Ahad, 19 Disember 2010

Perilaku Yang Baik.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, Segala puji hanya milik Allah s.w.t yang menjadikan dan menjaga makhluknya yang berada di langit dan dibumi serta apa yang ada diantaranya serta seluruh alam semesta ini. Alhamdulillah, juga dengan izin-Nya, dapat kita bersua kembali dalam rintisan tulisan bermediumkan alam maya bernama blog ini. Alhamdulillah, juga kerana dengan izin dan kehendak-Nya juga Allah s.w.t memberi idea dan keupayaan untuk melorekkan sedikit tulisan dalam blog ini.

Segala-galanya adalah dari-Nya dan hendaklah kita bersyukur pada Allah s.w.t atas segala nikmat kurniaan-Nya kepada kita dan juga makhluk-makhluk-Nya yang lain dan apa yang penting ialah nikmat untuk merasakan kehambaan diri kita pada Allah s.w.t. Sesungguhnya banyak perilaku atau perbuatan yang boleh kita terbitkan atau pamerkan sebagai bukti kita bersyukur atas segala kurnian nikmat dari Allah s.w.t kepada kita. Tapi sejauhmana keikhlasan dalam perbuatan kita selama ini menggambarkan bahawa kita bersyukur pada Allah s.w.t semata-mata dan bukanlah untuk diamerkan atau dipuji oleh sang manusia. Kesemua itu bergantung kepada niat kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perilaku yang baik juga boleh menggambarkan kesyukuran kita pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah diberi-Nya kepada kita selama ini. Tapi mengapa perlu bersyukur dengan berakhlak baik, bukan kah ibadat kita seperti solat dan puasa dan sebagainya sudah menjadikan bukti bahawa kita telah bersyukur?? Persoalan yang dikemukakan itu benar, tapi salah ke kalau kita berakhlak baik tanda kita bersyukur?? Sedangkan ianya langsung tidak membawa apa-apa kemudharatan kepada kita sedikit pun jika kita berperilakuan atau berakhlak baik bahkan kita akan dikasihi makhluk sekeliling dan yang penting ialah Allah s.w.t meredhainya. Bahkan dengan berakhlak baik juga dapat meninggikan darjat seseorang itu dan hal ini digambarkan melalui sabdaan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w menjelaskan :

“Sesungguhnya Seseorang hamba Allah itu dengan akhlaknya yang baik boleh mencapai darjat yang paliang agung di akhirat dan mencapai darjat yang paling mulia meskipun ia lemah dari segi ibadat. Dan Sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan keburukkan akhlaknya boleh menjunam ke dasar neraka yang paling bawah.” (Hadith riwayat Al-Tabrani)

Teringat pada kisah yang secara ringkasnya dimana ada seorang ahli ibadat yang kuat dari segi ibadatnya meninggal dunia, maka Allah s.w.t memasukkan ahli ibadat itu ke dalam syurga dengan rahmat-Nya, tapi ahli ibadat itu berkata dan meminta Allah s.w.t supaya memasukkan dia kedalam syurga dengan nilaian ibadat yang telah di lakukan semasa hidup didunia. Maka, Allah s.w.t mencampakkan nya ke dalam neraka. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, memang bila mana kita kata dan kita rasa ibadat kita cukup, tapi hakikatnya ianya belum memadai dengan hanya beribadat wajib tapi ianya juga memerlukan amalan tambahan dan amalan tambahan yang perlu kita didik ialah amalan dalam berakhlak mulia. Jadi dari kisah diatas dapat lah kita ketahui bahawa pentingnya rahmat Allah s.w.t untuk meletakkan diri kita di dalam syuga-NYa. Memang syurga itu manis dan jalan untuk menggapainya adalah sukar sekali, tapi ianya tidak mustahil bagi Allah s.w.t untuk memasukkan hambanya kedalam neraka-Nya walau orang yang dimasukkan itu adalah dalam golongan yang kuat ibadatnya.
Berikut pula adalah ungkapan Rasulullah s.a.w yang berkisah nabi Ibrahim a.s.

Ungkapan Rasulullah s.a.w :

“ (Pada suatu ketika) Allah mengingatkan Nabi Ibrahim a.s melalui wahyu denhan peringatan (berikut) : Wahai Khalil, elokkanlah akhlakmu walaupun terhadap orang-orang kafir, kelak engkau akan menempati tempat orang-orang baik. Sesungguhnya telah tersurat dalam ketepatan ku untuk melindungi orang-orang yang baik akhlaknya dibawah lembayung ‘ArasyKu. Akan aku jamu mereka dengan minuman dari sumber kudus milikKu. Akan Ku hampirkan (tempat duduknya) disampingKu.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Tabrani)

Perilaku atau akhlak yang baik akan terbit dari jiwa yang baik dan tenang, dan ianya adalah automatic terlahir dalam perbuatan kita, maka ianya akan menjadi rutin seharian kita. Akhlak yang baik itu memerlukan hati yang lembut dengan Allah s.w.t dan hati yang bersih dari segala kekotoran kemaksiatan kepada Allah s.w.t. Kemaksiatan yang biasa dan sudah merebak dan berjangkit dari zaman berzaman seperti marah, benci, zalim dan sebagainya harus kita sama-sama hindarinya.

Benarlah sebagaimana Sabdaan da’e ulung kita iaitu Baginda s.a.w :

“Orang yang diransang kemarahannya tetapi dapat mengawal runtunan marah dan bersikap hilm, wajib mendapat kasi saying Allah.”
(Riwayat Asfahani)

Sabdaan Baginda s.a.w lagi :

“ Mahukah kalian mendengar saya terangkan perkara yang menambah kemuliaan dan meninggikan martabat.” Sahabat babinda menjawab : “Mahu, wahai Rasulullah!” Baginda pun berkata : “(Yang menaikkan martabat ialah) anda bersifat hilm (tidak membalas keburukkan walaupun mampu berbuat demikian) terhadap orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh, anda memaafkan orang yang menzalimi anda, memberi kepada orang yang tidak sudi memberi apa-apa kepada anda, menyambung silaturrahim dengan orang yang tidak sudi mempunyai perhubungan dengan anda.”
(Riwayat Al-ATabrani)

Sungguh besar manfaat jika kita berakhlak mulia kerana daripada keterangan hadis diatas dapat kita fahami kesemua yang di maksudkan bagida Rasulullah s.a.w adalah menyentuh peribadi diri atau sifat manusia yang akhlak mulia yang dapat kemuliaan dari Allah s.w.t dan diantar sifat-sifat yang boleh kita contohi adalah bersifat hilm, menyambungkan silaturrahim, memaafkan orang yang menzalimi kita dan bersifat suka memberi.

Dalam kesempatan ini marilah kita sama-sama memuhasabah diri kita sendiri mengenai perilaku kita sendiri. Memang untuk mengubahnya dalam sekelip mata itu sukar tapi ianya tidak mustahil utk kita berubah sedikit demi sedikit kearah memartabatkan dan meninggikan akhlak islam dalam jiwa kita. Teringat akan kata-kata Al-Imam Hasan Al-Hudiabi mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang ke-2 :

“ Tegakkan Negara islam itu dalam Jiwa atau diri kamu, nescaya ia akan tertegak di tanah air kamu

Begitu juga kita jika kita nak islam dihormati dan disanjung tinggi, maka mula lah dengan diri kita dahulu, wujudkan taman-taman takwa dalam diri kita, pasakkan lah kalimah tauhid dalam sanubari kita dengan pasakkan yang kuat dan kukuh, tanamkan dan kambuslah kesombongan kita selama ini dan cantikkanlah akhlak kita dengan hiasan syariat islam. Moga-moga pergerakkan kita menjadi lambang kepada kecantikkan islam, menjadi lambang kepada ketinggian akhlak, dan menjadi lambang bahawa kita sudah bersedia untuk mewujukkan kembali kekuatan islam yang sudah terlalu lama tidur.. Ayuh kejutkan Kekuatan Islam yang sedang tidur dalam diri kita dahulu, baru ianya akan bangkit dalam Negara kita… Mulalah dengan diri kita dahulu..

Tiada ulasan: