Isnin, 15 Mac 2010

DILEMA MAHASISWA ISLAM MASA KINI … (Ikhtilat)


Di dalam qamus Al-Muhit,ikhtilat berasal dari perkataan khalato dan dhomaja yg bermaksud bercampur.. (ikhtalato yakhtalitu ikhtilaat)

Merujuk pada kitab fatawa al-Mu3asiroh,perkataan yang melibatkan lelaki dan wanita
1) liqo’
2) muqobalah
3) musyarakah dan sebagainye..

Abu Asid Al Ansori bersama Rasulullah ketika nabi melihat sahabat dan sahabiah keluar dari masjid berpusu-pusu bersentuh-sentuh.. lalu nabi berkata kepada sahabiah2 itu supaya kebelakang supaya tidak berlaku ikhtilat..

Dalam riwayat yang same dinyatakan juga bahawa sahabiah2 ini berjalan di tepi dinding sehinggakan pakaian mereka tersangkut di dinding-dinding tersebut kerana hendak menjaga ikhtilat..

Almu’minuuna wal mu’minaat ba3dhuhum auliya’u ba3dh ya’muruuna bil ma3ruuf wa yanhauna 3anil munkar…

6 dhowabit yang telah ditetapkan oleh Yusof Qardhawi dalam fatawa al muasiroh yang perlu dijaga dalam perhubungan antara lelaki dan wanita

1. Kedua-dua belah pihak syabab dan akhawat perlulah menjaga pandangan (ghoddul basar)..
• Jangan melihat aurat

2. Kedua-dua belah pihak hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syara3..
• Bagi wanita,semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.. ‘juyubihinna’
• tudung yang menutupi bahagian dada..

3. Sentiasa menjaga adab (percakapan dan gaya jalan) supaya tidak melampaui batasan..
• Suara bukan aurat tetapi menjadi aurat kalau dilunakkan (manja dan melenggok-lenggokkan) …cakap dengan mantap,jelas dan tepat untuk menutup pintu-pintu fitnah..“wa qulna qaulan ma3ruufa..
• Jangan melenggokkan berjalan, dan menghentak2 sehingga menarik perhatian..“tamsyi alastihya’

* bagi salam..

• seorang lelaki kepada seorang wanita atau seorang wanita kepada seorang lelaki adalah tidak digalakkan..
• seorang lelaki kepada jemaah wanita dibolehkan..
• seorang lelaki kepada seorang wanita (ade urusan atau telefon) dibolehkan…
• jemaah wanita kepada seorang lelaki dibolehkan..

4. Hendaklah kedua-dua belah pihak syabab dan akhawat menjauhi perkara yang boleh merangsangkan nafsu..

5. Elakkan dari berduaan…Sesungguhnya yang ketiga itu adalah syaitan..

6. Hendaklah pertemuan itu berdasarkan keperluan dan tidak melampau..

Tiada ulasan: