*CANTIKNYA SEORANG WANITA ITu....*
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **GADIS *
*Bukan kerana merah kilauan lipstik*
*Pada bibir memekar senyuman kosmetik*
*Tetapi pada keperibadian terpelihara*
*Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa *
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **REMAJA *
*Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah*
*Untuk menggoda pandangan nafsu mata*
*Tetapi pada kehidupan terjaga*
*Dari menjdai mangsa tohmahan dunia*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **HAWA *
*Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam*
*Sehingga turunkan insan ke dunia*
*Tetapi menjdi pembakar semangat perwira*
*Menjadi tunjang perjuangan syuhada*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **ANAK *
*Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan*
*Mengalir mutiara di kelopak mata*
*Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa*
*Pada hari kebangkitan bermula*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai **ISTERI** *
*Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga*
*Tetapi sentiasa bersama*
*Menempuh badai disisi suami tercinta*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **MENANTU *
*Bukan kerana kemewahan dimata *
*Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai*
*Menjadi penghibur hati permata kehidupan*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **IBU *
*Bukan terletak pada kebangkitan anak*
*Dalam setiap pertelingkahan*
*Tetapi dibawah lembayung kejayaan*
*Membuai anak dikala suami menjalin impian*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **MERTUA *
*Tidak kerana berjaya meruntuh istana*
*Tetapi jalinan kasih sayang*
*Tulus hati mengagih kasih setara pada semua*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **NENEK *
*Bukan memberi harta dunia*
*Sehingga generasi lupa*
*Tetapi menjadi pada pendita*
*Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **WARGANEGARA **
**Bukan kerana menyandang puncak dunia*
*Tetapi bijak menangkis rintangan *
*Peka membela nasib dan maruah negara*
*Menjadi tulang belakang keteguhan semua*
**
*Cantiknya seorang wanita itu sebagai** **WARGA TUA *
*Bukan kerana jernihnya mutiara*
*Mengalir deras di kelopak mata** *
*Tetapi senantiasa mengumpul cahaya*
*Menghitung hari dengan selembar nasihat*
**
*Cantiknya wanita itu sebagai ****INTELEKTUALIS *
*Bukan kerana menjadi sebutan*
*Sehingga menjulang keegoaan*
*Tetapi dalam mencari ilmuan*
*Menyala obor mewangi setanggi profesionalis*
**
*Cantiknya wanita itu sebagai **MUSLIMAH *
*Bukan kerana keindahan paras rupa*
*Sehingga menjadi ingauan mata*
*Tetapi berpegang Akidah Solehah*
*Disebalik tirai jiwa*
*Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah*
*Mengharap keredhaan kehidupan...
"*wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan