Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah s.w.t kerana
menganugerahkan nikmat iman dan islam serta nikmat untuk mencintai Bginda Nabi
s.a.w. Sungguh, Baginda s.a.w sentiasa menyayangi Umatnya dan kita lah termasuk
dalam kelangan umatnya, semoga kita beroleh syafaat Baginda Nabi Muhammad s.a.w
di padang Mahsyar kelak... Amin…
Entah kenapa fikiran aku terhenti sekejap dari skop
ulangkaji pelajaran setelah laungan selawat kedengaran di speaker laptopku. Ya
Nabi Allah Muhammad s.a.w, masih layak kah diriku bersama mu di hari akhirat
kelak??... Sungguh laungan selawat ini membuat aku kembali mengenang dosa dan
akhlak ku terhadap manusia yang pernah mencorakkan sejarah hidupku.
Ya Allah, aku malu dengan Mu, aku malu dengan Rasul-Mu yang mulia
Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah mataku, telingaku, lidahku, akhlakku,
amalanku, sedih dan gembiraku, pejam dan celikku, berdiri dan dudukku, dan
pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan diriku yang banyak bermaksiat
padamu. Ya Allah, aku cinta Nabi s.a.w, tapi aku tak kuat dalam menuntun
langkah sebagaimana langkah Nabi yang ku cintai, aku lemah dan tersesat dalam
langkah hidupku sendiri, aku banyak bersangka buruk, aku tidak khusyuk dalam
solat pada-Mu Ya Allah. Ya Allah, kembalikanlah sirna keimanan dalam hati
nuraniku. Ya Allah, aku memohon pada-Mu
akan sederhanaan yang tidak memiskinkan ku dan termalpau mengkayakan ku di
dunia ini hinggakan aku lari dari landasan perjuangan untuk agama-Mu, tapi Ya
Allah, Kayakan aku di dunia dan diakhirat dengan keberkatan harta dan ilmu
serta keredhaan-Mu. Ya Allah, jika dunia ini tempat yang boleh menyesatkan ku
dari mentaati-Mu, maka hadirkanlah insan yang boleh meluruskan jalanku untuk ku
melangkah.. Ya Allah, jika kelak Engkau hadirkan seorang wanita peneman hidupku
maka hadirkan lah dia dengan membawa lubuk Hasanah dan kejayaan buatku di
akhirat dan jika bukan ditemui di hayat dunia ini maka damaikan lah hatiku
dengan bertambah kecintaanku pada-Mu ya Rabb. Sungguh aku dhoif tanpa kekayaan
yang Engkau kurniakan, aku lemah tanpa kekuatan yang Engkau kurniakan dan aku
berserah segala-galanya pada ketentuan-Mu.
Ya Allah, matikan aku dalam jalan Islam, matikan aku dengan
Imanku yang mantap pada-Mu dan matikan aku dengan aku bergembira meninggalkan
dunia ini kerana sudah ada penyambung perjuangan agama-Mu yang aku tinggalkan.
Ya Allah, sedarnya diriku ini akan segala kelemahan dan dosa yang pernah
dilakukan pada-Mu membuat aku terasa sangat malu untuk mengangkat tangan yang
penuh dosa ini untuk meminta ampunan dari-Mu. Ya Allah, masih layak kah aku
untuk menghidu syurga-Mu? Sesungguhnya aku amat mengetahui yang Engkau Maha
Pengampun dan Penyanyang. Ya Allah, benarkan aku menyentuh pintu Syurga-Mu,
benarkan lah aku untuk berjumpa dengan Nabi-Mu s.a.w, benarkanlah aku menentuh
cinta-Mu sedalam-dalamnya sehingga hilang segala nikmat cinta yang lain, dan Ya
Allah, benarkan lah aku mematuhi dan menjunjung segala akhlak dan peribadi
mulia Nabi s.a.w.. Sesungguhnya kepada-Mu aku menyerahkan segala harapan dan
impianku.
Ya Allah, Sayangilah Ibu dan Bapa, Ahli keluargaku dan semua
yang menyanyangi ku sebagai mana mereka menyanyangi ku. Ampunilah mereka semua
jika mereka pernah khilaf dan tersalah dalam melakukan tetaatan pada-Mu. Engkau
lah tuhan yang Maha Penyanyang dan Pengasihani pada hamba-hamba-Nya. Tidak ada
yang selayaknya untuk ku sembah selain dari dari Mu tuhan yang Esa.. Ameen ya
Rabb.
1 ulasan:
amiin.. ya rabbi.. berikanlah si dia (tinta harian) kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Catat Ulasan