Ahad, 26 Disember 2010

Kembali Ke Jalan Benar.



Assalamu’alaikum….

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t iaitu tuhan sekalian alam kerana masih memberi kesempatan waktu untuk aku berkongsi sesuatu dengan kalian di dalam laman Blog ini. Tidak lupa juga selawat dan salam keatas Baginda s.a.w kerana memang semestinya untuk kita mengasihi Baginda s.a.w kerana Baginda s.a.w sangat mengasihi kita sebagai umatnya.

Teringat aku akan kisah dimana pernah Baginda s.a.w ketika itu tengah duduk berkumpul bersama-sama para sahabatnya, diantara sahabat baginda s.a.w ketika itu adalah Saidina Abu Bakar, Uthman, Umar, Ali dan laian-lain, lalu kemudian Baginda s.a.w bertanya kepada para sababatnya “ wahai sahabatku, tahukan kalian siapa hamba Allah yang mulia disisi Allah? “, para sahabat terdiam.. lalu ada seorang sahabat berkata “ para malaikat Ya Rasulullah, merekalah yang mulia “, Baginda berkata “ Ya para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah, tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan.. lalu para sahabat kembali terdiam… tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata “ Ya Rasulullah tentulah para nabi, merekalah yang mulia itu “, Baginda tersenyum dan berkata “ Ya para nabi itu mulia, merekalah utusan Allah dimuka bumi, jadi mana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya.. para sahabt kembali terdiam.. lalu ada pula seorang sahabat berkata, “ Ya Rasulullah, adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah “… Baginda memandang sahabatnya satu persatu dan baginda tersenyum… lalu Baginda berkata, “ tentulah kalian mulia, kalian dekat dengan ku, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia, kalian tentulah mulia tapi ada lagi yang lain“… Para sahabat terdiam, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi… lalu Baginda s.a.w menundukkan wajahnya dan Baginda s.a.w menangis dihadapan para sahabatnya… para sahabatpun bertanya mengapa engakau menangis Ya Rasulullah? “… lalu Baginda s.a.w mengangkat wajahnya dan ternampak air mata membasahi pipi dan janggut Baginda s.a.w… Lalu Baginda s.a.w berkata, “ tahukah kalian siapa yang mulia itu?, mereka adalah manusia-manusia, mereka akan Lahir jauh setelah wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah, mereka tidak pernah memandangku, mereka tidak pernah memandang wajahku, mereka tidak hidup dengan aku seperti kalian, tapi mereka begitu rindu kepadaku dan saksilah wahai sahabatku semua, aku pun Rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu, merekalah UMMATku.. “… ketika itu Baginda s.a.w menitis air mata dan semua sahabat menangis…

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, adakah kalian terfikir akan persoalan bahawa tersangat muliakah kita berbanding Baginda s.a.w sehinggakan Baginda sungguh menyayangi kita?? Kita yang Baginda s.a.w sebut disaat Rohnya ditarik dan bukan isteri-isteri Baginda s.a.w… Adakah patut kita tidak mencintai Baginda s.a.w? Renunglah buat diri kita masing-masing sudahkah kita mencintai Baginda s.a.w…
Perkongsian kita buat kali ini adalah mengenai seorang insan yang dahulunya banyak melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t dan kini dia kembali menuntun keredhaan Allah s.w.t. Sungguh Hebatnya Allah s.w.t, Dialah pemilik dan pemegang hati-hati manusia dan Dialah Tuhan pemberi Hidayah dan Penerima taubat.

Pada suatu petang, sewaktu sudah selesai menunaikan solat asar di masjid As-salam, aku terlihat akan seseorang yang aku kenali yang sudah lama aku tidak melihatnya dikampung aku ini. Yep, memang aku kenal dia, dialah yang selama ini yang selalu bergaduh dengan mak dan ayahnya sehinggakan satu kampung tahu bahawa dialah anak yang derhaka dan paling dibenci orang kampung ketika itu kerana gara-gara satu peristiwa hitam sehinggakan dia digelar samseng bahkan tiada satupun yang sudi berkawan dengannya sehinggalah dia meninggalkan kampung. Dan kini dia kembali semula ke kampung, tapi perwatakkannya sungguh berlainan dari yang sebelum ini,dulu dia selalu pakai baju t-shirt dengan jeans koyak sekarang berjubah dan berkopiah di masjid. Pelik, Betul ke dia ni yang aku kenal dulu?, aku termonolog sedirian.

Sebenarnya aku sendiri tidak tahu sama ada nak tegur atau tidak lelaki itu, lama aku memandangnya dengan pandangan kosong sedangkan pikiran aku melayang cuba menyusun kembali kisah-kisah silam lelaki itu dan yang lebih menghiarankan mengapa dia ni aku jumpa dia di masjid? Sedangan dahulu setahu aku dia ni dahulu langsung tidak denal masjid? Menolog aku sendirian. Sedang aku asyik berfikir, tiba-tiba aku disapa dengan salam dari seseorang yang aku kenali, aku pandang rupa-rupanya dia yang menegurku. Aku lantas menjawab salamnya dengan rasa gugup, mana tidaknya samseng kampung tegur cuak jugak jadinya…

Selepas salamnya ku jawab, dia tersenyum padaku.. Dan aku membalas senyumannya sedangkan dalam hatiku berkata, “ biar betul mamat nih senyum kat aku, ke ada muslihat lain nih? “.. Seolah-olah dia dapat membaca mindaku dan mendengar monolog hatiku, lantas dia menduga kehairanan aku melihatnya berada pada kampung ini.. tapi aku tidak terus menjawab dan bertanyakan akan hal itu kepadanya.. kami ketika itu hanya lah berta’ruf biasa-biasa sahaja, aku hanya tanya dia kerja apa, tinggal kat mana sekarang dan sebagainya.

Hampir setengah jam aku berborak dengan denga dia, akhirnya baru aku ketahui bahawa kehadirnnya dikampung ini adalah untuk menebus kembali kesalahan-kesalahannya disamping berbakti kepada kedua ibu bapanya.. Seterusnya dia mengajak aku ke warung bersebelahan masjid, untuk mengisi tekak dengan Air kelapa dan disitulah pendalaman penceritaannya kepada kau.. Sebenarnya, Aku hairan betul melihat keluarbiasaan perubahan yang dia alami, aku bertanya dan terus bertanya kenapa dia dapat berubah sedemikain rupa dan kali ini pertanyaan aku mula bertenaga setelah air kelapa membasahi tekak? Dan di mana dia berada sewaktu dia keluar dari kampung pada suatu masa dahulu?.. Dari persoalan aku itu dia menjawab dengan penuh tenang dan penuh keinsafan.. Dahulu sewaktu dia keluar dari kampung dia telah pergi ke Bandar, dan dibandar dia telah melihat pelbagai macam jenis kemaksiatan dan dia hampir kecundang dengan najis dadah yang ditawarkan oleh kawan yang baru dia kenali semasa dibandar..

Tapi Alhamdulillah, dia disaat bergelumbang dengan dosa-dosa lain seperti minum arak dan sebagainya ketika itu dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan tempat tinggalnya adalah di lorong-lorang gelap diantara 2 bangunan yang besar dan juga di stesen-stesen perhentian Bas. Dia menyatakan bahawa dia sengaja tidak mencari tempat tinggal adalah semata-mata kerana untuk menggunakan duitnya itu untuk membeli arak keran ketika itu minuman syaitan itu sudah membuatnya ketagih.

Dan dia juga menyatakan kesyukurannya kepadaku ketika itu, dimana disaat dia sedang asyik minum arak dari pagi sampailah malam selama hampir sebulan, maka kesemua duit dalam simpanan didalam bank tinggal kosong. Hampir sebulan juga dia tidak makan dan minum dengan sempurna, makanan dia disaat itu adalah sisa-sisa makanan dan minuman yang tidak kehabisan diminum orang yang berhampiran dengan tong-tong sampah. Disaat itu baru lahir satu perasaan yang membuatnya terfikir akan dosa-dosa yang telah dia lakukan kepada kedua mak dan ayahnya. Dia teringat kembali bagaimana dia menerajang adiknya sendiri dihadapan mak dan ayahnya yang tua kerana tidak memberi wang kepadanya untuk dia berjudi di kampung sebelah dan banyak lagi dosa-dosa yang dia lakukan.

Dia berkata kepadaku sambil bibirnya melorekkan senyuman kesyukuran bahawa Allah s.w.t masih membuka pintu untuk dia berubah dan berbakti kepada orang tuanya. Disaat dia tinggal sehelai sepinggang, disaat itu lah dia dapat merasakan kelaparan sebagaimana orang miskin dan orang berpuasa merasa. Dan disaat itu jugalah dia mula mengenal masjid.. Dia kata kepadaku bahawa dia mula mengenali masjid setelah hampir sebulan dia menahan kelaparan dan masjid baginya ketika itu adalah sebagai tempat untuk dia mendapat makanan, dan hari yang paling dia nanti-nantikan disaat itu adalah hari Khamis malam jumaat, mana tidaknya biasanya orang sekitar masjid itu membuat bacaan tahlil.. Aku ketika itu tersenyum sembil bermonolog,” Bijak juga mamat nih “…

Dan sudah menjadi rutin buat masjid yang dia pergi itu mengadakan sedikit tazkirah ringkas selepas isyak selama 30 minit sebelum makanan siap dihidangkan untuk para jemaah. Hendak atau tidak, dia haruslah berada sekali dalam kuliah tersebut kerana jemaah yang hadir adalah ramai dan makan yang dihidangkan adalah sepertinya tidak mencukupi. Mula-mula memang begitulah niatnya, hanya datang ke masjid adalah untuk makan sahaja, tapi lama-lama kata-kata ustaz yang memberi tazkkirah pendek itu berbekas dijiwa, nasihat-nasihat yang ustaz itu sampaikan begitu lembut menusak jiwa dan membuka harapan baru untuk dia berubah, dan disaat itulah dia merasakan dirinya masih berpeluang untuk berubah dan merasai kehidupan baru yang lebih berpandukan keredhaan Ilahi..

Aku cuba tanya, nasihat apa yang dia perolehi dari ustaz berkenaan, dia hanya tersenyum dengan senyuman yang sungguh berseri. Dia lantas menceritakan satu kisah yang aku ingat-ingat lupa iaitu kisah yang menceritakan tentang ada seorang lelaki bertemu Ibrahim bin Adham dan berkata bahawa dia telah menzalimi dinya sendiri dan meminta nasihat yang dapat menginsafkan dirinya dan menyelamatkanya di dunia dan diakhirat. Ibrahim bin Adham pun berkata jika engkau dapat memerima da melakukan 5 perkara ini engkau boleh bersedap-sedap dalam kemaksiatan dan tidak memudaharatkan mu.

Pertama, Apabila engkau hendak berdahaka kepada Allah azza wa jalla, maka jangan makan rezeki-Nya!. Lelaki itu menjawab dari sumber mana aku hendak makan, sedangkan semuanya datang nya dari Allah, Ibrahim mencelah: wahai fulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan-Nya kemudian engkau menderhaka kepada-Nya! Tentu tidak jawab lelaki itu.

Kedua, Bila engkau nak menderhaka kepadaAllah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana pun di atas dunia-Nya.lelaki itu menjawab ini lagi hebat dari yang pertama tadi, kalau timur, barat dan antara kedua-duanya juga semuanya milik Allah, maka dimana pula aku tinggal?. Ibrahim menclah, adalah patut kau makan rezeki Allah, tinggal dibumi-Nya dan kemudian engkau derhaka kepada-Nya? Tidak jawb lelaki tersebut.

Ketiga, Ibrahim berkata, kalau kau mahu juga derhaka kepada Allah sedangkan engkau makan rezeki Allah dan tinggal dibumi-Nya, maka carilah tempat yang kira-kira tidak Allah tidak Nampak engkau mencabarnya. Kalua kau telah temui makan lakukan lah maksiat itu. Lelaki itu bekata, bagaimana aku dapat berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah Allah tahu apa yang tersembunyi sekalipun. Ibrahim menjawab, patutkah engkau makan rezeki-Nya, tinggal dibumi-Nya, menderhaka kepada-Nya walhal dia mengetahui hakikatmu dam melihatmu. Tidak jawab lelaki itu.

Keempat, Apabila tibanya malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakalah kepadanya, berikanlah tempoh untuk aku bertaubat nasuha dan beramal salih kerana Allah. Lelaki itu pn menjawab mana mungkin dia menuruti permintaan ku. Ibrahim pula berkata, apakah dalam keadaan engkau tidak terdaya untuk menahan mauat, untuk mendapatkan tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak berdaya menolak maut, dan dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamt dengan maksiat mu?

Kelima, Apabila datangnya malaikat Zabaniah pada hari kiamat hendak membawamu masuk neraka, maka jangan lah engkau mahu pergi bersamanya!. Jawab lelaki itu sudah tentu neraka tidak akan membiarkan aku, atau menerima permintaan ku. Ibrahim menjawab, kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?. Dan lelaki tiu pn berkata cukuplah Ibrahim cukuplah, saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepada-NYa.

Daripada kisah ini lah dia mula berberfikir panjang dan mula menyesali akan dosa-dosanya yang lalu kerana dia tahu bahawa dia tidak akan terlepas dari pengawasan Allah s.w.t, disamping itu juga dia sudah mula belajar solat, dan pembelajaran nya itu diajar oleh imam masjid berkenaan secara percuma. Mula-mula memanglah sukar baginya, tapi lama kelamaan ianya menjadi sebati dengan jiwanya. Benarlah katanya, aku dapat melihat perubahan dirinya, yang jika dahulu mulutnya hanya dibasahi dengan kata-kata yang keji sekarang ianya pula dibasahi dengan kata-kata yang baik dan membawa kita mengingati Allah Azza wajalla. Dan sempat juga dia memberi nasihat kepadaku bahawa :

Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud :

Orang yang merasakan aman dari tindak-balas Allah (terhadap dosanya) ialah golongan yang merugi (diri dan masyarakatnya). (Surah Al-A’raf : Ayat 99)

Dia juga menyatakan hatinya keras dan tertekan dahulu kerana sering kali lupa daripada mengingati Allah s.w.t,

Firman Allah s.w.t yang membawa maksud :

Kerana itu, ingatlah Aku, nescaya Aku ingat pula kepada kamu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan mengkufuri (nikmatKu). (Surah Al-Baqarah : Ayat 152)

Firman Allah s.w.t lagi yang membawa maksud :

Orang yang beriman tenteram hati mereka mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.
(Surah Al-Ra’d : Ayat 28)

Dia juga menyatakan bahawa aku ini bertuah kerana tidak mengalami pengalaman yang pahit sepertinya, pengalaman yang dahulunya membawanya kelembah kehancuran, dan kini dia cuba membina kembali serpihan-serpihan kehidupannya dengan beramal baik dan berbakti kepada ibubapanya.

Perbicaraan aku dengan dia berhenti disitu, kerana jam telah menunjukkan pukul 6.00 petang dan aku sudah berjanji dengan temanku yang lain untuk bertemu di rumahnya bagi tujuan ziarah. Tapi hatiku masih tertanya-tanya apakah perasaan dia setelah berubah sedemikian rupa? Yelah dulu hatinya keras sekeras Batu dan kini hatinya bertukar selembut dan sejernih air.. Dan apakah lagi nasihat yang ustaz itu tamankan pada hatinya itu sehinggakan hatinya itu boleh menerima tarbiahnya itu selama ini?.. Bukan apa kerana bagi aku agak sukar untuk kita mengubah hati manusia itu jika bukan nalurinya.

Maha Suci Engkau Ya Allah, Engkau menganugerahkan petunjukMu buat sesiapa sahaja yang Engkau sukai. Seketika ini terbelek aku akan buku yang dikarang oleh Fathi Yakan yang berjudul Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, dimana Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud :

Sesungguhnya amal dinilai berasaskan niat-niatnya. Untuk seseorang itu (ada balasan) menurut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kearah Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya ialah kearah Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang berhijrah kerana (habuan) dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya itu terserahlah kearah mana ia berhijrah. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Juga Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran yang membawa maksud :

Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima Islam lalu ianya sentiasa dalam cahaya bimbingan) tuhannya sama dengan orang yang membatu hatinya? Maka celaka besarlah orang-orang yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Meraka (sebenarnya) dalam kesesatan yang nyata. (Surah Al-Zumar : Ayat 22)

Moga-moga kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa mencari Hidayah, petunjuk dan Rahmat Allah s.w.t, sedangkan Baginda s.a.w yang sudah diketahui maksum pun juga berdoa kepada Allah kerana mengharapkan keampunan dan takutkan akan balasan Allah s.w.t sedangkan kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan dosa kepada Allah s.w.t..

Doa Baginda s.a.w :

“ Ya Allah, Kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan airnya; dapat menyembuhkan hati dengan linangan airmatanya, kerana takut kepada-Mu. (Perkenagkanlah permohonanku, ya Allah) sebelum mengalir air mata darah. “ (Hadis riwayat Al-Tabrani)

2 ulasan:

amiramawaddah berkata...

Ya Allah, sumber pancaran nur, ya Allah, Tuhan yang mengaturkan semua perkara, semoga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat ruh Nabi Muhammad s.a.w.

Bukhari berkata...

Amin Ya Rabb...