Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t tuhan sekalian alam, yang menciptakan alam ini dengan penuh kesempurnaan, Maha Suci Allah tuhan yang Maha Sempurna dengan Sifat-sifat Kesempurnaan-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar kita Baginda Rasulullah s.a.w juga jangan kita lupakan , kerana risalah, tuntunan, kalimat, wasiat dan nasihat Baginda s.a.w masih lagi dapat kita dengar, rasa, dan laksanakan. Semoga Allah s.w.t golongkan kita dalam golongan para pencinta Rasul Mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Amin..
Dalam kesempatan masa, waktu dan ketika ini, Alhamdulillah Allah s.w.t masih memberi aku peluang dan nikmat berupa kesihatan dan nikmat-nikmat yang lain untuk aku menitipkan sesuatu untuk dikongsikan dengan teman-teman di alam maya ini. Entah kenapa perkongsian yang ingin nyatakan walaupun berbentuk tulisan ini hilang titik permulaannya dan mungkin ini adalah bukti bahawa sudah lama jari jemari aku tidak menyusun rentak tarinya di papan kekunci laptop ini..
Teman-teman, Dunia islam telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri, catatan-catatan gemilang tentang tekad dan keazaman pejuang-pejuang islam di zaman lampau bagaikan tidak berkesudahan dinukilkan dari masa ke masa. Sejarah telah menggambarkan kepada kita betapa gigihnya para pejuang dizaman lampau dalam menyampaikan risalah para Nabi s.a.w sehingga tentangan-tentangan yang keras membaluti jasad mereka. Tentangan-tentangan berbentuk penindasan, penyeksaan dan hukuman dari masa ke semasa itu tidak sama sekali melunturkan semangat dan kegigihan mereka dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t iaitu Amal Ma’ruf nahi Mungkar. Ayuh cerminkan sejenak dimana kita berbanding dengan mereka yang dahulu, kerana syurga itu dipilih bukan memilih..
Dalam konteks menjatuhkan rejim yang zalim, pemimpin yang unggul mesti berusaha mencontohi sifat unggul para pejuang agama sebagaimana yang telah terakam kemas dalam lipatan sejarah. Sifat kesabaran yang tinggi disamping keazaman dan sikap berusaha bersungguh-sungguh itulah yang menjadi ukuran kepada pergerakkan disamping ketauhidan yang utuh tanpa berbelah bagi pada Allah s.w.t. Mereka wajib faham dan menyedari hakikat bahawa perjuangan adalah merupakan kesinambungan usaha dakwah yang direstui oleh Allah s.w.t. Mereka juga patut faham dan insaf bahawa mereka ini adalah pendokong-pendokong dakwah iaitu para mujahid dan para syuhada’. Mereka bukan sekadar sebagai seorang ahli falsafah atau tukang pidato penggegar pentas semata-mata!!.
Dalam penulisan ini akan aku selitkan sedikit sebanyak berkenaan gambaran unggul yang telah ditempa oleh sebilangan pemimpin dan para da’ei dalam mnghadapai kejahatan dan kezaliaman tirani. Semoga catitan sejarah ini dapatr menjadi penawar pada kita dalam menempuh suka-duka dan perit perjuangan dan semoga sikap dan peribadi unggul mereka dapat kita renungkan dan lakukan check and balance dalam diri kita sendiri.
Antara para pemuda yang menjadi contoh ialah Sa’id bin Al-Musayyab Radiyallahu’anhu. Beliau enggan menjadi pendokong rejim ‘Abdul Malik bin Marwan, walaupun puas ‘Abdul Malik bin Marwan memujuk beliau supaya menjadi pendokongnya. Meskipun Sa’id bin Al-Musayyab sayyid Al-Tabi’in, namun ‘Abdul Malik bin Marwan tergamak menghukum beliau dengan hukuman 50 kali sebatan. Beliau diusung mengelilingi bandar Madinah disamping orang ramai ditegah untuk menghampiri majlis pengajian beliau. Sikap beliau yang tegas dan berperinsip atas dasar sedar faham terhadap Islam maka beliau terus diseksa dan diseksa sehingga Beliau pulang menemuai Tuhan Rabbul Jalil.
Selain dari pemuda diatas, insan bernama Sa’id bin Jubair juga tidak kurang hebat ujian yang dihadapinya. Beliau telah dimurkai oleh Hajjaj bin Yusuf, penguasa fasid dari Bani Thaqif. Beliau menanggung penyeksaan dan kezaliman dari Hajjaj dengan penuh keberanian dan keras hati. Segala macam seksaan yang dihadapinya tidak pernah melunturkan semangat waja beliau sehingga beliau akhirnya dibunuh. Ketika Hajjaj bin Yusuf mengeluarkan arahan untuk membunuh dengan menyembelih beliau, Sa’id bin Jubair berkata :
“Kataku ialah- Aku naik saksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah sahaja. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ambillah kata-kata ku ini sehingga engkau menemuiku di akhirat kelak. Ya Allah! Janganlah Engkau benarkan dia membunuh sesiapapun jua selapas aku”
Beliau lantas disembelih dari urat leher kanan ke kiri sedangkan lidahnya terus menerus mengingat Allah s.w.t. ketika menghadapi peristiwa ini Iman Ahmad Ibn Hambal menyatakan : “ Hajjaj telah membunuh Sa’id bin Jubair padahal tiada sesiapa pun ketika itu di dunia ini kecuali ia sangat-sangat memerlukan kepada ilmu sa’id bin jubair “(petikan dari Wafayatul A’yan)
Selain kisah diatas, adakah kita lupa akan ketegasan Imam Nawawi menyatakan yang Hak depan pemerintahan yang zalim? InsyaAllah kisah penuh Imam Nawawi sudah ada aku hidangkan buat kalian di blog aku ini pada posting yang terdahulu. Imam Nawawi yang telah dikatakan oleh Syeikh Abul Abbas Bin Farah rahimahullahu ta’ala telah sampai ke maqam yang tinggi dalam 3 perkara dan seandainya jika dia sampai pada 1 perkara diantara 3 perkara tersebut sekalipun maka dia layak untuk dijadikan ikutan. Perkara tersebut adalah kedalam ilmu pengetahuan, kezuhudan terhadap dunia, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar.
Ketegangan antara Imam Nawawi dengan Pemerintah yang zalim Sultan Damsyik iaitu Sultan Zhahir Baibas (625-676). Ketegangan ini tercetus kerana Imam Nawawi tidak mahu mengeluarkan Fatwa bersama ulama’-ulama’ lain yang mengharuskan sultan mengambil sebahagian daripada harta rakyat untuk persiapan menghadapi serangan Bangsa Monghul(Tatar). Hal ini kerana Beliau mengetahui dengan yakin bahawa Sultan memiliki ratusan orang hamba perempuan di istananya dan masing-masing mempunyai perhiasan yang mahal-mahal dan juga mempunyai banyak hamba lelaki, kata iman Nawawi kepada sultan dengan tegas : “ Seandainya Tuanku Sultan menjual semua hamba-hamba itu dan membelanjakan semua barang kemas yang ada pada mereka untuk keperluan perang dan ternyata masih belum mencukupi, maka saya bersedia mengeluarkan fatwa bersama bagi membenarkan tuanku mengambil harta Rakyat.”
Ketegasan Beliau dalam menyatakan yang Hak pada si Zalim menyebabkan beliau diusir dari Damsyik. Dan para ulama’ yang juga merupakan murid pada Imam Nawawi yang tinggal di Damsyik membuat rayuan kepada sultan Zhahir supaya benarkan Imam Nawawi untuk kembali mengajar di Damsyik. Dengan rayuan ulama’ tersebut sultan membenarkan dan surat diutuskan oleh ulama’ tersebut pada Imam Nawawi dan Imam Nawawi telah berkata : “ Aku tidak akan kembali mengajar di Damsyik kalau sultan Zhahir masih berdaulat di sana. “
Inilah contoh yang boleh kita lihat dan bandingkan dengan keadaan negara kita, adakah Negara kita sudah bebas dari penguasaan sang pemerintah yang zalim yang mengambil hak rakyat sedangkan dia kaya raya?
Contoh lain pejuang Islam yang mirip dengan perjuangan di Malaysia adalah perjuangan yang dilakukan oleh Abu Hanifah Bin Nu’man, beliau tidak setuju dengan tindak tanduk politik Abi Ja’afar Al-Mansur. Menurut Daud bin Rasyid Al-Wasiti : “ Aku pernah menyaksikan Imam Abu Hanifah diseksa. Tiap kali beliau dikeluarkan dari bilik tahanan, beliau dipukul 10 kali. Penderaan itu berulang sehingga sebanyak 110 kali pukulan. Kemudian apabila ia merasakan pukulan itu akan berterusan Imam Abu Hanifah pun berdoa dengan suara yang rendah : “ Ya Allah! Jauhkan lah aku dari bencana mereka dengan qudrat-Mu” Melihatkan beliau masih terus dengan sikapnya, maka akhirnya beliau diracuni.
Sungguh gigih dan tabah Imam Abu Hanifah dalam jihad perjuangan menyatakan yang zalim pada yang zalim. Disaat hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau sempat berwasiat agar ditanamkan jasadnya di tanah perkuburan yang baik yang tidak pernah berlaku rompakan diatasnya ataupun dirompak oleh penguasa.
Diriwayatkan apabila kisah Imam Abu Hanifah sampai kepada telinga Abi Ja’afar yang memerintah ketika itu, ia mengeluh dan berkata : “Siapakah gerangan yang dapat membebaskan aku dari dakwaan Abu Hanifah semasa hidup dan matinya. “
Rasanya cukup dengan contoh-contoh diatas yang boleh kita renungkan bahawa dalam perjuangan menyatakan keadilan ini sudah pasti akan dihadapi dengan kesulitan, kesakitan, cacian, herdikkan, pukulan, dan kematian. Sepanjang kurun sehingga kini para da’ei tidak lekang dari menghadapi ujian dan kesulitan dalam mengimplimentasikan Islam di dalam sesebuah Negara khsusnya. Para pejuang agama difitnah dan dicaci serta dicederai mahupun dibunuh oleh pelbagai pihak samaada dari mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, nafsu yang ingin mengahkannya, syaitan yang ingin menyesatkanya dan kafir yang memeranginya. Ujian yang datang dari pelbagai sudut ini memerlukan kepada ketabahan, kefahaman, dan tarbiayyah yang tinggi.
Para pejuangan ada yang digantung, ada yang di tembak dengan licik, ada yang dibuang negeri dan kesemuanya ini adalah kerana tekad dan ketegasan mereka untuk terus bertuhankan Allah s.w.t dalam erti kata ang sebenar. Ada yang dituduh sebagai boneka penjajah sedangkan yang menuduh itulah sebenarnya boneka dan upahan penjajah dan ada juga yang dituduh sebagai pengkianat sedangkan yang menuduh itu adalah pengkianat yang tulen.
Hassan Al-Banna, Mursyidul Am Ikhawan Muslimin ditembak syahid dalam tahun 1949 oleh rejim yang berkuasa ketika itu kerana menurut suatu perencanaan Inggeris untuk menghancurkan gerakan Islam yang dianggap menggugat kelangsungan empayar mereka. Beliau dibunuh semata-mata kerana beliau membangkitkan kesedaran rakyat dan meyatakan kebenaran di kalangan rakyat. Belau cuba melepaskan orang ramai dari belenggu perhambaan tirani dan menyatukan mereka dari menjadi boneka penjajah. Beliau ditembak kerana semata-mata mengajak orang ramai kembali kepada ajaran Islam, menyembah Allah yang Esa, kembali kepada kemuliaan Islam. Dan apa yang belau dapat adalah beberapa biji peluru datang dan menembusi dada beliau di bawah terik matahari.
“ Mereka Benci kepada orang-orang mu’min semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah Maha Perkasa dan Maha Terpuji “ (Surah Al-Buruj: Ayat 7)
Sewaktu orang lain gementar lutut dan kecut menghadapi kejahatan dan kezaliaman, menurut sahaja apa yang dikata dan dilakukannya, beliau sanggup menyatakan tidak dengan penuh keberanian.
Benarlah Sabdaan Nabi Muhammad s.a.w :
“ Jika anda melihat umatku takut menyatakan kepada orang zalim : “ Wahai orang penzalim! “, maka itu tandanya umatku telah bermesra-mesraan dengan mereka. “
Sebenarnya banyak lagi para pejuang-pejuang agama yang tidak aku sebut disini seperti, Nawwab Safawi (Gerakkan Fedaiyan Islami), Sayyid Qutb, Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Badri (pengarang buku “Hukum Islam Terhadap Nasionalisme”), Marwan Hadid, Syeikh ‘Arif Al-Basri dan sebagainya.
Kita sering lupa tapi mereka mungkin sering ingat akan Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Saf ayat 8:
“ Mereka hendak memadamkan Nur Allah dengan mulut mereka, namun Allah pasti menyempurnakan cahayanya walaupun orang-orang kafir tidak suka. “
Apabila kita menyucapkan Kalimah Syahadah maka secara automatic kita telah menjadi para da’ei dan tanggungjawab kita adalah dalam menyampaikan keadilan dan dakwah islami. Dakwah tidak membawa kita ke karpet merah, tidak meganugerahkan kit kereta mewah, rumah besar dan sebaginya tetapi usaha dakwah islam berhadapan dengan tekanan, tahanan dan tali gantung maka ia benar-benar menjadi suatu jihad yang sangat berat; menuntut pengorbanan. Itulah masa bersungguh, bukan main-main. Ketika itu jelaslah siapa yang benar-benar mengerti apa erti dakwah, jerih-jerih berjihad dan pengorbanan kerana Allah, dan siapa pula ingin berdakwah senang lenang, tanpa usaha, tanpa pengorbanan yang sewajarnya, seolah-olah mereka lupa akan Firman Allah s.w.t :
“ Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal kamu belum mengalami apa yang telah dialami oleh manusia sebelum kamu. Mereka telah menderita kesusahan dan keperitan hingga bergegar (keimanan) mereka. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya tertanya-tanya: “Bilakah gerangan datangnya pertolongan Allah?” (Insaflah) bahkan pertolongan Allah itu hampir jua. ”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 214)
Allah s.w.t berfirman dalam ayat yang lain :
“ Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang sabar. (Padahal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan dihadapan, kamu masih teragak-agak. ”
(Surah Ali-‘Imran : Ayat 142-143)
Sini aku tambahi lagi dengan Hadis Nabi sa.w :
“ (Jalan) syurga dihampiri oleh kesulitan/ kesusahan, manakala (Jalan) neraka dihampiri oleh (Tarikan) nafsu syahwat. ” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Al-Tirmidzi)
Teman-teman, dalam kronologi perjalanan Gerakkan Dakwah dari zaman ke zaman, menunjukkan bahawa perjuangan dalam menegakkan dan mengalah kezaliman dan kejahatan para pemimpin tirani adalah satu laluan jalan jihad turun temurun diri pelbagai tempat dan pelusok dunia dan Jihad ini menghendakkan kita bersatu dalam satu batu asas iaitu takwa dan takut pada Allah s.w.t. Setinggi dan sebijakmanapun kita dalam merencana strategic sehingga memenangkan kita menjatuhkan rejim kezaliman, tetapi jika semata-mata bukan kerana Allah s.w.t, khuatirkanlah hati kita dengan kemenangan itu, jika kita ditakdirkan kalah dalam menjatuhkan rejim zalim itu dengan disertakan hati yang hadirnya takwa, maka senangkanlah hati kita dengan janji-janji Allah dan berusaha dan terus berusaha. Sungguh perjuangan Kerana Allah itu tidak sama sekali sia-sia.
Kini sudah tiba masa untuk kita merenung kembali menghadap muka kita kearah Keadilan dan Ketaatan pada Allah s.w.t, kini sudah tiba masanya untuk kita bergerak dalam menyatakan Hak pada yang Hak dan Batil pada yang Batil hatta dia itu pemerintah sekalipun. Bebaskan diri kita dari meyokong kezaliman dan diperintah oleh sang zalim. Semoga kita mendapat rahmat dan redha Allah s.w.t.. Aminn
Akhir Kalam, Semoga Allah membuka mata kita dalam mengadaptasikan Gerakkan Islam dalam jiwa sanubari kita khususnya dan Negara umumnya dan aku doakan agar jiwa kita akan terus berpijar dan bersinar dengan hadirnya ketakwaan dan menyuburkan keseluruh anggota badan dan seterusnya terang benderang sirna ketakwaan itu sehingga mereka yang berada di sekeliling kita juga turut merasainya dan tersentuh dan juga bersinar dengan cahaya kemuliaan, semoga cahaya kemuliaan Baginda Muhammad s.a.w mengolongkan kita dalam golongan yang mencintai dan merindui Nabi s.a.w dan menempatkan kita bersama Baginda s.a.w di syurga Kelak.. Amin Ya Rabb!!
Ayuh Teman Kita Sokong Parti Islam!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan