Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya syukur kita pada
Allah s.w.t atas segala-galanya nikmat kurnaiaan Allah s.w.t selama ini kepada
kita.. Syukur Alhadulillah sekali lagi aku lafazkan kepada Allah s.w.t kerana
masih memberi aku kesempatan untuk menitipkan secubit pandangan berupa sedikit perkongsian berdasarkan
perhatian dan pembacaan aku. Setelah lama aku menyepi dan menghilangkan diri
dari dunia penulisan blog ini membuat aku keliru apa yang ingin aku kongsi
dengan teman-teman semua seketika ini. Tapi alhadulillah, kini ideanya itu
datang memberi ilham di kotak minda aku.
Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat
menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, sungguh lahirnya jasad mulia
susuk Nabi Muhammad s.a.w adalah membawa rahmat kepada sekalian alam di muka
bumi ini. Sebanyak-banyak selawat dan salam buat junjungan Besar kita Nabi
s.a.w..
Seribu kemaafan juga aku titipkan buat teman-teman yang
selama tidak henti-henti bertanya khabar berkenaan blog aku ini mengapa tidak
diupdate dan sebagainya. Walaupun jawatan telah dilucutkan, walaupun tekanan
telah dilepaskan namun, ujian dan ujian yg lain pasti datang, dan itulah
merupakan asam garam dalam kehidupan yang kadang datangnya dapat melemahkan
diri dan menyapa minda untuk termenung seketika, tapi lemah ke kuat ke yang
penting deti waktu itu tidak sama sekali akan mundur kebelakang. Entah mungkin
Esok masa pengakhiran hidup aku, maka mohon maaf aku titipkan disini buat teman-teman
jika ada tersalah dan tersilap selama ini.
Setelah hari demi hari berlalu, cerita demi cerita, kisah
demi kisah dalam hidup ini muncul, sungguh aku rasa dunia ini penuh keunikkan
dan kekadang membuat aku tersenyum dengan sendirinya. Syukur Alhamdulillah
kepada Allah s.w.t kerana membenarkan aku melihat dan menghayati setiap detik
waktu yg ada.. Dunia ini sungguh cantik, tapi ianya juga perlukan kepada iman
dan takwa utk kita layarinya.. Agar kita sentiasa dipanyungi Rahmat dan kaih
sayang Allah s.w.t..
Kali ini aku ingin berkongsi dengan teman-teman satu kisah
nasihat yang amat berkesan dijiwa aku.. Yep, aku bukan lah seorang yang handal
dalam menukilkan suatu kisah atau pun cerita, segala-galanya aku kongsi
berdasarkan realiti yg aku lalui dan atas apa yang aku rasakan serta bacaan
buku yang menarik. Di saat ini aku membelek satu buku yg sangat baik
tulisannya, buku yg telah membuat hati aku berat utk menghabiskannya kerana
nasihat pertama dalam muka surat pertama sungguh luarbiasa sekali yg membuat
jiwa muda aku bergelora kerana terpukul dengan kata-katanya.. kata-kata yg pertama dalam buku tersebut adalah “Wahai
Para Pemuda Islam”. Pelbagai pentafsiran yang muncul disaat aku membaca kata
pembukanya itu..huhuh
Tergerak hati utk kongsi dengan teman-teman dengan apa yg nak
dikongsikan oleh pengarang buku “Sehingga Para Pemuda Mengerti” yg dikarang
oleh “Dr.Abdullah Nasih Ulwan”.. harap teman-teman dapat beli dan hadam buku
ini.. Amin.. Ini adalah sedikit perkongsian berupa nasihat, beli jangn tak beli
buku ini yek… sungguh aku tidak dapat nilaian kewangan pun dari pembelian
kalian…
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Para Pemuda
Islam!
Aku memuji kepadamu akan Allah, yang tiada Tuhan selain
daripada-Nya. Aku berselawat dan salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w, pemimpin
segala pembawa perubahan, penghulu segala Mujahidin, dan keatas Keluarganya,
sahabat-sahabatnya, para tabiin, dan orang
yang mengikuti mereka dengan kebaikkan sehingga hari pembalasan… adapun
selepas itu.
Adakah kamu mengetahui –wahai para pemuda- kenapakah kamu
diciptakan dan apakah tugas kamu?
·
Kamu diciptakan untuk melaksanakan tujuan
peribadatan kepada Allah, tunduk dan patuh kepada-Nya, serta berserah diri
kehadrat-Nya dalam setiap musibah yang menimpa dan menakutkan.
Sebagaimana firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “ Dan
tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia, melainkan supaya mereka beribadat
kepadaKu” –Az-Zariyat: 56.
·
Kamu diciptakan untuk mengikuti manhaj rabbani
(cara hidup yang diperintahkan oleh Allah s.w.t ), yang selama-lamanya tidak
dimasuki kebatilan daripada hadapan mahupun belakangnya, suatu penurunan
daripada Allah yang Maga Bijaksana lagi Maha Terpuji.
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Barang siapa mencari agama selain agama
islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia
di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” – Ali imran:85
·
Kamu diciptakan supaya kamu member wala’
(kesetiaan) dan ketaatan hanya kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin:
Maksudnya: “sesungguhnya
penolong kamu hanalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang
mendirikan solat dan menunaikan zakat,
seraya mereka tunduk (kepada Allah).” – Al-Maidah:55.
Adapun tugasa kamu yang terbesar yang telah diperintahkan
oleh Allah s.w.t, dan kamu diciptakan kerananya ialah ; menegakkan hokum Allah
di atas muka bumi, serta mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada penyembahan
sesame hamba kepada penyembahan Aang Naha Esa. Mengeluarkan mereka daripada
kesempitan hidup dunia kepada keluasanya, daripada kezaliman kekafiran kepada
keadilan islam….
Kemudian , Adakah
kamu tahu- wahai para pemuda- bagimanakah kamu mahu merealisasikan tugasan ini?
Ianya akan terlaksana dengan lima sifir asas yang perlu kamu
hiasi dirimu dengannya, serta perlu kamu simpulkan hemah untuk memperteguhkan
dan mendalamkannya.
1.
Keimanan
Teguh yang tidak bergoyang dan tidak pula rapuh.
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihat dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah , mereka itulah
ornag-orang yang benar.” –Al-hujurat : 15.
2.
Keikhlasan
yang benar, tidak mengenal kepura-puraan mahupun menunjuk-nunjuk.
Maksudnya: “ Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan
supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah
agama yang lurus.” –Al-Bayyinah: 5
3.
Keazaman
yang teguh, tidak mengenal takut mahupun gentar.
Maksudnya: “Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka hanya
takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain
kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Penghitungan.” –Al-Ahzab
:39.
4.
Amalan
(gerak kerja) yang berterusan, tidak mengenal erti lemah mahupun lesu.
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta
orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan
kepada (Allah) Yang Mengetahui yang Ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya
kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” At-Taubah:105.
5.
Pengorbanan
yang tinggi, yang hanya memilih sama ada kemenangan ataupun mati syahid.
Maksudnya: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimap oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan
brmacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya
: “ Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan
Allah itu amat dekat sekali.” –Al-Baqarah: 214
Pada hakikatnya, kelima-lima
sifir ini merupakan cirri-ciri pemuda yang mengotai janji mereka terhadap Allah
s.w.t, ia adalah sifat istimewa para pemuda, yang tidak pernah takut pada jalan
Allah s.w.t celaan orang yang mencela… Kerana asas keimanan adalah hati yang
tajam, asas keikhlasan jiwa yang suci. Asas keazaman ialah perasaan yang kuat,
asas amalan merupakan kehendak yang muda, asas pengorbanan pula akidah yang
teguh…. Segala sifat ini tidak pernah terkumpul dengan lebih kuat dan banyak,
sebagaimana terkumpul ia didalam diri seorang pemuda. Dan ianya tidak terdapat
kecuali didalam jiwa seorang para pemuda islam…
Daripada sini, para pemuda islam
terdahulu dan kini, pada setiap peringkat sejarah; adalah tunggak kebagkitan
umat islam. Merekalah rahsia kekuatannya, punca kemegahan dan kemuliaannya,
pengibar panji-panji dan benderanya, panglima bala tenteranya kearah kebesaran
dan kemenangan..
Maksudnya : “Sesungguhnya mereka itulah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan
mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” –Al-khafi: 13.
Menjadi tanggungjawab kamu –wahai
para pemuda- untuk mengetahui bahawa “Sekumpulan mukmin yang berpusat di rumah
al-Arqam, di atas tangan mereka terlaksana kemenangan islam; mereka semuanya adalah para pemuda.
Rasulullah s.a.w berumur 40 tahun ketika dibangkitkan ketika menjadi nabi, Abu
Bakar r.a lebih muda daripada Baginda sebanyak 3 tahun, Umar r.a pada ketika
itu berumur 27 tahun. Usman r.a lebih muda daripada Rasulullah s.a.w, Ali r.a
lebih muda daripada semuanya… Beginilah, Abdullah bin mas’ud,Abdurrahman bin
Auf, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam,Said bin Zaid, Mas’ub bin Umair, Bilal bin
Rabah, Ammar bin Yasir, serta berpuluh-pulh lagi, bahkan berates-ratus… mereka
semua adalah para pemuda.”
Para pemuda itulah yang telah menanggung di atas belakang mereka bebanan
dakwah. Merka telah merasakan bahawa di jalan dakwah ini segala kesabaran,
azab dan pengorbanan adalah sauatu kemanisan. Merekalah orang yang
menyambungkan malam mereka dengan siang, sehingga mereka Berjaya merealisasikan
enyebaran agama islam. Mereka mampu memenagkan agama dan mengukuhkan
pengasasannya… Maka hanya dalam waktu yang singkat, seolah-olah hanya diantara
petang dan pagi, sebuah Negara dan kesultanan telah Berjaya ditegakkan. Satu
kerajaan dan kepimpinan telah Berjaya diasaskan…
Malahan, 2 kerajaan besar pada
ketika itu; Parsi dan Rom telah pun
tunduk kepada pemerintahan mereka. Bayangan mereka telah memanjang sehingga
ke Negara Sindh (India) di sebelah timur, Caspian, Armenia, dan Rusia di
sebelah utara. Telah masuk ke dalam keadilan mereka Negara Syam (Jordan,
Lubnan, Syria) Mesir, Cyrenaica, Tripoli (Libya), dan Negara-negara Afrika yang
lain… Kesemuanya ini hanyadalam tempoh 35 tahun.
Pada zaman pemerintahan Bani
Umayyah, kerajaan mereka semakin meluas dan kesultanan mereka semakin
berkembang, sehingga mereka Berjaya memasuki negeri Sindh, sebahagian besar
India, Turkan, dan mereka sampai ke sempadan timur Negara China, memasuki
Andalus (Sepanyol) di Eropah Barat.
Salah seorang kahlifah islam, Harun Ar-Rasyid telah menggabarkan
kepada dunia betapa luasnya alam Islam pada ketiak itu; apabila beliau telah
berkata-kata kepada Awan yang melaluinya, tetapi tidak diturunkan hujan di
situ. Beliau berkata “Pergilah engkau
menurunkan hujan dimana sahaja yang engkau mahu. Sesungguhnya segala hasilmu
(tanaman yang engkau sirami) akan dibawa kepada kami.”
Inilah Uqbah bin Nafi’, yang telah berdiri di penghujung barat, di
persisiran pantai Laut Gelap (Laut Atlas) dia berkata sambil melangkah
mengharungi air laut: “Ya Allah, Tuhan
Muhammad. Kalulah tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka duni, di
jalan meniggikan kalimahMu.. Ya Allah, saksikanlah!”.
Dan ini pula Qutaibah Al-Bahili, yang telah masuk jauh ke sebelah timur. Dia
bertegas mahu memasuki Negara China untuk membukanya. Maka berkata salah
seorang sahabatnya kepadanya “Sesungguhnya
engkau telah memasuki jaug ke dalam Negara Turki. Sepanjang tempoh ini,
pelbagai peristiwa telah datang dan pergi.” Lantas belaiu menjawab, dalam
keadaan keimanannya telah sampai ke kemuncak “Dengan keyakinan ku kepada pertolongan Allah lah aku telah masuk jauh
ke dalam. Sekiranya sudah sampai ajal, nescaya tidak bermanfaat lagi segala
persiapan.” Apabila sahabatnya yang menasihatinya itu melihat keazaman dan
kesungguhannya untuk terus melangkah meninggikan kalimah Allah, dia berkata “Teruskan perjalanan mu sebagaimana yang
engkau kehendaki wahai Qutaibah. Keazaman ini tidak mampu ditumpulkan oleh
sesiapa pun kecuali Allah!!”
Semoga Allah merahmati penyair
Islam Muhammad Iqbal dalam kata-katanya:
Di kuil-kuil Afrika dahulunya kita beribadat..
Sebelum datangnya pasukan Islam yang membuka bandar-bandar,
Afrika dan padang pasirnya tidak lupa…
Sembah-sujud kita.. sedangkan bumi melontar api…
Kita telah menghadapkan dada-dada kita kearah pedang..
Tidak pernah kami gentar musuh yang zalim, yang bermaharajalela.
Seolah-olah banyangan pedang adalah teduhan di taman-taman..
Menghijau, tumbuh di sekitar bunga-bungaan.
Marilah kamu bersamaku –wahai
para pemuda- kita bersama-sama bertanya rumah-rumah di Syam, penduduk-penduduk
di Iraq, kebun-kebun Andalus, lembah-lembah Mesir, hutan-hutan Algeria, tanah
dataran Afrika, kediaman-kediaman orang ajam (Asing), negeri-negeri di India,
Kawasan-kawasan di China, tanda-tanda utama dunia… tentang kisah-kisah mereka ;
nenek moyang yang berani lagi masyhur,
yang telah terdidik di atas keimanan dan Islam, yang merupakan lepasan hasil
pentarbiahan Masjid Nabawi, Masjidul Haram, Masjidul Aqsa, Masjid Cordova,
Masjid Al-Azhar, Masjid Umawi.
Sesungguhnya di sisi mereka
semuanya ada perkhabaran tentang kebanggaan dan kemasyuran orang Islam
terdahulu, ilmu dan tamadun, nilai murni dan prinsip, kepahlawanan dan
pengorbanan…
Merekalah orang yang telah
memperhalusi jiwa, menenangkan hati, menyebarkan ilmu, mewajibkan pengatahuan,
memuliakan manusia, menghapuskan tanda-tanda penyembahan berhala, menyalakan di
dalam alam ini cahaya kebenaran, hidayah dan pengatahuan, mereka menanam di
dalam bumi ini segala bentuk kebaikkan, kemanisan dan kelazatan. Mereka memahat
di dalam lubuk sejarah prinsip-prinsip tauhid, keadilan, persaudaraan,
kesamarataan…
Adakah dunia pernah mengenal orang yang lebih tinggi dan mulia daripada
mereka? Ataupun orang yang lebih bersimpati terhadap orang lain dan lebih
berbelas kasihan? Ataupun lebih besar dan agung? Ataupun lebih terkehadapan dan
alim daripada mereka?
Mereka telah melaungkan kebebasan
sewaktu umat-umat islam lain masih terbelenggu di dalam rantai perhambaan,
mereka menyebarkan tauhid pada hari akal-akal masih terikat dengan belenggu jahiliyyah,
mereka menegakkan keadilan ketika mana Parsi dan Rom mempergunakan
bangsa-bangsa untuk kehendak mereka yang suka berperang.
Mereka telah membelanjakan harta
di dalam kemuliaan, ketika orang-orang lain mengumpulkan harta dan kezaliman.
Mereka menjaga maruah dan kehormatan sewaktu orang lain menjual ibu-ibu dan
adik beradik perempuan..
Dahi-dahi mereka tunduk kepada
Allah, tetapi tinggi terhadap selain Allah. Hati-hati mereka sentiasa mahukan
keindahan dan bencikan keburukan. Akal-akal mereka beriman dengan kebenaran,
menolak setiap kebatilan. Tangan-tangan mereka; sebelah bersam Allah dan
sebelah lagi bersama manusia.
Mereka beriman dengan agama,
supaya mereka dapat mengangkat dunia dengan nya. Bekerja didunia untuk mereka
khidmatkannya kepada agama. Menghimpunkan diantara dunia dan agama, supaya
mereka menjadi gah dan mulia di dunia, di akhirat pula termasuk di dalam golongan yang Berjaya.
Mereka telah memerintah dunia,
lalu mereka penuhinya dengan keamanan dan kesejahteraan. Rebut bencana datang melanda
mereka, lalu mereka hadapinya dengan penuh kesabaran dan senyuman keredhaan.
Barangsiapa yang cuba menzalimi mereka, nescaya akan dijadikan bumi orang
tersebut hanya meninggalkan kesan runtuhan dan timbunan.
Darah para syuhada disisi mereka
seperti wangian pemuda dan lelaki. Panahan musuh yang tersusuk didada mereka
adalah perhiasan kemegahan dan kesempurnaan. Mengharungi maut di jalan agama
merupakan nyanyian para wanita dan anak kecil..
Perarakan syuhada di sisi mereka
seolah-olah majlis kegembiraan dan perkahwinan. Gemercingan pedang di telinga
mereka seakan-akan music dan nyanyian. Bagi peperangan itu terdapat bayi-bayi
yang masih merah, yang dibela oleh ibu-ibu mereka di atas katil dan buaian.
Sesungguhnya mereka – pada
hakikatnya- adalah satu-satunya generasi, tidak seperti generasi-generasi lain.
Sekumpulan lelaki yang istimewa, tidak seperti mana-mana lelaki. Suatu umat
perintis, tidak sperti baki ummat yang lain…
Benarlah firman Allah s.w.t
ketika membicarakan tentang mereka:
Maksudnya : “Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia.”
–Ali-Imran: 110.
“Mereka lah datuk moyangku, maka bawakanlah kepadaku orang yang sama
seperti mereka
Apabila kita bertemu di lain perhimpunan, wahai Jarir.,”
(Bait ini merupakan sebahagian
daripada sebuah qosidah yang dinukilkan oleh Fazdaq ketika mana dia berbangga
dengan datuk moyangnya ke atas lawannya, Jarir dihadapan khalifah Sulaiman bin
Abdul Malik. Datuk Farazdaq ialah sahabat Nabi s.a.w yang bernama Zaid bin Amru
bin Nafail r.a, yang masyhur dengan jasanya menyelamatkan bayi-bayi perempuan
daripada ditanam hidup-hidup dan menebus mereka dengan hartanya pada zaman
jahiliyyah. Faradaq dan Jarir adalah pujangga Arab yang sering dijemput ke
istana khalifah untuk memperdengarkan bait-bait syair mereka. Kedua-dua saling
bersaing dianatara satu sama lain. Wallahu’alam)
Wahai para pemuda
Seringkali kita mendengar
slogan-slogan yang lima, diulang-ulang lidah, dilaung-laung tenggorokan:
“Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran perlembagaan kami,
Jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah cita tertinggi kami.”
Akan tetapi segala slogan ini,
yang terbit daripada mulut-mulut yang beriman di sana dan sini tidak mungkin
akan berinteraksi dengan hati, serta tidak akan meninggalkan kesannya ke dalam
jiwa melainkan orang yang melaungkannya itu mencontohi para ashab madrasah yang
pertama (yakni para sahabat Rasulullah s.a.w), di mana orang yang
mengasaskannya Nabi s.a.w sendiri. Selawat dan salam daripada Allah ke atasnya,
para khalifah (pengganti), para sahabatnya selepas daripadanya, dan sesiapa
sahaja yang mengikuti jejak langkah mereka sehinggalah hari pembalasan….
Inilah institusi yang telah
mengeluarkan para pemuda dan pahlawan yang telah dan masih lagi merupakan
menara, lambing serta mercu keimanan dan keikhlasan, mercu jihad dan pengorbanan, mercu kesabaran dan keazaman,
mercu keteguhan dan tetap pendirian, mercu dalam menyampaikan dakwah, mercu
dalam akhlak dan muamalat….
Apabila para pemuda kita
berakhlak dengan slogan-slogan yang lima ini, dan zahir kesannya pada kata-kata
dan tingkah laku mereka, berpadu di dalam kehidupan dan reality mereka…. Pada
ketika itulah, diharapkan akan kembalinya kemegahan dan identity kepada Islam,
akan tertegaknya bagi para muslimin kesatuan dan daulah… dan bukanlah
perkaraini suatu yang sukar bagi Allah.
Wallahua’lam…
Teman-teman sekalian, inilah
antara coretan kata-kata yang boleh aku copy dan paste buat menambah
kegahirahan kalian untuk membeli dan membaca buku ini. Sungguh mereka dahulu
telah melalui jalan dakwah dengan penuh 1001 rasa dan pengalaman. Mereka tidak
pernah lelah, letih apatah lagi berhenti berharap pada Allah s.w.t.. keazaman
mereka membuatkan dunia ini kecil bagi generasi penerusnya, keteguhan mereka sehingga
mencurahkan keringat dan darah itulah memberi daging-daging penyelamat Neraka
di batang tubuh kita buat generasi sekarang. Merekalah pembawa panji yang
bangga dengannya, dan atas nama ISLAM mereka melaksanakan tanggungjawab
khalifah dan hamba dimuka bumi, hamba yng menjalankan perintah menyebarkan
Islam pada yg jahil dan kahlifah yng mengurus tadbir dengan penuh keadilan dan
kebijaksanaan dengan berperlembagakan Al-Quran dan Al-Hadith.
Aku rasa setiap bait-bait
pengarang ini menunjukkan perjuangan sebenar tiada noktah pengahkiran selagi
Allah belum mencabut nyawanya.. Sungguh aku amat yakin, Allah pasti akan
melahirkan segolongan pewaris generasi dahulu pada masa kini.. mereka yang
hadir dengan membawa kalimah Tauhid, membawa sinar pencerahan pada ummat yg
kini kian hilang pegangan agamanya..
Ya Allah, Rahmatilah para pejuang agamamu, mereka mengabaikan
kesenangan hidup mereka demi kesenangan rakyat, mereka membuang yang haram
mengganti yang halal, mereka melaungkan kebanggaan mereka pada ISLAM dan
kecintaan pada-Mu, mereka meletakkan segala penggangtungan pada-Mu semata-mata,
mereka dilahirkan bukan untuk kesengan diri sendiri tapi untuk menyelamatkan
rakyat dan menanggung beban rakyat.. Amin ya Rabb..