Sabtu, 27 Oktober 2012

Sifat-Sifat Isteri Solehah!!!


Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan pada Allah s.w.t tuhan sekalian alam, yang menjadikan manusia yang berlainan jenis untuk kita saling kenal mengenal dan saling berkasih sayang. Allah s.w.t menganugerahkan kita dengan sebesar-besar anugerah yang dengannya kita berbeza dengan manusia yang lain iaitu nikmat iman dan islam serta sebagai pengikut Baginda s.a.w, dan semestinya Hamdallah itu sentiasa berterusan dari masa ke semasa dilantunkan samaada dalam bercakapan lafaz ataupun perbuatan yang terzahir.

Bersaba Nabi s.a.w:

“Wanita itu dinikahi kerana Empat perkara: kerana hartanya, kemuliaan nasabnya, kecantikannya, dan agamanya. Maka nikahilah wanita yang baik agamanya nescaya kamu beruntung.”
                                                                                                                     (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam islam perkahwinan sangat dianjurkan bahkan sesungguhnya Baginda s.a.w juga berkahwin dan menganjurkan ummatnya untuk berkahwin, mempunyai anak dan memotivasikan umatnya untuk mempunyai anak dan mereka yang tidak mahu kawin mendapat ancaman daripada baginda nabi s.a.w.

Diceritakan dalan satu hadis, terdapat tiga kelompok yang datang ke rumah sebahagian isteri Baginda s.a.w dan menanyakan tentang ibadahbaginda s.a.w. mereka menaggap ibadah mereka sedikit dan ada seorang dikalangan mereka menyatakan, “ Saya tidak akan menikahi seorang perempuan.”

Kemudian Rasulluah s.a.w bersabda:

“ Saya menikahi seorang perempuan. Barangsiapa yang tidak senang dengan sunnahku, dia bukan ummatku. “         
                                                                                (H.R Al-Bukhari daripada Anas Bin Malik)

Ibnu Qayim menulis dalam kitab Za’dul Ma’ad mengenai Isteri-isteri Rasulullah s.a.w:

Pertama, Khadijah Binti Khuwalid al-Qurasyiyah al-Asadiyah yang dinikahi oleh Rasulullah s.a.w sebelum Baginda s.a.w diangkat sebagai Nabi. Ketika berkahwin, Kadijah berusia empat puluh tahun. Baginda tidak berkawin lagi sehingga Khadijah wafat. Semua putera-puteri Rasulullah s.a.w berasal dari rahim Khadijah lecuali Ibrahim. Dialah yang membantu Rasulullah s.a.w dan ikut berjuang bersama-sama baginda. Dia membantu dengan jiwa dan hartanya. Allah s.w.t pernah berkirim salam kepadanya melalui malaikat Jibril. Inilah keistimewaan yang tidak dimiliki oleh perempuan lain. Dia meninggl dunia tiga tahun sebelum peristiwa hijrah.

Kemudian setelah khadijah meninggal dunia, berselang beberapa hari, Rasulullah s.a.w menikahi Saudah binti Zam’ah Al-Qurasyiyah. Dialah yang memberikan bahagian gilirannya kepada Aisyah.
Setelah itu, Rasulullah s.a.w menikahi Aisyah as-Siddiqah binti Abu Bakar as-Siddiq yang dinyatakan suci (bebas daripada tuduan zina) dari atas langit tujuh. Dialah Isteri Rasulullah s.a.w yang tersayng.
Kemudian Rasulullah s.a.w menikahi Hafsah binti Umar al-Khattab, kemudian Zainab Binti Khuzaimah bin al-Harits al-Qaisiyah daripada Bani Hilal bin Amir. Dia meninggal dunia di sisi Rasulullah s.a.w setelah berumah tangga dengan Baginda selama 2 bulan.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengkahwinin Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah al-Qurasyiyah al-Makhzumiyyah. Nama asalAbu Umayyah ialah Hudzaifah bin al-Mughirah. Dialah isteri Rasulullah s.a.w yang wafat paling akhir. Ada pendapat menyatakan bahawa yang terakhir meninggal dunia adalah Sufiyah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengkahwini Zainab binti Jahsy daripada Bani Asad bin Khuzaimah. Dia adalah puteri ibu saudara Baginda yang bernama Umaimah. Lalu baginda menikahi Juwairiyah binti Al-Harits bin Abi Dhirar al-Mustaliqiyah. Dia termasuk salah seorang hamba tawanan daripada Banil Mustaliq. Dia mendatangi Rasulullah s.a.w meminta tolong untuk mengadakan akad kitabah (akad ansuran untuk menebus dirinya agar merdeka), lalu baginda mengabulkan permintaannya, baginda kemudian menikahinya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w menikahi Umi Habibah yang bernamaRamlah binti Abi sufyan, Sakhr bin Harb al-Qurasyiyah al-Umawiyah. Binda kemudian menikahi Shafiyah binti Hayy bin Akhtab, pemimpin Bani Nadir keturunan Harun Bin Imran, saudara Nabi Musa a.s. Jadi, dia keturunan nabi dan sekali gus isteri seorang nabi. Dia termasuk perempuan tercantik di dunia.

Kemudian Rasulullah s.a.w menikahi Maimunah binti al-Harits al-Hilaliyah. Dialah isteri yang terakhir dinikahi Rasulullah s.a.w.

Setelah kita melihat secara overview berkenaan wanita-wanita yang tela dinikahi oleh Baginda s.a.w yang seterusnya mari kita lihat apa pula kata tokoh-tokoh islam tentang perkahwinan.

Umar Berkata, “ Tidak ada yang menghalang pernikahan kecua;li kelemahan atau kerana terlalu tua. “

Ibnu Abbas pula mengungkapkan, “ Tidak sempurnag ibadah seseorang yang beribadah sehingga dia berkahwin.

Ibnu Mas’ud juga menyatakan, “ Seandainya umur saya tinggal sepuluh hari, pasti saya akan berkahwin agar saya tidak bertemu Allah dalam keadaan membujang. “

Iman Ahmad berahwin pada hari kedua setelah Ibu kepada Anaknya iaitu isterinya, Ummu Abdillah meninggal dunia. Dia berkata, “ Saya tidak suka bermalam dalam keadaan membujang. “

Ibnu Mubarak juga pernah berkata kepada saudara-saudaranya ketika peperangan, “ Tahukah kaliuan suatu perbuatan yang lebih utama daripada apa yang kita sedang lakukan sekarang? ” Mereka menjawab, “ Kami tidak Tahu “. Dia menjelaskan, “ Seorang lelaki yang menjaga diri dan mempunyai keluarga. Dia bangun malam, lalu dia melihat anak-anaknya sedang tidur lena dalam keadaan tidak berselimut, lalu diselimutkan anaknya dengan pakiannya. Perbuatan inilah yang lebih utama dari apa yang kita lakukan sekarang.

Diatas adalah diantara tokoh-tokoh islam yang hebat yang juga menyarankan agar berkawin dan juga mencerminkan bahawa perkahwinan itu adalah satu ibadat yang mulia kerana dari perkahwinan lah akan lahirnya generasi yang akan terus menerus bergerak dalam meyebarkan risalah Islam, yang menjadi panah yang laju memecut mewajakan masyarakat islam pada masa akan datang.

Dalam kita kearah mewujudkan masyarakat muslim maka perlunya adanya Baitul Muslim yang mawaddah, warrahmah dan sakinah yang mana merupakan markaz kepada lahirnya tentera Allah yang Kuat dan tabah serta berilizam tinggi untk menangkan Islam di Muka Bumi Allah s.w.t pada masa akan datang.

Rasulullah s.a.w Bersabda :

“ Nikahilah oleh kalian wanita yang penuh Kasih lagi subur kerana sesungguhnya aku merasa bagga dengan banyaknya kalian di hadapan para nabi, atau baginda menyatakan : di hadapan segenap umat. “
                                                                                           (HR Abu Daud dan An-Nasaai)

Alangkah gembira dan bahagianya hati kita jika kita dianugerahkan seorang anak yang cerdas, cergas dan comel untuk dijadikan hiburan hati kita setelah penat seharian berhempas pulas mencari sedikit rezeki Allah ta’ala, dan mereka juga kelak lah yang akan mengangkat martabat keluarga dan martabat islam. InsyaAllah manfaat yang luar biasa akan diperolehi oleh kita bila memiliki anak-anak yang soleh dan solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Apabila manusia mati, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuk ibu bapanya. ”
                                                                                                  (HR Muslim daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa setelah meninggal dunia, darjat orang masih boleh diangkat. Si mayat yang berasa diangkat darjatnya terkejut dan berkata, “ Ya Allah, apakah ini?” maka akan dijawab, “ Itu kerana anakmu selalu memohon keampunan untukmu. ”
                                                         (HR Bukhari dalam Adab Mufrad, daripada Abu Hurairah)

Selesai sudah aku mengkisahkan perihal wanita-wanita agung yang dikahwini oleh Baginda Mulia Nabi Muhammad s.a.w, pandangan tokoh-tokoh hebat islam berkenaan  perkahwinan dan sedikit fadilah berkenaan perkhawinan, yang tidak lain tidak bukan adalah mukaddimah yang mungkin boleh memotivasikan kita untuk menanam azam untuk berkahwin dengan calon yang baik agamanya, semoga kita beroleh anak yang soleh dan solehah kelak... Amin..

Setelah kita mengetahui akan kepentingan perkahwinan dan kesungguhan Islam menyarankan agar umatnya berkahwin maka macam mana pula cara pemilihannya?? Pada sesi penulisan kali ini aku lebih menfokus untuk memberi gambaran pada muslimin berkenaan pemilihan calon isteri dan bersama-samaku di saat penulisan ini dilakukan ada sebuah buku pengarang dari Indonesia yang berjudul “Ya Allah, Diakah Jodohku”, insyaAllah utk kriteria calon suami akan ku usahakan untuk membuat perkongsian sebegini pada sesi yang akan datang.

Asy-Syeikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di berkata: “ Tugas isteri adalah menunaikan ketaatan pada Rabb dan taat kepada suaminya. Kerana itulah Allah berfirman, “ Wanita solehah adalah yang taat” iaitu taat kepada Allah s.w.t “ Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada. “ Taat kepada suami mereka bahkan ketika suami tidak ada dia menjaga suami dengan menjaga diri dan harta suaminya. “

Beberapa sifat isteri yang solehah antaranya:

-          Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas tunduk kepada perintah Allah s.w.t dan perintah Rasul-Nya.

-          Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah s.w.t.

-          Qanitat: wanita-wanita yang taat.

-          Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat daripada dosa-dosa mereka dan mereka selalu kembali kepada perintah Raslullah s.a.w walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.

-          ‘Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

-          Saimat: wanita-wanita yang berpuasa.

Ini pula adalah sifat seorang isteri yang solehah yang sentiasa menjadikan Agama sebagai benteng yang seterusnya menjadikan Bait penuh dengan sifat kasih sayang, hilang syak wasangka sesama suami dan isteri, bertambah keyakinan pada suami terhadap kepercayaan suami terhadapnya, mendamaikan hati suami yang gundah.. Sesungguh inilah Permata yang dicari selama ini oleh manusia secara fitrahnya yang Allah s.w.t jadikan  yang mana wanita tersebut layak untuk digandingkan dengan Bidadari Syurga Allah s.w.t, permata yang bersinar dengan cahaya kemegahan Takwa yang dengan kesolehahnya mencemburui sekalian Bidadari di syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan, menjaga kemaluan dan taat kepada suami maka dikatakan kepadanya: ‘Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau sukai. “                                                                               (H.R Ahmad)

Isteri yang adanya takwa dan rasa tanggungjawabnya melaksanakan arahan Allah sekali gus telah melaksanakan tanggungjawabnya pada suaminya.

Rasulullah s.a.w Bersabda:

“ Mahukan kalian aku beritahu mengenai isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selau kembali kepada suaminya. Di mana jika suami marah dia mendatangi suami dan meletakkan tangannya pada tangan suami seraya berkata: “ Aku tidak dapat tidur sebelum engkau Redha. “                 (Sunan Kubra)

Mereka melayan suaminya seperti menyiapkan makan, minum, tempat tidur, pakaian dan sebagainya serta menjaga rahsia-rahsia suami lebih-lebih lagi berkenaan hubungan kelamin antara suaminya denganya dan pelbagai lagih perihal yang boleh mengaibkan suaminya mata masyarakat. Penampilan yang cantik dan menarik dihadapan suami juga adalah merupakan ciri-ciri seorang wanita solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaraan seorang lelaki iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenagkan, apabila diperintah akan ditaati dan apabila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya. “                                               (Abu Daud)

Rasulullah s.a.w Bersabda:

“ Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa sementara suaminya ada kecuali dengan izinya. ”
                                                                                                                       (H.R Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Apabila seorang isteri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat tidur suaminya, para malaikat melaknatinya sehingga dia kembali. ”                                         (H.R Bukhari)

Sesungguhnya isteri adalah peneman hidup dalam menongkah badai arus kehidupan dunia, dialah isteri, dialah ibu pada anak-anak, dialah teman seperjuangan suami, dialah yang kelak banyak mencorakkan pendidikan anak-anak, dialah guru pada anak-anak, dialah motivator pada suami dan anak-anak dan dialah anugara Ilahi buat suami. Dunia adalah hiasan dan sebaik-baik iasan dunia adalah wanita solehah. Solehah dimata Allah, pasti solehah dimata manusia. Oleh itu mereka perlu kita jaga dan lindungi, mana mungkin lahirnya bayang yang elok kalau lahirnya dari kayu yang bengkok.

Daripada Anas r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Barangsiapa yang Allah beri rezeki kepadanya berupa Isteri yang solehah, bererti Allah telah menolong separuh agamanya. Maka bertawakallah kepada Allah untuk separuh bakinya. “
                           (H.R Thabrani dalam Al-Ausath dan Hakim. Hakim berkata, Sahih sanadnya)

Oleh itu untuk memperolehi bayang yang lurus elok, maka ianya bermula dari kita iaitu lelaki untuk menjadi kayu yang lurus, yang lurus dalam mematuhi perintah dan ajaran Allah s.w.t. Allah juga memuji hamba-Nya yang soleh berdoa memohaon dikurniakan isteri yang solehah dan yang baik. Dan berdoalah dengan doa ini.

Firman Allah s.w.t:

“ Dan orang-orang yang berkata: “ Wahai Rabb kami, anugerakanlah kepada kami pasangan kami dan keterunan kami sebagai penyenang hati (kami). ”                     (Al-Furan : Ayat 74)

Manakala nasihat ku buat kaum Hawa atau wanita, kalian seharusnya bertindak sebagaimana Isteri Nabi s.a.w iaitu Khadijah yang sendiri datang melamar Baginda Nabi s.a.w. tidak ada istilah perigi cari timba atau timba cari perigi dalam melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Sedangkan dalam kita nak berwuduk pun kita mesti mendahulukan diri kita daripada orang lain bagitu juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Jika mahu jadi sebagai man Khadijah yang Berjaya menawan hati Insan yang Agung maka mesti berani macam Khadijah dalam memilih pasangan hidupnya. Kalau kita fikirkan perbezaan umur yang besar bukan lah melemahkan keinginan khadijah untuk menyatakan hajat pada Kekasih hatinya iaitu Baginda Nabi Muhammad s.a.w untuk mengahwini baginda s.a.w. Jadi inilah masanya untuk lakukan sebagaimana khadijah dalam mencari peneman hidup yang terbaik. Setiap manusia punya hak untuk berdoa dan berusaha.
Buat kali yang terakhir buat penulisan kali ini adalah renungan yang boleh golongan Hawa dan Adam fikirkan berkenaan Sabdaan Baginda Rasulullah s.a.w  :

“ Apabila datang seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia, kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, nescaya akan terjadi fitanh di muka bumi dan kerosakkan yang meluas. ”                                     (H.R At-Tarmidzi dan Ahmad).



Tiada ulasan: