Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan
pada Allah s.w.t tuhan sekalian alam, yang menjadikan manusia yang berlainan
jenis untuk kita saling kenal mengenal dan saling berkasih sayang. Allah s.w.t
menganugerahkan kita dengan sebesar-besar anugerah yang dengannya kita berbeza
dengan manusia yang lain iaitu nikmat iman dan islam serta sebagai pengikut
Baginda s.a.w, dan semestinya Hamdallah itu sentiasa berterusan dari masa ke
semasa dilantunkan samaada dalam bercakapan lafaz ataupun perbuatan yang
terzahir.
Bersaba Nabi s.a.w:
“Wanita itu dinikahi kerana Empat perkara: kerana hartanya, kemuliaan
nasabnya, kecantikannya, dan agamanya. Maka nikahilah wanita yang baik agamanya
nescaya kamu beruntung.”
(Hadis
Riwayat Bukhari)
Dalam islam perkahwinan sangat dianjurkan bahkan
sesungguhnya Baginda s.a.w juga berkahwin dan menganjurkan ummatnya untuk berkahwin,
mempunyai anak dan memotivasikan umatnya untuk mempunyai anak dan mereka yang tidak
mahu kawin mendapat ancaman daripada baginda nabi s.a.w.
Diceritakan dalan satu hadis, terdapat tiga kelompok yang
datang ke rumah sebahagian isteri Baginda s.a.w dan menanyakan tentang
ibadahbaginda s.a.w. mereka menaggap ibadah mereka sedikit dan ada seorang
dikalangan mereka menyatakan, “ Saya tidak akan menikahi seorang perempuan.”
Kemudian Rasulluah s.a.w bersabda:
“ Saya menikahi seorang perempuan. Barangsiapa yang tidak senang dengan
sunnahku, dia bukan ummatku. “
(H.R
Al-Bukhari daripada Anas Bin Malik)
Ibnu Qayim menulis dalam kitab Za’dul Ma’ad mengenai
Isteri-isteri Rasulullah s.a.w:
Pertama, Khadijah
Binti Khuwalid al-Qurasyiyah al-Asadiyah yang dinikahi oleh Rasulullah s.a.w
sebelum Baginda s.a.w diangkat sebagai Nabi. Ketika berkahwin, Kadijah berusia
empat puluh tahun. Baginda tidak berkawin lagi sehingga Khadijah wafat. Semua
putera-puteri Rasulullah s.a.w berasal dari rahim Khadijah lecuali Ibrahim.
Dialah yang membantu Rasulullah s.a.w dan ikut berjuang bersama-sama baginda.
Dia membantu dengan jiwa dan hartanya. Allah s.w.t pernah berkirim salam
kepadanya melalui malaikat Jibril. Inilah keistimewaan yang tidak dimiliki oleh
perempuan lain. Dia meninggl dunia tiga tahun sebelum peristiwa hijrah.
Kemudian setelah
khadijah meninggal dunia, berselang beberapa hari, Rasulullah s.a.w menikahi
Saudah binti Zam’ah Al-Qurasyiyah. Dialah yang memberikan bahagian gilirannya
kepada Aisyah.
Setelah itu,
Rasulullah s.a.w menikahi Aisyah as-Siddiqah binti Abu Bakar as-Siddiq yang
dinyatakan suci (bebas daripada tuduan zina) dari atas langit tujuh. Dialah
Isteri Rasulullah s.a.w yang tersayng.
Kemudian Rasulullah
s.a.w menikahi Hafsah binti Umar al-Khattab, kemudian Zainab Binti Khuzaimah
bin al-Harits al-Qaisiyah daripada Bani Hilal bin Amir. Dia meninggal dunia di
sisi Rasulullah s.a.w setelah berumah tangga dengan Baginda selama 2 bulan.
Kemudian Rasulullah
s.a.w mengkahwinin Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah al-Qurasyiyah
al-Makhzumiyyah. Nama asalAbu Umayyah ialah Hudzaifah bin al-Mughirah. Dialah
isteri Rasulullah s.a.w yang wafat paling akhir. Ada pendapat menyatakan bahawa
yang terakhir meninggal dunia adalah Sufiyah.
Kemudian Rasulullah
s.a.w mengkahwini Zainab binti Jahsy daripada Bani Asad bin Khuzaimah. Dia
adalah puteri ibu saudara Baginda yang bernama Umaimah. Lalu baginda menikahi
Juwairiyah binti Al-Harits bin Abi Dhirar al-Mustaliqiyah. Dia termasuk salah
seorang hamba tawanan daripada Banil Mustaliq. Dia mendatangi Rasulullah s.a.w
meminta tolong untuk mengadakan akad kitabah (akad ansuran untuk menebus
dirinya agar merdeka), lalu baginda mengabulkan permintaannya, baginda kemudian
menikahinya.
Selanjutnya Rasulullah
s.a.w menikahi Umi Habibah yang bernamaRamlah binti Abi sufyan, Sakhr bin Harb
al-Qurasyiyah al-Umawiyah. Binda kemudian menikahi Shafiyah binti Hayy bin
Akhtab, pemimpin Bani Nadir keturunan Harun Bin Imran, saudara Nabi Musa a.s.
Jadi, dia keturunan nabi dan sekali gus isteri seorang nabi. Dia termasuk
perempuan tercantik di dunia.
Kemudian Rasulullah
s.a.w menikahi Maimunah binti al-Harits al-Hilaliyah. Dialah isteri yang
terakhir dinikahi Rasulullah s.a.w.
Setelah kita melihat secara overview berkenaan wanita-wanita
yang tela dinikahi oleh Baginda s.a.w yang seterusnya mari kita lihat apa pula
kata tokoh-tokoh islam tentang perkahwinan.
Umar Berkata, “ Tidak ada yang menghalang pernikahan
kecua;li kelemahan atau kerana terlalu tua. “
Ibnu Abbas pula
mengungkapkan, “ Tidak sempurnag ibadah
seseorang yang beribadah sehingga dia berkahwin. “
Ibnu Mas’ud juga
menyatakan, “ Seandainya umur saya
tinggal sepuluh hari, pasti saya akan berkahwin agar saya tidak bertemu Allah
dalam keadaan membujang. “
Iman Ahmad
berahwin pada hari kedua setelah Ibu kepada Anaknya iaitu isterinya, Ummu
Abdillah meninggal dunia. Dia berkata, “
Saya tidak suka bermalam dalam keadaan membujang. “
Ibnu Mubarak juga
pernah berkata kepada saudara-saudaranya ketika peperangan, “ Tahukah kaliuan
suatu perbuatan yang lebih utama daripada apa yang kita sedang lakukan
sekarang? ” Mereka menjawab, “ Kami tidak Tahu “. Dia menjelaskan, “ Seorang
lelaki yang menjaga diri dan mempunyai keluarga. Dia bangun malam, lalu dia
melihat anak-anaknya sedang tidur lena dalam keadaan tidak berselimut, lalu
diselimutkan anaknya dengan pakiannya. Perbuatan inilah yang lebih utama dari
apa yang kita lakukan sekarang.
Diatas adalah diantara tokoh-tokoh islam yang hebat yang
juga menyarankan agar berkawin dan juga mencerminkan bahawa perkahwinan itu
adalah satu ibadat yang mulia kerana dari perkahwinan lah akan lahirnya
generasi yang akan terus menerus bergerak dalam meyebarkan risalah Islam, yang
menjadi panah yang laju memecut mewajakan masyarakat islam pada masa akan
datang.
Dalam kita kearah mewujudkan masyarakat muslim maka perlunya
adanya Baitul Muslim yang mawaddah, warrahmah dan sakinah yang mana merupakan
markaz kepada lahirnya tentera Allah yang Kuat dan tabah serta berilizam tinggi
untk menangkan Islam di Muka Bumi Allah s.w.t pada masa akan datang.
Rasulullah s.a.w Bersabda :
“ Nikahilah oleh kalian wanita yang penuh Kasih lagi subur kerana
sesungguhnya aku merasa bagga dengan banyaknya kalian di hadapan para nabi,
atau baginda menyatakan : di hadapan segenap umat. “
(HR
Abu Daud dan An-Nasaai)
Alangkah gembira dan bahagianya hati kita jika kita
dianugerahkan seorang anak yang cerdas, cergas dan comel untuk dijadikan
hiburan hati kita setelah penat seharian berhempas pulas mencari sedikit rezeki
Allah ta’ala, dan mereka juga kelak lah yang akan mengangkat martabat keluarga
dan martabat islam. InsyaAllah manfaat yang luar biasa akan diperolehi oleh
kita bila memiliki anak-anak yang soleh dan solehah.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Apabila manusia mati, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuk ibu
bapanya. ”
(HR
Muslim daripada Abu Hurairah)
Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa setelah meninggal dunia, darjat
orang masih boleh diangkat. Si mayat yang berasa diangkat darjatnya terkejut
dan berkata, “ Ya Allah, apakah ini?” maka akan dijawab, “ Itu kerana anakmu
selalu memohon keampunan untukmu. ”
(HR
Bukhari dalam Adab Mufrad, daripada Abu Hurairah)
Selesai sudah aku mengkisahkan perihal wanita-wanita agung yang
dikahwini oleh Baginda Mulia Nabi Muhammad s.a.w, pandangan tokoh-tokoh hebat
islam berkenaan perkahwinan dan sedikit
fadilah berkenaan perkhawinan, yang tidak lain tidak bukan adalah mukaddimah
yang mungkin boleh memotivasikan kita untuk menanam azam untuk berkahwin dengan
calon yang baik agamanya, semoga kita beroleh anak yang soleh dan solehah kelak...
Amin..
Setelah kita mengetahui akan kepentingan perkahwinan dan
kesungguhan Islam menyarankan agar umatnya berkahwin maka macam mana pula cara
pemilihannya?? Pada sesi penulisan kali ini aku lebih menfokus untuk memberi
gambaran pada muslimin berkenaan pemilihan calon isteri dan bersama-samaku di
saat penulisan ini dilakukan ada sebuah buku pengarang dari Indonesia yang
berjudul “Ya Allah, Diakah Jodohku”, insyaAllah utk kriteria calon suami akan
ku usahakan untuk membuat perkongsian sebegini pada sesi yang akan datang.
Asy-Syeikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di berkata: “
Tugas isteri adalah menunaikan ketaatan pada Rabb dan taat kepada suaminya. Kerana
itulah Allah berfirman, “ Wanita solehah adalah yang taat” iaitu taat kepada
Allah s.w.t “ Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada. “ Taat kepada
suami mereka bahkan ketika suami tidak ada dia menjaga suami dengan menjaga
diri dan harta suaminya. “
Beberapa sifat isteri yang solehah antaranya:
-
Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas
tunduk kepada perintah Allah s.w.t dan perintah Rasul-Nya.
-
Mukminat: wanita-wanita yang
membenarkan perintah dan larangan Allah s.w.t.
-
Qanitat: wanita-wanita yang taat.
-
Taibat: wanita-wanita yang selalu
bertaubat daripada dosa-dosa mereka dan mereka selalu kembali kepada perintah
Raslullah s.a.w walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu
mereka.
-
‘Abidat: wanita-wanita yang banyak
melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.
-
Saimat: wanita-wanita yang berpuasa.
Ini pula adalah sifat seorang isteri yang solehah yang
sentiasa menjadikan Agama sebagai benteng yang seterusnya menjadikan Bait penuh
dengan sifat kasih sayang, hilang syak wasangka sesama suami dan isteri,
bertambah keyakinan pada suami terhadap kepercayaan suami terhadapnya,
mendamaikan hati suami yang gundah.. Sesungguh inilah Permata yang dicari
selama ini oleh manusia secara fitrahnya yang Allah s.w.t jadikan yang mana wanita tersebut layak untuk digandingkan
dengan Bidadari Syurga Allah s.w.t, permata yang bersinar dengan cahaya
kemegahan Takwa yang dengan kesolehahnya mencemburui sekalian Bidadari di
syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan, menjaga
kemaluan dan taat kepada suami maka dikatakan kepadanya: ‘Masuklah engkau ke
dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau sukai. “ (H.R
Ahmad)
Isteri yang adanya takwa dan rasa tanggungjawabnya
melaksanakan arahan Allah sekali gus telah melaksanakan tanggungjawabnya pada
suaminya.
Rasulullah s.a.w Bersabda:
“ Mahukan kalian aku beritahu mengenai isteri-isteri kalian yang
menjadi penghuni syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak,
selau kembali kepada suaminya. Di mana jika suami marah dia mendatangi suami
dan meletakkan tangannya pada tangan suami seraya berkata: “ Aku tidak dapat
tidur sebelum engkau Redha. “ (Sunan Kubra)
Mereka melayan suaminya seperti menyiapkan makan, minum,
tempat tidur, pakaian dan sebagainya serta menjaga rahsia-rahsia suami
lebih-lebih lagi berkenaan hubungan kelamin antara suaminya denganya dan
pelbagai lagih perihal yang boleh mengaibkan suaminya mata masyarakat.
Penampilan yang cantik dan menarik dihadapan suami juga adalah merupakan ciri-ciri
seorang wanita solehah.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaraan
seorang lelaki iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenagkan,
apabila diperintah akan ditaati dan apabila dia pergi si isteri ini akan
menjaga dirinya. “ (Abu
Daud)
Rasulullah s.a.w Bersabda:
“ Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa sementara suaminya ada
kecuali dengan izinya. ”
(H.R
Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Apabila seorang isteri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat
tidur suaminya, para malaikat melaknatinya sehingga dia kembali. ” (H.R
Bukhari)
Sesungguhnya isteri adalah peneman hidup dalam menongkah badai
arus kehidupan dunia, dialah isteri, dialah ibu pada anak-anak, dialah teman
seperjuangan suami, dialah yang kelak banyak mencorakkan pendidikan anak-anak,
dialah guru pada anak-anak, dialah motivator pada suami dan anak-anak dan
dialah anugara Ilahi buat suami. Dunia adalah hiasan dan sebaik-baik iasan
dunia adalah wanita solehah. Solehah dimata Allah, pasti solehah dimata
manusia. Oleh itu mereka perlu kita jaga dan lindungi, mana mungkin lahirnya
bayang yang elok kalau lahirnya dari kayu yang bengkok.
Daripada Anas r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Barangsiapa yang Allah beri rezeki kepadanya berupa Isteri yang solehah,
bererti Allah telah menolong separuh agamanya. Maka bertawakallah kepada Allah
untuk separuh bakinya. “
(H.R
Thabrani dalam Al-Ausath dan Hakim. Hakim berkata, Sahih sanadnya)
Oleh itu untuk memperolehi bayang yang lurus elok, maka
ianya bermula dari kita iaitu lelaki untuk menjadi kayu yang lurus, yang lurus
dalam mematuhi perintah dan ajaran Allah s.w.t. Allah juga memuji hamba-Nya
yang soleh berdoa memohaon dikurniakan isteri yang solehah dan yang baik. Dan
berdoalah dengan doa ini.
Firman Allah s.w.t:
“ Dan orang-orang yang berkata: “ Wahai Rabb kami, anugerakanlah kepada
kami pasangan kami dan keterunan kami sebagai penyenang hati (kami). ” (Al-Furan
: Ayat 74)
Manakala nasihat ku buat kaum Hawa atau wanita, kalian
seharusnya bertindak sebagaimana Isteri Nabi s.a.w iaitu Khadijah yang sendiri
datang melamar Baginda Nabi s.a.w. tidak ada istilah perigi cari timba atau
timba cari perigi dalam melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Sedangkan dalam
kita nak berwuduk pun kita mesti mendahulukan diri kita daripada orang lain
bagitu juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Jika mahu jadi sebagai man Khadijah
yang Berjaya menawan hati Insan yang Agung maka mesti berani macam Khadijah
dalam memilih pasangan hidupnya. Kalau kita fikirkan perbezaan umur yang besar
bukan lah melemahkan keinginan khadijah untuk menyatakan hajat pada Kekasih
hatinya iaitu Baginda Nabi Muhammad s.a.w untuk mengahwini baginda s.a.w. Jadi
inilah masanya untuk lakukan sebagaimana khadijah dalam mencari peneman hidup
yang terbaik. Setiap manusia punya hak untuk berdoa dan berusaha.
Buat kali yang terakhir buat penulisan kali ini adalah
renungan yang boleh golongan Hawa dan Adam fikirkan berkenaan Sabdaan Baginda
Rasulullah s.a.w :
“ Apabila datang seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya,
hendaklah kamu nikahkan dia, kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya,
nescaya akan terjadi fitanh di muka bumi dan kerosakkan yang meluas. ” (H.R
At-Tarmidzi dan Ahmad).