Selasa, 1 Januari 2013

Ya Allah..





Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah s.w.t kerana menganugerahkan nikmat iman dan islam serta nikmat untuk mencintai Bginda Nabi s.a.w. Sungguh, Baginda s.a.w sentiasa menyayangi Umatnya dan kita lah termasuk dalam kelangan umatnya, semoga kita beroleh syafaat Baginda Nabi Muhammad s.a.w di padang Mahsyar kelak... Amin…

Entah kenapa fikiran aku terhenti sekejap dari skop ulangkaji pelajaran setelah laungan selawat kedengaran di speaker laptopku. Ya Nabi Allah Muhammad s.a.w, masih layak kah diriku bersama mu di hari akhirat kelak??... Sungguh laungan selawat ini membuat aku kembali mengenang dosa dan akhlak ku terhadap manusia yang pernah mencorakkan sejarah hidupku.

Ya Allah, aku malu dengan Mu, aku malu dengan Rasul-Mu yang mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah mataku, telingaku, lidahku, akhlakku, amalanku, sedih dan gembiraku, pejam dan celikku, berdiri dan dudukku, dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan diriku yang banyak bermaksiat padamu. Ya Allah, aku cinta Nabi s.a.w, tapi aku tak kuat dalam menuntun langkah sebagaimana langkah Nabi yang ku cintai, aku lemah dan tersesat dalam langkah hidupku sendiri, aku banyak bersangka buruk, aku tidak khusyuk dalam solat pada-Mu Ya Allah. Ya Allah, kembalikanlah sirna keimanan dalam hati nuraniku.  Ya Allah, aku memohon pada-Mu akan sederhanaan yang tidak memiskinkan ku dan termalpau mengkayakan ku di dunia ini hinggakan aku lari dari landasan perjuangan untuk agama-Mu, tapi Ya Allah, Kayakan aku di dunia dan diakhirat dengan keberkatan harta dan ilmu serta keredhaan-Mu. Ya Allah, jika dunia ini tempat yang boleh menyesatkan ku dari mentaati-Mu, maka hadirkanlah insan yang boleh meluruskan jalanku untuk ku melangkah.. Ya Allah, jika kelak Engkau hadirkan seorang wanita peneman hidupku maka hadirkan lah dia dengan membawa lubuk Hasanah dan kejayaan buatku di akhirat dan jika bukan ditemui di hayat dunia ini maka damaikan lah hatiku dengan bertambah kecintaanku pada-Mu ya Rabb. Sungguh aku dhoif tanpa kekayaan yang Engkau kurniakan, aku lemah tanpa kekuatan yang Engkau kurniakan dan aku berserah segala-galanya pada ketentuan-Mu.

Ya Allah, matikan aku dalam jalan Islam, matikan aku dengan Imanku yang mantap pada-Mu dan matikan aku dengan aku bergembira meninggalkan dunia ini kerana sudah ada penyambung perjuangan agama-Mu yang aku tinggalkan. Ya Allah, sedarnya diriku ini akan segala kelemahan dan dosa yang pernah dilakukan pada-Mu membuat aku terasa sangat malu untuk mengangkat tangan yang penuh dosa ini untuk meminta ampunan dari-Mu. Ya Allah, masih layak kah aku untuk menghidu syurga-Mu? Sesungguhnya aku amat mengetahui yang Engkau Maha Pengampun dan Penyanyang. Ya Allah, benarkan aku menyentuh pintu Syurga-Mu, benarkan lah aku untuk berjumpa dengan Nabi-Mu s.a.w, benarkanlah aku menentuh cinta-Mu sedalam-dalamnya sehingga hilang segala nikmat cinta yang lain, dan Ya Allah, benarkan lah aku mematuhi dan menjunjung segala akhlak dan peribadi mulia Nabi s.a.w.. Sesungguhnya kepada-Mu aku menyerahkan segala harapan dan impianku.

Ya Allah, Sayangilah Ibu dan Bapa, Ahli keluargaku dan semua yang menyanyangi ku sebagai mana mereka menyanyangi ku. Ampunilah mereka semua jika mereka pernah khilaf dan tersalah dalam melakukan tetaatan pada-Mu. Engkau lah tuhan yang Maha Penyanyang dan Pengasihani pada hamba-hamba-Nya. Tidak ada yang selayaknya untuk ku sembah selain dari dari Mu tuhan yang Esa.. Ameen ya Rabb.

1 ulasan:

ananul farah berkata...

amiin.. ya rabbi.. berikanlah si dia (tinta harian) kebahagiaan di dunia dan akhirat..