Khamis, 3 Februari 2011

MEREKA BERBICARA MENGENAI CINTA!!!!




Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, dulu, kini dan selamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerena dengan kesempatan waktu yang diberikan-Nya buat aku dan kalian dapat sama-sama kita bertemu dalam ruangan sesawang yang bernama blog ini. Selawat dan salam juga kepada junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang juga Penghulu Murabbi kepada Murabbi kita yang lain dan juga merupakan Sang Pencinta yang hebat berbanding sang Pencinta yang lain.

Cinta itu satu kalimat yang Besar dan Agung pada kedukukannya, Cinta merupakan satu gelombang yang tidak akan pernah berhenti dan putus dalam penyebarannya. Gelombang yang membawa wadah pertalian yang utuh dan kuat pada kedudukan yang tersendiri bahkan dengan dedalu serpihannya sahaja dapat membawa sang pencinta itu terlara dengan panahan cinta. Cinta itu dapat menukarkan yang kecil menjadi besar, Si Tuan menjadi hamba yang setia, yang daif menjadi kaya dan yang kaya menjadi daif. Cinta juga membawa yang pudar menjadi berwarna, yang berwarna menjadi berseri indah dan yang berseri indah menjadi bercahaya terang benderang. Cinta itu adalah suci dan dapat mengolah sesuatu yang mungkin tidak pernah terfikir dan dibuat mereka yang lain yang pernah wujud di dunia ini yang mengkin mencipta sejarahnya yang tersendiri.

Lembaran Kalimat cinta ini lebih tinggi dari kasih sayang. Setiap manusia itu mesti ada dan akan ada sejarah cintanya sendiri. Bahkan bagi kita orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, perkataan cinta itu sudah semestinya telah lama bertapak di hati dan sanubarinya, iaitu cinta pada Allah selaku pencipta dan Rasulullah s.a.w selaku pembimbing yang unggul. Cinta merupakan satu perasaan yang lahir dari pengharapan dan penghargaan serta kasih sayang kepada yang teristimewa. Cinta itu adalah suci dan murni jika cinta itu diletakkan pada tempatnya yang sebenar. Bahkan sudah banyak cinta yang dianggap suci itu telah dinodai pada hakikatnya dan perkataan suci itu hanya tinggal pada namanya. Cinta yang sebeginilah ramai yang menyatakan sebagai cinta buta. Cinta yang letakknya pada tempat suci adalah meletakkan kecintaan pada satu matlamat iaitu menuju kearah keredaan dan Rahmat dari pencipta cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t.

Menurut buku yang baru dibaca yang berjudul “Ya Allah Aku tudak layak untuk syurga-Mu, Namun Aku juga takut Azab Neraka-Mu “, Ungkapan cinta dan definisi cinta begitu banyak. Ada yang bercakap berdasarkan prinsip bahasa, ramai yang bercakap pengalaman hidup dan tahap kerohaniannya dalam memahami cinta. Di antara yang bercakap berdasarkan bahasa mengatakan bahawa hubb (Cinta) adalah gelembung yang terbentuk di atas permukaan air hujan lebat. Jadi, adalah mengelembungnya hati sedangkan ia dahagakan untuk segera bertemu dengan si kekasih pujaan hati.

Dikatakan Hubb bersumberkan dari dasar perkataan yang memiliki makna keteguhan dan kemantapan. Dikatakan ahabbal ba’ir untuk menggambarkan seekor unta yang berlutut dan tidak mahu bangkit lagi, seakan-akan si pencinta (muhibb) tidak akan menggerakkan hatinya kerana selalu mengingati si kekasih (mahbub) Ada yang mengatakan pula bahawa hubb berasal dari perkataan hibbah yang bermakna biji-bijian dari padang pasir. Cinta dinamakan hubb kerana ia adalah lubuk kehidupan seperti hubb sebagai benih tumbuh-tumbuhan.

Dikatakan juga hubb adalah keempat sisi tempat air dan Cinta dinamakan hubb kerana ia memikul beban dari yang dicintai dari segala perkara yang luhur.
Dikatakan juga bahawa hubb berasal dari hibb, iaitu tempat yang di dalamnya ada air dan apabila ia sudah penuh, tidak ada tempat baginya yang lainnya. Demikian juga halnya, apabila hati meluap-luap dengan perasaan cinta tidak ada tempat bagi yang lain selain si kekasih.

Begitulah beberapa definisi cinta dari segi bahasa yang dipetik dari kitab Risalah al-Qusyairiyyah karangan Imam Al-Qusyairi an-Naisaburi. Manakala definisi cinta menurut para para tokoh sufi juga bayak diambail dari kitab ini. Abu Yazid al-Busthami mengatakan, Cinta adalah membebaskan perkara sebesar apa pun yang datang dari dirimu dan membesar-besarkan perkara kecil yang dtang dari kekasihmu.
Sedangkan, Syeikh Abu Ali al-Daqqaq berkata, “ Cinta adalah kenikmatan tetapi kedudukan hakikatnya adalah kedasyatan. “ Beliau juga mengatakan jika seluruh cinta dikumpulkan pada seorang manusia, maka cinta itu masih sangat jauh dari yang seharusnya dipersembahkan pada Allah s.w.t. Tidak dapat dikatakan, “ Orang ini telah melampaui semua batas dalam mencintai Allah. “

Abu bakar Al-Kattani pernah berkata, “ Persoalan Cinta telah dibincangkan oleh syeikh di Mekak smasa musim haji. Junaid al-Baghdadi adalah salah seorang pemuda yang pernah hadir dalam pertemuan besar itu. Sebahagian pengikut memanggilnya dan bertanya, “ wahai orang Iraq, katakanalah kepada kami pendapatmu tentang cinta: “ junaid menundukkan kepalanya sambil menangis, kemudian beliau menjawab, “ Cinta adalah seorang pelayan yang meninggalkan jiwanya dan meletakkan dirinya untuk berzikir pada Tuhannya, mengukuhkan diri dalam melaksanakan semua perintah-Nya dengan kesedaran yang berterusan di mana Dia berada di dalam hatinya. Cahaya-Nya membakar hatinya dan dia turut meminum minuman suci dar cangkir cinta-Nya. Yang Maha Kuasa berkata padanya dari tabir alam ghaib-Nya sehingga apabila bercakap, dia bercakap dengan Perintah-Nya dan apa yang dikatakannya adalah dari Allah, dan apabila dia diam, maka diamnya itu bersama Allah. Dia akan selalu melakukan kerana Allah, untk Allah dan selalu bersama Allah. “ mendengar kata-kata pemuda itu, Semua syeikh menagis dan berkata, “ Tidak ada lagi yang perlu dikatakan. Semoga Allah menguatkanmu, wahai mahkota para arifin. “

Indah kata-katanya yang lahir dari hati sang pencinta yang tulus dan ikhlas. Manakala apabila Rabi’ah Adawiyyah, suatu masa ditanya soal cinta. Beliau berkata, “ Sesungguhnya, antara orang yang mencintai dan dicintai tidak ada jarak. Cinta adalah kata-kata mengenai kerinduan dan menerangkan mengenai perasaan. Sesiapa yang merasakan cinta, bermakna telah mengenalinya; sesiapa yang menerangkan sesuatu, padahal ia sendiri ghaib dari sisi-Nya dengan kewujudan dan kehadiran-Nya, maka ia baijak; dalam sedar dia mabuk; untuk memberi sepenuh perhatian pada-Nya, ia sudah penuh; dalam bergembira dengan-Nya ia bingung, kehebatan-Nya menjadikan lidah kelu untuk menyebutnya; kehairanan menjadikan akal buntu untuk mengakui; kenbingungan menjadikan hati terhenti untuk menyatakan. Di san, hanya kebingungan yang abadi, hati yang lemah dan rahsia yang sempurna, sedangkan cinta dengan segala kekuasaannya merupakan penentu dalam hati. “

Keindahan Cinta yang menyelubungi hati Rabi’ah membawanya kepada lorekkan syair yang sangat indah:

Gelasku, anggurku dan teman minumanku ada tiga
Dan, aku yang dirundung rindu cinta adalah yang keempat
Gelas kegembiraan, kenikmatan mengelilinginya
Tiba-tiba orang yang diajak minum di telaga mengikutina

Bila aku memandang
Tiada kulihat kecuali milik-Nya
Wahai orang yang mencelaku
Aku mencintai keindahan-Nya
Demi Allah, telingaku bukan untuk mendengar celaanmu
Berapa kali aku terbakar dan harapanku sia-sia
Yang mengalirkan air mataku
Kesedihanku tiada meningkat
Hubunganku tiada tersisa
Dan mataku yang terluka tidak tidur


Manakala ibnu Qayyim berkata apabila ditanyakan kepadanya tentang cinta, “ Tidak ada batas cinta yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu sendiri, membatasinya jelas hanya akan menambah kekaburan dan hambar maknanya. Maka, batas dan penjelasan cinta tersebut tidak dapat dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri. “

Itulah rahsia cinta, cinta menjadikan yang jauh menjadi dekat, yang sakit menjadi sihat, yang terluka menjadi sembuh,yang berat menjadi ringan, yang pahit menjadi manis dan yang lemah menjadi kuat.

Ali bin Abi Talib pernah berkata, “ Jika kita mencintai Allah, maka Allah sendiri yang akan membalasnya. “ itu bermakna, setaiap kali seseorang mencintai Allah dengan ikhlas, lalu mengharapkan pertolongan dan bantuan-Nya, maka Allah akan membantunya. Setap kali dia berdoa, dengan segera Allah mengabulkan doanya.

Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran :

“ Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina. “
( Surah Al-Ghafir : 60)

Pernah pada suatu hari Ibraham bin Adham ditanya, “Mengapa doa kali tidak dikabulkan Allah s.w.t, padahal Dia telah berfiramn, “ Berdoalah pada-Ku, maka Aku akan perkenankan Doamu. “

Ibraham menjawab, “ Kerana, hati kamu semua mati dari mencintai Allah. “
“Apa yang dapat mematikannya? “

“ ketahuilah, yang dapat mematikan hati kamu semua itu ada lapan perkara. Kamu semua mengetahui hak Allah tetapi tidak melaksanakan hak-Nya. Kamu semua membaca Al-Quran, tetapi hanya pada mutut sahaja tidak pernah kamu semua berusaha mengamalkannya. Kamu semua mengatakan cinta pada Rasulullah tetapi tidak mangamalkan sunnahnya. Kamu semua takut mati tetapi kamu semua tidak menyediakan diri untuk menghadapinya. Allah s.w.t berfirman, “ Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, mak jadikanlah ia musuhmu ”, tetapi kamu semua menyokongnya. Kamu semua takut akan api neraka tetapi kamu semua mencampakkan jasad kamu semua di dalamnya. Kamu semua cinta pada syurga, tetapi kamu semua tidak berusaha untuk mendapatkannya. Dan apabila kamu semua berdiri, maka kamu semua melemparkan aib kamu semua di belakang, lalu kamu semua jaja aib orang lain, dengan demikian kamu semua menjadikan Allah murka, maka bagaimana mungkin Dia mengabulkan doa kamu semua ? “

Cinta yang hakiki dan abadi hanyalah milik Allah s.w.t, jika mereka yang disanjung tinggi dan mungkin lebih mulia dari diri kita ini masih mencari dan berbicara cinta yang berpeluh untuk Allah s.w.t, mengapa kita pada hari ini masih mengagungkan cinta sesama manusia. Pencarian cinta sesama manusia itu tidak salah, tapi adalakah cinta kita kepada Allah s.w.t sudah tersemat kukuh dalam hati dan sanubari kita?

Mudah-mudahan Cinta kita Pada Allah s.w.t kian berpeluh kerinduan sebagaimana cintanya Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t…

Amin Ya Rabb InsyaAllah….

1 ulasan:

ananul farah berkata...

subhanallah...amin...huhu