahun baru Hijjrah ini marilah sama-sama kita membina satu strtegik untuk menambahkan pahala yang sedia ada dan mengurangkan dosa yang juga sedia ada dengan kita selama ini. Bilamana kita sentuh bab hijjrah ini terus terbayang diminda penulis sekarang akan kisah penghijjrahan Baginda s.aw dari kota Mekah ke kota Madinah. Sesungguhnya konsep hijjrah ini sebenarnya luas dan tidak hanya focus kepada penghijjrahan dari tempat ke tempat lain, tapi ianya adalah penghijjrahan daripada keadaan buruk kepada keadaan yang lebih baik dan yang diredhai-Nya.




Begitu juga dengan penubuhan blog ini. Ianya juga salah satu bentuk penghijjrahan penulis lakukan daripada langsung tidak menulis kepada menulis dan ianya tidak lain dan tidak bukan adalah sekadar perkongsian dan cacatan peribadi semata-mata serta sebagai lapangan ilmu untuk diri sendiri khususnya dan sahabat-sahabat umumnya. Sebenarnya banyak lagi yang perlu diri ini perbaiki dari segi penulisannya maklumlah bukan dari jurusan yang lebih fokus kepada penulisan. Semoga cacatan di dalam blog ini boleh melorekkan sesuatu dihati para pembaca dan itu sebenarnya sudah cukup dan telah mencapai matlamat sebenar pewujudan blog ini dan ianya juga sudah memadai jika tulisan yang diukir dalam blog ini dapat membawa sahabat-sahabat berfikir sejenak tentang Kebesaran dan Keagungan Allah s.w.t.

Memang lumrah kehidupan manusia biasa yang tidak maksum ini. Kadang-kadang samaada perasan atau tidak kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Teringat sekejap akan kisah dimana Baginda s.a.w memberi nasihat kepada seorang lelaki yang datang untuk meninta nasihat dari Baginda s.a.w, maka Baginda s.a.w pun berkata: “Apabila engkau hendak melakukan sesuatu, maka kajilah akibatnya. Kalau sekiranya elok maka teruskan. Kalau sekiranya buruk maka hentikanlah.” Sebegitu juga kepada diri penulis sendiri, jika penulisan ini membawa kepada keburukkan tegurlah agar ianya tidak merebak kearah yang buruk dan semoga Allah s.w.t Merahmati mereka yang melakukan amar makruf nahi mungkar ini.

Akhir kata, Sekamat Tahun Baru Hijjrah yang ke 1432 Hijjrah dan moga-moga di tahun baru ini ibadah kita kepada Allah s.w.t bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.. Amin..

W’salam…

Tiada ulasan: