Selasa, 7 Februari 2012

Keperibadian Muslim (baitul muslim)





Konsep Khalifah 

·      Sebagai seorang hamba yang beribadat kepada Allah.

  •   Sebagai Khalifah Allah di muka bumi.Allah mencipta manusia untuk dua peranan:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah dimuka bumi’…Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya…”

(Al-Baqarah 30-31)

  • Kita boleh membentuk sebuah dunia Islam yang dicirikan oleh semua yang baik dan indah jika semua orang Islam mendidik generasi yang menjalankan peranan sebagai khalifah Allah.
  • Penerapan tanggungjawab sebagai khalifah perlu bermula sejak dari kecil lagi.
  • Setiap ibu bapa perlu memahami konsep khalifah dan seterusnya menerapkan nilai murni ini kepada anak-anak mereka.
Makna Khalifah

Khalifah ialah seseorang yang menjalankan peranan sebagai wakil Allah di muka bumi. Alangkah istimewanya manusia kerana dipilih sebagai khalifah Allah. Sebagai khalifah, kita perlu menyempurnakan:

  • Diri sendiri - menjadi seorang muslim yang mengikut syariah Allah.
  • Manusia sejagat - ke arah kehidupan yang bercirikan Islam dan diredhai Allah.
  • Alam sekeliling - menjadi sebuah taman syurga yang diredhai Allah.
Tugas sebagai khalifah boleh disempurnakan dengan melakukan jihad.

Makna Jihad

  • Jihad adalah amalan ke arah kebaikan dan menghindari segala kemungkaran.
  • Jihad bukan sahaja bermakna perang suci (Holy war)
  • Ia adalah perjuangan berterusan mengalahkan nafsu jahat dan pengaruh syaitan, untuk mendapatkan keredhaan Allah.
  • Jihad dilakukan melalui kata-kata lembut yang penuh hikmah dan tindakan yang bijaksana.
  IBU BAPA mesti betul-betul memahami makna khalifah untuk mendidik anak-anak supaya ANAK-ANAK dapat memahami dengan jelas peranan mereka sebagai KHALIFAH Allah s.w.t.
  • Ibubapa mesti bantu anak-anak memahami bahawa adalah satu penghargaan besar kepada manusia kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifahNya.
  • Anak-anak mesti betul-betul faham bahawa kemenangan atau menjadi `hero’ bererti berjaya melawan nafsu jahat dan pengaruh syaitan yang sentiasa menggoda dalam kehidupan harian kita.
  • Kita tidak mahu kalah pada syaitan dan nafsu jahat pada bila-bila masa.

Ibu bapa boleh menerangkan makna khalifah kepada anak-anak yang sangat kecil.
Beritahu mereka … …

  • Sebelum Allah menjadikan kita, Allah telah menjadikan semua benda lain.
  • Allah menjadikan matahari, bulan, bintang dan bumi kita.
  • Allah menjadikan udara yang kita sedut dan air yang kita minum.
  • Allah menjadikan semua tumbuhan dan semua binatang.
  • Allah menjadikan semua ini supaya apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s. dan semua manusia termasuk kita, akan ada tempat yang indah untuk kita hidup.
  • Allah menjadikan kita lain dari semua benda dengan memberi akal kepada kita.
  • Allah menjadikan kita istimewa sebab Allah sangat menyayangi kita.
  • Allah menjadikan kita istimewa sebab Allah memberikan tugas yang sangat besar untuk kita lakukan.
  • Allah menjadikan kita KhalifahNya dan ini bermakna menjadi amanah kita untuk melaksanakan semua suruhan Allah.
  • Allah lebih mengetahui daripada sesiapa pun, apa yang baik dan apa  yang buruk.
  • Allah ingin kita belajar daripadaNya dan RasulNya apa yang baik dan apa yang buruk.
  • Allah hendak kita menyayangi semua yang baik dan menjauhi diri daripada perkara yang buruk.
  • Allah hendak setiap orang membuat semua perkara baik dan tidak langsung melakukan perkara buruk.
  • Allah hendak kita membantu orang lain untuk memahami apa yang baik dan apa yang buruk.
  • Allah hendak kita menjaga dunia kita supaya sentiasa indah.
  • Allah hendak ibu bapa menolong anak-anak memahami apa yang baik dan apa yang buruk.
  • Kita rasa sangat gembira kerana Allah menugaskan kita tanggungjawab yang sangat penting.
  • Walaupun kadang-kadang kita rasa kerjanya susah tetapi pasti seronok bila kita lakukannya sebagai Khalifah Allah.
  • Jika kita menjalankan kerja sebaik-baiknya sebagai Khalifah Allah, dunia ini akan menjadi sebuah tempat yang paling istimewa untuk kita dan seterusnya menjadi seperti sebuah syurga idaman semua.

Untuk anak-anak yang lebih besar, beritahu mereka……
  • Sebagai khalifah Allah, adalah penting untuk kita melakukan tugas dengan baik, oleh itu Allah menunjukkan cara untuk kita melakukan tugas ini.
  • Allah amat pemurah kepada kita supaya kita boleh menjadi khalifah yang berjaya.
  • Cara untuk menjalankan peranan sebagai khalifah Allah adalah melalui jihad.
  • Jihad bererti melakukan semua yang baik dan tidak melakukan perkara yang buruk. 
  • Allah menyayangi semua perbuatan yang baik dan tidak suka kepada semua   perbuatan buruk.
  • Syaitan melawan semua perkara yang disukai Allah.
  • Syaitan mahu kita melakukan semua perkara yang buruk dan tidak suka kita melakukan perkara yang baik.
  • Jihad bererti melawan syaitan dengan cara TIDAK melakukan perkara yang buruk.
  • Kita semua adalah pahlawan Allah yang melawan syaitan.
  • Semua kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah pahlawan Allah yang melawan syaitan.
  • Kita menang melawan syaitan apabila kita tidak membuat perkara jahat.
  • Kadang-kadang syaitan mempengaruhi pemikiran kita dan cuba membuat kita melakukan perkara jahat.
  • Syaitan boleh mendorong kita melakukan kejahatan melalui perbuatan, percakapan dan pemikiran kita.
  • Kita mesti melawan supaya syaitan tidak berjaya membuat kita jadi jahat.
  • Allah mahu kita membuat hanya perkara baik dan oleh kerana kita mahukan keredhaan Allah, kitaperlu cuba untuk berbuat baik.
  • Syaitan sentiasa mendorong semua orang supaya melakukan kejahatan dan melawan suruhan Allah. Oleh itu kita mesti berusaha untuk menghalang perbuatan jahat orang yang mengikut suruhan syaitan.
  • Kita mesti bersungguh-sungguh menjadi baik supaya kita boleh mengalahkan orang yang mahu melakukan kejahatan.
  • Kita mesti bersungguh-sungguh menjadi kuat supaya kita tidak dipengaruhi oleh orang yang mengikuti suruhan syaitan.
  • Syaitan sentiasa mencuba untuk menjadikan kita jahat. Oleh itu kita mesti selalu berwaspada dan sentiasa ingat kepada Allah.
  • Kita mesti menahan diri daripada melakukan perkara jahat walau sekecil mana pun kerana kalau tidak, ini menandakan yang syaitan telah menang dan kita kalah.
  • Kalau syaitan menang untuk membuat kita melakukan kejahatan yang kecil, maka lebih mudah untuk syaitan membuat kita melakukan kejahatan yang lebih besar.
  • Jika kita sayangkan Allah dan membuat baik seperti yang Allah suruh, kita akan masuk syurga dan inilah yang kita idamkan.

KESIMPULAN

  • Bentuklah peribadi anak dari kecil lagi tetapi masih tidak terlambat untuk memperbaiki peribadi anak pada setiap peringkat umur.
  • Anak-anak kecil hendaklah digalakkan bersikap positif melalui pengaruh positif terarah. Tegurlah mereka dengan segera sekiranya mereka membuat salah. Terangkan kepada mereka kesalahan yang telah dilakukan dan jelaskan mengapa ia tidak boleh diulangi.
  • Anak-anak perlu dididik berpandukan hakebebasan tertentu dan ini telah pun diperincikan di dalam Islam.
  • Kita perlu konsisten dalam memupuk nilai positif tanpa mengira keadaan atau tempat.
  • Penerapan nilai Islam dalam membesarkan anak adalah cara yang terbaik untuk memupuk nilai positif mereka.
Tabiat baik cuma boleh dibentuk melalui pengaruh positif terarah.
Untuk anak kecil:

  • Ibu bapa perlu menumpukan kepada pengukuhan tabiat baik melalui pengaruh positif terarah (ganjaran).
  • Elakkan mendenda anak.
  • Perlu tegas dengan anak
  •  
Untuk anak bermasalah:

  • Denda pada peringkat awal mungkin perlu untuk menghentikan tabiat buruk tetapi pastikan denda tidak memusnahkan hubungan baik ibu bapa dengan anak. Denda yang diutamakan ialah menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak.
  • Elakkan menengking, berleter atau memukul.
  • Pada masa yang sama, adalah penting dimulakan pengukuhan tabiat baik melalui pengaruh positif terarah menggunakan ganjaran.
  • Secara beransur-ansur, tumpuan patut diberikan kepada pengukuhan tabiat baik dengan ganjaran dan hentikan denda sepenuhnya.
  • Sentiasa beritahu anak kita apa kelakuan baik yang kita mahu anak kita lakukan dan jelaskan kebaikan yang akan diperolehi daripada kelakuan tersebut.
  • Lakukan perbincangan dari hati ke hati dengan anak kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Untuk anak-anak remaja:

  • Dampingilah mereka.
  • Sayangilah mereka.
  • Hormatilah mereka dan tunjukkan kasih sayang.
  • Berceritalah dengan mereka.
  • Hargailah mereka.
  • Jangan perkecilkan mereka.
  • Jangan kutuk mereka.
  • Jelaskan di antara betul dan salah.
  • Kukuhkan tabiat positif dengan pengaruh positif terarah.

Semasa kecil, mereka kita belai dan kita manjakan. Apabila remaja mereka memerlukan lebih banyak belaian dan perhatian kita.Sama-samalah kita mempertingkatkan iman dan amal dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak sebagai Khalifah Allah yang berjaya. Untuk renungan bersama, hayatilah ayat Quran dan hadith berikut.

Firman Allah SWT:

“Hai anakku dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” 
Luqman: 17 

********************
“Hai orang-ora ng yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu….”
At-Tahrim: 6

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila matinya seseorang, semua amalannya terhenti kecuali tiga perkara: sadaqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” (Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 
Rasulullah s.a.w. mencium Hasan bin Ali. Ketika itu disampingnya duduk Aqra’ bin Habis.  Al Aqra’ berkata: “Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium .” Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya, kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi!” 
(Bukhari)


Sabda Rasullah s.a.w:
“Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggungjawab tentang kepemimpinannya.  Imam itu pemimpin, bertanggungjawab tentang kepemimpinannya. Laki-laki itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.  Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.”  (Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan: