Sabtu, 24 Mac 2012

Ku Melangkah Lagi Setapak..



Assalamu’alakum..

Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t tuhan sekalian alam, yang menciptakan alam ini dengan penuh kesempurnaan, Maha Suci Allah tuhan yang Maha Sempurna dengan Sifat-sifat Kesempurnaan-Nya. Selawat dan salam atas junjungan Besar kita Baginda Rasulullah s.a.w juga jangan kita lupakan kerana tanpa pengorbanan ikhlas sang Nabi s.a.w, pasti kita kini masih berada dikalangan orang-orang yang rugi lagi bodoh..

Bukan sengaja menghilangkan diri tapi dek kerana kesempitan peluang dan waktu maka terpaksa lah aku menyepi buat sementara waktu. Dalam senyap menyepi, aku dihadapkan oleh Allah s.w.t dengan peristiwa demi peristiwa yang kadang datangnye menguji  kesabaran dan adakalanya menguji keikhlasan diri.. Semoga Allah masih tetapkan aku dalam golongan orang-orang yang bersabar.. Amin..

Kali ini perkongsian yang aku ingin lakukan adalah berkenaan nasihat teman aku pada aku.. terharu juga.. yelah selama ini aku bajet kuat kot untuk bergerak sendirian tapi, tafsiran aku meleset sama sekali..

Kisahnya bermula pada waktu pagi dimana selepas subuh aku bersiap-siap untuk memenuhi tuntutan janji dengan seorang teman senior yang aku amat respect di pejabat peguan bela di Kota Bharu. Lebih kurang hampir 2 jam juga aku berborak dan berbicara dan pada mulanya aku hilang akal macam ne nak mulakan bicara..huhuhuhu.. maklum lah sudah lama aku tidak bergerak bersama orang-orang yang sudah berumur ini…

Alhamdulillah, kehadiran aku disambut baik oleh teman yang baru semalam aku berhubung, itupun melalui mesej dan paginya aku dah melangkah masuk kedalam pejabat “loyar”nya… Tapi teman baru aku itu memang sporting lah, mula-mula aku berborak pasal pengalaman-pengalaman dia di universiti dan tetiba je masuk isu semasa aku dan dia sependapat.. memang pagi itu borak je kerja kami… tapi yang bestnya sempat dia meng”usrah” aku dengan buku “Apa Erti Saya Menganut Islam” dalam skop Faham… 

Alhamdulillah dapat juga aku bingkisan ilmu dari dia.. tapi hakikat sebenar, banyak perkara yang telah kami dapat sama-sama kongsikan, dia dengan pengalaman dia aku dengan persoalan yang belum cukup asam dan garamnya membuatkan masa yang 2 jam itu memberi info yang banyak untuk aku… Tapi sayang aku hanya boleh ketemui golongan-golongan yang berumur ini dalam jangka waktu sebulan je sekali…
Kesan dari pertemuan itu, aku membuka satu langkah yang besar dalam hidup aku. Itulah harapan dan impian aku, Cuma dari skop peribadi ianya belum melengkapi segala hasrat penuh aku.. moga aku terus istiqomah dan kuat untuk bersama-sama mengapai mimpi yang sama..

Kini, aku bukan insan yang sama seperti sebelum ini, aku adalah insan yang cuba untuk berdiri atas kaki sendiri, yang cuba berfikir untuk masyarakat, yang cuba untuk bergerak dalam skop yang kecil… Kekadang memang pandangan kita dianggap kecil tapi itulah sebenarnya latihan untuk kita berhusnuzon dengan mereka yang berusia… Bergerak atas dasar sedar dan faham itu yang aku harapkan dan bukan semata-mata semangat... Ramai teman-teman seperjuangan aku hebat dalam perjuangannya dikampus tapi bila diluar mereka ‘hilang’… Hilang disini bukan mereka Futur tapi mereka hilang tempat untuk dirujuk.. Seharusnya kita menyucapkan setinggi-tinggi Syukur kepada Allah s.w.t kerana Allah dah letakkan kita diposisi Dakwah didalam kampus dan juga berpeluang untuk mula bergerak diluar..

Sungguh setiap yang Allah caturkan adalah atas sebab dan hikmahnya yang tertentu…  Allah dah caturkan aku dengan jalan hidup aku dan kalian dengan jalan hidup kalian… dan aku dapat rasakan juga, jika Allah s.w.t tidak letakkan aku dalan landasan ini mungkin aku akan menjadi macam teman-teman persekolahan aku yang pernah sekepala dengan aku dahulu… Hidu Gam, Bercouple, hisap rokok, kaki pukul dan sebagainya… Kini aku sedar betapa Allah s.w.t bagi peluang untuk aku kenal pada insan-insan yang mahu bergerak kearah Redha-Mu…

Entah kenapa jiwa aku bergelora dan fikiran aku terus menerus menggambarkan kembali saat dan dosa-dosa yang pernah aku lakukan dahulu… Mungkin ini lah dosa yang selama ini menjerat aku jauh dari mengenal Allah Azza wajalla…

Ya Allah, Jikalau datang ajal aku, maka sampaikan lah malaikat maut-Mu itu ketika aku dalam keadaan Engkau menerima taubat ku… Ya Allah, jika datang ajal ku kelak maka anugerahkan aku harta berupa Anak yang Soleh dan Solehah, Harta Jariah, dan Ilmu yang bermanfaat untuk ditinggalkan di dunia, agar Ganjaran pahala sentiasa sampai terus menerus di alam barzah ku nanti… Ya Allah, Jika sampai ajal ku kelak, maka cukupkan hati dan jiwa aku akan kesedapan beribadat pad-Mu… Ya Allah, Jika sampai ajal ku kelak, maka jangan lah jadikan pemergian aku membuat para pejuang islam Ketawa dan merasa lega dan jangan lah juga pihak musuh menangis kerana kerugian.. Sesungguhnya Engkau maha Mengetahui Akan Segala Sesuatu lagi penerima Taubat Hamba yang Hina…. Amin…


p/s : tajuk Gempak tapi ianya hanya bingkisan sejarah hidup aku yang aku "sirat" dengan maksudnya yang klu baca sekali pasti xakan temui sesuatu nasihat pun... (^_^).. peace!!

Tiada ulasan: