Rabu, 23 Januari 2013

Hukum Berpurdah...





Mazhab Hanafi.  

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan MENJADI WAJIB jika dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

* Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

* Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

* Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

* Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

* Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)




Mazhab Maliki. 

Mazab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan menjadi WAJIB jika dikhuatiri menimbulkan FITNAH. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

* Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

* Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

* Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

* Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil, 499)

* Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)




Madzhab Syafi’ie. 

Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)




Mazhab Hambali. 

* Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“SETIAP bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

* Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat‘. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki / sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan’” (Al Furu’, 601-602)

* Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya” (Kasyful Qanaa’, 309)

* Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, 


http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml)

Ibrahim Adham, Raja Yang Zuhud...



Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz.

Rabu, 9 Januari 2013

Islam Di Izzahkan Dengan Dakwah




Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t kerana masih menginginkan Nyawa dan Roh kita bersama dengan jasad kita yang telah dimuliakan dengan Sinar Kehadiran Islam. Selawat dan salam diucapkan keatas Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muahammad s.a.w, sesungguhnya kerinduan Baginda s.a.w terhadap kita lebih mengatasi kasih kita pada Baginda s.a.w. itu bukti lemahnya iman kita…

Semakin hari semakin banyak perkara-perkara baru yang kita pelajari, bahkan terkadang kita ibarat tenggelam dalam dunia kita sendiri, kita lupa akan amanah Allah, kita lupa akan sahabat-sahabat perjuangan, kita lupa siapa kita depan Allah s.w.t. Kita asyik dengan dunia keseronokkan dan sering menjadikan alasan Sibuk akademik sebagai titik hujjah menunjukkan kesibukkan yang ada.

Sedarkah kita, dalam gerakkan dakwah itu terselit seribu hikmah untuk kita merenung dunia dalam perspektif tasawwuf dan akidah. Sedarkah kita dalam gerakkan dakwah itu terselit satu permata nikmat disebalik kesibukkan gerakkanya. Sedarkah kita, dalam gerakkan dakwahlah kita bersatu dalam matlamat yang sama semata-mata meletakkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang Esa dan sedarkah kita, disebalik nikmat nyawa ini ada sebahagiannya untuk makhluk dan sebahagiannya untuk Allah s.w.t  walaupun pada hakikatnya semuanya untuk Allah s.w.t.

Bersyukurlah kepada Allah s.w.t dengan seikhlas yang mungkin buat sesiapa yang berada dalam gerakkan dakwah kerana Allah menghendakkan kebaikkan pada mereka. Allah sedang mengajar mereka itu untuk bertanggungjawab terhadap sekalian umat islam yang ada di sekeliling mereka hatta di seluruh dunia sekalipun, Allah sedang menjaga mereka dengan mengajar erti hidup bertarbiah, ditarbiah dan mengtarbiah, Allah juga membuka jalan pada mereka untuk melihat keindahan dan kehebatan Syurga dan Syahid. Semoga panyungan Rahmat Allah meliputi mereka dan penyokong mereka.. Amin…

Terkadang ada yang mempersoalkan Dakwah ini xperlu keras, dakwah ini perlu lembut dan perlu bagi masa sedikit demi sedikit. Sungguh apa yang diperkatakan itu adalah benar tapi sejauh manakah gerakkan dakwah itu akan berterusan? Tidak kah kita belajar dan melihat macam mana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w menyampaikan seruan islam? Dalam masa mereka menyampaikan mereka tegas, mereka bijak, mereka yakin dan bersemangat. Mereka juga berdakwah dengan kepelbagaian kaedah iaitu ada masanya keras, ada masanya lembut dan ada masanya Nyawa menjadi galang gantinya.

Perjuangan Dakwah yang membawa kepada kesedaran dan pemahaman menyelurah terhadap ummat itu adalah dengan adanya usaha tidak henti-henti. Ya, manusia itu tidak akan lari dari merasakan lemah semangat, letih, kecewa, sibuk dengan hal peribadi dan sebenar itulah fungsi Ummat islam yang lain iaitu terus menyambung tapak kaki mereka yang telah lelah berlari, berhenti ataupun meninggal dunia. Sungguh, itulah Sebenarnya berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Sebagai Contoh dakwah atau seruan islam yang telah dibuat adalah oleh Abu Bakar boleh dicontohi oleh golongan yang Allah anugerahkan kelebihan nama dan harta. Abu Bakar telah mewakafkan dirinya sejak beliau memeluk islam untuk dakwah kepada Allah dan menyeru kepada Islam, memperkenalkan agama Allah kepada orang ramai. Ibnu Ishaq bercerita, sebaik sahaja Abu Bakar memeluk islam , beliau terus mengisytiharkan Islamnya. Malah terus mendakwah kepada orang lain kepada beriman dengan Allah. Dengan watak yang disenangi itulah menyebabkan beliau dikasihi dan diterima oleh masyarakat. Beliau juga seorang peniaga yang berakhlak yang terpuji. Ada kalanya datang tokoh dari kaumnya untuk urusan perniagaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya namun Beliau tetap mengajak mereka kepada Islam dan beriman kepada Allah. Antara tokoh yang memeluk islam setelah didekati oleh Abu Bakar adalah Al-Zubair bin Al-‘Awwam, ‘Uthman bin ‘Affan dan sebagainya. Kebijaksanaan Abu Bakar dalam mengendali mad’unya adalah dengan membawa mereka itu terus kepada Baginda Nabi s.a.w dan disitulah segala pencerahan dan penerangan berkenaan islam itu dapat direalisasikan. Teman-teman, Ilmu kita walaupun tidak mampu menghuraikan isi Al-Quran, tapi usaha kita mengajak mereka kepada kebaikkan itu tidak boleh ditinggalkan, maka kita kena lihat macam mana Abu Bakar melakukannya.

Setiap Tokoh Islam yang Hebat mempunyai kaedah dan strategic dakwahnya yang berbeza. Mereka peka, aktif dan cepat mengambil peluang. Segala yang menjadi alangan itu adalah peluang buat mereka untuk mencari jalan kelauar yang baru. Mereka berdakwah bukanlah dengan mengubah kitar hidup mereka, mereka yang meniaga tidak meninggalkan niaga mereka kerana dakwah, tetapi mereka menggunakan perniagaan mereka itu adalah untuk kembangkan dakwah.

Sejarah Umar Al-Khattab mengajak kepada Islam juga punya keunikkannya yang tersendiri. Ibnu Sa’ad telah meriwayatkan suatu perkhabaran dari Ustaq telah berkata: “ Aku adalah hamba sahaya kepada Umar Al-Khattab. Dahulu aku adalah seorang Nasrani, di mana Umar telah menawarkan islam kepadaku, dengan katanya : “ Sekiranya kau memeluk Islam, akan aku gunakan kau untuk memikul amanahku kerana sementara ini tidak halal bagiku membebankan kau dengan amanah kaum Muslimin kerana aku tidak seagama dengan mereka.” Tawaran beliau itu ku tolak. Maka, kata Umar : “La Ikraha fiddin (Tiada paksaan dalam islam).” Sebaik sahaja beliau hamper wafat, beliau memerdekakan aku sedang aku masih Nasrani lagi, dengan berkata kepadaku : “ Ayuh, pergilah ke mana saja kau mahu. “

Sedangkan Umar dahulu disaat selesai sahaja mengucapkan dua kalmia syahadah, beliau mengangkat Pedang dan menghunus ke Udara mengisytiharkan keislamannya. Bukan itu juga dakwah? Beliau berdakwah kepada orang ramai disaat itu untuk menunjukkan Islam itu agama yang benar dengan menjadikan Nyawanya sebagai galang ganti. Umar juga mengunakan pendekatan yang lembut sebagaimana contoh yang telah diberikan diatas iaitu teradap hamba sahayanya. Walaupun hanya menyeru, “Masuklah islam” itu adalah kata-kata keramat yang digunakan oleh Para sahabat Nabi s.a.w sepanjang lakaran pahatan sejarah islam. Kini kata-kata keramat itu sudah dianggap menjadi ancaman kepada umat islam hingga ada yang dirogol, ada difitnah, ada dibunuh dan sebagainya.

Teman-teman, bila lagikah Izzah islam itu akan bangkit jika bukan dengan menyatakan perkara-perkara yang baik tentang islam, bila kita tidak menyampaikan apa pesan Nabi s.a.w dan pesan Allah s.w.t dan sebagainya. Bukan mudah nak bangkitkan izzah islam semula, tapi harus dimulakan dari saat sekarang dengan menjadikan ianya adalah titik pemula kepada pengizzahan Islam itu semula.

Teman-teman, Allah meletakkan sebagai seorang Islam bukan kita minta untuk masuk islam. Cuba kita fikirkan mengapa Allah sangat baik kepada kita dengan mengurniakan kita kunci kepada Syurga iaitu Syahadah? Apakah kita nih mulia sangan berbanding dengan manusia yang Allah tidak kurniakan kunci Syurga tersebut? Tidak teman-taman, kita sama sekali tidak mulia dari mereka yang bukan islam jika dilihat dan dibandingkan kerana apa yang zahir pada kita, kerana kita punya mata dan hidung sama dengan mereka, Cuma kita diangkat menjadi mulia adalah dengan dianugerahkan kepada kita dengan Syahadah.

Teman-teman, wajarkah seorang Pengurus Syarikat hebat, yang berpengaruh dan yang ternama itu tugasnya hanya goyang kaki, tidak fikirkan masaalah langsung, dan adakah tanggungjawabnya sama dengan tanggungjawab seorang kerani didalam organisasi syarikatnya itu? Sudah tentu tidak bukan.. Itulah kita sekarang… Kita bukan lah ummat yang lemah, jika lemah mana mungkin Allah nak pikulkan diatas Pundak dan bahu kita amanah seorang MUSLIM. Setiap orang yang dipilih oleh Allah menjadi seorang yang muslim itu punya keistimewaan yang tersendiri yang jika ummat islam itu mengunakan keistimewaan yang ada padanya untuk islam..

Bukan niatku untuk menaikkan keegoaan kita, tapi untuk menyedarkan diri kita yang selama ini merasa tidak layak untuk berdakwah. Dakwah itulah yang membawa kita kenal kepada Allah dan Rasul Allah. Dakwah itulah yang membawa kita kenal kepada Pengorbanan Nabi s.a.w dan dengan Dakwah itulah yang membawa kita kenal siapa siap diri kita. Muhasabah dan beristgfarlah andai selama ini kita pernah merasakan kita tidak layak untuk berdakwah, rasa kita mentah dan rasa kita tidak mampu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa yang Layak dan siapa yang tidak layak dan Allah lah yang Maha mengetahui sesuatu.

Berdakwah lah agar saat bertemu dengan Baginda s.a.w, andai nabi s.a.w bertanya pasal dakwah kita mampu menjawab bangga sebagai ummatnya, binalah kekuatan dengan usaha-usaha yang tersendiri agar semangat untuk berdakwah itu tidak hilang dan mati, dan ingatlah tanggungjawab dakwah itu akan dikembalikan kepada Allah ta’ala berbentuk pahala dan Rahmat Allah. Sesungguhnya disaat aku melakarkan tulisan aku merasa kerinduan yang teramat sangat kepada Baginda Nabi s.a.w….
Semoga kita ditemukan Allah s.w.t dengan Nabi s.a.w di Jannah.

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Fussilat Ayat 33 yang bermaksud :

“ Dan Tiada yang lebih Baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan ‘amal yang salih, sambil berkata; “ sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”


Selasa, 1 Januari 2013

Ya Allah..





Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah s.w.t kerana menganugerahkan nikmat iman dan islam serta nikmat untuk mencintai Bginda Nabi s.a.w. Sungguh, Baginda s.a.w sentiasa menyayangi Umatnya dan kita lah termasuk dalam kelangan umatnya, semoga kita beroleh syafaat Baginda Nabi Muhammad s.a.w di padang Mahsyar kelak... Amin…

Entah kenapa fikiran aku terhenti sekejap dari skop ulangkaji pelajaran setelah laungan selawat kedengaran di speaker laptopku. Ya Nabi Allah Muhammad s.a.w, masih layak kah diriku bersama mu di hari akhirat kelak??... Sungguh laungan selawat ini membuat aku kembali mengenang dosa dan akhlak ku terhadap manusia yang pernah mencorakkan sejarah hidupku.

Ya Allah, aku malu dengan Mu, aku malu dengan Rasul-Mu yang mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah mataku, telingaku, lidahku, akhlakku, amalanku, sedih dan gembiraku, pejam dan celikku, berdiri dan dudukku, dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan diriku yang banyak bermaksiat padamu. Ya Allah, aku cinta Nabi s.a.w, tapi aku tak kuat dalam menuntun langkah sebagaimana langkah Nabi yang ku cintai, aku lemah dan tersesat dalam langkah hidupku sendiri, aku banyak bersangka buruk, aku tidak khusyuk dalam solat pada-Mu Ya Allah. Ya Allah, kembalikanlah sirna keimanan dalam hati nuraniku.  Ya Allah, aku memohon pada-Mu akan sederhanaan yang tidak memiskinkan ku dan termalpau mengkayakan ku di dunia ini hinggakan aku lari dari landasan perjuangan untuk agama-Mu, tapi Ya Allah, Kayakan aku di dunia dan diakhirat dengan keberkatan harta dan ilmu serta keredhaan-Mu. Ya Allah, jika dunia ini tempat yang boleh menyesatkan ku dari mentaati-Mu, maka hadirkanlah insan yang boleh meluruskan jalanku untuk ku melangkah.. Ya Allah, jika kelak Engkau hadirkan seorang wanita peneman hidupku maka hadirkan lah dia dengan membawa lubuk Hasanah dan kejayaan buatku di akhirat dan jika bukan ditemui di hayat dunia ini maka damaikan lah hatiku dengan bertambah kecintaanku pada-Mu ya Rabb. Sungguh aku dhoif tanpa kekayaan yang Engkau kurniakan, aku lemah tanpa kekuatan yang Engkau kurniakan dan aku berserah segala-galanya pada ketentuan-Mu.

Ya Allah, matikan aku dalam jalan Islam, matikan aku dengan Imanku yang mantap pada-Mu dan matikan aku dengan aku bergembira meninggalkan dunia ini kerana sudah ada penyambung perjuangan agama-Mu yang aku tinggalkan. Ya Allah, sedarnya diriku ini akan segala kelemahan dan dosa yang pernah dilakukan pada-Mu membuat aku terasa sangat malu untuk mengangkat tangan yang penuh dosa ini untuk meminta ampunan dari-Mu. Ya Allah, masih layak kah aku untuk menghidu syurga-Mu? Sesungguhnya aku amat mengetahui yang Engkau Maha Pengampun dan Penyanyang. Ya Allah, benarkan aku menyentuh pintu Syurga-Mu, benarkan lah aku untuk berjumpa dengan Nabi-Mu s.a.w, benarkanlah aku menentuh cinta-Mu sedalam-dalamnya sehingga hilang segala nikmat cinta yang lain, dan Ya Allah, benarkan lah aku mematuhi dan menjunjung segala akhlak dan peribadi mulia Nabi s.a.w.. Sesungguhnya kepada-Mu aku menyerahkan segala harapan dan impianku.

Ya Allah, Sayangilah Ibu dan Bapa, Ahli keluargaku dan semua yang menyanyangi ku sebagai mana mereka menyanyangi ku. Ampunilah mereka semua jika mereka pernah khilaf dan tersalah dalam melakukan tetaatan pada-Mu. Engkau lah tuhan yang Maha Penyanyang dan Pengasihani pada hamba-hamba-Nya. Tidak ada yang selayaknya untuk ku sembah selain dari dari Mu tuhan yang Esa.. Ameen ya Rabb.