Sabtu, 24 Mac 2012

Kesepaduan Dalam ‘Amal Islami!!



Assalamu’alaikum….

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah s.w.t diatas segala-galanya. Sungguh Allah telah jadikan kita semulia-mulia makhluk dari makhluk yang ada dimuka bumi ini.. kerana asal kita sebenar adalah di Syurga, kerana Adam dan Hawa ditempatkan di sana sebelum dihantar ke dunia ini… Allah muliakan makhluk manusia ini dengan menjadikan Adam yang disujud oleh para malaikat suatu ketika dahulu… Syukur pada Allah s.w.t, kerana Allah sentiasa memimpin manusia terus menerus menuju Redha-Nya dengan dikirimkan Nabi dan Rasul terus menerus dari zaman ke zaman hinggalah nabi dan Rasul Terakhir iaitu Susuk Mulia Nabi Muhammmad s.a.w… Tidak kah kita terfikir bahawa Allah sungguh menyanyangi kita?? Tidak kah kita berfikir bahawa Allah sangat menambil berat pada kita?? Dan tidak kah kita terfikir yang kita sentiasa dalam penglihatan Allah s.w.t??

Selawat dan Salam Keatas Junjungan Besar kita Nabi Mulia Muhammad s.a.w, kerana tanpa Baginda s.a.w berkorban dalam menyampaikan risalah dakwah ini sudah pasti kita tidak mampu untuk mengenal hakikat hidup Bertuhankan Allah s.w.t…

Setelah lama menyepi, kali ini hati terdetik untuk berkongsi dengan teman-teman berkenaan “Kesepaduan Dalam ‘Amal Islami“. Ramai dikalangan kita menyedari bahawa Islam itu harus bergerak dalam satu kumpulan yang mempunyai Wehdatul Fiq dan Wehatul Amal, tapi ada dikalangan ahli gerakan islam lupa akan Amal Islami yang merupakan Dedaun yang kelak akan meng’Izzah’kan gerakan pembawaan islam.. Wehdatul Amal iaitu kesatuan dalam sesuatu gerak kerja adalah antara tunjang dari dasar Amal Islami… Apa itu Kesepaduan Dalam Amal Islami??

Kesepaduan Amal Islami  ialah perlaksanaannya yang menyeluruh adalah diatas rasa perhatian berat dan persediaan yang menyeluruh dalam lingkungan persediaan menghadapi tentangan kedudukan jahiliyyah dan memastikan perubahan seperti yang dituntut oleh Islam.. Kesepadauan tidak boleh ditumpukan hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja, sehingga wujud serpihan-serpihan yang tidak dicaknakan oleh sekelompok-sekelompok pembawa islam melainkan serpihan itu termasuk didalam tempat nya yang asal didalam perancangan yang teliti dan rapi serta kerja yang lengkap.

Apa yang dimaksudkan sepihan dalam ‘Amal Islami adalah penumpuan gerak kerja islam hanya pada satu sudut atau pandang satu sisi sahaja dimana meletakkan kepercayaan kepadanya sahaja dengan menolak kerja-kerja atau jalan ‘Aaml Islami yang lain bahawa dengan serpihan itu sahaja jalan yang utuh dan tunggal serta sesuai untuk membina dan memperbaiki masyarakat umat Islam..

Contoh mudahnya adalah dalam konteks yang bersifat serpihan ini (juz’iyyah) seperti tarbiyyah ruhiyyah dan akhlak (pendidikan jiwa dan akhlak) sebagai tuntutan Ilahi dan itu sahaja tugas dakwah tanpa memberi perhatian pada sisi pandang yang lain seperti politik, kemasyarakatan, jihad dan sebagainya, juga tanpa menilai sejauh mana kejayaan perlaksanaan tarbiyyah (pendidikan) itu dalam sistem yang sedia ada dan didalam kehidupan yang tidak mengikuti lunas-lunas islam.. Gerakan dakwah seperti ini hanya bergerak dan berlegar dalam sekitar kelompoknya sahaja dan ini jauh dari matlamat dakwah yang besar…

Jika digambarkan dengan contoh lain seperti gerak kerja dakwah serpihan dalam ‘amal islami ialah mensifatkan kerja penyedaran fikiran dan penyebaran pengetahun islam sebagai matlamat ‘amal islami dan dibenarkan kewujudan meluas meliputi bidang aktiviti dan menjadikan ‘amal islami adalah sekadar objektif sahaja dan bukan alat. Gerakkan ini hanya menyebarkan arus fikiran sahaja tanpa mengambil kira perubahan-perubahan waqi’ yang perlu disesuaikan. Serpihan ini hnyalah tidak lebih daripada sekadar perkongsian matlumat tanpa percubaan padanya untuk di implimentasikan dengan ke flexibility nya ke dalam masyarakat yang  sedia ada..

Keistimewaan manhaj Islam ialah ia saling menyempurnakan dan menyeluruh, mengandungi sistem-sistem yang meliputi berbagai keperluan manusia. Di dalam manhaj islam terdapat sistem ibadat yang menjadi kan ianya sebagai manhaj terbiyyah ruhiyyah (Pendidikan Rohani) ynag mana menempatkan pengibadatan pada Allah s.w..t dan memelihara masyarakat dan individu dari kesesatan dan penyelewengan. Di dalam manhaj islam juga terdapat sistem ekonomi yang menempatkan kaedah-kaedah yang selamat dari segala penyelewengan dan masaalah-masaalah masyarakat. Di dalam manhaj islam juga ada sistem sosial yang mana menjadi benteng dan penyelesiaan yang boleh memandu manusia kearah ketemadunan dengan meletakkan akidah dan akhlak islamiyyah sebagai asas dalam sistem sosial dan bukan berasaskan sudut padang manusia semata-mata. Di dalam manhaj islam juga ada sistem politik yang diletakkan sebagai asas-asas yang selamat bagi membangungkan Negara dan jentera-jenteranya yang berbagai, menentukan hak-hak dan kewajipan rakyatnya dan sebaginya. Di pendekkan cerita, segala sistem yang terbina dan terkandung dalam manhaj islami adalah didirikan atas dasar Akidah islamiyyah dan tasawwurnya terhadap alam, manusia serta kehidupan keseluruhannya.

Amal islami ini seperti lidi, satu lidi itu diibaratkan seperti satu juzu’ atau serpihan dalam amal islami, dan jika tiap-tiap juzu’ (lidi) dalam amal islami itu dikumpulkan dan dilaksanakan secara menyeluruh sudah pasti sukar untuk diruntuhkan datau dipatahkan oleh pihak musuh… begitu juga sebaliknya, jika bahagian-bahagian islam itu dipecah-pecahkan dan perhatian hanya ditumpukan dan dipergantungharapkan pada satu sudut atau juzu' (lidi) sahaja maka akan hilanglkah kekuatannya, keagungan dan keberkesananya (dakwah islam)….

Antara Mudaharatnya penumpuan pada serpihan-serpihan tertentu sahaja dalam amal islami adalah akan menjadikan manhaj islam cacat dari kesempurnaaan dan terbatas tindak gerak dakwahnya. Selain itu juga mewujudkan gambaran yang negatif dan buruk pada islam dan penyebab kepada mereka iaitu masyarakat lari daripada islam. Ianya juga menyebabkan kekuatan islam itu hilang dan menyelerakkan kerja-kerja amal islam lantaran wujudnya juzu'-juzu' dalam amal islam, melenyapkan keagungan dan keberkesanan islam. Disamping itu juga akan menimbulkan banyak kelompok-kelompok yang menghasilkan keretakkan di kalangan pekerja-pekerja islam di setiap tempat.

Sudahkah kita lupa akan firman Allah Ta’ala :

“…. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu Din kamu dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku keatas mu dan telah Aku redhai untuk kamu Islam itu sebagai Din…. “

                                                                                                      (Surah Maidah : Ayat 3)

Apakah nilai sebahagian dari bahagian Kereta sekiranya ia tidak berada dalam ditempat yang ditentukannya?, banyangkan kita mahu ke bergerak dari satu tempat ke tempat yang baru (Gerakkan dakwah) tapi hanya Engin kereta sahaja dijaga dan difokuskan dengan baik tetapi kita mengabaikan dari memberi perhatian dan penjagaan kepada minyak petrol, dan adakah kita akan Berjaya dalam mengharungi perjalanan yang panjang itu (Negara Islam)?? Apakah nilai kerja pendidikan sekiranya ianya bercerai dari objektif dan manhaj gerakkan islam? Apakah nilai politik jika tidak mengambil mengambil tempatnya dalam badan gerakan islam (Mengimpimentasikan politik islam dalam negara).

Kerja yang terpisah itu (pemikiran, pendidikan, politik, gerakan, tentera dan sebagainya ) mestilah disatukan tujuan dan objektifnya iaitu menegakkan hukum Allah di muka Bumi. Jika tidak segala-galanya akan kekal berlegar-legar dalam kedudukan jahiliyyah dan ianya hanyalah akan tinggal sebagai khayalan sahaja..
Pada masa kini pihak musuh islam bersungguh-sungguh merencana strategi demi strategi untuk menjatuh kan islam dan seterusnya melenyapkan islam. Serangan dari sudut pemikiran dan juga gerakan dilakukan di segenap peringkat. Pelbagai badan dan pertubuhan di tubuhkan demi merosakkan pemikiran dan pendidikan umat islam. Media cetak dan elektronik antara saluran yang diperkenalkan dengan begitu licik oleh kelompok musuh islam untuk menyelinap masuk dan mendoktrin pemikiran-pemikiran umat islam sehingga Islam hilang dari cara hidup mereka, mereka juga masuk dalam gerakan-gerakan dan aktiviti-aktiviti pelajar, buruh pelajaran, belia, wanita dan sebagainya.

Kanak-kanak diperkenalkan dengan dengan hiburan yang melampau,  remaja diperkenalkan dengan kebebasan bersosial tanpa mengenal syariat islam, orang tua diperkenalkan dengan hilang keberanian dan kecaknaan dalam mengajar agama, masyarakat hilang dan buta dari melihat undang-undang dan struktur kemasyarakan islami .. semua ini runtuh setapak demi setapak membuktikan mereka iaitu musuh islam merencana pengkuburan sistem islam buat selama-lamanya. Akidah dan pencaknaan umat islam pada Agama Islam makin luntur sehari ke sehari, tahun ke tahun, zaman ke zaman... adakah itu tidak merunsingkan kita???

Memang menurut logik akal dalam perlawanan memerlukan persamaan dan perseimbangan baru selayaknya kita berada dalam medan menyentapi kekuatan mereka, tapi bagaimana pula jika dilihat mengikut logik syara’ yang tidak redha penganut-penganutnya menjadi rendah dalam agama mereka, kalah dihadapan musuh mereka dan hina didalam hidup mereka..

Allah s.w.t befirman :

“ Dan siapkan lah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi….. “

                                                                                                          (Surah Al-Anfal : Ayat 60)

Firmah Allah Ta’ala lagi :

“ Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah…. ”

                                                                                                           (Surah Al-Baqarah : Ayat 193)

Firman Allah Ta’ala lagi :

“ Dan jika kamu khuatir akan (terjadinya) pengkianatan dari suatu golongan, maka kembalikan lah perjanjian itu kepada Allah mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkianat. ”

                                                                                                            (Surah Al-Anfal : Ayat 58)

Firman Allah Ta’ala lagi :

“ Janganlah kamu berlemah hati dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderitai kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitainya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ”

                                                                                                           (Surah Al-Nisa’ : Ayat 104)

Rasulullah s.a.w juga ada menyatakan :

“Seorang mu’min yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada seorang mu’min yang lemah”


Wallahua’lam..




Kitab Rujukan : Tasawwur Asas Gerakan Islam…

Tiada ulasan: