Khamis, 18 Mac 2010

Perjuangan

Sering kali kita dengar perjuangan, perjuangan, perjuangan tapi tahu kah kita perjuangan itu memerlukan pengorbanan hati,jiwa,perasaan,Akal,kesihatan,wang,masa,ruang dan peluang kita...
perjuangan bukan mudah seperti yang kita sangkakan, perjuangan penuh dengan marabahaya, dan perjuangan juga melibatkan maruah... Andai kata perjuangan itu mudah sudah pasti xkan ada golongan yang futur(lari dalam berjuang), Andai perjuangan itu mudah pasti ramai yang akan bersama2 kita untuk berjuang, Andai perjuangan mudah pasti apa yang kita inginkan mudah untuk dicapai...

tapi perjuangan tidak begitu, Allah xmengatur Nabi dan Rasul-Nya berada dalam keadaan senang ketika berjuang, perjuangan juga harus ditempuh dengan hati yang tabah, dengan tubuh yang kuat, dengan keyakinan yang utuh pada Ilahi, dan dengan istiqomah... Seing kali juga orang yang dulu kuat berjuang tapi kini senyap menghilang, orang yang dulunya pandai bercakap kini lesu membisu, sudah banyak yang dapat kita lihat orang meletakkan perjuangan setakat mengisi masa, dan mengejar populariti.. Aku pn mungkin termsuk dalam golongn nih....

tapi, hakikat perjuangan adalah untuk menegakkan yang Hak dan Menyangkal serta mencegah yang Batil...
Macam ne lak dengan perjuangan kita sebagai mahasiswa dikampus untuk berjuang?? apa yang perlu kami perjuangkan?? macam ne lak untuk kami berjuangan dengan keadaan kami sekarang berada dalam golongn yang kecil??? jawapan pada Semua persoalan adalah "sejauh mana kemahuan kita hendak berjuang".... sebab bila kita berada dimedan perjuangan, bukan bentuk fizikal menjadi ukuran dan bukan juga bakat menjadi catuan tapi yang sebenarnya adalah KEMAHUAN kita sendiri...

Aku ingin bawa satu kisah sahabat ku, suatu ketika dahulu dia dan nenek nye yang tua pergi ke thailand untuk membeli kapet, yela disana kebanyakkan barangan murah termasuklah karpet, neneknya seorng yang berusia dalam 80 tahun keatas, untuk masuk sempadan thailand 2 perlu melalui pihak berkuasa yang siap bersenjata... selepas berjaya masuk ke thailand untuk membeli dan setelah selesai membeli 1 karpet yang cantik dan besar, mereka pun pulang... oleh sbb karpet 2h terlalu berat, sahabat aku ni pikullah untuk dibawa ke dalam feri.. sampai sahaja dekat dengan jeti, mereka lihat ramai orng yang berebut untuk mendapatkkan feri untuk pulang semula ke tanah air. jadi sahabat aku ni tinggalkan lah neneknya di tepi jeti bersama2 dengan karpet sementara dia cuba mendapatkkan pelepasan dari imegrasen yang lengkap bersenjata...

oleh sbb ketakutan dan kebimbangan yang melonjak2 dalam hati neneknya i2, neneknya itu mengangkat karpet dan terus jer berjalan melalui imegrasen i2 sehingga dapat masuk kedalam feri dengan selamat... persoalan nya mengape neneknya mampu mengangkat karpet yang berat time 2?? sedangkan selepas kejadian itu, bila diminta untuk mengangkat semula karpet, neneknya sudah xmampu...

semua itu berlaku adalah kerana kemahuan nya yang melonjak2 untuk sampai ke feri... kemahuan i2lah merupakan kunci kepada kejayaan. pembaharuan, keyakinan, matlamat, hasrat, dan sebagainya.... sama juga dalam perjuangan, ia memerlukan kemahuan yang tinggi.... kemahuan yang sentiasa berterusan, kemahuan yang jitu dan kemahuan yang berlandaskan Iman serta Takwa... tapi yang indahnya tentang perjuangan ialah mati syahid atau hidup mulia..
Ayuhlah kita menanam kemahuan, kerana kemahuan i2 lah kunci untuk kejayaan dalam perjuangan...

Tiada ulasan: