Selasa, 7 Februari 2012

Wahai Para Pemuda Islam!!




Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya syukur kita pada Allah s.w.t atas segala-galanya nikmat kurnaiaan Allah s.w.t selama ini kepada kita.. Syukur Alhadulillah sekali lagi aku lafazkan kepada Allah s.w.t kerana masih memberi aku kesempatan untuk menitipkan secubit pandangan  berupa sedikit perkongsian berdasarkan perhatian dan pembacaan aku. Setelah lama aku menyepi dan menghilangkan diri dari dunia penulisan blog ini membuat aku keliru apa yang ingin aku kongsi dengan teman-teman semua seketika ini. Tapi alhadulillah, kini ideanya itu datang memberi ilham di kotak minda aku. 

Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, sungguh lahirnya jasad mulia susuk Nabi Muhammad s.a.w adalah membawa rahmat kepada sekalian alam di muka bumi ini. Sebanyak-banyak selawat dan salam buat junjungan Besar kita Nabi s.a.w..  

Seribu kemaafan juga aku titipkan buat teman-teman yang selama tidak henti-henti bertanya khabar berkenaan blog aku ini mengapa tidak diupdate dan sebagainya. Walaupun jawatan telah dilucutkan, walaupun tekanan telah dilepaskan namun, ujian dan ujian yg lain pasti datang, dan itulah merupakan asam garam dalam kehidupan yang kadang datangnya dapat melemahkan diri dan menyapa minda untuk termenung seketika, tapi lemah ke kuat ke yang penting deti waktu itu tidak sama sekali akan mundur kebelakang. Entah mungkin Esok masa pengakhiran hidup aku, maka mohon maaf aku titipkan disini buat teman-teman jika ada tersalah dan tersilap selama ini.

Setelah hari demi hari berlalu, cerita demi cerita, kisah demi kisah dalam hidup ini muncul, sungguh aku rasa dunia ini penuh keunikkan dan kekadang membuat aku tersenyum dengan sendirinya. Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana membenarkan aku melihat dan menghayati setiap detik waktu yg ada.. Dunia ini sungguh cantik, tapi ianya juga perlukan kepada iman dan takwa utk kita layarinya.. Agar kita sentiasa dipanyungi Rahmat dan kaih sayang Allah s.w.t..

Kali ini aku ingin berkongsi dengan teman-teman satu kisah nasihat yang amat berkesan dijiwa aku.. Yep, aku bukan lah seorang yang handal dalam menukilkan suatu kisah atau pun cerita, segala-galanya aku kongsi berdasarkan realiti yg aku lalui dan atas apa yang aku rasakan serta bacaan buku yang menarik. Di saat ini aku membelek satu buku yg sangat baik tulisannya, buku yg telah membuat hati aku berat utk menghabiskannya kerana nasihat pertama dalam muka surat pertama sungguh luarbiasa sekali yg membuat jiwa muda aku bergelora kerana terpukul dengan kata-katanya..  kata-kata  yg pertama dalam buku tersebut adalah “Wahai Para Pemuda Islam”. Pelbagai pentafsiran yang muncul disaat aku membaca kata pembukanya itu..huhuh

Tergerak hati utk kongsi dengan teman-teman dengan apa yg nak dikongsikan oleh pengarang buku “Sehingga Para Pemuda Mengerti” yg dikarang oleh “Dr.Abdullah Nasih Ulwan”.. harap teman-teman dapat beli dan hadam buku ini.. Amin.. Ini adalah sedikit perkongsian berupa nasihat, beli jangn tak beli buku ini yek… sungguh aku tidak dapat nilaian kewangan pun dari pembelian kalian…

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Para Pemuda Islam!

Aku memuji kepadamu akan Allah, yang tiada Tuhan selain daripada-Nya. Aku berselawat dan salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w, pemimpin segala pembawa perubahan, penghulu segala Mujahidin, dan keatas Keluarganya, sahabat-sahabatnya, para tabiin, dan orang  yang mengikuti mereka dengan kebaikkan sehingga hari pembalasan… adapun selepas itu.

Adakah kamu mengetahui –wahai para pemuda- kenapakah kamu diciptakan dan apakah tugas kamu?
·         Kamu diciptakan untuk melaksanakan tujuan peribadatan kepada Allah, tunduk dan patuh kepada-Nya, serta berserah diri kehadrat-Nya dalam setiap musibah yang menimpa dan menakutkan. 

Sebagaimana firman Allah s.w.t : 

Maksudnya: Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia, melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu –Az-Zariyat: 56.

·         Kamu diciptakan untuk mengikuti manhaj rabbani (cara hidup yang diperintahkan oleh Allah s.w.t ), yang selama-lamanya tidak dimasuki kebatilan daripada hadapan mahupun belakangnya, suatu penurunan daripada Allah yang Maga Bijaksana lagi Maha Terpuji.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:  “Barang siapa mencari agama selain agama islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” – Ali imran:85

·         Kamu diciptakan supaya kamu member wala’ (kesetiaan) dan ketaatan hanya kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin:

Maksudnya: “sesungguhnya penolong kamu hanalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan  solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).” – Al-Maidah:55.

Adapun tugasa kamu yang terbesar yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t, dan kamu diciptakan kerananya ialah ; menegakkan hokum Allah di atas muka bumi, serta mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada penyembahan sesame hamba kepada penyembahan Aang Naha Esa. Mengeluarkan mereka daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasanya, daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan islam….

Kemudian , Adakah kamu tahu- wahai para pemuda- bagimanakah kamu mahu merealisasikan tugasan ini?

Ianya akan terlaksana dengan lima sifir asas yang perlu kamu hiasi dirimu dengannya, serta perlu kamu simpulkan hemah untuk memperteguhkan dan mendalamkannya.

1.       Keimanan Teguh yang tidak bergoyang dan tidak pula rapuh.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihat dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah , mereka itulah ornag-orang yang benar.” –Al-hujurat : 15.

2.       Keikhlasan yang benar, tidak mengenal kepura-puraan mahupun menunjuk-nunjuk.

Maksudnya: “ Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” –Al-Bayyinah: 5

3.       Keazaman yang teguh, tidak mengenal takut mahupun gentar.

Maksudnya: “Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka hanya takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Penghitungan.” –Al-Ahzab :39.

4.       Amalan (gerak kerja) yang berterusan, tidak mengenal erti lemah mahupun lesu.

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang Ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” At-Taubah:105.

5.       Pengorbanan yang tinggi, yang hanya memilih sama ada kemenangan ataupun mati syahid.

Maksudnya: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimap oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan brmacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya : “ Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat sekali.” –Al-Baqarah: 214 

Pada hakikatnya, kelima-lima sifir ini merupakan cirri-ciri pemuda yang mengotai janji mereka terhadap Allah s.w.t, ia adalah sifat istimewa para pemuda, yang tidak pernah takut pada jalan Allah s.w.t celaan orang yang mencela… Kerana asas keimanan adalah hati yang tajam, asas keikhlasan jiwa yang suci. Asas keazaman ialah perasaan yang kuat, asas amalan merupakan kehendak yang muda, asas pengorbanan pula akidah yang teguh…. Segala sifat ini tidak pernah terkumpul dengan lebih kuat dan banyak, sebagaimana terkumpul ia didalam diri seorang pemuda. Dan ianya tidak terdapat kecuali didalam jiwa seorang para pemuda islam…

Daripada sini, para pemuda islam terdahulu dan kini, pada setiap peringkat sejarah; adalah tunggak kebagkitan umat islam. Merekalah rahsia kekuatannya, punca kemegahan dan kemuliaannya, pengibar panji-panji dan benderanya, panglima bala tenteranya kearah kebesaran dan kemenangan.. 

Maksudnya : “Sesungguhnya mereka itulah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” –Al-khafi: 13.

Menjadi tanggungjawab kamu –wahai para pemuda- untuk mengetahui bahawa “Sekumpulan mukmin yang berpusat di rumah al-Arqam, di atas tangan mereka terlaksana kemenangan islam; mereka semuanya adalah para pemuda. Rasulullah s.a.w berumur 40 tahun ketika dibangkitkan ketika menjadi nabi, Abu Bakar r.a lebih muda daripada Baginda sebanyak 3 tahun, Umar r.a pada ketika itu berumur 27 tahun. Usman r.a lebih muda daripada Rasulullah s.a.w, Ali r.a lebih muda daripada semuanya… Beginilah, Abdullah bin mas’ud,Abdurrahman bin Auf, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam,Said bin Zaid, Mas’ub bin Umair, Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir, serta berpuluh-pulh lagi, bahkan berates-ratus… mereka semua adalah para pemuda.”

Para pemuda itulah yang telah menanggung di atas belakang mereka bebanan dakwah. Merka telah merasakan bahawa di jalan dakwah ini segala kesabaran, azab dan pengorbanan adalah sauatu kemanisan. Merekalah orang yang menyambungkan malam mereka dengan siang, sehingga mereka Berjaya merealisasikan enyebaran agama islam. Mereka mampu memenagkan agama dan mengukuhkan pengasasannya… Maka hanya dalam waktu yang singkat, seolah-olah hanya diantara petang dan pagi, sebuah Negara dan kesultanan telah Berjaya ditegakkan. Satu kerajaan dan kepimpinan telah Berjaya diasaskan…

Malahan, 2 kerajaan besar pada ketika itu; Parsi dan Rom telah pun tunduk kepada pemerintahan mereka. Bayangan mereka telah memanjang sehingga ke Negara Sindh (India) di sebelah timur, Caspian, Armenia, dan Rusia di sebelah utara. Telah masuk ke dalam keadilan mereka Negara Syam (Jordan, Lubnan, Syria) Mesir, Cyrenaica, Tripoli (Libya), dan Negara-negara Afrika yang lain… Kesemuanya ini hanyadalam tempoh 35 tahun.

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, kerajaan mereka semakin meluas dan kesultanan mereka semakin berkembang, sehingga mereka Berjaya memasuki negeri Sindh, sebahagian besar India, Turkan, dan mereka sampai ke sempadan timur Negara China, memasuki Andalus (Sepanyol) di Eropah Barat.
Salah seorang kahlifah islam, Harun Ar-Rasyid telah menggabarkan kepada dunia betapa luasnya alam Islam pada ketiak itu; apabila beliau telah berkata-kata kepada Awan yang melaluinya, tetapi tidak diturunkan hujan di situ. Beliau berkata “Pergilah engkau menurunkan hujan dimana sahaja yang engkau mahu. Sesungguhnya segala hasilmu (tanaman yang engkau sirami) akan dibawa kepada kami.”

Inilah Uqbah bin Nafi’, yang telah berdiri di penghujung barat, di persisiran pantai Laut Gelap (Laut Atlas) dia berkata sambil melangkah mengharungi air laut: “Ya Allah, Tuhan Muhammad. Kalulah tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka duni, di jalan meniggikan kalimahMu.. Ya Allah, saksikanlah!”.

Dan ini pula Qutaibah Al-Bahili, yang telah masuk jauh ke sebelah timur. Dia bertegas mahu memasuki Negara China untuk membukanya. Maka berkata salah seorang sahabatnya kepadanya “Sesungguhnya engkau telah memasuki jaug ke dalam Negara Turki. Sepanjang tempoh ini, pelbagai peristiwa telah datang dan pergi.” Lantas belaiu menjawab, dalam keadaan keimanannya telah sampai ke kemuncak “Dengan keyakinan ku kepada pertolongan Allah lah aku telah masuk jauh ke dalam. Sekiranya sudah sampai ajal, nescaya tidak bermanfaat lagi segala persiapan.” Apabila sahabatnya yang menasihatinya itu melihat keazaman dan kesungguhannya untuk terus melangkah meninggikan kalimah Allah, dia berkata “Teruskan perjalanan mu sebagaimana yang engkau kehendaki wahai Qutaibah. Keazaman ini tidak mampu ditumpulkan oleh sesiapa pun kecuali Allah!!”

Semoga Allah merahmati penyair Islam Muhammad Iqbal dalam kata-katanya: 

Di kuil-kuil Afrika dahulunya kita beribadat..

Sebelum datangnya pasukan Islam yang membuka bandar-bandar,

Afrika dan padang pasirnya tidak lupa…

Sembah-sujud kita.. sedangkan bumi melontar api…

Kita telah menghadapkan dada-dada kita kearah pedang..

Tidak pernah kami gentar musuh yang zalim, yang bermaharajalela.

Seolah-olah banyangan pedang adalah teduhan di taman-taman..

Menghijau, tumbuh di sekitar bunga-bungaan.

Marilah kamu bersamaku –wahai para pemuda- kita bersama-sama bertanya rumah-rumah di Syam, penduduk-penduduk di Iraq, kebun-kebun Andalus, lembah-lembah Mesir, hutan-hutan Algeria, tanah dataran Afrika, kediaman-kediaman orang ajam (Asing), negeri-negeri di India, Kawasan-kawasan di China, tanda-tanda utama dunia… tentang kisah-kisah mereka ; nenek moyang yang berani lagi masyhur, yang telah terdidik di atas keimanan dan Islam, yang merupakan lepasan hasil pentarbiahan Masjid Nabawi, Masjidul Haram, Masjidul Aqsa, Masjid Cordova, Masjid Al-Azhar, Masjid Umawi.

Sesungguhnya di sisi mereka semuanya ada perkhabaran tentang kebanggaan dan kemasyuran orang Islam terdahulu, ilmu dan tamadun, nilai murni dan prinsip, kepahlawanan dan pengorbanan…
Merekalah orang yang telah memperhalusi jiwa, menenangkan hati, menyebarkan ilmu, mewajibkan pengatahuan, memuliakan manusia, menghapuskan tanda-tanda penyembahan berhala, menyalakan di dalam alam ini cahaya kebenaran, hidayah dan pengatahuan, mereka menanam di dalam bumi ini segala bentuk kebaikkan, kemanisan dan kelazatan. Mereka memahat di dalam lubuk sejarah prinsip-prinsip tauhid, keadilan, persaudaraan, kesamarataan…

Adakah dunia pernah mengenal orang yang lebih tinggi dan mulia daripada mereka? Ataupun orang yang lebih bersimpati terhadap orang lain dan lebih berbelas kasihan? Ataupun lebih besar dan agung? Ataupun lebih terkehadapan dan alim daripada mereka?

Mereka telah melaungkan kebebasan sewaktu umat-umat islam lain masih terbelenggu di dalam rantai perhambaan, mereka menyebarkan tauhid pada hari akal-akal masih terikat dengan belenggu jahiliyyah, mereka menegakkan keadilan ketika mana Parsi dan Rom mempergunakan bangsa-bangsa untuk kehendak mereka yang suka berperang.

Mereka telah membelanjakan harta di dalam kemuliaan, ketika orang-orang lain mengumpulkan harta dan kezaliman. Mereka menjaga maruah dan kehormatan sewaktu orang lain menjual ibu-ibu dan adik beradik perempuan..

Dahi-dahi mereka tunduk kepada Allah, tetapi tinggi terhadap selain Allah. Hati-hati mereka sentiasa mahukan keindahan dan bencikan keburukan. Akal-akal mereka beriman dengan kebenaran, menolak setiap kebatilan. Tangan-tangan mereka; sebelah bersam Allah dan sebelah lagi bersama manusia.
Mereka beriman dengan agama, supaya mereka dapat mengangkat dunia dengan nya. Bekerja didunia untuk mereka khidmatkannya kepada agama. Menghimpunkan diantara dunia dan agama, supaya mereka menjadi gah dan mulia di dunia, di akhirat  pula termasuk di dalam golongan yang Berjaya.

Mereka telah memerintah dunia, lalu mereka penuhinya dengan keamanan dan kesejahteraan. Rebut bencana datang melanda mereka, lalu mereka hadapinya dengan penuh kesabaran dan senyuman keredhaan. Barangsiapa yang cuba menzalimi mereka, nescaya akan dijadikan bumi orang tersebut hanya meninggalkan kesan runtuhan dan timbunan.

Darah para syuhada disisi mereka seperti wangian pemuda dan lelaki. Panahan musuh yang tersusuk didada mereka adalah perhiasan kemegahan dan kesempurnaan. Mengharungi maut di jalan agama merupakan nyanyian para wanita dan anak kecil..

Perarakan syuhada di sisi mereka seolah-olah majlis kegembiraan dan perkahwinan. Gemercingan pedang di telinga mereka seakan-akan music dan nyanyian. Bagi peperangan itu terdapat bayi-bayi yang masih merah, yang dibela oleh ibu-ibu mereka di atas katil dan buaian.

Sesungguhnya mereka – pada hakikatnya- adalah satu-satunya generasi, tidak seperti generasi-generasi lain. Sekumpulan lelaki yang istimewa, tidak seperti mana-mana lelaki. Suatu umat perintis, tidak sperti baki ummat yang lain…

Benarlah firman Allah s.w.t ketika membicarakan tentang mereka: 

Maksudnya : “Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia.” –Ali-Imran: 110.

“Mereka lah datuk moyangku, maka bawakanlah kepadaku orang yang sama seperti mereka
Apabila kita bertemu di lain perhimpunan, wahai Jarir.,”

(Bait ini merupakan sebahagian daripada sebuah qosidah yang dinukilkan oleh Fazdaq ketika mana dia berbangga dengan datuk moyangnya ke atas lawannya, Jarir dihadapan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Datuk Farazdaq ialah sahabat Nabi s.a.w yang bernama Zaid bin Amru bin Nafail r.a, yang masyhur dengan jasanya menyelamatkan bayi-bayi perempuan daripada ditanam hidup-hidup dan menebus mereka dengan hartanya pada zaman jahiliyyah. Faradaq dan Jarir adalah pujangga Arab yang sering dijemput ke istana khalifah untuk memperdengarkan bait-bait syair mereka. Kedua-dua saling bersaing dianatara satu sama lain. Wallahu’alam)

Wahai para pemuda

Seringkali kita mendengar slogan-slogan yang lima, diulang-ulang lidah, dilaung-laung tenggorokan:

“Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah cita tertinggi kami.”

Akan tetapi segala slogan ini, yang terbit daripada mulut-mulut yang beriman di sana dan sini tidak mungkin akan berinteraksi dengan hati, serta tidak akan meninggalkan kesannya ke dalam jiwa melainkan orang yang melaungkannya itu mencontohi para ashab madrasah yang pertama (yakni para sahabat Rasulullah s.a.w), di mana orang yang mengasaskannya Nabi s.a.w sendiri. Selawat dan salam daripada Allah ke atasnya, para khalifah (pengganti), para sahabatnya selepas daripadanya, dan sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah mereka sehinggalah hari pembalasan….

Inilah institusi yang telah mengeluarkan para pemuda dan pahlawan yang telah dan masih lagi merupakan menara, lambing serta mercu keimanan dan keikhlasan, mercu jihad  dan pengorbanan, mercu kesabaran dan keazaman, mercu keteguhan dan tetap pendirian, mercu dalam menyampaikan dakwah, mercu dalam akhlak dan muamalat….

Apabila para pemuda kita berakhlak dengan slogan-slogan yang lima ini, dan zahir kesannya pada kata-kata dan tingkah laku mereka, berpadu di dalam kehidupan dan reality mereka…. Pada ketika itulah, diharapkan akan kembalinya kemegahan dan identity kepada Islam, akan tertegaknya bagi para muslimin kesatuan dan daulah… dan bukanlah perkaraini suatu yang sukar bagi Allah.

Wallahua’lam

Teman-teman sekalian, inilah antara coretan kata-kata yang boleh aku copy dan paste buat menambah kegahirahan kalian untuk membeli dan membaca buku ini. Sungguh mereka dahulu telah melalui jalan dakwah dengan penuh 1001 rasa dan pengalaman. Mereka tidak pernah lelah, letih apatah lagi berhenti berharap pada Allah s.w.t.. keazaman mereka membuatkan dunia ini kecil bagi generasi penerusnya, keteguhan mereka sehingga mencurahkan keringat dan darah itulah memberi daging-daging penyelamat Neraka di batang tubuh kita buat generasi sekarang. Merekalah pembawa panji yang bangga dengannya, dan atas nama ISLAM mereka melaksanakan tanggungjawab khalifah dan hamba dimuka bumi, hamba yng menjalankan perintah menyebarkan Islam pada yg jahil dan kahlifah yng mengurus tadbir dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan dengan berperlembagakan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Aku rasa setiap bait-bait pengarang ini menunjukkan perjuangan sebenar tiada noktah pengahkiran selagi Allah belum mencabut nyawanya.. Sungguh aku amat yakin, Allah pasti akan melahirkan segolongan pewaris generasi dahulu pada masa kini.. mereka yang hadir dengan membawa kalimah Tauhid, membawa sinar pencerahan pada ummat yg kini kian hilang pegangan agamanya.. 

Ya Allah, Rahmatilah para pejuang agamamu, mereka mengabaikan kesenangan hidup mereka demi kesenangan rakyat, mereka membuang yang haram mengganti yang halal, mereka melaungkan kebanggaan mereka pada ISLAM dan kecintaan pada-Mu, mereka meletakkan segala penggangtungan pada-Mu semata-mata, mereka dilahirkan bukan untuk kesengan diri sendiri tapi untuk menyelamatkan rakyat dan menanggung beban rakyat.. Amin ya Rabb..

Tiada ulasan: