Sabtu, 8 Disember 2012

Kepimpinan yang Dipilih.





Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran yang pantas dan selayaknya kita lantunkan adalah kepada Allah s.w.t, yang telah menciptakan dunia ini berserta isinya, menciptakan manusia dengan penuh hikmahnya, yang mengadakan apa yang tiada dan mentiadakan apa yang ada yang sesungguhnya hanya layak bagi Allah s.w.t untuk membuat sesuatu tanpa meminta dari sesiapa pun. Allah s.w.t tuhan yang Esa yang wujud tanpa mula dan akhirnya, yang kekal sediakala, yang menjadikan masa, detik dan waktu  sebagai makhluk-Nya, dan juga yang menjadikan ruang dan tempat juga makhluk ciptaan-Nya. Sesungguhnya, sangat Hebat dan Agung kekuasaan dan kebesaran Allah Azza wajalla dalam menjadikan sesuatu itu dengan penuh Hikmah untuk kita renungkan dan hayati sedalam-dalamnya.

Selawat dan salam lafaz kerinduan dan kecintaan kita titipkan buat susuk mulia Baginda Nabi s.a.w yang merupakan kekasih kita yang sangat-sangat kita rindukan saban hari. Semoga Baginda s.a.w dapat merasai denyutan nadi dan jantung kerinduan kita pada setiap detik waktu dan masa. Amin…

Teman-teman yang dirahmati Allah Azza Wajalla, dalam kita menjelajah dunia masa, kita sendiri secara langsungnya kita melakonkan sejarah yang akan direkodkan oleh masa yang akan berlalu. Jika baik lakonan kita, maka baiklah rekodnya jika buruk maka buruklah rekodnya. Baru-baru ini, kita digegarkan oleh kekejaman Yahudi laknatullah di GAZA dan ROHINGYA. Ramai saudara-saudara seakidah kita dibunuh dengan kejam dan tidak berhati perut ibarat binatang yang tidak bernilai, mereka di BOM, di tembak, di sembelih, para wanita di rogol dan disembelih, kanak ditembak dan dibakar hidup-hidup, orang tua disepak, diterajang dan di tembak sesuka hati, dan kita hanya mampu menitiskan air mata untuk mereka.

Mengapa lemahnya kita dalam bersatu dalam bersuara TIDAK dalam kezaliman dan Kejahatan Yahudi Laknatullah ini? Boikot McD pun kita xmampu, sedangkan Rokok pun masih kita sedup, sedangkan khabar berita sahabat seakidah kita disana kurang disiarkan di Malaysia. Teringat kisah Iman Ahmad yang dikurung dan dipenjara selama 2 tahun lebih dan dalam masa itu juga beliau disebat 160 sebatan sehingga beliau pengsan kerana berpegang dalam menyatakan TIDAK pada arahan pemerintah yang berfahaman mu’tazilah pada masa itu dan saat aku mengingati kisah Imam Ahmad yang merupakan seorang yang zuhud ini teringat juga fenomena yang melanda sahabat kita di SYIRIA, dimana mereka dibunuh, dan disembeleh oleh puak-puak yang mengkafirkan Para Sahabat Nabi s.a.w. Disaat aku merenungkan kisah Imam Nawawi di buang negeri mesir pada ketika itu kerana tidak mengikut arahan Raja untuk mengharuskan pemberian harta rakyat untuk ketenteraan aku teringat akan wajah nya di Malaysia, begitu juga dengan kisah kejatuhan Zaman Khalifah yang dijatuhkan oleh Mustafa Kamal Al-tartuk yang mensekularkan islam dengan menghilangkan undang-undang dan hukum-hukum islam sedikit demi sedikit kerana gila kepada harta, pangkat dan habuan maka arahan orang yahudi telah dia turuti dengan kebodohnanya juga hal ini bagi aku ada tergambar wajah bumi Malaysia.

Sejarah mula berulang sekali lagi, tapi coraknya sedikit berlainan kerana perubahan zaman dan masa tetapi jika kita amati ianya adalah bermula dari perkara yang sama iaitu pemimpin, rakyat, akidah dan takwa kepada Allah s.w.t. Disini tidak ingin dikisahkan berkenaan kisah perjuangan Golongan hebat pada masa dahulu kerana bagi ku tidak semua perkara perlu kita nyatakan dalam kolum yang terhad ini, ianya terpulang pada kita untuk mencari dan mentelaahnya sendiri. 

Dari sejarah islam yang sudah dicorakkan oleh mereka terdahulu dan masa kini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pemimpin adalah salah satu perkara yang teramat penting untuk kita fikirkan dan pilih agar AGAMA, ilmuan Islam, akidah, dan Rakyat berjiwa Rabbani dapat dijaga dan terpelihara. Setiap orang punya persepsinya yang tersendiri berkenaan pimpinan, ada yang menyatakan pemimpin perlu adalah dari golongan yang tertentu, pemimpin perlulah dari begitu dan begini. Begitulah fenomena yang sering kali melanda dunia umat islam terutamanya di Malaysia.

Wajah dunia yang mana Islam diinjak dan dipersendakan telah menggesa jiwa-jiwa jihad ummat islam di pelusok dunia untuk bangkit dan bersatu dalam wadah yang pelbagai, maka dari situ lahirnya pelbagai gerakan aliran dan jemaah islamiyyah yang mana kebangkitan jiwa jihad dan roh rabbani itu menusuk masuk memberkahi tanah Malaysia sehingga wujudnya jemaah PAS (Parti Islam Semalaysia), ABIM, JIM dan sebagainya. Kesemuanya itu mendambakan akan perwujudan kembali kekuasaan zaman Khilafah. Jika dibaca buku perihal Mustafa Kamal Al-tertuk, maka munasabah dibangkitkan semula zaman khilafah dengan menunggangi sistem demokrasi yang sedia ada. Mohon dibaca buku kisah Mustafa Kamal Al-Tartuk sebab jika dihurai disini maka ianya memakan masa yang panjang. 

Maka dengan banyaknya pertumbuhan gerakan-gerakan yang timbul saban hari ini contohnya gerakan nasionalisme, gerakan sekularisme dan lain-lainnya maka dengan nya juga muncul tokoh-tokoh (rijal-rijal). Tidak kurang juga gerakan-gerakan itu mati dengan kehilangan rijal-rijalnya. Ada pula gerakan-gerakan menjadi lemah atau kuat menurut keadaan ketokohan pemimpin-pemimpinnya; lemah ,kuat, mundur, maju, pasif, atau aktif. Keadaan sebegini seharusnya tidak berlaku ke atas Gerakan Islamiyyah yang mana terdapat juga dikalangan pendokongnya merasa malas dalam melaksanakan tugas dan kewajipan mereka atau barangkali mereka sibuk dengan kerja khusus masing-masing secara persendirian lalu gerakan dan Jemaah menjadi mangsanya. Tidak kurang pula wujud fenomena keadaan dimana para pendokongnya menyeleweng dari prinsip-prinsip asal. Apakah kecacatan ini seharusnya berlaku di dalam Dakwah Islamiyyah??

Sering kali kita kata pemilihan pemimpin mestilah kita pilih dari golongan yang mampu dan sebagainya tapi kebanyakkan pemimpin yang lama yang akan digantikan sedikit masa lagi dengan pemimpin baru mestilah berfikir macam mana untuk membentuk dan membetulkan pengikut dibelakang? Sesungguhnya kelahiran pimpinan-pimpinan di dalam jemaah Islamiyyah adalah disertakan dengan muhasabah dan pembetulan-pembetulan dari saf-saf di belakang. Keadaan ini juga wujud dalam proses memperbaharui pemilihan dari satu penggal ke penggal yang lain. Semua proses ini adalah di antara beberapa factor yang perlu dihidupkan dalam rangka pembetulan dan menghakiskan pimpinan-pimpinan yang malas, menyeleweng dan yang lemah dari kedudukan masing-masing dengan meletakkan kembali pada tempat kedudukan yang sewajarnya dan setepatnya. 

Namun terkadang proses atau kaedah ini dapat membawa kekeruhan dalam keharmonian dan kesejahteraan jemaah, malah ia mungkin juga akan mendedahkan jemaah kepada kemerbahayaan dalam beberapa aspek. Meletakkan pemimpin kena pada tempatnya harus di perincikan dari satu aspek ke satu aspek yang pada pokok pangkalnya haruslah disesuaikan dengan kemahiran dan kewibawaannya. Kelewatan dalam memberi keputusan akan menyebabkan pelbagai agenda dakwah, dan pekerjaan urusan jemaah akan tergendala dalam tempoh masa yang tertentu dan disaat itu Krisis dalaman sedang Allah s.w.t uji buat sang pejuang Islam.

Tirulah sebagimana saidina Umar yang pernah memecat seorang gabenor kerana aduan dari penduduk-penduduk tempatan, walaupun mereka tidak benar dari semua perkara. Ini adalah menjadi dasar di dalam pemilihan kepimpinan. Saidina Umar juga pernah dipinta untuk melakukan sesuatu, lalu beliaulah orang yang pertama melaksanakan perkara yang dipinta itu. Oleh tu menjadi keuatamaan untuk kita memilih orang-orang yang mendahulukan orang lain dalam hal-hal kebajikan untuk memimpin ummat ini, mereka yang berhaluan, dan berminat kepada kebaikkan dan pembetulan jemaah. Keyakinan untuk kita wala’ dan keihklasan yang ada pada mereka itu lah seharusnya kita lantikkan untuk menjadi pemimpin. Sekiranya antara mereka masih tidak mempunyai sifat-sifat kemuliaan ini, maka tugas kita ialah supaya menumpukan sepenuh keupayaan membina mereka sehingga dapat dilengkapi dan dipenuhi dengan sifat-sifat kemuliaan yang sewajib-wajibnya. Pendek kata tiada guna lagi penyesalan jika dimulakan dengan pemilihan pemimpin kita yang tidak jelas apa itu Dasar islam dan sebagainya. Ayuh kita berfikir sekejap, pemimpin yang manakah yang jelas perjuangannya untuk ISLAM, untuk DAKWAH, untuk TARBIYYAH roh dan jasad kita, Berani Bersuara terhadap PENINDASAN umat Islam Global, dan yang Jujur, ikhlas, adil dan Amanah serta yang paling penting yang tahu DASAR ISLAM dan HUKUM HAKAM ISLAM.

Sesungguhnya penulisan ku ini aku campurkan dua scope view  yang berbeza, insyaALLAH, jika direnungkan mungkin dinampak oleh Allah akan kedua-duanya yang satu dalam ruang lingkup lingkungan bumi Malaysia, dan satu lagi dalam lingkungan yang lebih kecil. Dalam penulisan ini aku dituntunkan dengan sebuah buku yang ku sayangi iaitu “Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islam” nukilan Sa’id Hawwa.

Tiada ulasan: