Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah milik Allah s.w.t yang
menjadikan dunia ini dengan keindahannya yang tersendiri, yang menjadikan
manusia berlainan latar belakang untuk sama-sama mengenal antara satu sama
lain, yang juga menjadikan segala sesuatu itu dengan pelbagai hikmahnya yang
tersendiri demi kebaikkan manusia dan alam ini.
Alhamdulillah, kerana Allah masih kurniakan kepada kita
nikmat Iman dan Islam yang merupakan sebesar-besar nikmat, dan juga nikmat berupa kesihatan rohani dan
jasmani. Semoga kita sentiasa beroleh
keberkatan dan rahmat dari Allah s.a.w di dunia dan diakhirat.
Setelah sekian lama menyepi dalam dunia penulisan,
sebenarnya bukan kerana ketiadaan Idea tetapi kekangan dari sudut masa dan
peluang untuk jari jemariku mempersembahkan tariannya. Perlbagai perkara yang
dilalui selama ini telah pun meninggalkan memori dan kenangan yang sukar untuk
dilupakan. Pelbagai bentuk mehnah dan tribulasi juga datang menimpa tanpa
diduga. Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengajarku erti
kehidupan yang sebenar. Benarlah dunia semakin hari semakin tua, dan semakin
hari semakin banyak kemaksiatan yang berlaku. Terkadang aku terfikir andai Nabi
s.a.w melihat keadaan yang wujud di kalangan umat Islam sendiri yang tidak patuh
dan melaksanakan Hukum Hakam Islam, Meghalalkan apa yang Haram, Menggunakan
Harta sesuka hati dan sebagainya sebagaimana yag wujud di bumi Tercintaku
Malaysia pada masa ini, apakah pandangan dan apakah perasaan Baginda Nabi
s.a.w.
Terkadang aku terfikir bahawa dunia ini makin masak dengan
Maksiat yang wujud. Makisat yang wujud itu tumbuh melata bak cendawan yang
tumbuh selepas hujan. Kini wajah dunia berubah dengan kesuraman jiwa-jiwa
muslim yang sejati. Bukan bermakna aku termasuk dalam golongan Muslim sejati
itu, Cuma apa yang aku ingin sampaikan adalah muslim yang masak dan bersedia
serta terlatih sebagai pimpinan yang benar. Aku pernah terbaca satu buku yang
membekukan mataku dari mengalihkan padangan kearah buku-buku yang lain. Buku
tersebut adalah asalnya dari Indonesia. Sungguh aku kagum dengan Agamawan
profesioanal Indonesia kerana pengkajian mereka terhadap ulama’-ulama’ besar
dari sudut intelektual dan motivasi yang mengkaji susuk tubuh individu muslim
yang sejati itu. Ulama’ salaf dijadikan topic pengkajian sehingga membawa
tangan ku untuk membelik buku tulisan mereka. Mana mungkin lahirnya banyangan
yang lurus Elok jika datangnya dari kayu yang bengkok, itulah peribadi yang dibentuk.
Jika Pimpinan yang tidak adil dilantik, maka orang bawaan terbawa
sifat ketidakadilan itu. Boleh aku katakan bahawa ketidakadilan itu adalah
ibarat seperti Sistem piramid multilevel
marketing (mlm). Sebagai contoh yang boleh ku beri adalah Seorang pimpinan
Negara telah melakukan Rasuah, maka ini berlaku kepincangan dalam sistem
pemerintahan, dan ini juga melayakkan individu atau projek itu kepada yang
sememangnya tidak berhak dan layak sama sekali. Perkara ini membawa konflik
kepada mereka yang layak yang sepatutnya beroleh projet tersebut, lantas mereka
berebut project adalah dengan menawarkan nilaian rasuah yang tinggi. siapa yang
tinggi nilaian mata wang rasuah maka dia yang dapat. Yang menjadi tekanan ada
kesan adalah orang yang berada di bawahan sekali iaitu nyawa mereka berada
dalam bahaya jika bangunannya itu datang dari mereka yang berasuah dan
sebagainya.
Oleh itu perlu kita betulkan kepimpinan yang rosak ini
dengan kepimpinan yang baru dan bersifat dinamik yang boleh membetukan apa yang
rosak. InsyaAllah yakin dan sokonglah mereka yang jelas perlembagaan mereka
untuk islam.
Firman Allah s.w.t :
“ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) elaparan dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) rang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu
adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan
mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayahNya. “
(Surah
Al-Baqarah: 155-157)
Oleh itu rasanya tidak menjadi alasan kepada kita yang
mengaku Islam dan mengaku mencintai Baginda s.a.w untuk kita berdiam diri dari
menyampaikan risalah Benar Islam.
Firman Allah Ta’ala:
“ Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai
Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau
menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah enkau
menurut kehendak hawa nafsu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan
oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah
jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari
kaimat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi
balasan). “
(Surah Al-Syura’ : 15)
Akhirnya dari ku, marilah kita merenung akan firman Allah ta'ala.
Firman Allah s.w.t :
“ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas
tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang
demikian itulah agama yang benar. ”
(Surah A-Bayyinah: 5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan