Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t kerana
masih menginginkan Nyawa dan Roh kita bersama dengan jasad kita yang telah
dimuliakan dengan Sinar Kehadiran Islam. Selawat dan salam diucapkan keatas
Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muahammad s.a.w, sesungguhnya kerinduan Baginda
s.a.w terhadap kita lebih mengatasi kasih kita pada Baginda s.a.w. itu bukti
lemahnya iman kita…
Semakin hari semakin banyak perkara-perkara baru yang kita
pelajari, bahkan terkadang kita ibarat tenggelam dalam dunia kita sendiri, kita
lupa akan amanah Allah, kita lupa akan sahabat-sahabat perjuangan, kita lupa
siapa kita depan Allah s.w.t. Kita asyik dengan dunia keseronokkan dan sering
menjadikan alasan Sibuk akademik sebagai titik hujjah menunjukkan kesibukkan
yang ada.
Sedarkah kita, dalam gerakkan dakwah itu terselit seribu
hikmah untuk kita merenung dunia dalam perspektif tasawwuf dan akidah. Sedarkah
kita dalam gerakkan dakwah itu terselit satu permata nikmat disebalik
kesibukkan gerakkanya. Sedarkah kita, dalam gerakkan dakwahlah kita bersatu
dalam matlamat yang sama semata-mata meletakkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang
Esa dan sedarkah kita, disebalik nikmat nyawa ini ada sebahagiannya untuk
makhluk dan sebahagiannya untuk Allah s.w.t
walaupun pada hakikatnya semuanya untuk Allah s.w.t.
Bersyukurlah kepada Allah s.w.t dengan seikhlas yang mungkin
buat sesiapa yang berada dalam gerakkan dakwah kerana Allah menghendakkan
kebaikkan pada mereka. Allah sedang mengajar mereka itu untuk bertanggungjawab terhadap
sekalian umat islam yang ada di sekeliling mereka hatta di seluruh dunia
sekalipun, Allah sedang menjaga mereka dengan mengajar erti hidup bertarbiah,
ditarbiah dan mengtarbiah, Allah juga membuka jalan pada mereka untuk melihat
keindahan dan kehebatan Syurga dan Syahid. Semoga panyungan Rahmat Allah
meliputi mereka dan penyokong mereka.. Amin…
Terkadang ada yang mempersoalkan Dakwah ini xperlu keras,
dakwah ini perlu lembut dan perlu bagi masa sedikit demi sedikit. Sungguh apa
yang diperkatakan itu adalah benar tapi sejauh manakah gerakkan dakwah itu akan
berterusan? Tidak kah kita belajar dan melihat macam mana sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w menyampaikan seruan islam? Dalam masa mereka menyampaikan
mereka tegas, mereka bijak, mereka yakin dan bersemangat. Mereka juga berdakwah
dengan kepelbagaian kaedah iaitu ada masanya keras, ada masanya lembut dan ada
masanya Nyawa menjadi galang gantinya.
Perjuangan Dakwah yang membawa kepada kesedaran dan
pemahaman menyelurah terhadap ummat itu adalah dengan adanya usaha tidak
henti-henti. Ya, manusia itu tidak akan lari dari merasakan lemah semangat,
letih, kecewa, sibuk dengan hal peribadi dan sebenar itulah fungsi Ummat islam
yang lain iaitu terus menyambung tapak kaki mereka yang telah lelah berlari,
berhenti ataupun meninggal dunia. Sungguh, itulah Sebenarnya berpesan-pesan dengan
kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Sebagai Contoh dakwah atau seruan islam yang telah dibuat
adalah oleh Abu Bakar boleh dicontohi oleh golongan yang Allah anugerahkan
kelebihan nama dan harta. Abu Bakar telah mewakafkan dirinya sejak beliau
memeluk islam untuk dakwah kepada Allah dan menyeru kepada Islam,
memperkenalkan agama Allah kepada orang ramai. Ibnu Ishaq bercerita, sebaik
sahaja Abu Bakar memeluk islam , beliau terus mengisytiharkan Islamnya. Malah
terus mendakwah kepada orang lain kepada beriman dengan Allah. Dengan watak
yang disenangi itulah menyebabkan beliau dikasihi dan diterima oleh masyarakat.
Beliau juga seorang peniaga yang berakhlak yang terpuji. Ada kalanya datang
tokoh dari kaumnya untuk urusan perniagaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya
namun Beliau tetap mengajak mereka kepada Islam dan beriman kepada Allah.
Antara tokoh yang memeluk islam setelah didekati oleh Abu Bakar adalah
Al-Zubair bin Al-‘Awwam, ‘Uthman bin ‘Affan dan sebagainya. Kebijaksanaan Abu
Bakar dalam mengendali mad’unya adalah dengan membawa mereka itu terus kepada
Baginda Nabi s.a.w dan disitulah segala pencerahan dan penerangan berkenaan
islam itu dapat direalisasikan. Teman-teman, Ilmu kita walaupun tidak mampu
menghuraikan isi Al-Quran, tapi usaha kita mengajak mereka kepada kebaikkan itu
tidak boleh ditinggalkan, maka kita kena lihat macam mana Abu Bakar
melakukannya.
Setiap Tokoh Islam yang Hebat mempunyai kaedah dan strategic
dakwahnya yang berbeza. Mereka peka, aktif dan cepat mengambil peluang. Segala
yang menjadi alangan itu adalah peluang buat mereka untuk mencari jalan kelauar
yang baru. Mereka berdakwah bukanlah dengan mengubah kitar hidup mereka, mereka
yang meniaga tidak meninggalkan niaga mereka kerana dakwah, tetapi mereka
menggunakan perniagaan mereka itu adalah untuk kembangkan dakwah.
Sejarah Umar Al-Khattab mengajak kepada Islam juga punya
keunikkannya yang tersendiri. Ibnu Sa’ad telah meriwayatkan suatu perkhabaran
dari Ustaq telah berkata: “ Aku adalah hamba sahaya kepada Umar Al-Khattab.
Dahulu aku adalah seorang Nasrani, di mana Umar telah menawarkan islam
kepadaku, dengan katanya : “ Sekiranya kau memeluk Islam, akan aku gunakan kau
untuk memikul amanahku kerana sementara ini tidak halal bagiku membebankan kau
dengan amanah kaum Muslimin kerana aku tidak seagama dengan mereka.” Tawaran
beliau itu ku tolak. Maka, kata Umar : “La Ikraha fiddin (Tiada paksaan dalam
islam).” Sebaik sahaja beliau hamper wafat, beliau memerdekakan aku sedang aku
masih Nasrani lagi, dengan berkata kepadaku : “ Ayuh, pergilah ke mana saja kau
mahu. “
Sedangkan Umar dahulu disaat selesai sahaja mengucapkan dua
kalmia syahadah, beliau mengangkat Pedang dan menghunus ke Udara mengisytiharkan
keislamannya. Bukan itu juga dakwah? Beliau berdakwah kepada orang ramai disaat
itu untuk menunjukkan Islam itu agama yang benar dengan menjadikan Nyawanya
sebagai galang ganti. Umar juga mengunakan pendekatan yang lembut sebagaimana
contoh yang telah diberikan diatas iaitu teradap hamba sahayanya. Walaupun
hanya menyeru, “Masuklah islam” itu adalah kata-kata keramat yang digunakan
oleh Para sahabat Nabi s.a.w sepanjang lakaran pahatan sejarah islam. Kini
kata-kata keramat itu sudah dianggap menjadi ancaman kepada umat islam hingga
ada yang dirogol, ada difitnah, ada dibunuh dan sebagainya.
Teman-teman, bila lagikah Izzah islam itu akan bangkit jika
bukan dengan menyatakan perkara-perkara yang baik tentang islam, bila kita
tidak menyampaikan apa pesan Nabi s.a.w dan pesan Allah s.w.t dan sebagainya.
Bukan mudah nak bangkitkan izzah islam semula, tapi harus dimulakan dari saat
sekarang dengan menjadikan ianya adalah titik pemula kepada pengizzahan Islam
itu semula.
Teman-teman, Allah meletakkan sebagai seorang Islam bukan
kita minta untuk masuk islam. Cuba kita fikirkan mengapa Allah sangat baik
kepada kita dengan mengurniakan kita kunci kepada Syurga iaitu Syahadah? Apakah
kita nih mulia sangan berbanding dengan manusia yang Allah tidak kurniakan kunci
Syurga tersebut? Tidak teman-taman, kita sama sekali tidak mulia dari mereka
yang bukan islam jika dilihat dan dibandingkan kerana apa yang zahir pada kita,
kerana kita punya mata dan hidung sama dengan mereka, Cuma kita diangkat
menjadi mulia adalah dengan dianugerahkan kepada kita dengan Syahadah.
Teman-teman, wajarkah seorang Pengurus Syarikat hebat, yang
berpengaruh dan yang ternama itu tugasnya hanya goyang kaki, tidak fikirkan
masaalah langsung, dan adakah tanggungjawabnya sama dengan tanggungjawab seorang
kerani didalam organisasi syarikatnya itu? Sudah tentu tidak bukan.. Itulah
kita sekarang… Kita bukan lah ummat yang lemah, jika lemah mana mungkin Allah
nak pikulkan diatas Pundak dan bahu kita amanah seorang MUSLIM. Setiap orang
yang dipilih oleh Allah menjadi seorang yang muslim itu punya keistimewaan yang
tersendiri yang jika ummat islam itu mengunakan keistimewaan yang ada padanya
untuk islam..
Bukan niatku untuk menaikkan keegoaan kita, tapi untuk
menyedarkan diri kita yang selama ini merasa tidak layak untuk berdakwah.
Dakwah itulah yang membawa kita kenal kepada Allah dan Rasul Allah. Dakwah
itulah yang membawa kita kenal kepada Pengorbanan Nabi s.a.w dan dengan Dakwah
itulah yang membawa kita kenal siapa siap diri kita. Muhasabah dan beristgfarlah
andai selama ini kita pernah merasakan kita tidak layak untuk berdakwah, rasa
kita mentah dan rasa kita tidak mampu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa
yang Layak dan siapa yang tidak layak dan Allah lah yang Maha mengetahui
sesuatu.
Berdakwah lah agar saat bertemu dengan Baginda s.a.w, andai
nabi s.a.w bertanya pasal dakwah kita mampu menjawab bangga sebagai ummatnya, binalah
kekuatan dengan usaha-usaha yang tersendiri agar semangat untuk berdakwah itu
tidak hilang dan mati, dan ingatlah tanggungjawab dakwah itu akan dikembalikan
kepada Allah ta’ala berbentuk pahala dan Rahmat Allah. Sesungguhnya disaat aku
melakarkan tulisan aku merasa kerinduan yang teramat sangat kepada Baginda Nabi
s.a.w….
Semoga kita ditemukan Allah s.w.t dengan Nabi s.a.w di
Jannah.
Firman Allah Ta’ala dalam Surah Fussilat Ayat 33 yang
bermaksud :
“ Dan Tiada yang lebih Baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan ‘amal yang salih, sambil berkata; “ sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan