Khamis, 3 Februari 2011

Sahabat Sejati?




Assalamu’alaikum….

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih mempertemukan aku dan kalian dengan diberi kesempatan waktu dan ruang untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dan nasihat dalam laman sesawang yang bernama Blog ini.

Kali ini aku sebenarnya kehausan idea untuk berkongsi sesuatu dengan kalian. Mungkin kerana akhir-akhir ini agak sibuk dengan sesuatu yang baru buat diri aku sendiri disamping dengan pelajaran. Sesuatu yang baru disini bukan lah sesuatu yang janggal buat aku, tetapi ianya adalah merupakan satu kaedah atau pendekatan yang baru yang harus aku belajar dan belajar. Sekali aku belajar mengenainya sekali lagi perkara baru bahkan banyak lagi yang dapat muncul darinya. Indah ilmu Allah s.w.t, diberinya sedikit tapi yang sedikit itu dapat berkembang dengan izin-Nya.

Mujurlah dalam keletihan aku dalam seharian, aku punya sahabat-sahabat yang juga letih. Aku suka tengok sahabat –sahabat letih jika disaat aku letih kerana dia mungkin adalah sahabat sejati. Sahabat sejati adalah sahabat yang senang, susah, sakit, pahit, gentir, gelisah dan sebagainya adalah bersama, bukan mudah nak cari tapi tidak mustahil. Sahabat sejati bukan boleh dinilai dengan perbuatan sementara sahaja tapi perlu dinilai dengan perbuatan rutin dia. Penjelasan untuk Kes ini ak titipkan dalam bentuk penceritaan yang diperolehi dalam pembacaan buku baru-baru ini. kisahnya menarik dan penuh pengajaran.

Dahulu, di tanah Kurdistan, ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang anak yang cerdas, tampan dan berani. Saat-saat yan menggembirakna bagi si raja adalah ketika dia mengajarnya anaknya membaca Al-Quran, lalu menceritakan kisah-kisah kepahlawanan para penglima dan tenteranya di medan pertempuran.
Putera rajaitu bernama Said. Said sangat gembira mendengar kisah diceritakan oleh ayahnya. Said aka merasa marah apabila sedang mendengar cerita dari ayahnya, ytiba-tiba ada orang yang memutusnya. Kadang kala, ketika ketika sedang asyik mendengar ceita ayahnya, tiba-tiba pengawal masuk untuk memberitahu yang ada tetamu penting yang harus ditemui. Si raja tahu apa yang dirasakan oleh anaknya. Maka, dia menasihati pada anaknya, “ Said, sudah tiba masanya kamu mencari sahabat sejati yang setia dalam suka mahupun duka. Sahabat yang baik yang membantumu untuk menjadi orang yang baik. Sahabat sejati yang dapat kamu sayangi untuk mendapatkan syurga-Nya. “
“ Apa maksud ayang dengan sahabat yang dapat disayangi untuk mendapat syurga-Nya? “ tanya Said.

“ Dia adalah sahabat sejati yang benar-benar mahu bersahabat denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian kasih sayangnya yang lahir dari keikhlasan hati. Dia menyanyangimu kerana Allah. Dan di atas dasar itu, kamu pun dapat menyanyanginya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan kasih sayang kam dan sahabat mu itu akan melahirkan kekuatan yang dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan kasih sayang itu juga akan bersinar dan membawa kamu dan sahabatmu itu masuk ke syurga. “

“ Bagaimana caranya mencari sahabt seperti itu, ayah? “

Ayahnya menjawab, “ Kamu harus menguji orang yang hendak kamu jadikan sahabat. Ada satu cara menarik untuk menguji mereka. Jemputlah sesiapa yang kamu anggap sesuai menjadi sahabatmu untuk makan sarapan dsini, di istana kita. Jika sudah sampai di sini, lambatkan waktu menyajikan makanannya. Lihatlah apa yang kemudian mereka lakukan. Ketika itu, rebuslah tiga biji telur untuknya, lalu lihatlah apa yang mereka lakukan! Itu cara mudah bagimu, syukurlah jika kamu dapat mengetahui perilakunya lebih dari itu. “

Said gembira mendengar nasihat tersebut. Dia pun mengamalkan cara yang telah diberitah oleh ayahnya yang sungguh aneh itu. Mula-mula, dia menjemput anak-anak pembesar kerajaan seorang demi sorang. Sebahagian besar mereka marah-marah kerana hidangannya tidak juga keluar-keluar. Bahkan ada yang pulang tanpa mengucapkan terima kasih dengan hati kesal, ada yang memukul-mukul meja dan ada yang melontarkan kata-kata yang tidak seharusnya, memaki-maki kerana makanannyalambat sekali dihidangkan.

Di antara sahabat putera raja itu, ada yang bernama Adil, anak seorang menteri. Said melihatnya seperti seorang yang baik hati dan setia. Maka, dia ingin mengujinya. Dijemputlah Adil untuk bersarapan pagi. Adil memang lebih sabar jika dibandingkan dengan mereka yang lain yang sebelumnya. Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia. Setelah dirasai memadai, Said mengeluarkan sebuah piring berisi tiga biji telur rebus. Melihat itu, Adil berkata, “ Hanya ini ke sarapan kita? Ini tidak cukup untuk mengisi perutku! “

Adil tidak mahu menyentuh telur itu. Dia pergi begitu sahaja meninggalkan Said sendirian. Said diam sahaja, dia tidak perlu minta maaf pada Adil kerana memperkecilkan makanan yang dia rebus denag kedua belah tangannya. Dia faham bahawa Adil tidak berlapang dada dan tidak sesuai untuk dijadikan sahabat sejati.

Pada hari berikutnya, dia menjemput anak seorang saudagar paling kaya. Tentu sahaja, anak saudagar itu sangat gembira mendapat jemputan sarapan pagi dari putera raja. Pada malam harinya, dia sengaja tidak makan agar pada paginya dapat makan dengan banyak. Dia membayangkan makanan putera raja pasti enak dan lazat.

Awal-awal lagi anak saudagar kaya itu telah datang menemui Aid. Seperti mereka yang sebelumnya, dia harus menunggu lama sehingga makanan keluar. Akhirnya, keluarlah piring dengan tiga biji telur rebus.

“ Ini makanannya, saya kedalam dahulu mengambil air minuman, “ kata Said meletakkan piring di atas meja, lalu dia masuk kedalam.

Tanpa menunggu lagi, anak saudagar it uterus melahap satu per satu telur rebus itu. Tidak lama kemudian, Said keluar dengan membawa dua gelas air kosong. Dia melihat pada meja, ternyata tiga biji telur itu telah lenyap. Dia hairan.

“ Mana telurnya? “

“ Telah aku makan. “

“ Semuanya? “

“ Ya, habis aku sangat lapar. “

Melihat peristiwa itu, Said terus tahu bahawa anak saudagar itu juga tidak boleh dijadikan sahabt setia. Dia tidak dapat merasakan suka dan duka bersama keran Said juga belum makan apa-apa.

Said merasa marah dengan mereka yang telah dijemputnya disekitar istana. Mereka semua mementingkan diri sendiri. Bukan sahabat setia. Mereka tidak layak dijadikan sebagai sahabat sejatinya. Akhirnya, dia meminta izin dari ayahnya untuk pergi mencari sahabt sejati.

Mulailah Said mengembara dari kampung ke kampung untuk mencari sahabat yang baik. Sehinggakan akhirnya, pada suatu hari yang cerah, dia bertemu dengan budak yang merupakan seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana. Said mengikuti budak itu dari tempat kayunya dipungut hinggalah kepondoknya. Said memerhatikan budak itu mengambil wuduk dan menunaikan solat dhuha 2 rakaat. Selepas selesai solat, Said menyapa budak itu, “ Sahabt, namaku Said. Jika boleh, siapa namamu dan kamu tadi solat apa? “

“ Nama aku Abdullah. Tadi itu solat Dhuha. “

Lalu, Said meminta anak itu agar bermain-main dengannya dan menjadi sahabatnya. Namun, Abdullah menjawab “ Ku fikir kita tidak sesuai menjadi sahabt. Kamu anak orang kaya, malah mungkin anak bangsawan. Sedangkan aku anak orang miskin, anak seorang pencari kayu api. “

Said mejawab, “ Tidak baik kamu berkata begitu. Mengapa kamu membeza-bezakan orang ? Semuanya adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya orang yang bertakwa yang menjadikan orang mulia di sisi Allah. Adakah aku kelihatan seperti budak jahat sehingga kamu tidak mahu bersahabat dengan ku. Mengapa kita tidak cuba dahulu buat sementar? Kamu nanti dapat menilai aku samaada sesuai atau tidak menjadi sahabatmu. “
“ Baiklah jika begitu, kita bersahabat dengan syarat hak da kewajipan kita sama sebagai sahabat yang seia sekata. “

Said bersetuju dengan syarat anak pencari kayu itu. Sejak hari itu mereka bermain bersama, pergi kehutan bersama, memancing bersama dan memburu arnab bersama. Anak tukan kayu itu mengajarnya berenang sungai dan mengajarnya memanjat pohon di hutan. Said gembira sekali berkawan dengan anak yang cerdas, rendah hati, lapang dada dan setia. Akhinya, dia kembali ke istana dengan hati gembira.

Kemudian, suatu ketika budak miskin itu dijemput ke istana. Di istana, dia ihidangkan dengan tiga biji telur sebagai ujian, sebagaimana dilakukan kepada sahabatnya yang lain.

Said memersilakan sahabtnya itu makan. Anak pencari katu itu mengambil sebijik, lalu mengupas kulitnya dangan perlahan-lahan. Sedangkan Said mengupasnya dengan cepat dan memakannya. Dengan sengaja Said mengambil telur yang ketiganya, mengupasnya dengan cepat dan melahapnya. Sahabatnya telah selesai mengupas telur yang ada padanya. Said ingin melihat apa yang akan dia lakukan dengannya.

Budak miskin itu mengambil pisau yang berhampiran, lalu membelah telur menjadi dua, separuh dia pegang dan separuh lagi dia berikan pada Said. Tidak ragu-ragu lagi, Said menangis terharu. Said lalu memeluk anak pencari kayu api itu erat-erat sambil berkata, “ Kamu sahabat sejatiku! Kamu sahabat sejatiku! Kamu sahabatku masuk syurga! “

Sejak saat itu, keduanya bersama dan bersahabat dengan sangat akrabnya. Mereka saling hormat menghormati kerana Allah. Setelah bulan bergilir bulan dan tahun bergilir tahun akhirnya mereka berdu dah dewasa. Raja yang adil telah meninggal dunia dan akhirnya Said diangkat menjadi raja untuk menggantikan Ayahnya. Menteri pertama yang dia pilih adalah Abdullah. Abdullah benar-benar menjadi sahabat perjuangannya dan penasihat yang tiada duanya. Meskipun telah menjadi raja dan menteri, kedua-duanya masih sering melakukan solat tahajjud dan tadarus Al-Quran bersama-sama.

Dalam cerita ini dapat kita ambil banyak iktibar dalam kita mencari sahabat sejati. Sahabat sejati adalah sahabat yang mampu membawa kita lutus dan terus ikhlas untuk-Nya. Tidak dapat lagi untuk kita sangkalkan bahawa dalam menyeberangi bahtera kehidupan memerlukan sahabt yang boleh mendorng kita untuk meraik pandang dan kasih sayang-Nya. Sahabt sejati yang boleh menasihatkan kita pada arah kebaikkan dan mendekatkan diri kita pada-Nya.

Ali bin Abi Talib pernah berkata, “ Carilah sahabat sebelum memulakan perjalanan .“ Jadi persoalannya mengapa perlukita menjaci sahabat dalam perjalanan kehidupan? Ini adalah kerana sahabatlah merupakan tempat untuk kita meluahkan kekesalan, mecurahkan si hati tempat berkeluh kesah, tempat untuk berkongsi idea dan tempat meminta pandangan serta nasihat dan sebagainya.

Oleh sebab itulah kita harus mencari sahabat yang betul-betul baik kerana jika silap memilih sahabat, maka kejahatannya akan kita warisi dan akhirnya akan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat kepada Allah s.w.t.

Fakta telah membuktikan bahawa hampir sebahagian besar manusia khususnya remaja yang jatuh kelembah kemaksiatan adalah kerana terpengaruh dengan teman pergaulannya. Sudah berapa ramai pemuda yang taat, baik, rajin, bijak dalam belajar, setelah bergaul dengan teman yang buruk lamnbat laun berubah jauh dari sebelum ini. Dia suka terpengaruh dengan teman yang suka menipu, rakan yang suka mencuri dan meninggalkan solat dan sebagainya yang akhirnya menjadikan Iblis teman setianya.

Jika kita pergi ke penjara, jika ditanya salah seorang banduan di dalam sana, “mengapa kamu boleh menagih dadah sehingga menyebankan kamu masuk kedalam penjara ?”, dia hanya menjawab pendek, “ kerana terengaruh dengan kawan. “ Hal ini berlaku kerana sudah tentulah apabila diajak sahabat karibnya untuk mengambil dadah sudah pasti dia rasa tidak cool dan merasa amat berat untuk menolaknya.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang membawa maksud:

“ Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata : Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan benar bersama-sama Rasul ? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalh Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). “ (surah Al-Furqan : 27-29)

Manakala dari Abu Musa asy-Asya’ari, dia menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Sesungguhnya, perumpamaan sahabt yang baik dan yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dengan tukang besi. Seorang penjual minyak wangi akan memberi kamu minyak atau kamu membelinya, atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, maka boleh jadi akan membakar bajumu dan boleh juga kamu akan mendapatkan darinya bau yang busuk. “
(Muttafaqunalaih)

Dalam hadis lain pula, Nabi s.a.w bersabda:

“ Seseorang bergantung pada agama kawannya, maka hendaklah salah seorang di kalangan kamu semua melihat dengan siapa dia berkawan. “ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Jelas daripada keterangan hadis di atas, Rasulullah sangat-sangat menekankan akan pencarian dan pemilihan sahabat dalam mengharungi samudera kehidupan ini. Gambaran pengaruh rakan ini jelas dalam hadis diatas dimana amalan dan perbuatan seseorang itu akan mudah terpengaruh atau dipengaruhi oleh rakan rapatnya sendiri. Maka tidak syak lagilah, pemilihan kawan yang baik amalnya dan baik serta bertakwa amatlah perlu kita laksanakan agar ianya membawa kita kepada keredhaan Allah s.w.t serta menjamin kita kearah melakukan kebaikkan dengan mengikuti apa yang diperintah dan mencegah apa yang dilarang.

Pernah Khalil al-Musawi menyatakan :

“ Memilih sahabat perlu dilakukan dengan cermat dan teratur, bukan secara spontan. Ini kerana persahabatan bermakn kehidupan bersama. Bagi sahabat tahap pertama (sangat rapat), pemilihan harus lebih cermat. Pada umumnya, sebab gaglnya meneruskan persahabatan kerana mereka tersilap dalam pemilihan. Kegagalan pemilihan dalam persahabatan disebabkan sikap tergesa-gesa dan lebih mendahulukan peasaan. Perkara yang penting untuk dipertimbangkan dalam memilih sahabat adalah amalan islam. Seorang sahabat haruslah yang bersahabat dengan tulus kerana Allah, dipercayai dan cekap sehinggakan dia dapat memberikan sumbangan dalam memajukan amal perbuatannya. “

Khalil al-Musawi memberikan secara terperinci tujuh perkara yang dapat menjadikan persahabatan berkekalan :

1) Anda menyukai apa yang mereka sukaidan membenci apa yang mereka benci
2) Mengelakkan kemarahannya, mencari keredhaan dan menuruti perintahnya.
3) Membantu mereka dengan harta, lisan, tangan dan kaki anda.
4) Anda menjadi mata, petunjuk, cermin, dan pakaian mereka.
5) Jangan anda kenyang sedangkan mereka lapar dan jangan anda puas minum sedangkan mereka kehausan.
6) Anda harus memenuhi jemputannya, menjenguknya ketika sakit dan menghantarjenazahnya apabila meninggal dunia.
7) Jika anda mengetahuidia mempunyai keperluan, maka anda harus segera memenuhinya tanpa menunggu sedangkan dia meminta terlebih dahulu.

Maka dari keterangan dari khalil al-musawi ini jelas menunjukkan persahabatan bukan sahaja disaat kita senang tapi ianya harus hadir juga disaat kita susah.

Persahabatan yang menuntun kepada keredhaan Allah haruslah disertakan dengan pengorbanan yang berlandaskan keikhlasan yang terputik dihati. Pengorbanan jiwa ini jika dilakukan dengan hadirnya keikhlasan akan menjernihkan hati dengan rasa kebahagiaan dan kesenganan dalam bersahabat.

Persahabatan juga tidak akan terpaut jika ianya hanya 1 individu sahaja yang berkorban, tapi pengorbanan ini harus dirasai bersama samaada susah, atau senang dan sebagainya. Jadi oleh itu hendaklah kita membuka selebar-lebarnya lapangan persahabatan dalam diri kita untuk mereka yang berada disekililing kita, usah takut untuk bersahabat dengan ramai orang tapi takutlah jika silap memilih sahabat yang sejati.

Justeru, mestikanlah untuk kita sama-sama mencari sahabat yang boleh menolong kita meraih syurga Allah s.w.t. Dunia ini hanya tempat tinggal sementara dan akhirat kelaklah tempat kita kembali untuk buat selama-lamanya..

Wallahua’lam…

2 ulasan:

ananul farah berkata...

terharu ana baca crta tu..huhu.. subhanllah..hebat ada kwn mcm tu...

Bukhari berkata...

kita xperlu cari kawan mcm 2, kita lah yang kena jadi kawan mcm 2...huhuh