Ya Allah kerasnya Hati2 umat akhir zaman...
Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.
" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Selasa, 13 Disember 2011
Isnin, 12 Disember 2011
Ahad, 11 Disember 2011
As Subhu Bada Min..
Sila Hayati Liriknya... InsyaAllah rasa Cinta pada Ilahi akan wujud... Amin... (^_^)
Selasa, 1 November 2011
Nasyid Permata Yang Dicari
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Devotees - Mahar Cinta (Ketika Cinta Bertasbih) KCB
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
Hamba-Mu..
Lirik lagu Hambamu nyanyian Mawi, Akhil Hayy, Imam Muda
(Lagu Tema Imam Muda)
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Chorus:
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..
Mawi:
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Akhil Hayy:
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
(chorus)
Isnin, 17 Oktober 2011
Seuntai kata untuk di Renung
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t atas segala nikmat kurniaan-Nya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Syukur juga pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk aku menaipkan sesuatu disaat ini bagi berkongsi sesuatu dengan teman-teman. Selawat dan salam Buat junjungan besar kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w, sesungghnya Allah dan para malaikat juga berselawat keatas Baginda s.a.w.
Setelah sekian lama jari aku kaku dalam melorekkan dan mempersembahkan lariannya di keyboard ini, akhirnya Allah memberi aku sekali lagi kesempatan untuk aku mencorek seutas kata untuk dikongsi bersama.
Dalam tempoh masa yang lama aku menyepi, pelbagai perkara melanda dan mengajar aku erti dan nilai sebuah kehidupan, benarlah kata orang, hidup kita ini tidak akan dapat kita duga walaupun sekelip mata atau jangka masa yang lebih pendek dari itu.
Untuk pemberitahuan teman-teman, baru-baru ini aku disibukkan dengan pelbagai program yang membawa aku kembali mengingat pada perjuangan, membawa aku kembali ingat pada seseorang yang dah lama menghilang dari hidup aku dan juga mengajar aku berhadapan dengan manusia-manusia yang pelbagai ragamnya. Kadang-kadang takut juga diri ini, takut aku tergolong dalam golongan yang hanya pandai cakap.
Permulaan bicara aku dengan dia bermula dengan keluhan rasa sedinya, yang lantas membuka satu tanggapan di fikiran aku yang dia sekarang memerlukan nasihat dan sokongan dari aku, dan kisah ini mungkin juga pernah berlaku pada teman-teman, katanya lebih kurang aku ingat,
Ya, Allah aku risau adakah disaat aku berehat sekejap ini adakah aku mendapat Redha-Mu??
Ya, Allah adakah jaminan untuk aku kesyurga-Mu jika aku bersenang dan mereka bersusah.
Ya, Allah adakah Engkau redha padaku jika aku mati disaat aku bersenang-senang??
Ya, Allah aku takut cinta aku pada-Mu hanya pada perkataan sahaja tanpa diikuti Perbuatan.
Luahan teman aku pada aku di suatu hari yang sangat bermakna buat aku dan dia, hari yang bertembungnya berlainan emosi dimana aku disaat itu dalam keadaan gembira dan dia pula sebaliknya, bila ditanya dijawabnya dengan panjang lebar.
“Entah kenapa malam ini aku rasa sedikit lemah, rasa terkurung dalam satu bilik yang sempit, aku tidak dapat bergerak seperti mereka yang lain, aku diberehatkan. Entah kenapa aku benci mendengar perkataan berehat”.
Dikala itu juga teringat aku akan perinsip hidup teman aku ini yang mana pernah menyatakan padaku disaat temannya yang lain menyatakan dia direhatkan sementara, jawab kawan ku ini “jika engkau boleh jamin aku hidup esok dan masuk syurga, aku akan berhenti dalam gerakkan dakwah ini sekejap dan menurut arahan kamu”.
Sungguh dia dalam keadaan sangat kecewa dan tertekan disaat itu, dia hanya mengeluh sekadarnya dimulut tapi hatinya gelisah bak cacing kepanasan. Dia juga mengadu pada aku, adakah ini disebabkan dosanya yang dahulu sehinggakan dia direhatkan dari bergerak seperti orang lain.
Aku bisu tanpa boleh menyatakan pendapat aku termenung sejenak, adakah ini juga mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, aku dapat rasakan jiwanya akan hidup jika dia bergerak dalam dunia yang dia pilih dan dia akan mati dalam kelemasan perangkap yang dia hadapi.
Aku rindukan dirinya yang lalu yang penuh semangat, yang memasang niat setiap gerak kerja yang dialakukan untuk Dakwah Islam, untuk Allah, untuk Rasul, dan Untuk Mak dan ayahnya. Yang mana dia sendiri lupa untuk niatkan bagi dirinya sendiri. Aku juga rindukan bau busuk jasadnya yang berbekas dari peluh juang Dakwahnya, Aku juga Rindu akan pendapat dan anggapannya, Aku juga dahaga akan pendirian dan ketegasannya, aku juga ingin lihat apa yang dia lihat tapi apakah daya aku untuk membantunya.
Nasihat aku untuknya dikala itu lebih kurang begini walaupun ianya tak membawa apa-apa kesan dan erti, tapi itulah upaya aku disaat itu. “ Jika engkau yakin apa yang engkau buat ini betul dan engkau yakin engkau boleh hidup dengan apa yang ada pada dirimu, maka abaikan segala kata-kata mereka itu, terus maju dan menapak kukuh lah dalam diri kamu segala prinsip-prinsip islam kamu. Aku sebagi seorang individu hanya boleh menolong dalam menyuntik semangat tapi segala-galanya atas keizinan Allah dan keupayaan diri kamu sendiri. Berdiri atas jalan dakwah ibarat kamu berdiri atas bapa api dan duri yang mencucuk daging dan merobak kulit-kulit kamu. Bayangkan Baginda s.a.w yang muliapun menempuh jalan dakwah ini dengan kelaparan, berdarah, ancaman hidup, terhunusnya mata pedang, dan mempertaruhkan nyawanya adakah kita akan berdakwah dengan bergoyang kaki, bersenag lenang sedangkan kita jahil, bnyak dosa, banyak maksiat pada Allah banyak makan, gelak tawa dan banyak alpa serta lalai??, oleh itu wahai teman, jangan jadikan semangat mu lemah dengan kongkongan yang diberi sesungguhnya bagi jiwa sang pendakwah yang tulin, xboleh jalan dengan jalan biasa pasti jalan luar biasa menjadi sasaran kerana bagi mereka kesulitan itu batu lonjatan utk kehadapan.”
Aku senyap dari ucapan aku, aku dipeluknya dan terasa air kepanasan masuk kedalam baju aku dan sedarlah aku dia tengah menahan sesuatu yang sangat perit bagi dia, kata-katanya yang aku ingat sampai sekarang adalah “ Aku bnyak buat dosa pada zaman kecilku, aku sudah kehilangan Mak, aku rasa belum sempat kau berbakti untuknya semasa dia hidup didunia, sekarang Teman izinkan aku pergi dengan mengambil peluang untuk aku menyatakan tentang islam walaupun aku tahu aku ini tak layak sama sekali bergelar da’e, tapi aku ingin berbakti pada Allah da Ibu ku di alam sana, Izin kan aku wahai teman.”
Teman, hidup kita jangan dicari manusia tapi cari lah Allah, jangan fikirkan harta, pangkat, apa tah lagi wanita. Kerana semua ini akan hilang manis madunya didunia, tapi pilih lah Allah sebagai tempat bergantungnya kita. Hidup kita mungkin berakhir hari ini, jadi persiaplah selengkapnya kelengkapan utk berjumpa Allah.
Teman, Aku tidak pandai memberi nasihat tapi aku tak sanggup tengok jiwa muda berkobar-kobarmu terhapus dengan keadaanmu yang terkongkong itu. Namun jangan lah kita lupa xsemestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan xsemestinya yang kita benci itu buruk untuk kita.. Wallahu’alam…
Ahad, 16 Oktober 2011
RTM- HEMA mengaku salah, PMIUTM berlapang dada
Rukun Tetangga Mahasiswa(RTM) merupakan satu inisiatif pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) bagi menghadapai permasalahan sosial dan pencerobohan kolej perempuan yang berlaku dalam UTM. Yang mana ini merupakan satu program yang berbentuk seperti rukun tetangga di kawasan kediaman di luar. Pihak PMIUTM berharap dengan adanya rukun tetangga ini, dapat mengurangkan permasalahan yang berlaku.
RTM diusahakan dan dijayakan oleh mahasiswa UTM sendiri, PMIUTM bertindak sebagai pengurus yang menyusun jadual bertugas dan ahli-ahli PMIUTM dibantu oleh pengawai keselamatan dan pengawai Pusat Islam UTM.
Usaha untuk menjayakan program ini bermula sejak semesta 2 sesi 2010/2011 yang mana sudah pun diberi kelulusan oleh pihak pentadbiran pada 6/4/2011 dan dirancang untuk dimulakan pada pesta Konvo baru-baru ini.
Masalah mula timbul pada peringkat pelaksanaan RTM, yang mana pihak pentadbiran minta PMIUTM untuk menangguhkan pelaksanaannya kerana ketika Majlis Konvokesyen kampus di penuhi tetamu dari luar. PMIUTM akur dengan pemintaan ini dan menangguhkan pelaksanaanya. Tapi malang sehingga sekarang PMIUTM masih dihalang untuk menjalankannya.
Pihak HEMA seolah-olah bermain tarik tali dengan PMIUTM, kelulusan yang telah diberi di katakan tidak sah dan pihak HEMA masih membincangkan hal ini. Pihak HEMA mempertikaikan dan meragui kemampuan PMIUTM dalam menjayakan RTM, selain itu campur tangan pihak Pusat Islam UTM juga mengecewakan.
Sedangkan Pengarah Keselamatan UTM, En. Halim sudah menyatakan persetujuan untuk pelaksaan RTM bersama PMI dan pihak keselamatan bersedia untuk berganding bahu dengan PMIUTM dalam menjayakan RTM.
Perkara ini amat mengecewakan pihak PMIUTM yang mana HEMA tidak profesional dalam menguruskan hal ini dan seolah-olah mempermainkan PMIUTM. Berikutan dari ini satu speaker corner bagi menerangkan RTM kepada mahasiswa dan menyatakan keadaan semasa kepada mahasiswa lain telah dijalankan oleh PMIUTM. Malang sekali speaker corner ini mendapat halangan dari pihak HEMA, tetapi masih dapat dijalankan dalam keadaan yang tegang.
Ketika mesyuarat diantara RTM dan HEMA pada petang jumaat, 14/10/2011 HEMA mengaku bersalah kerana berlaku sedikit salah faham dalam bidang pengurusan dalam meluluskan RTM, kerana cuti selama empat bulan menyebabkan perkara ini tertangguh.
Menurut pengarah RTM Iqmal Hisyam Jinnah “kami dari pihak RTM menerima dengan hati yang terbuka, dan kami berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa kan datang. Harap pihak HEMA melayan pelajar dengan lebih profesional dan tidak mempermainkan pihak pelajar selepas ini. Apapun kami berlapang dada dengan apa yang berlaku”.
RTM diusahakan dan dijayakan oleh mahasiswa UTM sendiri, PMIUTM bertindak sebagai pengurus yang menyusun jadual bertugas dan ahli-ahli PMIUTM dibantu oleh pengawai keselamatan dan pengawai Pusat Islam UTM.
Usaha untuk menjayakan program ini bermula sejak semesta 2 sesi 2010/2011 yang mana sudah pun diberi kelulusan oleh pihak pentadbiran pada 6/4/2011 dan dirancang untuk dimulakan pada pesta Konvo baru-baru ini.
Masalah mula timbul pada peringkat pelaksanaan RTM, yang mana pihak pentadbiran minta PMIUTM untuk menangguhkan pelaksanaannya kerana ketika Majlis Konvokesyen kampus di penuhi tetamu dari luar. PMIUTM akur dengan pemintaan ini dan menangguhkan pelaksanaanya. Tapi malang sehingga sekarang PMIUTM masih dihalang untuk menjalankannya.
Pihak HEMA seolah-olah bermain tarik tali dengan PMIUTM, kelulusan yang telah diberi di katakan tidak sah dan pihak HEMA masih membincangkan hal ini. Pihak HEMA mempertikaikan dan meragui kemampuan PMIUTM dalam menjayakan RTM, selain itu campur tangan pihak Pusat Islam UTM juga mengecewakan.
Sedangkan Pengarah Keselamatan UTM, En. Halim sudah menyatakan persetujuan untuk pelaksaan RTM bersama PMI dan pihak keselamatan bersedia untuk berganding bahu dengan PMIUTM dalam menjayakan RTM.
Perkara ini amat mengecewakan pihak PMIUTM yang mana HEMA tidak profesional dalam menguruskan hal ini dan seolah-olah mempermainkan PMIUTM. Berikutan dari ini satu speaker corner bagi menerangkan RTM kepada mahasiswa dan menyatakan keadaan semasa kepada mahasiswa lain telah dijalankan oleh PMIUTM. Malang sekali speaker corner ini mendapat halangan dari pihak HEMA, tetapi masih dapat dijalankan dalam keadaan yang tegang.
Ketika mesyuarat diantara RTM dan HEMA pada petang jumaat, 14/10/2011 HEMA mengaku bersalah kerana berlaku sedikit salah faham dalam bidang pengurusan dalam meluluskan RTM, kerana cuti selama empat bulan menyebabkan perkara ini tertangguh.
Menurut pengarah RTM Iqmal Hisyam Jinnah “kami dari pihak RTM menerima dengan hati yang terbuka, dan kami berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa kan datang. Harap pihak HEMA melayan pelajar dengan lebih profesional dan tidak mempermainkan pihak pelajar selepas ini. Apapun kami berlapang dada dengan apa yang berlaku”.
Khamis, 15 September 2011
HasbiRobbi...
Assalama'alaikum...
Alhamdulillah, Segala puji-pujian Bagi Allah s.wt.t tuhan sekalian alam.. Tuhan yang memiliki hati sanubari kita, Tuhan yang sentiasa memerhati kita, Tuhan yang sentiasa menjaga kita dengan diberi ujian-ujian dan juga penyelesaian... Selawat dan salam juga dipanjatkan pada Nabi s.a.w...
Setelah sekian lama aku menyepi dalam melabuhkan sedikit perkongsian dengan Teman-teman, akhirnya Allah telah menyentuh hati kau untuk aku berkongsi satu video yang menjadi sebutan lafaz aku dimana2 aku pergi... moga ianya juga boleh membawa kalian ke suatu ketenangan jiwa dan hati... Hayati liriknya dan ikutilah bacaannya dengan penuh pengharapan pada Allah s.w.t sambil letakkan tangan kalian dijantung dan hati kalian...
moga Pengembara kalian dalam keinsafan berjaya...
Cukuplah Allah sebagai tuhan ku,
Tiada yg lain dihatiku melainkan Allah,
Cahaya muhammad selawat dan salam pada Rasul Allah,
Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah...
Alhamdulillah, Segala puji-pujian Bagi Allah s.wt.t tuhan sekalian alam.. Tuhan yang memiliki hati sanubari kita, Tuhan yang sentiasa memerhati kita, Tuhan yang sentiasa menjaga kita dengan diberi ujian-ujian dan juga penyelesaian... Selawat dan salam juga dipanjatkan pada Nabi s.a.w...
Setelah sekian lama aku menyepi dalam melabuhkan sedikit perkongsian dengan Teman-teman, akhirnya Allah telah menyentuh hati kau untuk aku berkongsi satu video yang menjadi sebutan lafaz aku dimana2 aku pergi... moga ianya juga boleh membawa kalian ke suatu ketenangan jiwa dan hati... Hayati liriknya dan ikutilah bacaannya dengan penuh pengharapan pada Allah s.w.t sambil letakkan tangan kalian dijantung dan hati kalian...
moga Pengembara kalian dalam keinsafan berjaya...
Cukuplah Allah sebagai tuhan ku,
Tiada yg lain dihatiku melainkan Allah,
Cahaya muhammad selawat dan salam pada Rasul Allah,
Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah...
Selasa, 26 Julai 2011
Aurat Perempuan
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah s.w.t kerana telah menganugerahkan nikmat iman dan islam serta diberi peluang berupa masa untuk aku mengukir sebuah lagi lembaran perkongsian maya, moga-moga ianya memberi manfaat bersama untuk kita melayari bahtera kehidupan yang sementara ini dimana sentiasa dihempas oleh gelora dugaan dan ujian. Selawat dan salam juga buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah berhenti bernekad demi menjunjung perintah Allah s.w.t dan menunjukkan rasa cinta Baginda s.a.w kepada kita selaku umatnya hatta disaat hampir wafatnya Baginda s.a.w. sesungguhnya kekuatan cinta Baginda s.a.w kepada kita dapat kita rasai dan ada sehingga kini iaitu dimana islam masih mekar melata dimuka bumi ini.
Menutup aurat adalah juga salah satu tuntutan yang telah digariskan dalam islam agar keharmonian hubungan antara lelaki dan perempuan terjaga dengan baiknya. Disini aku ingin menyentuh berkenaan aurat perempuan sahaja kerana kebanyakkan sekarang golongan hawa inilah ang paling “ menonjol “ dalam mendedahkan atau mempamirkan kecantikan hingga melanggar batas-batas syara’ yang telah ditetapkan oleh islam.
Kadang-kadang terfikir juga di lubuk hati aku, dimana hilangnya sifat malu golongan hawa ini? sesungguhnya yang mencantikkan mereka adalah sifat malu itu, iaitu malu mempamerkan apa yang ada pada dirinya pada merka yang haram. Malu itu bukan bermaksud lemah tapi ianya suatu anugerah yang kalu kita lihat sekarang Allah sudah hilangkan satu demi satu dari batang tubuh kaum hawa dan seharusnya kita tak kiralah kaum hawa atau adam, seharusnya kita sama-samalah berdoa agar sifat malu itu ada dan masih subur untuk menjadi benteng penghalang kepada melakukan maksiat pada Allah s.w.t.. Amin… (^_^)
Bahagian Pertama:Ta'rif Aurat
Dari segi bahasa membawa maksud kekurangan, Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutupnya dan apa-apa yang haram untuk dilihatnya (anggota badan).
Dalil yang mewajibkan bagi menutup aurat:
(يَابَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ تُسْرِفُوا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ) (الأعراف: 31).
Maksudnya:( Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid [534], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan [535]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.)
Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan زِينَتَكُم sebagai pakaian bagi menutup aurat dan dalil tersebut juga digunakan untuk mewajibkan menutup aurat.
Rasulullah (S.A.W) bersabda:
عن عائشة أن النبى (ص) قال :( لا يقبل الله صلاة حائض الا بخمار)
(رواه الخمسة الا النسائي)
Maksudnya:( Tidak diterima sembahyang (seseorang perempuan) itu yang haid akan tetapi (diterima) dengan menutup kepala.)
خمار* = Apa yang digunakan untuk menutupi kepala perempuan.
Dan bersabda lagi Rasullulah (S.A.W):
(يا أسمأ, ان الامرأة اذا بلغت المحيض, لم يصلح أن يرى منها الا هذا وهذا, وأشار الى وجهه وكفيه)
Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.)
Dan sememangnya telah bersepakat ulama' wajib menutup aurat bagi wanita secara mutlak.didalam sembahyang dan selainnya.
Syarat –Syarat bagi menutup aurat:
1.Wajib menutup aurat dengan menggunakan kain yang tebal (tidak terlalu nipis): Maka wajib menutup dengan menggunakan kain yang berwarna jelas (tidak warna yang seolah-olah menampakkan tubuh atau warna kulit).
Mazhab Syafie berpendapat:
2.Syafieyyah dan Hanabalah mensyaratkan: Pakaian yang menutup aurat itu perlulah secara menyeluruh (tidak ada lubang-lubang atau yang sebagainya). Dan ini bermakna tidak memadai hanya dengan berkain tebal dan berwarna jelas.
3.Dan perlu juga menutup pada bahagian sisinya (disebalah kanan dan kiri).
Disini dinyatakan akan syarat menutup Aurat wanita dengan perbandingan 4 Mazhab yaitu Maliki, Hambali, Syafi’e dan Hanafi :
a) MALIKIYY
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
b) HAMBALIYY - Ada dua qawl:
1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.
c) SHAFI'IYY Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:
1. Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.
2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
d) HANAFIYY Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya
Bahagian Kedua:Batasan Aurat
Lelaki: Bermula dari pusat hingga ke lutut.
Ini berdalilkan hadis :
حديث الدارقطني وأحمد وأبي داود عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده قال:(ما دون سرته حتى يجاوز ركبته)
Maksudnya: (Diantara benda (aurat) yang tidak boleh (dilihat) ialah dari pusat sehingga lutut.)
Perempuan dan khunsa: Keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan termasuk juga rambut.
Ini berdalilkan firman Allah Taala:
(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (النور: 31).
Maksudnya: (Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung).
Perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya iaitu apa yang zahir daripadanya (muka dan kedua tapak tangan).
Keseluruhan ulama bersepakat suara wanita bukanlah aurat, Ini berdasarkan tindakan para sahabat sendiri mendengar perkara yang berkaitan dengan agama daripada para isteri Rasullulah (S.A.W). Akan tetapi haram mendengar suara wanita yang dilenggok-lenggokkan atau dilembutkan dengan tujuan untuk menggoda yang boleh membangkitkan nafsu, walaupun suara bacaan Al-Quran. Kerana dibimbangi akan berlakunya fitnah.
Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalamn Diantara Lelaki Dan Perempuan.
Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi, permasalahan hukum berjabat tangan diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim merupakan masalah yang amat penting dan untuk memutuskan hukumnya bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan kesungguhan dan pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran yang akan menjerumus kepada mengikut hawa nafsu semata-mata.
Sebelum kita mendiskusikan permasalahan ini, Sayugianya saya mengeluarkan dua permasalahan yang diperbincangkan oleh para Fuqaha'.
Pertama:Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan taladzzud (bersedap-sedap) dari salah satu pihak, lelaki atau wanita (kalau keduanya dengan syahwat sudah semestinya lebih terlarang lagi) atau kemungkinan akan berlakunya fitnah (dengan bersalaman tersebut).
Berdalilkan sabda Rasulullah (S.A.W):
عن أميمة بنت رقيقة, قال (ص) (انى لا أصافح النسأ) - رواه الموطأ والترمزي والنسائى
Maksudnya:Dari Umaimah binti Raqiqah, bersabda Rasulullah (S.A.W) (Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita)
Kedua:Dibolehkan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap lelaki, samalah hukumnya terhadap kanak-kanak yang belum mempunyai syahwat terhadap lelaki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu juga bila lelaki sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita.
Hal ini berdasarkanpada riwayat dari Abu Bakar r.a bahawa beliau pernah berjabat tangan beberapa orang wanita tua. Dan Abdullah bi Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, adakalanya wanita tua itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya.
Dan ini juga berdasarkan dalil daripada firman Allah Subhanahuwataala:
(وَالْقَوَاعِدُ مِنْ النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيم)ٌ (النور: 60).
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (Maksudnya: pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.
Bahagian Keempat:Perbincangan Berkenaan Hukum Pergaulan Diantara Lelaki Dan Perempuan.
Pergaulan diantara lelaki dan perempuan (ikhtilat) merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan as-Sunnah.
Ikhtilat Menurut Hukum Islam
Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. Ini selaras pula dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang baik.
Firman Allah:
والتين والزيتون (1) وطور سينين (2) وهذا البلد الآمين (3) لقد خلقنا الآنسان في أحسن تقويم (4)
Maksudnya: “Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tur Sina serta negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
Tegasnya Islam bertujuan melahirkan suatu keperibadian dan generasi manusia yang menepati ciri-ciri kejadiannya yang sangat tinggi supaya ia dapat memenuhi kembali tugasnya sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, menerima arahanNya semata-mata, begitu juga tunduk dan patuh kepadaNya semata-mata, dan sebagai pemimpin kepada ummat manusia seluruhnya.
Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.
Sabda rasulullah saw:-
Maksudnya: “Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.”
Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.
Firman Allah:-
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور؛ 31 )
Maksudnya: “Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari oarang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.”
Sabda Rasulullah saw :
(يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة)
Maksudnya: “Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).”
Tersebut dalam kitab al-Majmuk “Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya… dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar’ei… maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan (الافتتان) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu”.
2.4 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.
Firman Allah:-
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب)
Maksudnya: “Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu.”
Al-Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan firman Allah ini berkata: “Pada ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan perempuan mukminah menguruskan permasalahan mereka melalui belakang tabir samada masalah itu merupakan hajat-hajat yang mendatang atau masalah-masalah hukum yang memerlukan fatwa.
Termasuk di dalam perintah ini semua golongan wanita, berdasarkan asas-asas syariah yang terkandung di dalam ayat ini bahawa tubuh perempuan seluruhnya adalah aurat termasuklah badan dan suaranya seperti yang telah dinyatakan. Maka adalah haram mendedahkan aurat tersebut (kepada penglihatan lelaki ajnabi) melainkan kerana keperluan seperti persaksian yang dilakukan keatasnya atau pengubatan pada tubuhnya atau pun soalan-soalan atas apa yang berlaku khusus kepadanya.
Sabda Rasulullah saw:
(لا يخلون رجل بامرأة ولا تسا فرون امرأة الاومعها محرم)
Maksudnya: “Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.”
Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mta merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat. Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam.
Ini pula adalah antara himpunan Hadis dan keterangan Al-Quran berkenaan Aurat perempuan islam yang wajib diikuti kerana sesungguhnya Perempuan itu Aurat.
1. Bulu kening- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan Tangan- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
7. Tangan- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
8. Mata- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidz.
9. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
10. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
11. Pakaian- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
12. Rambut- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT (Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman )
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam)..
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.
Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah S.W.T.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
Semoga perkongsian ini memberi satu gambaran kepada kaum hawa bahawa kalian sudah diciptakan cantik dan unik dari lelaki kerana kalian adalah tersangat istimewa. Dalam diri kalian terkandung rahim yang mulia kerana disitu lah lahirnya lelaki dan perempuan. Kalian sememangnya cantik, maka usah ditayang kecantikan itu kerana ianya bukan untuk dilagakan tapi untuk dihadiahkan buat yang halal.
Kecantikan pada kalian tidak akan luntur selamanya jika bajanya takwa. Usah diikut pujukan rayu lelaki durjana kelak diri merana. Jangan tergoda ketampanan pria kerana ia bayangan nafsu serakah. Jadikan batas syariat jubah dirimu, akhlak mulia hiasanmu, ketakwaan kesetiaanmu. InsyaAlah kalian akan ketemu lelaki yang kalian dambakan yang dalam dadanya punya kalimat Lailahailallah..
Surat Terbuka Untuk Lelaki
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian yang layak hanyalah untuk tuhan sekalian alam yang menjadikan diri kita hamba-Nya yang diberi kasih sayang dan belas kasihan yang tidak berbelah bagi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah membenihkan iman dan islam dalam jiwa-jiwa insan yang jahil seperti kita.
Setinggi kesyukuran buat Allah tuhan sekalian alam kerana masih lagi memberi kesempatan ruang dan peluang untuk menempa hari ini dan menjalankan segenap ketaatan sebaik yang mungkin pada Allah s.w.t. kali ini perkongsian berbentuk motivasi yang aku kira agak molek jika dikongsikan dengan sahabat-sahabat umumnya dan khususnya untuk diri aku sendiri yang mana ianya berkenaan perihal kata-kata yang aku perolehi dari sebuah buku yang berjudul “ Membina Peribadi Anggun “ yang dikarang oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.
Buku yang menghimpunkan pengalaman dan motivasi ini tiba-tiba memerangkap pandangan aku seketika untuk mem “belek” lembarannya sehelai demi sehelai. Bila tengok pada tajuk bukunya agak menggerunkan juga terutamanya untuk lelaki macam aku menyentuhnya jika ianya diluahkan dalam peghayatan fikiran yang pendek, tapi ianya bukan lah seperti apa yang aku sangkakan pada sudut pandang yang pertama tadi. Tak percaya boleh cuba dapatkan buku ini di pasaran.. (^_^)
Dari lembaran satu ke lembaran seterusnya buku ini aku “ selak “, hingga pada halaman 61 yang membuatkan hati aku terdetik untuk dikongsikan disini. Sekadar peringatan sekali lagi, blog yang bernama “ Tinta Harian “ ini adalah blog untuk aku lorekkan sesuatu yang memberi kesan pada hati dan jiwa aku yang mungkin boleh sama-sama mendapat manfaatnya dan ianya bukan lah sebuah dairy aku. Apa-apa pun, yang terbaik ianya untuk dijadikan amal bekal aku kelak jika ianya bermanfaat buat kalian dan aku..Amin.
Tulisan berbentuk surat ini beliau titipkan buat manusia yang bergelar lelaki dan ada baiknya juga untuk golongan wanita merenungkannya. Tulisannya dalam bentuk Surat Terbuka Untuk Lelaki :
Jangankan anda dan saya, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Tidak ada anehnya, sebab di situlah letaknya normal tidaknya seseorang lelaki. Itulah kita, sekuat mana pun kita, tanpa wanita siapalah kita.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam.a.s tetap rindukan seorang teman. Itu alangkan Nabi. Betapa kita tidak mahu mengakui kita amat memerlukan wanita disisi kita. Allah telah memberikan Nabi Adam a.s sebaik-baik teman – Siti Hawa. Allah juga mungkin telah memberi kita sebaik-baik teman iaitu isteri kita sekarang ini.
Kerana adanya wanita, kita ada seseorang untuk dipanggil isteri. Kerana adanya wanita, kita dilahirkan oleh seseorang yang boleh kita panggil ibu. Kalau rezeki kita baik, kita adaanak yang boleh dipanggil puteri. Mereka semua adalah wanita. Mereka menjadi penyeri kepada kehidupan kita.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau kita sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin kita mampu hendak meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Wanita diperlukan, tetapi kejadian mereka yang berbeza dengan struktur tubuh kita, menjadikan wanita unik dan istimewa. Menjadi tanggungjawab kita meluruskan mereka. Dengan apa? Dengan harta, dengan kedudukan, dengan pangkat atau nama? Semuanya itu mungkin selagi meniti di atas petunjuk ILAHI.
Didiklah wanita dengan panduan daipada-NYA. Isteri bukan untuk dizalimi, bukan juga untuk diperhambakan. Ibu bukan untuk dipersia tetapi untuk dihormati dan diagungkan, sesuai dengan jasa dan kedudukannya terhadap kita. Anak gadis untuk dipelihara, dilindungi dan diberi keselesaaan hidup semampu kita. Mereka semua adalah teman untuk perjuangan hidup kita. Tatkala kita sudah tidak berupaya, merekalah yang kita dambakan, tatkala kita berkuasa sudah sepatutnya mereka kita lindungi.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya untuk menundukkan wanita. Maka untuk memperkenalkan mereka kepada Allah, kita sendiri perlu lebih dahulu kenal dengan-NYA. Allah adalah tempat untuk mengadu. Kita ambil seorang isteri atas kalimah Allah, dia adalah amanah untuk kita pelihara dan jaga.
Jika akalnya senipis rambjut, tebalkan dengan ilmu. Jika hatinyaseparuh kaca, kuatkan dengan iman. Jika perasaannya selembut sutera, hiasilah dengan akhlak dan kasih sayang. Suburkanlah keana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan.
Tanpa ilmu, iman, akhlak, dan kasih sayang, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Di situlah hebatnya wanita yang perlu kita ketahui.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Bila mereka derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Wahai lelaki, jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri kepada-NYA. Jinakkan segala-galanya di bawah pimpinana kita.
Akhir kata, jangan bandingkan isteri anda dengan Siti Fatimah, kalau anda belum seperti Sayidina Ali.
Rabu, 20 Julai 2011
Semua Itu Telah Tersurat
Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah.. kali ini perkongsian berbentuk cerita novel pula, cerita ini moga dapat memberi sedikit sebanyak kepada kita akan gambaran da’e dan cabaran-cabaran berupa nafsu yang menguji keimanan dalam mengasingkan cinta Allah kepada cinta Makhluk. Moga cinta Allah meresap dalam sanubari kita… Amin…
Kisah ini bila dihayati, kadang-kadang tepat berlaku pada insan yang bergelar manusia. Kadang-kadang ianya membawa diri kita menyelami jiwa kita sendiri sama ada sudah kemas kah keimanan kita pada Allah untuk Allah menghadiahkan kita peneman dalam menempuh ranjau-ranjau kehidupan ini yang terbaik. Dan sudah siapkah kita akan mehnah dan tribulasi dalam ujian pencarian “ tulang rusuk “ kita. Serta sudah kah kita siap menerima dugaan-dugaan dalam hidup sebagai seorang da’e. Kisah yang membawa aku mengingati 3 kisah yang lain dalam kamus hidup aku..
Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Editor:DR. SALBIAH SELIMAN
HATIKU MILIKMU
(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…
‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..
‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.
‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.
‘’Separuh harga?’’ acah Umar.
‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’
‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.
‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.
‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?’’ Umar meragui.
‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.
‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,’’
‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.
‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’
‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’
‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?’’
‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathil meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.
(Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)
‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.
‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’
‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula mengenakan Umar.
‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’
‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
‘’Maziah mana pulak ni?’’
‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, *** tu bagi jalan kat aku,’’
‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’
‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’
‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umar menolak cabaran.
‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café,manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chitchat.
(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset.
Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.
‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’suara itu mendesak.
‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.
‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’
‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’
‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.
‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’
‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh, entah bila…’’
‘’Berdoalah pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti.Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.
Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.
(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.
‘’Hello, Fika ni!’’
Gurlp! Umar menelan liur.
‘’Hello!’’ balas Umar.
‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’
Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?’’
‘’Abang?!’’ Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’
‘’Err…’’ kelu lidah Umar.
‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika,
sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.
‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.
Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.
‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.
‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni…bosanlah!’’
‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.
‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.
‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’
‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’
‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka kawan baik aku,’’
‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’
‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’
‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.
‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’
‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak…’’
Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika.
‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
‘’Yang mana?’’
‘’Tu, tu, baju putih…’’
Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.
‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar.
‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’
Fathil bertindak sepertiapa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,
‘’Maaaziaaahhhh…!’’
Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.
(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.
Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada seseorang.
(Eh, Asiah Yusro?!)
Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.
(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gilagila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)
Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
‘’Lawa si Maziah, kan?!’’
‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’
‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’
‘’Buktinya?’’
‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’
‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.
‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’
‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari mak we,’’
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.
(Fika?! Gurlp!!)
‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.
Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.
‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’
pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya.
Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar.
Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah.
(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)
Tok!Tok! Assalamualaikum…
Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk.
‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.
‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!’’
‘’Mmm…awak?’’
‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.
‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesagesa mengikat tali kasut.
‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidakpercaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.
‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.
‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Umar menggosokgosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.
‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.
‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi diegeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.
Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)
‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’
‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’ Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik anta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..’’Banna menawarkan pertolongan.
‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak.
‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau anta datang, Allah akan permudahkan urusan anta untuk buat asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat anta,. Masuk ni, dah tiga kali anta tak datang. Bayangkan tiga minggu anta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group…)
‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, anta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!’’ Banna melontarkan persoalan.
‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat anta,’’
‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Anta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,’’
‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,’’.
Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
‘’Ana dah tukar sim card.’’jawab Umar bersahaja.
‘’Kenapa tak inform?’’
‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak berselindung.
‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.
‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’
‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betulbetul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh, meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia terpendam)
Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
‘’Umar, anta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
‘’Umar, kat Taman Islam dulu, anta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata anta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,
‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’
‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila anta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Anta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’
Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
‘’Ana tak sekuat anta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik. Banna tersenyum.
Air liurnya tak terbuang sia-sia.
‘’Ana akan tunggu anta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu anta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan anta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar membalas salam.
Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro.
Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.
‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
‘’Lelaki ke?’’
‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’
‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,’’nasihat seorang abang.
‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!’’
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.
‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’ tambah Joe.
‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.
‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
‘’Siapa?’’
‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,’’
‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’
‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,’’
‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapiapikan kemarahan Fathil.
‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?’’
‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?’’
‘’Hanif mana ni bang?’’
‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi agamanya, insyallah.’’
‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,’’
‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,’’
‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’
‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awalawal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,’’
‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….’’
Tiba-tiba…..
‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
‘’Fathil…dengar sini…’’
‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….’’
‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,’’ Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpingapinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu anti adik- beradik,’’
‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’ luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?’’ Maziah mengangguk.
‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah bil hikmah dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.
Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!’’ Tanya Maziah.
‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da’wah…).
Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara, ‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da’wah,’’
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?’’ tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
‘’Aku bengang betul lah!’’
‘’Bengang apa?’’
‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?’’
‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’
‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!’’
‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.
‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,’’
‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.
‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’
‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,’’
‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’
‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’
Umar akhirnya mengalah.
‘’Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’ Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.
‘’Cis, mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.
‘’Woii!!’’ seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.
Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
‘’Woii. Korang gaduh ye?’’
‘’Tak, kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.
‘’Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?’’ Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.
‘’A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,’’tambah Joe.
‘’Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang yang berlatih sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.
‘’Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,’’ Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
‘’Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!’’ Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
‘’Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?’’ api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
‘’Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?’’ Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.
‘’Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak we aku. *** tu dating depan orang ramai, buat maksiat!’’
Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
‘’Fathil, awak salah faham..’’ Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.
‘’Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau,’’
‘’Bodoh! Memang kau salah faham…’’ Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
‘’Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri…’’ Fathil menguatkan kenyataannya.
‘’Aku pun tengok!’’ tambah Joe.
‘’Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!’’
Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya.
(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.
‘’Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa,’’ ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
‘’Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?’’ sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
‘’Banna, cedera anta teruk ke?’’
‘’Sikit je,’’ balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
‘’Anta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah anta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,’’
‘’Lupakanlah….. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap anta boleh bagitahu Fathil hal ni,’’
‘’ Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah anta tadi,’’ Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.
‘’Tak per, Umar. Lupakan… Anta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap anta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan anta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau anta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai anta kalau anta membelasah seseorang!!’’
Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
‘’Banna, ana minta maaf!’’ Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang….luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
‘’Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,’’
‘’Baiklah, ana tak berhak paksa anta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan anta untuk siapkan assignment anta,. Kalau sempat siap, anta datanglah. Kejap pun tak per,’ balas Banna. Mengharap.
****************************************************
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al- Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar.
Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
‘’Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!’’ iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.
‘’Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang,’’Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.
‘’Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,’’
‘’Tunjuk apa?’’
‘’Abang kena janji takkan marah?’’
‘’Kenapa abang nak marah pulak?’’
‘’Janjilah dulu sayang…’’
‘’Okey,abang janji takkan marah Fika,’’
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
‘’Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?’’
Gurlp!
‘’Fika, pakai balik tudung tu!’’ arah Umar.
‘’Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?’’ Fika bersuara merajuk.
‘’Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!’’
‘’Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang…’’
Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
‘’Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,’’ungkapan katakata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.
‘’Gurlp! Diorang?’’ Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.
Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.
‘’Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!’’ Fika mencubit paha Umar.
‘’Fika, apa yang kita buat ni berdosa!’’ Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.
(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
‘’Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,’’
‘’Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?’’ Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
‘’Jom balik!’’ Umar mengajak pulang.
‘’Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!’’wajah Fika penuh keliru.
‘’Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!’’
‘’Abang nak balik…’’ Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.
‘’Abang Umar, pulangkan tudung Fika!’’ Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.
Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
‘’Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!’’ Umar meluahkan. Suaranya sebak.
‘’Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja!’’ Dr. Azmin bersuara.
‘’Umar, anta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah,’’ Dr. Azmin bersuara lagi.
‘’Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!’’ luah Umar penuh kesalan.
‘’Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar….kembali bersama kami,’’ Banna memujuk.
‘’Ya, Umar. Anta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri anta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada anta,’’ lembut kata-kata Hizbi.
‘’Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?’’ Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa. Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da’wah dan tarbiyyah.
‘’Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,’’ Umar betul-betul menyesal.
‘’Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorangsorang,’’Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.
(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua…Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini…)
*************************************************************
‘’Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah… Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah,’’ Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.
‘’Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan da’wah,’’ tambah Maziah.
‘’Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,’’ Asiah Yusro bersuara kesal.
‘’Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a’mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,’’ Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.
‘’Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,’’ Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.
‘’ Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita kena baik sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da’wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da’wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul da’wah,’’ Asiah Yusro berbaik sangka.
‘’Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah…’’ Asiah Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.
‘’Astargfirullah! Lagho ana nanti…’’ Maziah membulatkan mata.
‘’Maaf, ana gurau je..’’ Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu,
‘’Yusro, anti pun tentu menjadi rebutan sahabat,’’ Maziah pula yang mengusik.
‘’Ish, tak de lah. Siapalah ana….’’ Asiah Yusro merendah diri.
‘’Alah, bukan ana tak tahu, anti pernah dicuba sahabat tapi anti menolaknya,’’
Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)
‘’Mana anti tahu?’’ dia terkejut bila rahsianya terbongkar.
‘’Umi anti kan kawan baik umi ana. Umi anti yang cerita….
Baru-baru ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar anti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,’’Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.
Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diri. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan da’wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.
(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…masihkah dia setia menantiku? Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul da’wah idaman bersamanya…)
Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar. Maziah menyergahnya.
‘’Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, anti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangan sahabat,’’ Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah Yusro daripada mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.
‘’Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenali dulu,’’ Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.
‘’Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,’’
‘’Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika? Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?’’ terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.
‘’Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?’’ Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.
‘’Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,’’
‘’Abang, bimbinglah Fika,’’terus merayu.
‘’Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department abang,’’
*********************************************************
‘’Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia,’’ Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.
‘’Umar, ana tengok anta tak pernah nak berkongsi dengan mas’ul kita tentang masalah anta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang. Masalah anta ni rumit. Anta perlu ada syuur perkongsian dengan mas’ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,’’. Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna.
Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya.
Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.
‘’Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da’wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da’wah kita ini,’’ Syamil berhujah matang.
‘’Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?’’ Faizi menduga.
‘’Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,’’ wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
‘’Anta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang anta lalui. Mungkin cara anta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima anta saat tu. Anta patut cuba lagi dengan perantaraan mas’ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro’ dan boleh diterima olehnya,’’ Banna menasihatkan.
‘’Ye, kita kena jaga syaro’. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.’’ Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.
‘’Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni,’’ sesalan Umar tidak sirna.
‘’Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,’’ Syamil tak lupa memainkan peranannya.
‘’Ana rasa anta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Anta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Anta kena cari sahibah,’’ Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
‘’Apa pendapat Dr.?’’ Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas’ul sudah tentu banyak pengalaman.
‘’Ana malu nak menyuruh anta cari sahibah kerana ana sebagai mas’ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da’wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da’wah daripada zuriat kami,’’ mas’ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
‘’Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da’wah kita lebih berat dalam baitul da’wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?’’ Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.
‘’Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da’wah kalau bukan kamu semua?’’ Masing-masing terdiam.
‘’Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah….. Ada yang sanggup?’’
‘’Ana!’’ serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
‘’Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?’’ Dr Azmin membuka minda mereka.
‘’Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi…’’ Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
‘’Teruskan Hanif….’’ Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
‘’Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,’’ Hanif mengkritik tanpa berselindung.
(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.)
‘’Takkan itu alasan anta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da’wah. Itu zaman kecil. Anta pun apa kurang nakalnya. Anta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun anta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, anta perlu selidik dan anta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan anta dan Maziah,’’ Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
‘’Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa tak de mood nak cari sahibah,’’
‘’Nta ni Hanif…kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar anta kata mustahil. Anta kan ada mas’ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh aturkan,’’Dr Azmin bersuara.
‘’Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia….’’
‘’Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu anta, Hanif,’’
‘’Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan….malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya,’’ Hanif membela hujahnya.
‘’Siapa?’’ Dr Azmin ingin tahu.
‘’Asiah Yusro…’’ Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar terbeliak.
(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.
Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkara itu dengan mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.
Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis di sebelahnya.
(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar ke ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.
(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar… atau kerana Asiah Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)
(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar tinggalkan aku)
Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut dengan peribadi mulia Banna?
Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.
‘’Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilik kuliyah ni?’’ Maziah tersenyum.
‘’Saya Maziah. Asiah Yusro….hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu,’’ Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapat menolong.
‘’Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?’’
(Err, macam ustazah!)
‘’A’ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..’’
‘’Err, tak pe lah. Saya….’’ Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro. Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.
‘’Alah, jangan risau. Dia baik, jom…’’
(keranamu Umar…)
Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas mempertemukan Fika dan Asiah Yusro. Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Banna kerana ada urusan peribadi.
‘’Tak sangka boleh jumpa awak…’’ Fika memulakan perbualan selepas saling berkenalan.
‘’Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?’’
(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)
‘’Awak kenal Umar Al-Mujahid?’’ Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah Yusro.
‘’Kenal,’’ ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.
‘’Macam mana boleh kenal?’’lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.
‘’Dia satu sekolah dengan saya dulu,’’
‘’Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot…awak bercinta dengannya?’’
‘’Err…’’ Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!
‘’Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu awak memang bercinta dengannya,’’. Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.
(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta…)
Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di mulut Umar ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam kebahagiaan.
(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?! Mustahil… Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau sendiripun, Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada sesiapa berhak mengajarku!)
Fika sebenarnya langsung tidak berminat untuk mendapat bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah madah berhelah semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan mangsa untuknya melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan kerenggangan perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi semua itu. Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu tersenyum kerana meyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni. Tak mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku. Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku)
Asiah Yusro terus tabah. Hatinya tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian Allah.
(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas Umar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan jadi hak aku)
‘’Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?’’
‘’Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,’’
‘’Mereka lebih penting daripada Fika?’’. Umar terdiam. Sukar bibirnya melepaskan ucap.
‘’Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,’’
‘’Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?’’
‘’Ya, Fika!’’ terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.
‘’Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri…’’
‘’Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang abang suruh?’’
‘’Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun, Fika akan ajar dia!’’ hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata Fika.
‘’Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya….untuk kebaikan Fika juga,’’
‘’Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?’’
(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)
‘’Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro’. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!’’
‘’Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benarbenar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik,’’ Fika berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.
(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.
‘’Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!’’
‘’Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,’’
‘’Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah… Fika rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut.Kasihanilah Fika…’’
Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.
******************************************************************
(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lainlain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)
(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)
Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat. Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.
(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, dia meletakkannya di dalam beg itu.
(Peliknya…macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)
(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi….mungkin inilah tanda cinta-Nya)
Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.
‘’Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku… Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu….’’ Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.
(Handset hilang… Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah…aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.
Tiba-tiba…
‘’Uwarghhhhhhhh…..’’ Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.
‘’Hey, tak boleh sentuh lah!’’
‘’Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je,’’ Fika merengek manja.
‘’Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?’’suara Umar meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.
‘’Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!’’ Fika terus bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong.
Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa berdekah-dekah.
‘’Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha… Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!’’.
Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.
‘’Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha ha ha…’’ pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air.
‘’Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan,’’ Umar memberi amaran.
‘’Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati…abang bahagia dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha….’’. Umar hilang kawalan. Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari daratan.
‘’Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!’’ Umar mampu berkata ‘tidak’ kepada nafsunya kali ini.
‘’Abang….’’ Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.
Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawatpelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.
‘’Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!’’ Umar melembutkan suara.
‘’Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang….’’ tangisan Fika terus berlagu hiba.
(Ahh, aku kena kuat untuk berkata ‘tidak’)
‘’Fika, bangunlah….’’ Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar telah termakan pujukan.
‘’Fika, dengar sini…abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah….cinta Allah takkan mengecewakan!’’ Umar berlalu meninggalkan Fika.
Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.
‘’Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila…’’ laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.
(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
‘’Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang…’’ Fika menjerit tak keruan.Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?
Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba ditahan.
‘’Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati… Fika tak nak kehilangan abang lagi,’’ Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.
‘’Abang…baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!’’ lidahnya terus merayu.
Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.
‘’’Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah…di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini…’’ selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.
‘’Arghhhhhhhhhhh. Abang…..Fika cintakan abang!’’ Fika menjerit sekuat hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak menghiraukan.
(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan da’wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)
‘’ Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta,’’ Banna menghulurkan sepucuk surat.Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan surat itu dengan berhati-hati.
(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)
KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU
Kau maukan seseorang
Memenuhi hatimu
Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu
Dulu kau disekat dijaga
Maka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebas
Tak boleh jaga nampaknya
Satu demi satu tersungkur
Atau sekurang-kurangnya tumbang
Atau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jaga
Cinta bermaharajalela
Tiada tujuhala
Ingatlah kau dari sekolah mana
Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi
Kami mempunyai impian
Yang kami mahukan kamu semua memahaminya
Kami mahukan anak-anak semua
Meneruskan kegigihan kami
Menegakkan kalimah itu
Jangnlah leka nak
Janganlah kau ikutkan nafsu nak
Kau belum tahu penanganan dunia ini
Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu
Telah lupakah kau?
Semuanya?
Kan belum lama kau keluardarinya
Di merata tempat
Disana sini
Ramai wakil-wakil kami
Yang ingin membantumu
Apakah responmu semua?
Positivekah?
Atau kau yang mengelak?
Hati Mama luka
Jika kau tidak memikirkan DIA
Dalam melayani nafsu muda yang menggila
Mama lakukan yang terbaik
Kerana mencari kerethoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama
Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu
Anak-anak Mama sayang
Letaklah DIA dalam hatimu
Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA
Bukan cinta kepada dia yang sementara
Yang digelar infatuations
Tidak bermakna
Cinta kepada dia
Jika membelakangkan DIA
Mama Sal…
Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.
‘’Terima kasih Mama…’’ hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang mas’ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.
‘’Eh, masih ada tulisan lain?’’ dia mendapati di dalam sampul itu masih terselit satu lipatan kertas.
Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang….
Assalamualaikum…
Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,
Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan. Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas anta daripadanya. Ana keliru dengan kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta. Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya
kepada anta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuk anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul da’wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan anta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah.
Justeru, ketahuilah…
Ana menghargai kehadiran risikan anta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri ana mempunyai tempat di hati anta. Entahlah samada tempat ana itu telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah. Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan anta dalam penantian. Ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik….
ASIAH YUSRO.
Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya. Setelah bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi jawapan untuk risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar membuatkan dirinya terseksa dibebani beribu persoalan dan penantian. Sehinggalah baru sekarang penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu, dia pernah tersungkur di pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi penawar untuk mengubat beban penantiannya. Namun, cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah.
Jiwanya sering diburu bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman Islam. Suara iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan hidayah Allah.
(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang. Aku yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku hamba yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan semulia Asiah Yusro? Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula diriku? Asiah Yusro, kau bintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku masih merangkak mencari kemulian seperti mana yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?bYa Allah, hatiku milik-Mu!)
‘’Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…’’ Fika berjaya mencari nombor baru handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara. Akhirnya, dia mendapatkannya setelah memujuk Joe.
‘’Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa…’’ keluh Fathil.
‘’Abang masih sayangkan Fika?’’Fika cuba memujuk Fathil.
‘’Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kau pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal kerana libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,’’ Fathil bertegas. Ketika itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa sebuah majalah Haluan. Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang bercakap melalui telefon, dia keluar dan kembali masuk ke compartmentnya.
‘’Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah kecewa dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang Fathil tetap satusatunya lelaki di hati Fika,’’ madah berhelah Fika cukup beracun.
‘’Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi jadi lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!’’ Fathil semakin matang.
‘’Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat? Aku sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai playboy kau tu. Saje je nak test tadi…’’. Fika pula yang mengenakan Fathil.
‘’Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?’’ Fathil menyindir. Fika menarik nafas panjang-panjang.
‘’Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…’’ suara Fika kembali dilunakkan.
‘’Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err abang lagi
lepas ni,’’ .Fathil terfikir seketika.
‘’Boleh percaya ke dengan janji kau!’’
‘’Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!’’
‘’Apa dia?’’
‘’Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah abang malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?’’ Fika ingin mencuba mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.
‘’Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah….kau tak bosan hidup jadi playgirl ke? Aku dah bosan jadi playboy…tak de faedahnya!’’ Fathil sudah pandai memberi nasihat.
‘’Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau memandai pulak suruh orang bertaubat…’’.
Fathil mengakhiri perbualan dengan tiba-tiba. Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke compartment Umar. Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak berbual. Fathil menceritakan gelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma mendengar tanpa menyampuk. Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.
‘’Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak hadiahkan kau buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia kirim kat aku je lah,’’
‘’Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…’’
‘’Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadi Muslim,’’
‘’Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam dia,’’
‘’Habis tu, aku ni tak baik?’’ Umar mengacah.
‘’Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro’ tapi rupa-rupanya gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi waro’ balik. Aku pun tak faham dengan kau,’’ Umar tersenyum. Fathil yang dikenalinya dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna. Memang benar, seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab itulah Rasulullah menyuruh berhati-hati memilih kawan.
‘’Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni,’’. Fathil mencapai kad wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar faham perasaan Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.
‘’Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku sukalah…’’. Fathil lantas membelek.
Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman
Khazinatul Asrar, Taman Islam.
‘’Umar, aku pun suka…’’ Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam hidupnya menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis, sesuai untuk jiwa perempuan sahaja.
‘’Anti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?’’ Asiah tertunduk malu dengan soalan Dr. Sal. Wajah solehah seorang mas’ulah di depannya tak berani direnung.
‘’Insyallah!’’ Ringkas jawapan Asiah Yusro.
‘’Ana dengar, sebulan bertunang anti akan terus kahwin. Umi anti yang cakap. Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,’’
‘’ Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun ana malu nak bualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua. Ana pasrah saja…’’ pipinya menjadi kemerah-merahan.
Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan berseri-seri mengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung labuh kain satin dengan jubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas tapi tetap menawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di hari bahagia. Menutup aurat dengan sempurna pun masih nampak jelita.Pakaian Islam tak pernah lapuk menyusuri zaman.
Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat sudah siap sedia menyambut ketibaan.
(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang je. Tak pe lah, apa salahnya meraikan semua jiran dan sanak-saudara)
Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah Asiah Yusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran makin bertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya keluar daripada bilik. Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki. Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu bahawa dia akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia bertembung mata dengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan Al-Banna dan Dr. Azmin. Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan pandangannya.
(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main mata. Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)
(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik berbulan madu di Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya. Fathil tentu pasrah…)
Asiah Yusro gembira dapat melihat temannya di celah rombongan lelaki. Inilah kali pertama dia bersua muka selepas Maziah berumah tangga. Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan hasrat menyunting mawar di taman larangan. Suasana ceria ketika itu. Namun, Asiah Yusro terkejut besar.
(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah Umar Al-Mujahid?)
Baru sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang itu adalah daripada keluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air matanya menitis tanpa disedari.
(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat menghalalkan untuk kuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!) Hatinya pedih merintih.
Dia cuba mengumpul segenap ketabahan namun tidak terdaya. Air matanya terus membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh cinta. Cinta yang kudus terpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar. Sukar untuknya menelan pahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala…
‘’Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya juga empunya diri,’’ suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam keceriaan. Semua mata beralih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman yang tadinya ceria sudah pudar di wajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan. Namun mempunyai dua tafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu. Wajahnya diangkat dan memandang Umar Al-Mujahid seketika. Ada sinar pengharapan di matanya. Kemudian dia menunduk lagi, melayan murahnya tangisan. Hati Umar terusik, jiwanya bergetar.
(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan aku Asiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah kerana bakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang kukagumi. Pilihan Allah Maha Adil untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)
‘’Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu. Tapi, berkatalah walau sepatah samada suka atau tidak,’’ mudah ayah Asiah Yusro mencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula dirundum resah melihat keadaan puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi anaknya. Itu teori psikologi yang banyak dibuktikan oleh realiti.
(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish, pelik!)
‘’Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?’’ ayahnya bertanya lagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana. Namun, tangisan Asiah Yusro mula berlagu hiba bila soalan itu ditanya lagi. Semua tetamu kehairanan.
Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga kelainan anaknya. Sebelum ini, bila ditanya soal perkahwinan, anaknya itu sering mengelak dan menjawab ringkas, ’’ Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk dulu…’’
Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan semua orang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu ketika dulu. Sebaknya cuba ditahan. Dia tak berdaya lagi menahan sedu-sedan, irama sebuah tangisan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi begitu. Baginya, ini soal hidup dan mati, rumahtangga yang bakal dibina bukan barang mainan.Dia bingkas, melangkah sopan masuk ke biliknya. Suasana bagaikan dipukau seketika. Suspen sekali…
’Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila diam, kita masih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak setuju…’’ sempat ayah Asiah Yusro berlawak. Tetamu disekitarnya ketawa kecil. Pandai dia menghidupkan suasana. Banna memandang Umar penuh tanda tanya.
‘’Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk nta. Kalau antum berdua sudah suka sama suka, ana rela gantikan Anta di tempat ana. Ana takkan menyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan dua hati yang bercinta kerana Allah,’’ Hassan Al-Banna cekap mentafsir suasana. Umar terdiam.
(Ah, baiknya kau Banna!)
Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya upaya. Air matanya tumpah juga, tak henti-henti. Dia perlukan ketenangan. Penawarnya ada di sisi. Al-Quran tafsiR dibukanya dengan memejam mata. Mata yang makin sarat dengan tangisan. Air mata itu terus menitis laju membasahi satu ayat di dalam al-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang menodai lembaran suci al-Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya. Dia membaca ayat itu berulang kali sambil diperhati oleh umi yang berada di sisi, menemani.
(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan seolah-olah Allah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah keajaiban al-Quran. Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku memerlukan.Ku pasrah pada ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang terbaik untukku. Aku yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu)
Resah di hati Asiah Yusro terubat sudah. Allahlah teman yang menghiburkannya. Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-masing masih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun yang bangun mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti bagaimana episod itu akan berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar dengan wajah yang tenang.
Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi bersisa di kelopak mata.
‘’Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan sesekali memaksa,’’ Ayahnya cuba mendalami perasaan puteri tercinta. Asiah Yusro tidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang mengumpul kekuatan untuk berbicara.
Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.
‘’Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang tadi.
Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting si mawar berduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat Umar Al-Mujahid,’’. Berani Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut dengan tindakannya.
‘’Bagaimana di pihak perempuan?’’ ayah Asiah Yusro memandang anaknya sarat harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada jawapannya.
‘’A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’ Asiah Yusro membacakan kembali tafsiran ayat 216, Suroh Al-Baqoroh. Allah telah memberikannya jawapan.
‘’Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna,’’jawabnya. Namun, jawapan itu masih sarat tandatanya.
‘’Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari Hassan Al- Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud diberi?’’ayahnya minta kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya menjawab soalan itu. Oh, Tuhan!
Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad membuat pilihan, ‘’Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-Banna…’’ Asiah Yusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu. Berakhirlah sebuah episod tanda tanya…
‘’Alhamdulillah..’’ suasana ceria kembali. Majlis pertunangan kembali berjalan lancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di hati Umar. Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat selamanya.
(Pergilah…pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak perlukan cintamu. Ya Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu. Hatiku hanya milik-Mu)
Umar memujuk hatinya agar tenang menerima suratan. Luka lamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan segala kepedihan dan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali melambai datang, ditepisnya sejauh mungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi idaman, hadir ketika dirinya teraba-raba mencari jalan pulang.
(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah Yusro tak patut dimiliki orang sepertiku. Potensi da’wahnya akan terhalang! Demi Islam, kuredho kau bukan milikku. Ku sedar, sekalipun kita tidak berada di atas penyatuan cinta namun kita tetap berada di atas penyatuan cita-cita. Ya, kita takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Kita akan sama-sama bangkit kembali memikul beban tarbiyyah dan da’wah yang sarat perjuangan ini )
‘’Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh keluarganya. Kasihan dia. Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa mana yang tidak risau?’’Dr. Azmin mematikan lamunan Umar. Tangannya menunjuk kepada seorang sahibah. Mata Umar melirik kepada arah yang ditunjukkan. Seorang sahibah berwajah gelap dengan pipinya dipenuhi parut-parut bekas jerawat, sopan bersimpuh di satu penjuru. Tudung labuh dan jubahnya tetap memikat kalbu daripada kacamata iman seseorang.
‘’Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk ana?’’ Umar berbisik kepada Dr,Azmin.
‘’Umar, selamatkanlah dia….’’ Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar tersenyum, senyuman yang tersirat makna.
‘’Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,’’ terjulur kepala Fathil yang tibatiba muncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka tersenyum ceria.
(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh berbicara)
Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan, menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah dan da’wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman,
(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikMu!)
Langgan:
Catatan (Atom)