" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Khamis, 3 Februari 2011
Sekatika Dikampung
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang berupa kesempatan waktu untuk aku menitipkan sesuatu yang mungkin boleh kita berkongsi bersama. Dalam kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat bergembira bersama keluarga masing-masing.
Cuti merupakan satu perkataan pendek yang memberi gambaran yang berbeza dan berlainan bagi setiap intiti yang bergelar manusia. Gambaran yang mungkin terlorek akan bercampur baul dengan bayangan kenikmatan, kemanisan, kegelisahan, kesedihan, dan sebagainya. Itu sebenarnya merupakan satu warna dalam warna kehidupan manusia. Warna-warna yang pelbagai itulah membawa manusia terus bersemangat dalam mencapai segala-galanya dalam Alam dunia ini dan terkadang berjaya membawa manusia terus hanyut dibuai keindahannya yang mempersonakan yang seterusnya menyebabkan lupanya sang manusia itu kepada Tuhan yang Esa.
Wadah perkongsian yang ingin aku bawa pada kali ini adalah lebih kepada pengalaman aku sebenarnya, pengalaman berbantuk perkongsian cerita ini yang membuat hati aku sedikit kesayuan seketika apabila memandang 2 insan yang bahagia. Moga-moga mereka sentiasa bahagia dalam payungan Rahmat Ilahi.
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus aku mencari tiket akhirnya dapat juga tiket bas tambahan. Biasalah sedikit bayaran tambahan dikenakan yang sepatutnya RM65 jadi RM78. Tapi aku tidak kisah kerana niat dihati untuk berjumpa dangan keluarga yang sudah lama tidak aku ketemui sejak aku belajar di UTM Skudai.
Tidak aku sangka, Bas tambahan juga akan menyebabkan masa untuk sampai ke bumi serambi mekah juga akan bertambah daripada sepatutnya 10 jam perjalanan bas menjadi 14 jam perjalanan. Teringat aku akan seorang abang yang duduk di tepi aku sepanjang perjalanan menaikki bas berkata “ Puas hati naik bas kali nih “ dan aku mengiakan kata-katanya sambil tersenyum, abis sakit tulang temulang aku. Jadi kesimpulannya, nak naik bas jangan beli tiket bas tambahan nanti semuanya akan bertambah, bukan sahaja duit bertambah, tapi masa juga akan bertambah.
Setelah aku sampai di Kelantan, jiwa aku mula rasai ketenangannya kerana yang pertama mungkin kerana dah selamat sampai ke destinasi yang menjadi impian aku semasa belajar kat UTM dan yang kedua kerana di setiap sudut pandangan mata aku tak lekang dari melihat remaja berkopiah, dan bertudung labuh serta makcik dan pakcik yang tidak loket dengan senyumannya. Teringat kata-kata seseorang, “ melahirkan habnul Harakah “, mungkin begini barangkali individu muslim yang ingin dibentuknya. Entah tiba-tiba, Jiwa tarbiahku mula mengembang. Aku pun tidak pasti mengapa setiap kali jika aku berada di Kampus aku merasakan terbiah aku kurang bahkan kadang-kadang aku merasakan tak ada nilai tarbiah, tapi bila aku dirumah iaitu dikelantan, jiwa kau mula rasa berkobar-kobar untuk belajar. Dan mungkinkah inilah yang dikatakan Kelantan Serambi mekah?huhuh..
Hari ahad merupakan hari kedua aku berada di rumah, aku mencapai kunci motor Honda ayahku seperti biasalah untuk aku menunaikan solat zohor di masjid kesukaanku iaitu masjid As-Salam. Selesai solat aku mengambil peluang untuk membuat pusing rutin aku jika balik ke rumah iaitu pusing melihat ragam manusia di kampung-kampung yang berdekatan.
Pusing punya pusing aku berhenti sekejap di sebuah perumahan dan pandangan ku melekat terhadap sebuah rumah yang berpagar yang tidak jauh dari perumahan itu. Rumah yang kecil dan buruk tetapi persekitaran di dalam pagarnya yang berkunci itu tersusun rapi. Aku pelik melihat rumah kecil itu, yelah mana tidaknya kelihatannya macam tiada orang yang tinggal disitu. Aku cuba amati sekali lagi sebab ingin mecari kepastian dari persoalan yang bermain difikiran. Tiba-tiba, daun pintu rumah buruk itu terkaut terbuka dan keluarlah 2 orang budak lelaki yang kelihatan seperti berusia dalam lingkungan 16 dan 17 tahun. Mungin mereka berdua ini adik beradik. Seorang daripadanya kelihatan bukan seorang budak normal kerana mukanya seiras dengan budak sindron down, dan aku menduga bahawa seorang lagi mungkin itu abangnya.
Aku mendekati rumah itu dan aku menegur mereka dengan memberi salam dan budak lelaki yang normal itu menjawab salam aku. Aku bertanya nama dan budak itu membalas dengan memperkenalkan dirinya sebagai asri dan abangnya itu bernama amri. Sedarlah aku kini bahawa yang Normal itu adalah adik dan yang ditakdirkan Allah s.w.t sebagai seorang yang tidak normal dimata manusia itu adalah Abangnya. Persoalan demi persoalan terus ku tanya kepadanya dan si adik ini menjawab apa sahaja pertanyaan aku.
Kini tahulah aku yang budak lelaki itu baru sahaja habis menduduki peperiksaan SPM sesi yang baru baru ini. Dia tinggal bersama-sama ayah dan kakak, Ibunya sudah meninggal dalam 2 tahun yang lepas dan dia mempunyai 3 adik-beradik. Dia merupakan Anak bongsu dan sulung lelaki dalam keluarga itu. Yelah sepatutnya Abang nya itulah yang menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga tapi Allah s.w.t lebih mengetahui segala-galanya.
Hidup mereka hanyalah bergantung harap kepada penjualan tangkapan ikan iaitu boleh dikatakan juga kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Semuanya itu masih ditanggung oleh ayahnya yang berumur dalam 66 tahun dan ibunya telah meninggal dunia kerana sakit barah usus pada 2 tahun yang lalu. Manakala kakaknya pula tidak bekerja kerana semata-mata ingin menjaga makan minum abangnya, dirinya dan ayahnya itu semenjak peninggalan arwah Ibunya. Dia memberitahu bahawa, Ayahnya tidak pernah lupa memperingatinya dan kakaknya serta mengajar abangnya itu Solat dan nasihat-nasihat yang baik. Penceritaan hidupnya yang banyak musibah dan derita bagi aku itu membuat hatiku Sedikit tersentuh,terfikir sekejap aku bahawa mereka makan untuk hidup dan mengabdikan diri pada Allah s.w.t, sedangkan kita mungkin hidup untuk makan. Mana tidaknya, semakan hari lupa kita untuk bersedekah, kita lupa untuk miliki jiwa yang kebal dari kesempitan wang, jiwa yang sentiasa meletakkan Redha Allah pada bahagian hadapan untuk setiap tingkah laku dan perbuatan kita dalam seharian, dan jiwa kita juga kering dalam mengingati mereka yang memerlukan.
Terkesan dengan jawapan budak lelaki yang bernama asri itu membuat aku terpaksa berbohong meminta untuk berundur. Aku beredar dari situ dan bersembunyi dicelahan perumahan itu. Aku melihat dia mengajar Abang nya yang sindrom down itu senaman, aku melihat gelagak mereka, mereka begitu gembira sekali dan Ayahnya ketika itu pun ada keluar dari rumah dan turut tersenyum melihat gelagat kedua-dua anaknya. Hati ku bertambah sayu, Sungguh Adil Allah, menberi dugaan dan cubaan kepada Hamba-Nya tetapi Allah tidak lupa juga memberi nikmat kepada Hamba-Nya dalam bentuk yang lain. Mereka bahagia kerana Allah menanam Rasa Bahagia itu untuk mereka dan Allah lah yang membenarkan rasa bahagia itu ntuk mereka, Mereka tidak meminta kesempitan tapi Allah membalasnya dengan Kegembiaraan Setelah kesempitan itu dilalui dengan sabar.Kisah ini telak melorek memori baru dalam hidupku yang membawa seribu satu makna tersirat yang mungkin boleh membawa aku ke satu pengajaran yang penting dalam sejarah hidup ku.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, Dalam menempuh ranjau kehidupan ini seharusnya kita sebagai seorang manusia bersyukur dengan apa yang ada, baik dari segi kewangan, dan sebagainya. Bersyukur dapat membawa hati kita Redha pada ketentuan Allah s.w.t, dan melapangkan dada kita dalam beribadat dan bersangka baik pada Allah s.w.t serta berbuat baik sesama makhluk. Sungguhpun jika kita tidak ditakdirkan Berjaya di dunia ini tapi biarlah kita kita Berjaya di Akhirat sana. Dan Amat rugilah jikanya kita Berjaya didunia tapi ke neraka kelaknya kita. Dalam kisah ini dapatlah kita akui bahawa Allah lah pengatur acara yang terbaik untuk kehidupan Hambanya.
wallahua’lam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan