Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan Dari Ku...


Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t yang menciptakan alam dan seluruh isinya, yang menciptakan ruang dan masa untuk kita berkesempatan dalam merencana kebaikkan dan yang mewujudkan benih islam dalam sanubari kita. Juga tidak lupa setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah menganugerahkan kepada kita Amil yang Agung iaitu Baginda Rasulullah s.a.w yang datang membawa sinar Islam dan Takwa sehingga sinar itu dapat lagi kita lihat dan rasai di di muka bumi ini. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad s.a.w…

Dalam kesempatan ini, sukalah saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memohon sebanyak-banyak kemaafan andai sepanjang perkenalan atau perhubungan kita mungkin memberi kesan yang tak disukai dihati kalian. Sungguh, diri ini hanyalah insan biasa yang tidak mungkin dapat melihat apa yang ada dihati kalian . Semoga ibadah kita dibulan Ramadhan ini lebih baik dan menjadi medan penjanaan Pentarbiahan pada diri kita semua.

Setelah agak lama otak beku dalam memikirkan kata-kata yang puitis dan sudah agak lama jari berhenti dari pentas keyboard, maka secara jujurnya diri ini memerlukan masa yang panjang untuk menimbulkan balik minat teradap penulisan ini. Semoga Ruangan Blog ini merupakan satu titik kepada rasa tanggungjawab dalam menyampaikan sesuatu yang boleh memberi mafaat dan sebagainya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya cadangan dan idea untuk mewujudkan organisasi berpusat telah pun dilaksanakan, segala struktur dan perancangan sudah dibuat dalam melengkapkan fasa pertama. Jentera, gerakkan, wakil program sudah diaturkan dan sudahpun disusun, dan apa yang aku harapkan adalah semua mereka terlibat dalam skop penfokusan organisasi ini boleh berentap dengan mantap tanpa ada pelbagai alasan lagi. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang lebih baik. Penurusan harus ada pendokong yang boleh menyumbang kepada gerakkan yang aku harapkan adalah pada suatu hari nanti gerakkan ini boleh diizzahkan dengan warna Tarbiyyah, di izzahkan dengan Akhlak Islamiyyah dan diluaskan lagi skop plan tindakkannya.. alangkah indah kalau kita dapat kumpul anak muda dalam satu program pembelajaran kitab di pondok.. J

Teman-teman doakan kami agar kami tidak sama sekali hilang dalam melangkah di jalan yang semestinya menjanjikan onak dan duri. Teringat aku akan kata-kata seorang sahabat aku “Kalaulah perjuangan islam itu mudah sudah pasti ramai yang akan mengikutinya, tapi perjuangan islam itu memerlukan mahar berbentuk pengorbanan harta, jiwa dan tenaga kita.. Usah kita longlai dalam melangkah dijalan ini, kerana kita kena ingat, di alam sana kita juga akan dipersoalkan dimana usia kita dihabiskan, buat dakwah untuk lepaskan diri kita dan manusia lain di alam sana”

Firman Allah Ta’ala :

“Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).” (Surah Al-Ahzab : Ayat 23)

Allah s.w.t berfirman melalui Hasith Qudsi :

“Demi kemuliaanKu, Aku tidak mengumpulkan dua ketakutan dan dua keamanan ke atas hambaKu. Apabila ia takut kepadaKu di dunia, Aku akan amankan ia di hari akhirat. Apabila ia aman kepadaKu di dunia, Aku akan takutkan ia di hari akhirat.”

Fathi Yakan telah menyatakan sedikit berkenaan Penyusupan ke dalam Kerja Islam dan ianya terbahagi kepada tiga jenis penyusupan musuh untuk menghancurkan ‘Amal Islami Gerakan Islam iaitu melalui Individu, Pemikiran dan sokongan.

Penyusupan melalui Individu adalaha seperti ditugaskan seorang atau lebih untuk menyusup masuk ke pertubuhan dan ke tempat-tempat strategi di dalamnya. Perkara ini akan menekankan pertubuhan lebih-lebih lagi dalam keadaan genting supaya bergantung kepada satu kaedah “lemahkan kemudian kukuhkan” dalam berurusan dengan orang ramai dan penerimaan anggota mereka. Fathi yakan juga tekan kan agar tidak membuka pintu masuk pada semua orang tanpa mengambil kira latarbelakang pelajaran dan sebagainya dan seseorang itu mesti lah diuji terlebih dahulu.

Penyusupan melalui pemikiran iaitu seperti ditugaskan seseorang atau sekumpulan memebawa idea-idea yang sumbang dan disebarkan dikalangan anggota-anggota pertubuhan dengan tujuan untuk menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan anggota satu pertubuhan. Kadang-kadang penyusupan ini lebih merbahaya sekiranya ia dapat memesongkan perjalanan pertubuhan dari garisan asalnya. Sebab itulah mesti ada benteng dalam pemikiran dan gerakan, dan sebab itulah mesti jelas fikrah dakwah, matlamatnya dan ketentuan-ketentuannya. Supaya mudah para anggota pertubuhan membezakan antara kurus dengan gemuk, antara betul dengan salah, antara hak dengan batil, antara apa yang datang dari islam dengan apa yang ditolaknya.

Penyusupan melalui Sokongan kadang-kadang ianya berlaku secara terlindung. Kadang-kadang tidak nyata dan dapat didedahkan dengan mudan dan cepat. Penyusupan jenis ini banyak berlaku melalui penguasaan modal atau orang-orang yang meluluskan kewangan sama ada mereka itu individu dalam pertubuhan atau kawan-kawannya.

Sedikit perkongsian dari kitab “Tasawwur Asasi Gerakkan Islam” ini semoga dapat menjelaskan lagi kepada kita betapa liciknya mereka yang ingin menjatuhkan gerakkan islam. Semoga kita semua tidak terpengaruh dengan ideology mengarut yang berbaul dengan penipuan dan fitnah. Fitnah menfitnah semata-mata untuk mendapat pangkat dan jawatan inilah yang sedang melanda Negara umat islam ang lain. Benarlah pemimpin yang baik dapat dilihat bukan sahaja dalam infrastruktur pembangunan metarial tetapi juga akhlak dan modal insane yang lahir dalam sesebuah Negara ini. Gerakan islam mesti menghayati , Firman Allah s.w.t :

“ Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutilah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman. ” (Surah Ali- ‘Imran : Ayat 175)

Tiada ulasan: