Ahad, 19 Disember 2010

Baginda s.a.w dengan Orang Kafir


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah… Dulu, kini dan selamanya marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepada kita selama ini. Sungguh Tinggi ke Agung dan Kebesaran Mu Ya Allah, yang telah memperlihatkan kepada kami semua akan ciptaan-Mu. Engkaulah yang menjadikan gunung sebagai pasak langit, yang menjadikan manusia tanpa manusia itu meminta dan lantas memuliakannya dari makhluk ciptaan-Mu yang lain dan menurunkan bimbingan-Mu melalui batang tubuh sang manusia yang Mulia iaitu Baginda Rasulullah s.a.w untuk sekalian makhluk dan hamba-Mu untuk mendidik kami menjadi khalifah dan sebaik-baik pentadbir untuk dunia yang juga ciptaan-Mu. Ya Allah, sungguh Besarnya Kasih Sayang dan Belas kasihan Mu buat kami insan yang selalu melakukan maksiat kepada Mu sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Sungguh bertuahnya diri kita sebenarnya, kerana Allah s.w.t mengeluarkan dan menganugerahkan kepada kita kemuliaan daripada kehinaan. Sebagaimana yang kita semua tahu, asal penciptaan kita hanyalah dari cantuman sperma dan ovum yang mana jika jatuh ketanah itik tidak sorong dan ayam tidak patuk. Begitu hinanya asal kejadian kita, tapi Allah s.w.t mengangkat martabat kita dari sedemikian hinanya kepada setinggi kemuliaan iaitu pemimpin dunia dan makhluk sekeliling sedangkan malaikat pun tunduk menyembah sang manusia ciptaan-Nya iaitu Adam a.s. Dan Allah s.w.t menganugerahkan pula kepada kita akal untuk kita menfaatkan serta memudahkan kita memimpin. Tapi sebanyak mana pula akal yang telah dianugerahkan telah disalah gunakan oleh sang manusia yang tidak kenal bersyukur kepada Allah s.w.t bahkan ada menyembah tuhan selain dari-Nya. Sebab itulah Baginda s.a.w, telah Allah s.w.t diutuskan kepada semua umat manusia untuk memandu dan memperbetulkan akidah dan kepercayaan manusia daripada menyembah yang batil kepada menyembah Allah s.w.t.

Sungguh, sebagaimana yang kita ketahui bahawa perjuangan Baginda s.a.w untuk mengembalikan semula kepercayaan daripada menyembah yang batil kepada Allah s.w.t adalah melalui jalan yang penuh berliku dan berduri. Tapi dengan kebesaran jiwa dan kesabaran Baginda s.a.w serta pertolongan Allah s.w.t, akhirnya Berjaya sehinggalah kita pada hari ini dapat merasai nikmat iman dan islam walaupun sudah 1432 hijjrah.

Sahabat-sahabat yang dirahmat Allah s.w.t, topik perbincangan kita pada kali ini adalah melibatkan tentang bagaimana sikap Baginda s.a.w dengan golongan yang memusuhinya. Yelah, jika difikirkan kembali, agak mustahil dan sukar untuk Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah dakwahnya itu kepada kaum yang boleh dikatakan sekelilingnya adalah orang jahil dan hanya Baginda s.a.w seorang sahaja yang akan membawa perubahan.

Sebagaimana sabahat-sahabat ketahui bahawa baginda s.a.w bukannya lahir dizaman yang mempunyai kemudahan seperti iaitu kemudahan internet, tv,radio dan sebagainya untuk menyebarkan risalah dakwah. Tapi risalah dakwah Baginda s.a.w hanyalah tersebar dari mulut ke mulut lantas Allah s.w.t meredhainya dan memuliankannya dan risalah Baginda s.a.w tersebar dan terus tersebar dengan begitu pantas. Risalah Baginda s.a.w berkesan dijiwa manusia serta menembusi ribuan sanubari para pendengar dan orang di sekeliling Baginda s.a.w. Mka sudah semestinya yang menjaya dakwah Baginda s.a.w adalah semata-mata dari Allah s.w.t dan itu pun setelah Baginda s.a.w menerima pelbagai ujian yang pahit dan pengorbanan yang besar dalam perjuanngan yang melelahkan..

Itulah resam kehidupan sebagai seorang pendakwah baik di zaman Awal kebangkitan Islam mahupun di Akhir zaman seperti zaman kita, tidak akan lari dari liku-liku kesakitan dan kepenatan bergerak kerja dalam islam dan menyebarkan risalah islam.

Sebagaimana Sabdaan Baginda s.a.w :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang¬ orang yang asing".
H.R. Muslim

Sungguh pelbagai tentangan dari pihak kafir yang bermatlamatkan untuk menghancurkan islam itu tidak akan luput dan lari dari hati-hati laknatullah itu. Tapi mereka (golongan kafir) lupa bahawa najis-najis yang mereka lemparkan kepada Baginda s.a.w bukan untuk ditangisi dan di kenangkan tapi ianya dijadikan baja untuk menyuburkan lagi hati Baginda s.a.w untuk terus menapak kukuh dalam mentauhidkan Allah s.w.t dan sudah semestinya peringatan dan motivasi terus dari Allah s.w.t juga hadir melalui wahyu.

Firman Allah s.w.t yang membawa maksud :

“Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadikan Pemberi petunjuk dan Penolong.” (Surah Al-Furqan : Ayat 31)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Teringat akan kisah bahawa ada suatu ketika semasa baginda s.a.w berjalan berselisih dengan sekumpulan musyrik yang sedang duduk di Masjidil Haram. Tiba-tiba orang-orang musyrik itu melompak dan mengelilingi Nabi s.a.w. mereka membentak: “Kaukah orang yang pernah berkata begini begitu?” Rasulullah s.a.w pun menjawab: “ya, akulah orang yang mengatakan demikian itu.” Pada hari itu Baginda s.a.w dipukul beramai-ramai oleh orang kafir. Bayangkan sahabat-sahabat, bagaimana jasad yang sebegitu mulia dipukul oleh mereka yang jasadnya hina. Tapi takdir Allah s.w.t telah tetapkan bahawa disaat baginda s.a.w dipukul dengan sebegitu hebat, kebetulan Abu Bakar r.a melewati kawasan tersebut dan terus melenteraikan pergaduhan itu.

Jadi persoalan pertama yang boleh kita utarakan dari kisah ini adalah mengapa Baginda s.a.w tidak berbohong sahaja dengan mengatakan tidak kepada persoalan sekumpulan orang musyik itu? Dan mengapa Baginda tidak melawan ketika dipukul?? Persoalan ini ana tinggalkan buat sahabat-sahabat pikirkan dan renungkan. Kerana banyak yang boleh kita lihat pada perwatakan Baginda s.a.w yang mulia itu dalam menghadapi golongan kafir.

Daripada kisah diatas juga dapat kita lihat pada zaman kita. Yelah, bilamana keadilan hendak ditegakkan, pelbagai ketidak setujuan dari pihak yang mempunyai penyakit walhan (cintakan dunia dan takutkan mati) yang menjadi hamba kepada dunia dan bahkan yang paling mengejutkan adalah halangan atau sekatan yang telah dikeluarkan adalah dari orang islam sendiri yang telah menjadi boneka pihak yang bencikan islam sejak dari dahulu lagi.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, sungguh dulu Baginda Nabi s.a.w belari-lari dan bermati-matian dalam membawa risalah islam di muka bumi ini dan begitu juga para sahabat Baginda, tabi’ dan tabiin dan sekarang perjungan itu pula disambung kepada alim ulama’ dan seterusnya sampai kepada kita. Sedangkan kita hanya membawa risalah dakwah ini hanya dengan berlenggang pinggang kekiri dan kekanan dengan perasaan biasa tanpa penat lelah dan pengorbanan sedikit pun. Bayangkan Sahabat-sahabat bagaimana jawapan yang harus kita berikan kepada Baginda Rasulullah s.a.w , jika Baginda s.a.w bertanya tentang perjuangan kita membawa risalah islam ini? Mampukah kita disaat itu mengaku yang kita mencintai Baginda s.a.w sedangkan pembawaan risalah dakwah dan tanggungjawab kita yang telah kita pikul ini tidak mencerminkan kesungguhan kita membawanya? Sudah tentu mata kita ini tidak akan henti mengalirkan air mata penyesalan.

Manakala, ada kisah yang agak menarik yang perlu kita pikirkan bersama-sama akan akhlak Baginda s.a.w terhadap orang kafir yang berniat untuk membunuhnya. Hal ini berlaku ketika beberapa kumpulan umat islam berhijrah ke Madinah sebagai merintis hijrah Baginda s.a.w ke Madinah, orang-orang musyrik telah mengadakan suatu pertemuan di Darul-Nadwah. Di dalam pertemuan itu mereka membuat rancangan untuk membunuh Baginda s.a.w ketika baginda tidur dirumahnya. Tapi rancanag itu gagal dengan bantuan Allah s.w.t. perancanag jahat mereka tidak akan berhenti disitu sahaja, hatta selepas Baginda s.a.w berhijrah ke Madina pun, rancangan untuk membunuh Baginda s.a.w juga telah disusun. Safuan bin Umaiyah telah mengupah salah seorang kafir Quraisy yang bernama ‘Umair bin Wahab untuk membunuh Baginda s.a.w.

‘Umair bin wahab ini telah dijanjikan oleh Safuan bin Umaiyah bahawa jika dia Berjaya membunah Baginda Rasulullah s.a.w segala hutang nya dan tanggungan keluarga ‘Umair akan dibayar dan ditanggung oleh Safuan. Maka dengan permenterianya perjanjian itu maka ‘Umair pun berangkat pergi ke Madinah dengan harapan dapat membunuh Baginda s.a.w. Setelah sampai, ‘Umair pergi dan masuk kedalam masjid, Rasulullah s.a.w terlihat kepadanya. Pada waktu itu Allah s.w.t telah mendedahkan rahsia kedatangannya kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: “Marilah hampir disi wahai ‘Umair”
‘Umair pun pergi menghampiri Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Apa tujuan sebenar kedatangan mu wahai ‘Umair?” ‘Umair cuba untuk menyembunyikan dengan mencari helah dan berdusta tentang niat sebenar kedatangan nya ke Madinah. Melihatkan telatahnya yang terus menerus menyembunyikan kebenaran, Baginda s.a.w pun berkata kepadanya: “Aku tah engkau telah duduk bersama-sama Safuan bin Umaiyah di tepi Ka’abah. Kamu berdua berbincang tentang Ashabul-Qulaib dari kaum Quraisy. Pada waktu itu engkau berkata: “Kalau tidak kerana hutangku dan keluarga tanggunganku nescaya akau pergi membunuh Muhammad.” Kemudian Safuan berjanji untuk menolong engkau menjelaskan hutangmu dan menagnggung keluargamu dengan syarat engkau datang membunuh aku untuk memenuhi tujuannya. Allah menahan mu dar melakukan perbuatan itu! Akhirnya ‘Umair menginsafi kebenaran Rasulullah s.a.w dan ia pun memeluk islam.

Daripada kisah baginda s.a.w diatas banyak perkara-perkara yang kita patut renungkan berkaitan dengan sikap baginda s.a.w terhadap golongn yang kafir. Yang pertama Baginda s.a.w tidak terus melarang dan memarahi golongn kafir ini memasuki masjid meski pun baginda tahu bahawa kafir itu datang dengan membawa niat untuk membunuhnya melalui wahyu. Kedua, Baginda s.a.w bersifat tenang dan berani terhadap mereka. Yang ketiga Baginda s.a.w bersifat lembut dengan mereka. Yang keemapat, baginda bersifat terbuka dengan mereka dengan berdiskusi secara baik dan penuh adab. Yang ke lima, Baginda s.a.w tidak terus menghukum seseorang itu walaupun Baginda s.a.w tahu akan tujuan asalnya, hal ini di buktikan melalui panggilan Baginda s.a.w terhadap ‘Umair ldan lantas bertanya tujuan nya. Yang ke enam, Baginda s.a.w bersifat tegas dan matang dalam menyatakan keputusan dan menduga. Yang ke tujuh, Baginda s.a.w bersifat bijak dan berhikmah dalam perbicaranya dan perbuatan nya sehinggakan hati yang keras boleh menjadi lembut dengan nya dan sebagainya.

Begitulah sikap dan sifat mulai Baginda s.a.w, bahkan banyak lagi kisah-kisah dan hadis serta ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kita untuk berhadapan dengan golongan kafir yang memusuhi islam ini walaupun terhadap golongan kafir yang berniat untuk membunuh Baginda s.a.w. Seharusnya para da’ie atau pendakwah seharusnya cuba mencontohi sikap Baginda s.a.w dalam berdakwah, walaupun sakit ditimpa tapi sikap kebencian pada hati sang Nabi s.a.w itu tiada sama sekali bahkan sikap Nabi s.a.w itu disenangi oleh orang kafir. Memang ianya susah dan payah untuk diamalkan tapi tidak mustahil untuk kita buat sedikit demi sedikit. Tapi sudah tentulah perlunya bermula dari hati yang bersih dan jiwa yang kenyang dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari kisah-kisah sirah Baginda s.a.w.

Tiada ulasan: