Sabtu, 14 Julai 2012

Iman Surut Nafsu Diturut.




Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t, tuhan sekalian Alam. Yang menjadikan setiap makluk dengan keagungan-Nya, menciptakan Adam a.s dari dari tanah dan lantas Dialah yang meninggikan darjat Adam a.s sehingga para malaikat turut sujud padanya. Selawat dan salam Juga kita lafazkan buat junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah Ta’ala :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.” (Surah Al-Tin : 4-6)

Teman-teman yang dirahmati oleh Allah s.w.t, dalam kita menyusun rentak langkah dalam mendepani arus Kehidupan pada masa kini, maka tidak dapat tidak kita diancam oleh godaan-godaan yang menyentuh perihal Tauhid dan Takwa kita kepada Allah s.w.t. Makin ramai dikalangan kita, muda-mudi yang tersilap dalam menyusun langkah mencorak dunianya yang tersendiri yang sebenarnya membawa kepada kejatuhan maruah diri dan islam itu sendiri. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan tersebut… Amin…

Seringkali dada-dada akhbar menyapakan berita berkenaan pelbagai masaalah salah laku remaja, bahkan baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Remaja Perempuan Melayu Islam mengelar leher ibunya sendiri di tempat awam. Tidak lupa juga berita pembuangan bayi, berita remaja ditangkap khalwat, remaja jual tubuh, remaja itu dan remaja ini dan sebagainya. Semuanya menceritakan perihal berkenaan remaja. Persoalan yang bermain di kotak fikiran aku, siapakah yang bersalah? Mengapakah perkara ini berlaku? Dimana maruah jati diri dan sikap kemelayuan? Di manakah Islam di jiwa remaja? Dan sebagainya. Pasti ramai akan menyelar pandangan ini dengan berkata “ko tuh baik sangat ke?”.. pandangan negative inila yang sebenarnya menumbang kepada wujudnya sikap tidak peduli di kalangan masyarakat sedangkan sikap peduli ini nampaknya sangat berguna adalam arus zaman masa kini. Dengan sikap peduli inilah akan menampakkan bahawa Agama tidak boleh dipisahkan sama sekali dalam kehidupan duniawi.

Persoalan siapa baik atau siapa buruk bukan lah topik yang ingin dikongsikan disini, tapi ianya adalah berkenaan tanggungjawab kita sebagai seorang islam yang turut merasai bahana kejatuhan akhlak remaja ataua muda-mudi masa kini.

Firman Allah Ta’ala :

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-Asr : 1 - 3)

Teman-teman, lihatlah sekeliling kita (jiran tetangga, kawan pergaulan, kawan sekolah, orang seuisa dan lain-lain). Lihatlah dengan saksama , amati, kemudian fahamilah apa yang mereka lakukan. Kamu akan mendapati sebahagian bersar daripada kita telah keluar dari bimbingan agama. Perilaku dan perbuatan kita tidak mencerminkan seorang yang bertanggungjawab, iaitu membawa bangsa ini kearah kebangkitan. Jelan ramai dikalang kita hanyut dalam lembah Hedonisme, menurutkan keseronokkan nafsu sepuas-puasnya. Kita sudah tidak peduli lagi apakah perbuatan kita itu bahaya bagi diri kita, keluarga, kawan-kawan atau bangsa. Kita hidup seperti haiwan, makan dan minum, melakukan seks bebas, menggunakan dadah, minum minuman keras dan mengambil pil-pil khayal, mudah menyakit mereka sekeliling, bahkan kita tidak segan silu membunuh nyawa orang lain, bahkan anak sendiri tanpa kesalahan yang jelas. Sedarlah bahawa kita mudah tersinggung, mudah beremosi dan tidak mempunyai kekuatan mengawal diri sehingga mudah di provokasikan atau diperhambakan orang lain dengan balasan fizikal.

Teman-teman, pandangan ini kita kena ambil dengan sedalam-dalamnya bahawa sebenarnya ianya mempunyai hikmah yang tersembunyi yang bila mana kita menjadikan ianya sempadan buat kita, kita mampu untuk menjauhi perkara-perkara yang telah disebutkan. Terlebih dahulu maaf andai kata perkataan “KITA” yang dipamerkan kerana mudah-mudahan ianya melekat lebih kukuh dalam jiwa raga sanubari kita untuk menjadikan kehidupan kita bukan seperti yang sedang digambarkan. Harap jadikan ianya suatu yang positif.. Amin..

Antara perkara-perkara yang salah telah kita dikalangan remaja pilih dan lakukan adalah meminum minuman keras. Pernah diri ini mendapat mesej dari seorang remaja perempuan yang menceritakan pengalamannya di Pahang semasa dia masih belajar di salah sebuah Universiti dimana dia pernah terserempak dengan remaja melayu meminum arak dan botol arak berserakkan di lorang-lorang kecil. Tergaman seketika setelah mendapat khabar darinya. Ada juga seorang remaja perempuan menyatakan pada diri ini bahawa sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku pada diri nya. Ada juga kisah seorang lelaki yang menggunakan Holy Water untuk memurtadkan gadis remaja dan Allah menyelamatkan Gadis tersebut juga pernah dikhabarkan kepada diri ini, dan bila diimbang balik situasi-situasi yang berlaku sekeliling, semunya adalah bersebab dan sebab yang aku temui adalah dasar Islam dalam lubuk hati dan sanubari remaja itu sendiri.

Para pemerintah juga memainkan peranan, menjanakan duit Negara dengan janaan yang Halal dalam Islam, sumber kewangan Negara sudah bercampur maksiat pada Allah inilah yang mungkin menggelapkan hati pengikut dibawah kepimpinannya untuk sukar dalam melakukan ketaatan pada Perintah Allah s.w.t. Dan mana mungkin islam akan dijadikan Tinggi andai semua salah laku guna kuasa, rasuah, dan sebagainya tidak dibendung dan diatasi. Sungguh perlaksanaan islam bukan lah dengan memerintah dengan memberi kesenangan material semata tapi juga mengherat masyarakat dan rakyat kearah mentauhidkan Allah Ta’ala. Bukan kah Negara islam yang mengandungi lengkap perundangan dan hukum hakam islam itu menjadi Idaman kita??.

Berbalik pada topic perkongsian kita, terutamanya di bandar-bandar besar, remaja sudah ditoktrin dengan budaya “tren semasa” yang boleh kata terikut-ikut dengan budaya Kuning dari barat, bahkan ada yang menyatakan meminum minuman keras pada zaman sekarang adalah tren semasa, bahkan akan akan dikatakan kekampungan dan ketinggalan zaman jika tidak pernah minum atau menidakkan minuman keras.

Kita mungkin lupa akan Firman Allah Ta’ala:

“ Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : “pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka bertanya pula kepadamu : apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah : “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir. ” (Surah Al-Baqarah : 219)

Firman Allah Ta’ala :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu, maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelan nyata.” (Surah Al-Maidah : 90-92)

Sungguh kita akan terus rosak jika langsung kita tidak merenung masa depan dengan pengambilan minum keras. Matikan kilang-kilang pembuatan minuman haram ini, deralah hati dengan Ghuraba’ daripada kemaksiatan arus masa kini dan itu menjadi kewajipan pemerintah dan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab pada Allah s.w.t. Paksakan jiwa dan hati untuk merasakan ketakutan pada Allah s.w.t sebelum membuat sesuatu yang dilarang. Semoga ketakutan itu dapat membawa kita kearah yang diredahai Allah s.w.t.

Tidak lpa juga dengan karenah anak-anak muda di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dimana menjadikan Disko atau kelab malam sebagai satu medan untuk bersosial dan melepaskan penat seharian dalam bekerja. Disko pada masa kini kian umbuh seperti cendawan yang sredia pula untuk menyebarkan sporanya pada kawasan-kawasan lain. Hampir dapat dipastikan hotel-hotel kellas menengah menyediakan tempat sebegini apatah lagi dengan hotel-hotel peringkat atas.

Gejala berdisko ini ibarat telah membius hati-hati anak muda dan juga masyarakan islam yang lainnya untuk merasakan kebiasaan dan ketiada salahan untuk mereka berjoget, menyanyi, bercampur gaul dengan sesama ajnabi dan sebagainya. Disko ibarat tempat istirehat yang terbaik dengan infrasutruktur sentiasa dipertingkatkan dengan dilakukan inovasi agar pelanggan terutamanya anak muda terikat dengan kesedapan maksiat tersebut. Mana tidak disukai tempat-tempat sebegini, keran melambak anak-anak gadis berpakaian membuka aurat berkeliaran di situ. Makanan enak sudah terhidang di depan mata dan ditambah pula dengan hiasan yang cukup mengliurkan, maka mana tidaknya untuk menerkam makanan tersebut bukan?? Sedarkah kita, maruah islam sudahpun sekali lagi tercarik oleh kelakuan kita yang menafikan secara jelas dalam perbuatan kita akan firman-firman Allah s.w.t dan teguran-teguran Nabi s.a.w maka tidak melampau jika dikatakan bahawa Jatuhnya islam adalah kerana Kita!!

Jangan kita bekukan hati dan pekak kan telinga akan ayat-ayat Allah s.w.t serta pesan-pesan nabi s.a.w, kerana Dunia ibarat syurga buat orang kafir dan penjara buat orang islam. Dalam melayari bahtera kehidupan kita tidak dapat lari dalam melakukan pelbagai kesalahan dan juga tidak mempunyai alas an untuk bertaubat dan kembali pada Allah s.w.t. maka pilihan yang ada dihadapan kita memerlukan kita menimbang dengan kaca mata islam yang sudah semestinya membawa kepada kebaikkan duniawi dah akhirat. Cuba fikirkan yang mana akan kita pilih, pekerjaan yang membawa satu kesenangan sahaja atau pekerjaan yang membawa 2 kesenangan?.

Akhir kalam dalam penulisan kecil ini, marilah kita melakarkan lembaran sejarah yang baru yang mana bila dipersembahkan pada Allah s.w.t kelak kita dapat memberatkan timbangan amalan baik. Taubat itu bukan milik sesiapa tapi milik kita.. teman-teman jika mahu tahu cinta Allah pada kita, terlebih dahulu kita ukurkan lah cinta kita pada Allah s.w.t.. Tapi persoalannya jika Allah tidak kasih pada kita mengapa kita masih lagi diizinkan untuk melihat, mendengar, berjalan, makan dan sebagainya bahkan diberi islam kepada kita??

Firman Allah Ta’ala :

“ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka dtimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. ” (Al-Baqarah : Ayat 214)

Tiada ulasan: