Sabtu, 14 Julai 2012

Jenis-Jenis Pemerintahan




Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dihadapkan kepada Allah s.w.t diatas segala sesuatu yang dijadikan untuk kita dan juga nikmat iman dan islam yang masih lagi dipakaikan oleh Allah Ta’ala pada kita. Selawat dan salam kita lafazkan buat Baginda s.a.w, semoga ingatan kita pada nabi s.a.w kian hari kian meninggi.. InsyaAllah… Amin..

Terasa diri ini kian hilang kekreatifan dalam melorekkan kata-kata di dada blog bernama “Tinta Harian”. Mungkin fenomena ini terjadi kerana kurangnya masa untuk merenung dan berfikir dalam ertikata mengkaji dan meneliti keadaan. Dalam kekeluan dalam melakar cerita di blog ini, pelbagai sketra hidup sudah menyapa dengan membawa warna-warni kehidupan yang tersendiri, yang terkadang terasa diri ini kerdil, terasa diri kita lemah, bahkan terasa perjuangan ini sungguh sukar.

Dalam penulisan kali ini, izinkan untukku memetik ayat-ayat dari sebuah buku yang bagi aku seharusnya seorang Da’ie memilikinya untuk dijadikan satu skop pandang kaji dalam kerangka yang memperlihatkan konsep-konsep praktikal dan imbang balik mengikut waqi’ atau keadaan. Buku yang amat menarik dan mudah untuk difahami yang mengandungi ideology dan padangan yang berbalik kepada sejarah dan pengkajian. Buku yang berjudul “ Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islami ” oleh Sa’id Hawwa ini menempatkan banyak perbezaan dari sudut perangkaan, rasional, dan sebagainya.

Teman-teman, sebelumku mencatat ayat keramat yang terdapat dalam buku tersebut, marilah kita berfikir sejenak berkenaan mengapa perlunya kita wujudkan Negara islam khususnya di bumi Malaysia. Ada segolongan manusia menyatakan “Negara islam akan tertegak dengan tertegaknya Individu muslim dan masyarakat muslim, maka apabila sudah tertegaknya masyarakat muslim maka hukum-hukum dan undang—undang islam pun akan terlaksana”, tidak juga ada yang menyatakan “nak wujudkan Negara Islam ini tidak boleh mempergunakan sistem selain (kafir) sistem islam”, dan bahkan ada sekelompok manusia menyatakan “Islam akan terangkat tinggi dengan menjaga dan mengislahkan mijoriti kaum atau puak yang beragama islam dalam sesebuah negara”, bahkan ada sekelompok yang lain menyatakan “Politik adalah kuda tungangan untuk mentadbir Negara dengan cara dan kaedah islam, bukan semua idea si kafir kita terus menghukum tak boleh digunakan dan perjuangan kita bukan meredhai undang-undang dan hukum manusia tapi politik adalah kaedah untuk kita mengabil alih tompok kepimpinan bagi memudahkan penyebaran dakwah islamiyyah dengan menuntun Rakyat dibawah kepimpinan mereka mencari keredhaan Allah dan kembali kepada sinar islam” dan sebaginya.

Persepsi, pandangan, ideologi, pergerakkan, dan ruang lingkup atau skop perjuangan inilah meletakkan pelbagai pemahaman dalam merencana gagasan dakwah islamiyyah di bumi Malaysia ini. Teman-teman, disini suka lah untukku menyatakan pandangan ku yang mungkin tak setanding dengan pandangan-pandangan mereka yang diatas mengenai kepentingan mewujudkan Negara Islam. Izinkan aku kisahkan pandangan aku dengan satu cerita berbentuk persoalan kepada kalian, “ Dalam mewujudkan Negara Islam, mesti lahirkan individu muslim dan aku amat setuju dengan pernyataan itu, jadi dikisahkan ada seorang perempuan yang mempunyai kefahaman islam yang tinggi sehingga setiap perkara yang terlihat pada diri hanyalah untuk mencari redha Allah, bahkan telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran, pakiannya adalah pakaian yang menutup aurat, tetapi pada suatu hari dia dirogol oleh seorang lelaki.. persoalan yang biasa kita Nampak dan mainkan adalah SIAPA yang salah??…”. Teman-teman, kisah ini boleh digambarkan seperti sebuah rumah yang tiada atap dimana tiang rumah Itu adalah Akidah perempuan itu, dinding rumah diibaratkan adalah pakaian perempuan itu dan pintu, jendela, tangga dan pelbagai kelangkapan yang lain adalah akhlak, kesopanan, percakapan perempuan tersebut, tapi perempuan itu tetap dirogol juga kerana tiadanya Atap untuk jadi pelindung daripada anasir-anasir luar iaitu digambarkan sebagai Syariat atau undang-undang Islam. Pendek kata, keselamatan dan pengamalan Agama islam akan sukar dilaksanakan didalam negara yang tidak mengambil anisiatif untuk mengamalkan Undang-undang dan hukum-hukum islam...

Maka jelas lah disini mengapa perlunya diwujudkan Nagara Islam yang mengamalkan Undang-undang dan Hukum Hakam islam termasuklah Hudud.

Berbalik kepada perkongsian kita tajuk “ Jenis-Jenis Pemerintahan ” ini diharapkan dapat menjelaskan kepada kita beberapa jenis pemerintahan yang ada dari kaca mata Sa’id Hawwa.

Kita memahami pemerintahan kepada tiga jenis :

1) Pemerintahan Islam yang Adil

2) Pemerintahan Islam yang menyeleweng.

3) Pemerintahan yang murtad atau pemerintahan kafir pada asalnya lagi.

Pemerintahan islam yang adil ialah pemerintahan yang mengakui bahawa kekuasaan mutlaq hanyalah milik Allah, jentera pemerintahan pula adalah berada didalam pengendalian orang-orang islam yang benar serta segala sistem yang berjalan adalah sistem islam. Pemerintahan yang adil ini tercetus daripada kehendak dan azam umat islam. Cita-cita dan matlamat ummah ini adalah seiring dengan cita-cita dan matlamat islam. Mereka tunduk, mengakui kehakiman Allah didalam semua persoalan. Mereka tidak menyekat dan menghalang perlaksanaan hukum-hakam Allah hanya kerana kepentingan pangkat, harta atau kedudukan, Negara adalah untuk Rabb, syariatnya adalah syariat Allah, sunnah perjalanannya adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan usahanya adalah untuk menyatupadukan umat islam. Dirinya dikorbankan untuk jihad bagi melaksanakan segala yang difardukan Allah ke atasnya. Jihad adalah untuk menyatupadukan umat islam dan menundukkan golongan kafirun di bawah kalimah Allah supaya tidak ada lagi fitnah di ala mini dan agama hanyalah untuk Allah. Petandanya termaktub dalam Al-Quran, sebagaimana firman Allah :

“ (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah.” Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (Surah Al-Hajj : Ayat 40-41)

Inilah Negara, rakyat dan pemerintah yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, sebarang perkara yang ma’ruf disuruhnya dan dilarang segala yang mungkar. Umar Ibnu Abdul Aziz di dalam mentafsirkan ayat ini menyebut :

“Tugas ini bukan dipertanggungjawabkan keatas pemerintah sahaja. Semua berkewajipan keatasnya, pemerintah dan yang di bawah pemerintahan,. Tidakkah mahu saudara, saya peringatkan tentang pembahagian dua tanggungan. Pertama, tanggungan pemerintah keatas diri anda dan keduanya tanggungan anda ke atas pemerintah. Sesungguhnya hak pemerintah keatas anda ialah mengenakan kewajipan-kewajipan Allah keatas saudara. Mengagihkan tugas-tugas ini diantara sesame saudara selanjutnya membawa saudara kearah satu jalan yang sempurna dan lurus sedapat mungkin. Saudara pula berkewajipan ta’at tanpa paksaan dan tidak bercanggah antara yang saudara rahsiakan dan yang saudara zahirkan”

Inilah Negara islam yang adil. Negara seperti ini berhak menerima pertolongan Allah. Allah berhak memberi pertolongan kepada orang-orang yang bekarja untuk kewujudan Negara ini. Mereka juga berhak menerima keta’atan, sokongan dan bantuan daripada umat islam. Sekiranya disuruh oleh pemerintahnya tentang sesuatu yang harus, maka adalah wajib perkara itu dilaksanakan. Kalau diseur oleh pemerintah supaya menentang golongan yang menderhaka, saudara berkewajipan menta’atinya.

Adapun pemerintahan islam yang menyeleweng ialah keadaan dimana pemerintahnya mendirikan solat, mengakui kehakiman Allah, melaksanakan Al-Quran atas umatnya tetapi pada masa yang sama melakukan penyelewengan, kelemahan dan kezaliman. Apakah mungkin keadaan begini berlaku? Jawapannya ialah “YA”.

Imam Al-Bukhari didalam satu riwayatnya daripada hadith Rasulullah s.a.w :

“ Dengar dan patuhlah walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi, kepalanya bagaikan anggur yang kecut. ”

Imam Muslim pula meriwayatkan dalam zsebuah hadith Rasulullah s.a.w, Sabdanya :

“ Sebaik-baik imam (pemerintah) kamu ialah mereka yang kamu mencintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu bersolat (berdoa) keatas mereka dan mereka berdoa keatas kamu. Dan seburuk-buruk imam (pemerintah) ialah kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. “ Kami bertanya : “Wahai Rasulullah, tidakkah patut kami menentang mereka?” Baginda bersabda menjawab : “tidak! Sedang mana mereka mendirikan solat bersama kamu. Bahkan sesiapa diantara kamu yang telah melantik seseorang itu sebagai walinya (pemerintah) kemudian melihatnya melakukan sesuatu yang memaksiati Allah, maka hendaklah ia membencinya terhadap apa yang dilakukan daripada maksiat itu dan sekali-kali ianya tidak boleh menarik diri daripada menta’atinya. ”

Satu riwayat lagi dari Syaikan (yakni; Al-Bukhari dan Muslim) dan Malik daripada Ubadah bin Shamit r.a telah berkata :

“Atu telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w untuk dengan dan ta’at di dalam kesusahan dan kesenangan, semasa cergas dan semasa lesu dan supaya kami tidak mengutamakan diri dan tidak berebut kuasa daripada yang berkeahlian. Dan kami berjanji untuk bercakap benar dimana sahaja kami berada. Tidak takut kepada sebarang celaan orang yang mencela kerana Allah.”

Di dalam satu riwayat lain disebut :

“Kami tidak akan berebut kuasa kepada orang yang berkeahlian kecuali setelah kami melihat satu kekufuran yang jelas di sisi kami yang mempunyai dalil dan hujjah daripada Allah.”

Di dalam nas-nas ini, kita mengetahui kemungkinan sesebuah pemerintahan itu menyeleweng tetapi tidak harus kita menentangnya atau melawannya melainkan setelah pemerintahnya meningglkan solat atau meningglkan perlaksanaan HUKUM ALLAH keatas ummah dan DIGANTIKAN dengan perlembagaan dan kanun yang lain. Adapun sekadar kerosakkan atau kecacatan sebahagian sahaja di dalam perlaksanaan, maka tidaklah dibolehkan kepada rakyat untuk melawan pemerintahan ini. Tetapi kalaulah sudah tertegak sebuah Negara adil dan imam yang sejati bagi kaum muslimam, maka imim ini berhak menentang pemerintah tadi walaupun penyelewengan itu terlalu minima asalkan tindakan penentangan ini diambil demi menjaga kemaslahatan.

Ada[un berhubung dengan Negara murtad atau kafir, pendirian kita ialah berperang atau membuat persiapan untuk berperang. Dengan jalan ini dapatlah dibanteras pemerintah mertad dan kafir ini. Diatas keruntuhan ini nantinya ditegakkan Islam kerana golongan kafirin ini bilamana mereka memegang teraju pemerintahan, mereka akan bertindak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Termasuk di dalam golongan kafir ini, ialah :

1) Mereka yang tidak mendirikan solat

2) Mereka yang tidak memerintah dengan apa yang diturunkan Allah

3) Mereka yang tidak senang dengan jalan Allah

4) Mereka yang melaksanakan perlembagaan dan kunun-kanun yang bertentangan dengan hukum Allah.

Maka dalam hal ini, Imam kaum muslimin tidak mempunyai pilihan lain melainkan merubah dan menggantikan sistem ini dengan mengembalikan kekuasaan sepenuhnya ke tangan kaum muslimin. Itulah dengan menengakkan Daulah Islamiyyah.

Sepanjang perjalanan sejarah umat islam, kita telah memerhatikan berbagai-bagai bentuk sisitem dilaksanakan di tanah air islam. Misalnya, kaum Tartar masih berpegang dengan kanun yang ditingglkan oleh Ghengis Khan walaupun mereka telah memeluk islam. Kerana itu para ulama’ telah menfatwakan kekufuran mereka dan wajib diperangi menurut yang terdaya. Oleh itu, kita tidak teragak-agak menghukumkan sebarang sistem sebagai kafir sekiranya sistem itu mendukung selain daripada Islam atau melaksanakan kanun-kanun bukan islam dan mengendalakan Islam atau sebahagian darinya. Ada dua perkara yang berbeza. Menghukum sesuatu sistem sebagai kafir adalah satu perkara manakala menghukum individu di dalam sistem tersebut merupakan persoalan yang lain pula. Ini disebabkan, boleh jadi seseorng individu itu, lantaran keadaannya dan suasana menyebabkan dirinya berlainan daripada satu hukuman yang dikenakan ke atas orang lain.

Sultan Abdul Hamid ialah seorang yang tidak diragui akan keinginannya untuk memberi sumbangan dan khidmat bakti dalam usaha menegakkan Islam. Keperibadiana dan pegangannya dengan islam juga tidak diragui. Meskipun demikian, setalah mewarisi kuasa pemerintahan dari mereka yang terdahulu daripadanya, telah berlaku pengabaian terhadpa perlaksanaan hukum Hudud. Tetapi pengabaian beliau dalam perlaksaan hukum Hudud itu bukanlah atas kerelaannya. Ia adalah akibat tekanan dunia. Demikian juga , pada waktu yang sama beliau telah mewarisi satu sistem yang asing. Semua ini berterusan hingga ke akhir zamannya. Tentulah dalam soal ini, penilaian dan hukuman yang boleh dijatuhkan keatas orang-orang yang benar-benar ingin membenteras islam.

Menghukum sesuatu sistem itu kufur adalah satu perkara yang berbeza dari menghukum seseorang individu.

Persoalan ini tidak boleh disamakan bila dianggap pemerintahan Komunis itu kafir dan setiap penganut Ideologi komunis itu kafir kerana penganut ideology komunis itu mengisytiharkan keiltizamannya dengan kekufuran dan dengan penuh kerelaan hati. Tetapi perbincangan kita tidak pula bertolak dari sini.

Kita menuduh atau menghukum seluruh sistem itu kufur dan menghukum setiap orng beriltizam atasnya dengan penuh kerelaaan hati adalak kafir. Kita tetap sedar betapa perlunya mengambil sikap yang paling berhati-hati dalam menta’rifkan orang-orang yang mengiklankan islam atau merahsiakannya di masa yang sama orang itu menyertai pemerintahan. Tetapi kewajipan menghapuskan sistem kufur itu masih tetap menjadi satu tuntutan.

Setelah menjalankan operasi penyelidikkan ynag menyeluruh terhadap kedudukkan dunia islam kini dan penilaian yang teliti, maka kita dapatlah membahagikan sistem pemerintahan dalam alam Islam kepada beberapa jenis :

1) Jenis pertama ialah satu sistem yang wajib kita perangi. Kita tidak ada pilihan lain dalam menghadapi sistem ini melainkan dengan menghapuskannya dan menegakkan sistem Islam di atas keruntuhannya.

2) Jenis kedua, sistem ini mengizinkan kita untuk berdialog dalam mengahadapinya.

3) Jenis ketiga pula ialah, sistem yang boleh diletakkan da dalam perkiraan kita,. Kita boleh bertenang dalam menghadapinya supaya ia tidak liar dengan kita sebelum kita menguasai pemerintahan atau supaya sistem ini tidak menjauhkan diri daripada bekerjasama dengan kita.

Sesungguhnya kita boleh dan mampu untuk sampai ke tampuk pemerintahan di beberapa buah negari. Nantinya pemerintahan kita ini akan menjadi daya penarik kepada pemerintahan Islam melalui siasah-siasah yang bijak. Cara ini adalah lebih baik daripada kita melakukan tindakan-tindakan yang kurang bijaksana. Langkah-langkah yang tidak bijak ini akan menyebabkan sebahagian besar daripada sistem-sistem pemerintahan menjauhi kita lalu bersekutu dengan Negara-negara kafir. Bila ini berlaku, ia sangatlah merugikan.

Sebenarnya strategi umum kita sebelum dan selepas pemerintahan adalah berpandukan kepada keputusan-keputusan yang bijaksana. Perencanaan-perencanaan kita di setiap negeri pula mestilah didasarkan kepada penyesuaian dengan kedudukan dunia Islam.

Wallahua’lam…

Tiada ulasan: