" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Ahad, 19 Disember 2010
Pertemuan Yang Tidak Dijangka.
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan sekalian alam kerana dengan keizinannya dapat sekali lagi kita bersua dalam laman maya yang bernama blog ini. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan dengan rahmat-Nya dapat kita menikmati rasa berada dibawah payungan islam dan iman sekali lagi dam masih memberi kesempatan untuk kita bertaubat kepada Allah s.w.t.
Lorekkan tulisan pada kali ini adalah berdasarkan pengalaman hidupku sepanjang cuti sem ini. Ada satu kisah yang boleh dikatakn membuatku terfikir panjang iaitu kisah seorang sahabat lelaki di kampung halamanku yang mengadu kepadaku akan kegudahan hatinya. Dan sudah menjadi peranan ku untuk mententeramkan hatinya dikala sedih, kerana bagi aku apa lagi yang diharapkan seorang sahabat jika bukan nasihat yang baik.
Kisahnya bermula diwaktu petang setelah solat zohor di masjid as-salam. Perjumpaan kami adalah tidak dirancang sama sekali. Selesai solat zohor, aku disapa dengan satu sosok yang ku kenali iaitu seorang sahabat di sekolah menengah dahulu. Macam biasalah dalam perteman pertama, banyak cerita yang hendak dikeluarkan dan bertubi-tubi kotak fikiran membuahkan pertanyaan maklumlah masing-masing dah lama tidak bertemu dimana aku dengan mesin gun ku dan dia dengan mesin gun nya.
Bagi aku tidak adil buat tekak ku jika pertanyaan demi pertanyaan dibuahkan oleh mulutku tanpa mengisinya dengan tenaga air kelapa. Aku mengajak dia minum dikedai sebelah masjid dan sudah semestinya disitulah segala-gala perasaan nya diluahkan kepada aku. Aku akui, diri ini bukan lah pandai sangat pun untuk menasihat orang tapi aku berusaha untuk mententeramkan nya sedaya upaya ku.
Dia merupakan anak ke-empat dari enam adik-beradik dalam keluarganya, dimana keluarganya boleh digolongkan dalam keluarga miskin. Meskipun begitu abangnya yang sulung merupakan seorang doctor klinik kerajaan di selatan tanah air dan sudah berkeluarga dan menetap disana, manakala kakaknya pula seorang farmasi di sebuah kilang di ibu kota juga dan berkeluarga dan juga menetap di sana, manakala abang nya pula adalah seorang pekerja ladang di kampung sendiri berdekatan dengan rumahnya, dan dia sendiri merupakan mahasisiwa di sebuah universiti yang terletak di barat semenanjung. Dia mempunyai 2 orang adik yang masi lagi belajar di peringkat sekolah menengah.
Alhamdulillah, dia di universiti terlibat dengan persatuan islamik iaitu Persatuan Mahasiswa Islam dan sudah banyak perubahan yang dia lakukan setelah dia memasuki atau begerak kerja dalam persatuan itu. Yelah dulu kalau kat sekolah menengah, dialah raja terajang orang, raja buli dan sebagainya dan tidak boleh aku lupa dialah orang yang paling kerap masuk bilik pengetua akibat pergaduhan. Maka tidak hairanlah dia tidak ada kawan yang betul-betul rapat dengan nya. Kadang-kadang hatiku cemburu juga bila melihat dia yang sudah banyak berubah, kini setiap perbuatannya itu dimulai dengan Basmallah, mulutnya tidak lekang dengan mentasbihkan Allah s.w.t dan memuji-Nya. Bahkan sempat dia menceritkan satu kisah kepada ku.. kisah yang menarik untuk dikongsi disini, aku pun sendiri terlupa pasal kisah ini, entah la macam mana boleh terbitnya kisah ini dalam perbualan kami berdua disaat itu.
Diceritakan ada seorang lelaki bertemu Ibrahim bin Adham dan berkata bahawa dia telah menzalimi dinya sendiri dan meminta nasihat yang dapat menginsafkan dirinya dan menyelamatkanya di dunia dan diakhirat. Ibrahim bin Adham pun berkata jika engkau dapat memerima da melakukan 5 perkara ini engkau boleh bersedap-sedap dalam kemaksiatan dan tidak memudaharatkan mu.
Pertama, Apabila engkau hendak berdahaka kepada Allah azza wa jalla, maka jangan makan rezeki-Nya!. Lelaki itu menjawab dari sumber mana aku hendak makan, sedangkan semuanya datang nya dari Allah, Ibrahim mencelah: wahai fulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan-Nya kemudian engkau menderhaka kepada-Nya! Tentu tidak jawab lelaki itu.
Kedua, Bila engkau nak menderhaka kepadaAllah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana pun di atas dunia-Nya.lelaki itu menjawab ini lagi hebat dari yang pertama tadi, kalau timur, barat dan antara kedua-duanya juga semuanya milik Allah, maka dimana pula aku tinggal?. Ibrahim menclah, adalah patut kau makan rezeki Allah, tinggal dibumi-Nya dan kemudian engkau derhaka kepada-Nya? Tidak jawb lelaki tersebut.
Ketiga, Ibrahim berkata, kalau kau mahu juga derhaka kepada Allah sedangkan engkau makan rezeki Allah dan tinggal dibumi-Nya, maka carilah tempat yang kira-kira tidak Allah tidak Nampak engkau mencabarnya. Kalua kau telah temui makan lakukan lah maksiat itu. Lelaki itu bekata, bagaimana aku dapat berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah Allah tahu apa yang tersembunyi sekalipun. Ibrahim menjawab, patutkah engkau makan rezeki-Nya, tinggal dibumi-Nya, menderhaka kepada-Nya walhal dia mengetahui hakikatmu dam melihatmu. Tidak jawab lelaki itu.
Keempat, Apabila tibanya malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakalah kepadanya, berikanlah tempoh untuk aku bertaubat nasuha dan beramal salih kerana Allah. Lelaki itu pn menjawab mana mungkin dia menuruti permintaan ku. Ibrahim pula berkata, apakah dalam keadaan engkau tidak terdaya untuk menahan mauat, untuk mendapatkan tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak berdaya menolak maut, dan dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamt dengan maksiat mu?
Kelima, Apabila datangnya malaikat Zabaniah pada hari kiamat hendak membawamu masuk neraka, maka jangan lah engkau mahu pergi bersamanya!. Jawab lelaki itu sudah tentu neraka tidak akan membiarkan aku, atau menerima permintaan ku. Ibrahim menjawab, kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?.
Dan lelaki tiu pn berkata cukuplah Ibrahim cukuplah, saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepada-NYa.
Terkedu aku seketika, hebat betul tarbiah yang dia perolehi di universiti sehinggakan hati yang keras menjadi lembut, dan sudah semestinya semua itu adalah percaturan Allah s.w.t dalam hidupnya. Daripada perubahannya itu membuat aku terfikir dan termonolog begitu hebatnya Allah s.w.t memberi sesuatu tanpa minta dibalas, memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakki-Nya tanpa kita jangkakan siapakah orang itu.
Aku bertanya dan terus bertanya apa yang telah membuatkan dia berubah sedemikian rupa, dan jawapan yang dia bagi sungguh menyegarkan hati ku untuk aku kembali Bersyukur diatas segala nikmat kurnia-Nya diatas peristiwa-peristiwa lalu. Sebenarnya memang segala percaturan Allah s.w.t keatas diri kita ada hikmahnya yang tersembunyi di sebalik kerahsiaaan Allah s.w.t. ianya sungguh indah dalam susunan yang teratur dan kemas.
Selepas bertukar-tukar kisah dan pengalaman hidup di alam dewasa ini, aku tiba-tiba bertanya pasal keadaan mak dan ayahnya samaada sihat atau tidak. Disitulah bermulanya penceritaannya yang mungkin rata-rata dikalangan kita senasib dengannya Entahlah…
Mak dia dah meninggal 3 tahun yang lalu dan kini yang tinggal hanya lah ayahnya seorang dan 2 lagi adiknya yang masih belajar di sekolah menengah serta abang nya yang ketiga yang bekerja sebagai petani. Manakala abangnya yang lain semua tinggal di negeri lain-lain, yelah yang sulung di selatan tanah air dan yang keduanya pula dibarat tanah air.
Walaupun dia mempunyai seorang abang dan kakak dan memperoleh gaji yang tetap, tapi ianya tidak digunakan untuk membantu keluarga di kampung, bahkan tidak pernah mengirinmkan wang ke kampung walaupun sedikit setelah mendapat pekerjaan tetap dan beristeri di negeri lain. Dan segala duit perbelanjaan seharian adalah dari pemberian sahabat ku itu melalui PTPTN nya dan dari abangnya yang berkerja sebagai peladang. Walaupun ianya kecil tapi memadai buat menampung kehidupan 4 orang yang tinggal tetap di kampung. Dia menyatakan kecewa dengan abang dan kakaknya ang terus melupakan keluarga setelah kesenangan diperolehinya, sedang dahulu sebelum abang dan kakaknya masuk bekerja pelbagai janji dan perkataan manis di perdengarkan kepada sang bapa. Tapi sekarang ianya dusta semata-mata.
Dia juga menyatakan bahawa berasa bertambah sedih bila melihat keadaan ayahnya yang semakin nyanyuk akibat tua maklumlah umur ayahnya sekarang dalam sekitar 67 tahun keatas. Kerisauannya itu sehinggakan menyebabkan dia berhasrat untuk berhenti pengajian nya di universiti semata-mata untuk menjaga ayanhnya itu dan dia meminta pendapat aku samaada harus atau tidak dia meninggalkan pembelajarannya? Kerana disitulah dia mengenal hakikat bercinta dengan Allah s.w.t dan disitulah juga dia mengenal erti berubah untuk Allah dan bukan untuk manusia serta menghargai setiap pemberian Allah s.w.t kepadanya samaada dalam bentuk dugaan atau berupa nikmat. Kata-katanya itu mambuat aku terpaku sekejap, sungguh Allah itu maha Agung, setelah nikmat islam disuntik dalam hatinya lantas Allah s.w.t mengujinya lagi dengan dugaan yang bertambah berat. Teringat aku akan sepotong ayat.
Firman Allah s.w.t yang membawa maksudnya:
Alif lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (surah Al-‘Ankabut : Ayat 1-3)
Aku berdoa dalam hati ku agar dia tetap sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Kata-katanya itu dilafazkan dengan buahan air mata kepada ku. Terpikul juga aku dengan bebanan dia itu, tapi apa yang boleh aku nasihatkan ialah banyak lah bersabar, istiqaroh lah pada Allah s.w.t untuk Allah s.w.t bukakan jalan yang terbaik untuk kehidupan dihari muka dan yang penting sentiasa dipayungi rahmat-Nya, dan berbincanglah dengan keluarga. Buanglah rasa benci dihati sesama keluarga kerana yang penting itu adalah ayah kita bersama harus dijaga,, dan mungkin mereka yang duduk jauh dari keluarga tidak tahu keadaan atau kesusahan kita di kampung. Jadi perdengarkan lah untuk mereka agar terbuka hati mereka untuk membantu ayah. Sebab hidayah ini bukan milik kita, Bagi lah perlepasan untuk mereka berbakti sekejap untuk ayah mereka sendiri. Begitulah nasihat yang mampu aku bagi. Maklumlah pengalaman hidup masing-masing berbeza dan pandang terhadap sesuatu masaalah juga berbeza. Lagi pun aku tidak arif dalam memberi jawapan yang terbaik untuk dia.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, sungguh dalam kehidpan ini ada pelbagai perkara yang tidak kita jangka dan semuanya itu datang nya dari Allah s.w.t. ianya datang untuk mengajar dan mencorak warna dalam hidup kita dan ianya juga datang untuk membantu kita untuk lebih dekat pada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah s.w.t itu dekat dengan kita semua.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya. (Surah Qaf : Ayat 16)
Dan sahabat-sahabat mengapa perlunya kita bermunajat dan memohon kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t sentiasa memerhatikan kita setiap masa dan detik waktu kehidupan kita walaupun kita bersembunyi-sembunyi. Maka memang pantas Allah s.w.t lah tempat untuk kita mengadu kerana Dialah yang sentiasa memerhatikan kita dan sudah tentu mengetahui jawapan kepada ujian yang juga datang dari-Nya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan Dialah yanfg keenamnya. Dan tiada pula pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari qiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu. (Surah Al-Mujadillah : Ayat 7)
Sesungguhnya Amat bertuahlah mereka yang sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t. moga-moga sahabat aku ini mekar dalam pelukkan rahmat Allah s.w.t dan tabah serta membuat pilihan yang yang terbaik. Bukan aku tidak mahu membantu mu wahai sahabat tapi aku juga tidak mempunyai kudrat yang lebih selain kudrat yang kamu dapat lihat padaku. Allah juga tidak akan membebankan kamu jika kamu tidak mampu pikul. Tapi bebanan ini Allah pikulkan kepada kamu kerana Allah itu dekat dengan kamu dan tahu kamu mampu untuk menanggungnya. Ini lah tarbiah Allah s.w.t kepada hamban-Nya yang berusaha mencari cinta-Nya untuk dijadikan Mahar ke syurga kelak.
Sentiasalah ingat Allah s.w.t kerana Allah s.w.t selayaknya kita peringati sebanyak-banyaknya dan bukan lah cinta wanita, wang, dunia dan sebagainya. Kita makhluk dan alam semesta juag makhluk-Nya maka usahkah ditagih harapan dan bantuan pada makhluk, andai dia menyenangkan mu maka katalah sesungguh Allah s.w.t lah yang melahirkan kesenangan dalam hati ku melalui perantaraan dia, dan jika dia menjengkelkan, maka katakan lah sesungguhnya Allah s.w.t lah yang melahirkan perasaan marah aku pada dia dan sesungguhnya tidak layak untuk aku marah jika ianya bukan marah kerana-Mu Ya Allah.
Akhir kalam, semoga kita beroleh menfaat dari warna kehidupan sahabat aku ini dan renung-renungkan lah agar yang baik kita praktikkan dan yang buruk kita jauh sejauhnya dari diri kita.
Wassalam….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
moga kwn anta tu dia kuat...amin...
Amin...
memanglah lumrah kehidupan yang tidak akan lari dari segala dugaan yang akan menduga kita dari arah yang kita sendiri tidak sedari..
doakan agar kita semua berjaya harunginya... :)
Catat Ulasan