Ahad, 19 Disember 2010

Bahaya Sifat Hasad Dengki.




Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih memberi kita peluang berupa nikmat iman untuk masih berada dalam kesegaran Iman dan islam, yang juga masih memberi peluang berupa nikmat masa untuk kita bertaubat kepada-Nya serta yang masih memberi peluang untuk kita mengingat dan merasai keagungan nama-Nya dalam Hati kita… Sesungguhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan sudah semesti kepada-Nya lah kita memohon segala-galanya...

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi peluang untuk aku menaip sesuatu pada keyboard nih.  Sebenarnya untuk perkongsian kali ini adalah berkenaan diri kita sendiri. Bila mana dikatakan tentang diri kita sendiri, terus kita memandang kepada sikap kita, persepsi kita dan sebagainya. Pelik bukan!! .. ianya tidak pelik kerana apa jasad kita adalah tetap, contohnya kaki ada 2 dan tidak akan tiba-tiba jadi 3 melainkan kehendak Allah s.w.t.. tapi bila jika berkenaan hati dan perasaan ianya tidak tetap dan tidak sama antara satu dengan yang lain, maka ianya jugalah yang akan menjadi lambang kepada jati diri kita sendiri, prinsip kita, perangai kita dan sebagainya.. Maka, kesimpulannya identiti kita bukan lah didasarkan kepada bentuk badan tapi adalah perasaan, persepsi dan sikap kita sebenarnya..

Baru-baru ini aku ada terbaca buku karangan Fathi Yakan yang bertajuk Bahtera Penyelamat dalam kehidupan pendakwah (itu pun belum habis baca gih… ). Ianya merupakan buku yang menarik yang penuh dengan nasihat yang kadang-kadang kita sebagai manusia mengambil leka hal-hal yang telah di perkatakan dalam buku tersebut. Tapi dalam berbincangan kali ini ingin di fokuskan tentang Hasad Dengki kerana perasaan ini boleh muncul dalam sebab-sebab tertentu da kadang-kadang jika tidak dikawalnya, ia akan menjadi barah kepada kehidupan muslim itu sendiri. Terlebih dahulu muhasabahlah dengan menimbulkan persoalan kepada diri kita sendiri adakah selama ini aku ada perasaan hasad dengki, tidak perlu banyak tapi sedikit pun tak apa?? Tepuk dada Tanya Iman…




Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Ahzab yang bermaksud :

“Orang-orang yang menyakiti para mu’min lelaki dan perempuan (dengan membuat fitnah) padahal mereka (orang-orang yang beriman tersebut) tidak berdosa maka sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikul beban pendustaan dan dosa yang nyata.” (Surah Al-Ahzab: Ayat 58)

Apabila perasaan hasad dengki dan cemburu itu merasuki badan dan jasad sang manusia, maka kewarasan berfikir secara rasional akan terhalang dengan benteng yang telah dibina dihati yang telah dibaluti dengan perasaan hasad ini. Daripada maksud ayat diatas dapat lah kita lihat akan sifat-sifat seorang yang mempunyai hasad dengki di hatinya. Golongan ini akan berusaha untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang dianggapnya sebagai halangan kepadanya untuk mencapai matlamat yang tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu buatnya tanpa mengira jalan yang diambil itu hak atau batil. Balasan bagi mereka yang mempunyai hasad dengki dan seterusnya melahirkan melalui perbuatannya dengan menfitnah adalah digambarkan dalam hadis riwayat Al-Thabarani dibawah.

Rasulullah s.a.w Bersabda :

“ Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah s.w.t mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari kiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya.”
(Hadith riwayat Al-Thabarani)

Oleh kerana bahayanya sifat hasad dengki yang membarah dan yang berada dalam diri seorang muslim, banyak ulama’-ulama’ cuba mengkaji dan menggariskan sebab-sebab lahrnya sifat terkutuk ini dalam hati manusia. Antara nya adalah di dalam kitab ihya’ Ulumuddin karangan Iman Al-Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki ini dimana Antaranya ialah :
1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian.
2. Merasa diri Mulia.
3. Takabbur(membesar diri).
4. ‘Ujub.
5. Takut terlepas Sesuatu Tujuan atau Habuan.
6. Ghairah menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
7. Busuk Hati.

Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan perkara-perkara yang disebut diatas walaupun kadang-kadang kita rasa pernah membaca kalimat-kalimat yang terpapar di atas. Yelah mungkin kerana ianya hanya ditulis oleh beberapa patah perkataan sahaja. Tapi sahabat-sahabat bagaimana pula jika tulisan atau perkataan diatas ditulis panjang siap dengan huraian lagi, pasti ada orang kata alah panjang sangat perkataan dia, ini pasti huraian dan tentu tidak penting sedangkan yang tulis pendek mereka sekadar tengok sahaja kerana bagi mereka tidak ada penekanan jika ditulis pendek. Itulah kata-kata sesetengah manusia terhadap skop pembacaan, tidak dihurai salah dan langsung tidak baca, bila dihurai pun salah dan terus tidak baca juga. Fenomena ini biasa berlaku pada mereka yang berada sekitar kita dan kadang-kadang ianya juga datang dari diri kita sendiri.

Bagi fenomena Perasaan Permusuhan dan Kebencian ini lazimnya ianya hadir dalam jiwa yang bertegas dan berfikiran sempit. Perasaan ini juga merupakan yang paling banyak menimbulkan perasaan kedengkian. Kerana seseorang yang disakiti oleh seseorng yang lain atas hal-hal seperti perebutan harta, perebutan pangkat dan sebagainya akan menyebabkan hati seseorng yang disakiti itu tersimpan perasaan marah dan benci lantas kan terputiknya najis-najis kedengkian dalan hatinya. Maka tidak mustahil jika perlakuan agresif akan lahir dari seseorang yang telah disakiti itu semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsunya.

Manakala perasaan merasa diri mulia, takabbur dan ‘ujub juga merupakan barah kronik dalam pembentukkan peribadai muslim yang baik. Ini kerana, sifat sebegini sebenarnya boleh memnyebabkan hilangnya sifat hormat-menghormati dikalangan umat islam disamping boleh juga menyebabkan pergaduhan di dalam masyarakat. Yelah, mana tidaknya kerana masing-masing merasa diri mereka mulia dan segala pandangan dan kata-katanya haruslah diikuti. Individu sebegini sudah tentu tidak boleh menerima konsep syura atau kata sepakat. Dan apabila pandangan mereka diketepikan, ia secara automatic akan melahirkan rasa tidak puas hati dan seterusnya tertanamnya perasaan hasad dengki ini. Sebagaimana yang sahabat semua tahu apabila lahirnya sifat ini maka sudah tentu perbuatan yang terdorong oleh sifat ini juga akan tercipta. Maka penting juga untuk kita membuang sifat ini jauh-jauh.

Manakala sifat takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan, juga harus lah dihindari. Daripada kenyataan ini jangan lah disalah ertikan bahawa Iman Al-Ghazali menolak usaha untuk berhasrat mencapai matlamat atau tujuan. Tetapi maksud ayat ini adalah jangan ditanam sifat yang terlalu takut untuk terlepas sesuatu tujuan atau habuan sehinggakan menyebabkan hati berasa tidak tenteram dengan kehilangnya. Sesungguhnya segala isi dunia ini adalah milik atau hak Allah s.w.t dan sudah semestinya Dia berhak memberi atau mengambil balik segala sesuatu dari makhluknya. Dan apabila seseorang kehilangan atau habuannya dirampas orang, dia akan berusaha kembali untuk merampas balik habuan nya itu dengan menggunakan pelbagai cara dan sudah semestinya perbuatan itu didorong oleh sifat hasad dengki yang telah terputik dihatinya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, mungkin banyak lagi faktor-faktor yang boleh membawa hati kita kepada kekotoran dengan karat-karat kedengkian ini. Tapi tidak kah kita merenung kembali kemanakah hendaknya kita tunjukkan kejijikkan kotoran kedengkian kita ini?? Sedangkan Allah s.w.t tidak memandang sedikit pun kotoran itu, dan adakah hendak ditunjukkan kepada manusia kehebatan kedengkian kita?? Sedangkan ianya merupakan kerja yang sia-sia dan pasti ianya akan menjadikan hidup kita penuh dengan kegelisahan.. tapi sahabat-sahabat apa yang pasti jika kita tidak sempat untuk bertaubat dan memohan maaf kepada mereka yang telah kita sakiti sudah pasti jilatan Api Neraka sebagai ganjaran buat kita.

Sedangkan para ulama’ berpedapa bahawa bertaubat dari dosa adalah wajib. Sekirana maksiat atua dosa yang kita lakukan adalah diantara manusia dengan Allah Azza Wa Jalla. Maka taubat memerlukan tiga syarat :
1) Meninggalkan dosa-dosa itu(tidak mengerjakannya)
2) Menyesali terhadap perbuatan yang telah dilakukan dan telah berlalu
3) Berazam untuk tidak kembali melakukan dosa tersebut selama-lamanya.

Sedangkan jika dosa atau kesalahan yang kita lakukan adalah melibatkan manusia dangan manusia, maka syaratnya adalah empat iaitu ditambah satu lagi syarat dari syarat diatas iaitu hendaklah si pelaku dosa itu memohon kerelaan dan keampunan dari orang-orang yang berkenaan (orang-orang yang telah disakitinya) atau yang empunya hak untuk menuntuk atas kesalahannya (merelakan dan bersedia untuk menerima balas balik dari mereka yang telah dazalimi jika itu yang diminta oleh mereka).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Buat diri kita semua, marila kita sama-sama membuang jauh-jauh perasaan ini, biarlah pengorbanan kita adalah kerana Allah s.w.t, marah kita kerana Allah s.w.t, benci kita kerana Allah s.w.t dan jadikan ianya menjadi peribadatan kita pada Allah s.w.t. Aku teringat akan kisah bila mana Saidina Umar di ludah di mukanya akan air liur seorng yahudi, lantas Umar dengan perasaan marahnya mengangkat Pedangnya dan beliau menurunkan kembali pedangnya lalu pergi dari tempat itu meninggalkan lelaki yahudi itu. Dan salah seorang sahabat yang melihat kejadian itu bertanya kepada Umar kenapa tidak dibunuh sahaja lelaki yahudi tadi? Tapi jawab Umar dengan penuh kecantikkan islam dan imannya yang tersemat kukuh dalam dadanya itu menjawab, aku tidak akan membunuhnya oleh kerana kemarahan aku tapi aku akan membunuhnya kerana Allah s.w.t..

Tiada ulasan: