Selasa, 28 Disember 2010

Cerita di Kedai Makan.



Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk terus menaip sesuatu dalam blog aku ini unuk dikongsikan dengan sahabat semua. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan besar kita Muhammad s.a.w dan tidak lupa juga kita kepada para sahabat baginda s.a.w yang berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan islam di Allah s.w.t.

Perkongsian kali ini ingin adalah berkenaan pengalaman hidup aku. Pengalaman yang membawa aku kepada sesuatu yang berharga. Kisahnya bermula di kedai makan pada waktu malam disaat orang lain sibuk bercuti dan berprogram.

Disaat itu aku bersama sahabat aku makan di sebuah kedai yang berbumbungkan langit. Indah sekali malam itu dengan bulan yang mengambang penuh, bunyi burung yang berkicauan dan bunyi-bunyi cengkerik di semak-semak yang berdekatan. Keadaan itu membawa aku terfikir bahawa perlu juga untuk sang manusia merenung dan menikmati Keindahan Alam ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Sungguh bahawa ciptaan Allah s.w.t itu mempunyai Hikmah yang tersendiri dan bukanlah sia-sia. Memang Allah jadikan sesuatu itu kena dengan fitrah manusia, Allah menjadikan keindahan Alam adalah untuk manusia mencari ketenangan dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t disamping berfikir tentang Kebesaran Allah s.w.t.

Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 9.30 malam, kami duduk sambil meng order makanan. Waktu itu kami makan sedikt kelewatan kerana kebiasaannya kami akan makan sebaik sahaja selepas solat isyak di masjid, tapi kali ini kami pergi supermarket untuk mencari sedikit bekalan untuk pagi esok di rumah sewa. Di supermarket, aku lihat berbagai-bagai jenis manusia. Mula-mula aku pikir, Alangkah bagusnya jika semua orang didalam supermarket itu adalah orang-orang yang mencintakan Allah s.w.t dan kecintaan itu membawa kepada lahirnya keseronokkan untuk berada dalam pakaian yang di redhai Allah s.w.t serta membawa mereka menjaga akhlak masing-masing.

Disamping itu juga sempat untuk aku mengimbau kembali saat aku kanak-kanak, dulu permainan aku adalah lastik burung, mandi sungai atau dengan kata lain adalah bermain dengan permainan kampung. Cukup seronok, mak ayah sibuk dengan urusan masing-masing, aku sibuk dengan perancangan-perancangan susunan permainan. Dulu, seingat aku dalam sehari suntuk iaitu dari pagi pukul 7 hinggalah 7 malam kadang-kadang 10 permainan sempat dipersembahkan bersama-sama kawankawan ku yang lain..

Seingat aku jadualnya, pagi kami akan pergi main round 1 kampung disamping ada race basikal. Semua yang ada kat situ pasti akan ambil bahagian dan diantara yang hebat adalah aku yang tak no. 1 no.2.. .. tapi habuannya adalah rotan la… biasanya dalam 2 jam lebih la untuk aktiviti “lumba haram” tuh.. lepas 2 sampung main polis entri.. antara yang jadi penjenayah harapan adalah aku juga, kadang-kadang bangga gak time 2, yelah setiap game aku tak payah cari orang untuk buat group, tapi mereka akan cari aku.. tengah hari main guli pulak disamping makan ais-krim poli pop, seingat aku dulu 10 sen jer ais-krim 2 tapi sekarang nak jumpa pun susah, abis jer mengisi tenga terus sambung pula main polis entri 2 dan kalau dah penat main maka sungai lah jawapannya… Aku tak terjun dalam sungai 2 tapi aku just rendam jer badan, sebab tulah member-member kampung aku semua pandai berenang kecuali aku.. Bukan pe untuk menyelamatkan badan dari dipukul… .. dan banyak lagi lah aktiviti sampai eksploras hingga ke kampung sebelah pun dah buat.. Time tu adalah zaman kegemilangan tompok pemerintahan aku dengan kawan-kawan sekampung..huhuhu…

Tergelak mengingatkan kembali pada zaman kecil aku, tapi bila nak di bandingkan dengan permainan budak-budak zaman sekarang, kebanyakkannya mereka lebih suka bermaian game yang berbentuk static dan tidak banyak bergerak, yela kat supermarket itu aku nampak mak dan ayah pula yang bersungguh-sungguh hendak anak-anak mereka bermain. Tidak kurang juga ada yang memaksa anaknya itu bermain dan bersosial dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Rasa kasihan terputik di jiwa aku bila melihat anak-anak yang tidak dapat merasakan kenikmatan ber’ukhwah’ di zaman kecil dengan rakan-rakan yang sebaya dengan nya.

Aku terfikir juga akan mata pelajaran pendidikan seks yang akan mula diajar pada kanak-kanak di sekolah. Kasihan anak-anak kita, mengapa perlu diajar subjek begitu sedangkan pembelajaran agama Islam pun belum sebati dengan jiwa mereka. Mereka hauskan pendidikan Islam bukan hauskan nafsu dan mengapa tidak sahaja diperbaiki lagi mutu subjek dan mutu mengajar dalam pendidikan Islam di peringkat sekolah? dan kadang-kadang aku hairan mengapa begitu cepat pemerintah meletakkan keputusan yang bagi aku ianya akan membawa kepada sesuatu yang lebih teruk pada masa hadapan. Memang lah tindakan yang diambil adalah untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan remaja kita di Malaysia, tapikan islam ada caranya yang tersendiri bahkan lagi elok dan Halal serta lebih memupuk kebertanggungjawaban iaitu perkahwinan. Banyak faedah kawin muda nih dan diantaranya adalah dapat memupuk individu muslim yang cepat matang dan lebih bertanggungjawab serta dapat mengurangkan kesosialan remaja yang boleh membawa kepada keharaman yang semakan menggila dari hari ke hari.

Selepas sahaja selesai kami membeli keperluan untuk pagi esok, barulah aku dibawa sahabatku itu ke kedai makan yang seterusnya membuahkan perkongsian antara kami berdua. Kadang-kadang perbualan kami dipandang oleh orang-orang disitu, yela berbualan kami adalah mengenai hati. Mungkin ada pandangan yang berpersepsi yang negative yang dilemparkan kepada kami dan mungkin juga ada yang positifnya. Kadang-kadang bila mana kita sebut pasal hati, mungkin ada yang terbayang hati itu bentuk love, warna pink, ada yang terbayangkan wanita, ada juga terbayangkan lelaki , ada terbayangkan cinta dan sebagainya. Tapi perkongsian yang sahabat ku adalah menenai kerasnya hati kita.

Kekerasan hati kita sebenarnya adalah lebih keras dari batu, Bayangkan sahabat-sahabat sekeras mana pun batu itu jika ditiup angin kencang atau putting beliung juga kan beralih tempatnya dan mungkin berupah bentuknya dan sekeras mana juga batu itu jika di temouh oelh aliran air juga kan meninggalkan bekas seperti kesan hakisan dan sebagainya. Hati kita lebih keras dari itu sebenarnya dan pelembut bagi hati adalah dengan mengingati Allah s.w.t. Kekerasan hati kita ini lah yang menyumbang kepada jiwa kita tidak tenteram dan berasa kosong. Dalam perbualan kami itu, sahabat aku ada menyatakan dalil-dalil hadis tapi aku tidak ingat sebab jarang mendengar akan hadis-hadis tersebut. Tapi kesimpulan yang dapat aku lontarkan buat diri aku sendiri adalah, kita harus hancurkan kekerasan hati kita dengan membuat kerja-kerja yang menjanjikan ganjaran pahala dan kerja-kerja yang kebanyakkan manusia kini memandangnya kerja yang tidak dapat membawa keuntungan dunia seperti menyuap nasi kepada orang miskin, membasuh pinggang mangkut orang yang tidak berkemampuan fizikal dan sebagainya. Yep, memang kerja-kerja itu meletihkan tapi dengan kerja-kerja itulah sebenarnya meleburkan perasaan keegoan dan bongkak yang membawa kepada kekerasan hati kita.

Teringat aku secara ringkasnya akan kisah Rasulullah s.a.w yang diceritakan bahawa Di sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Tetapi tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r. ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r. ha menjawab pertayaan ayahnya,

"wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja".

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a.. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r. ha.

Ke esokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.

Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "aku orang yang biasa".

"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r. a..
Begitu lembutnya hati Baginda s.a.w, sehinggakan orang memusuhinya juga baginda s.a.w berbakti walaupun setaip hari carcian dan cercaan dilemparkan kapada Baginda s.a.w semasa bersama dengan perempuan tua itu. Kalau kita mampukah kita berbuat sedemikian dan beristiqomah dengan amalan itu dengan orang memusuhi kita? Pasti sukar kan. Semua itu berbalik kepada hati kita dan langkah yang pertama untuk kearah itu adalah dengan membina keikhlasan. Keikhlasan yang jitu dan khusus untuk Allah s.w.t.

Selesai sudah makan, sempat lagi sahabat aku menyatakan bahawa keikhlasan itu perlu dan ianya hadir setelah kefahaman tentang keperluan keikhlasan dalam setiap gerak kerja kita serta kita arus perbanyakkan perbuatan kita dari percakapan kita… biarlah ikhlas itu lahir dari hati sanubari kita bersama-sama perbuatan yang baik dan bukan nya bersama-sama percakapan dimutut.

Selepas kata-kata terakhir sahabatku itu, aku terfikir sekejap bahawa bertuahnya badan dianugerahkan sahabat-sahabat yang boleh berkongsi ilmu yang boleh membawakan diri kita mengingati Allah s.w.t. Jadi persoalannya perlukah kita mencari sahabat yang sebegitu ataupun kita yang menjadi sahabat sebegitu? Persoalan ini sahaja nak dilontarkan buat sahabat-sahabat fikirkan dan renung bersama-sama aku..
Semoga kita terjaga dari seksaan Akhirat disebabkan kemurkaan Allah s.w.t…
Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata:

Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
"Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku ada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya."

Hadis riwayat Bukhari

Tiada ulasan: