Isnin, 29 Mac 2010

Terima Kasih Ya Allah





Alhamdulillah....

Terima Kasih... Syukur...

Aku bersyukur pada MU Ya Allah kerana masih lagi bagi kesempatan kepada aku untuk terus berada pada landasan perjuangan ini yang masih lagi mampu bergerak meniti titian curang dan berbahaya semata-mata fillah..

Terima kasih Ya Allah kerana masih kekalkan aku dalam perjuangan ini setelah pelbagai-bagi ujian yang Engkau berikan pada Aku, ujian berupa tarbiah yang jarang Engkau kurniakan kepada orang lain..

Terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku kemampuan untuk memikul Amanat Mu.. Aku jahil, kerdil,lemah, dan segala bentu kekurangan dan kelemahan ada pada ku Ya Allah dan tidak sama sekali buat Mu Ya Allah...

Terima kasih Ya Allah kerana telah kurniakan sahabat-sahabat yang juga mencintai Mu dan mengenal Mu.. Yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Mu Ya Allah, maka jangan lah Ya Allah Engkau sesekali tinggalkan mereka semua dari jalan perjuangan untuk Agama Mu...

Terima kasih Ya Allah kerana telah lahirkan rasa cinta aku pada sahabat-sahabat aku sehingga aku rasa sungguh bahagia dan indah sekali perjuangan Mu.. Maka, Ya Allah aku pohon pada Mu jangan lah hilangkan rasa cinta ku ini, agar aku sentiasa berlapang dada untuk mereka semua, agar aku mampu menghadiahkan lagi senyuman ku buat mereka dan masih lagi mampu membuat mereka ketawa dengan telatah ku..

Terima kasih Ya Allah kerana telah lahirkan kepercayaan mereka pada diri ku yang sering buat silap pada mereka setiap detik.. Ampunkan Aku Ya Allah kerana sering melukakan hati mereka dengan kata-kata ku, perbuatan ku, dan banyak lagi Ya Allah yang xmampu aku katakan disaat ini... Ampun kan aku yang daif ini Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah untuk segala-galanya, ya Untuk Segala-galanya...
Ya Allah dalam kesempatan detik ini aku pohon pada Mu Tuhan sekalian Alam akan kecukupan yang tak terpaksa aku meminta pertolongn dari orang lain.. aku pohon pada mu Ya Allah akan perikatan ukhuwah kami adalah perikatan yang xakan putus selama-lamanya... perikatan yang akan terus menjulang Agama Mu, perikatan yang Mengagungkan Nama MU dan perikatan yang bergelah ukhuwah fillah...

" buat sahabat-sahabat, kita sering bertegang lidah untuk perjuangan tapi sedarkah kita saat i2lah kita bertemu dengan kemanisan sebenar jika kita berfikir, kita sering kali juga bergaduh atas dasar keserasian tapi sedarkah kita dimasa itulah terletaknya peluang untuk kita terus memahami sahabat kita itu yang juga memerlukan kita berlapang dada terhadap nya.." aku kadang-kadang rasa sunyi jika xbercolateh dengan kamu semua wahai sahabat-sahabat ku... InsyaAllah, jika Umur aku masih Panjang, akan aku titipkan sekuntum senyuman yang terselit doa baut mu sahabat ku....
Ya Allah, alirkan rasa cinta aku pada sahabat-sahabat perjuangan dengan kadar yang berpanjangan... agar kami masih lagi ingat memperingati antara satu sama lain...

" sahabat ku sekuntum syuman untuk Mu " (",)

2 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..hehehehe... baru best mcm ni...

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Bukhari berkata...

w'salam...
trima kasih bro...
moga2 ukhuwah yang terbina terpasak atas dasar keimanan.. n semoga perkongsian kita ini berguna untuk semua... amin...