Rukun Tetangga Mahasiswa(RTM) merupakan satu inisiatif pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) bagi menghadapai permasalahan sosial dan pencerobohan kolej perempuan yang berlaku dalam UTM. Yang mana ini merupakan satu program yang berbentuk seperti rukun tetangga di kawasan kediaman di luar. Pihak PMIUTM berharap dengan adanya rukun tetangga ini, dapat mengurangkan permasalahan yang berlaku.
RTM diusahakan dan dijayakan oleh mahasiswa UTM sendiri, PMIUTM bertindak sebagai pengurus yang menyusun jadual bertugas dan ahli-ahli PMIUTM dibantu oleh pengawai keselamatan dan pengawai Pusat Islam UTM.
Usaha untuk menjayakan program ini bermula sejak semesta 2 sesi 2010/2011 yang mana sudah pun diberi kelulusan oleh pihak pentadbiran pada 6/4/2011 dan dirancang untuk dimulakan pada pesta Konvo baru-baru ini.
Masalah mula timbul pada peringkat pelaksanaan RTM, yang mana pihak pentadbiran minta PMIUTM untuk menangguhkan pelaksanaannya kerana ketika Majlis Konvokesyen kampus di penuhi tetamu dari luar. PMIUTM akur dengan pemintaan ini dan menangguhkan pelaksanaanya. Tapi malang sehingga sekarang PMIUTM masih dihalang untuk menjalankannya.
Pihak HEMA seolah-olah bermain tarik tali dengan PMIUTM, kelulusan yang telah diberi di katakan tidak sah dan pihak HEMA masih membincangkan hal ini. Pihak HEMA mempertikaikan dan meragui kemampuan PMIUTM dalam menjayakan RTM, selain itu campur tangan pihak Pusat Islam UTM juga mengecewakan.
Sedangkan Pengarah Keselamatan UTM, En. Halim sudah menyatakan persetujuan untuk pelaksaan RTM bersama PMI dan pihak keselamatan bersedia untuk berganding bahu dengan PMIUTM dalam menjayakan RTM.
Perkara ini amat mengecewakan pihak PMIUTM yang mana HEMA tidak profesional dalam menguruskan hal ini dan seolah-olah mempermainkan PMIUTM. Berikutan dari ini satu speaker corner bagi menerangkan RTM kepada mahasiswa dan menyatakan keadaan semasa kepada mahasiswa lain telah dijalankan oleh PMIUTM. Malang sekali speaker corner ini mendapat halangan dari pihak HEMA, tetapi masih dapat dijalankan dalam keadaan yang tegang.
Ketika mesyuarat diantara RTM dan HEMA pada petang jumaat, 14/10/2011 HEMA mengaku bersalah kerana berlaku sedikit salah faham dalam bidang pengurusan dalam meluluskan RTM, kerana cuti selama empat bulan menyebabkan perkara ini tertangguh.
Menurut pengarah RTM Iqmal Hisyam Jinnah “kami dari pihak RTM menerima dengan hati yang terbuka, dan kami berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa kan datang. Harap pihak HEMA melayan pelajar dengan lebih profesional dan tidak mempermainkan pihak pelajar selepas ini. Apapun kami berlapang dada dengan apa yang berlaku”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan