" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Jumaat, 4 Mac 2011
Kisah Permulaan Sesuatu..
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, Segala puji-pujian untuk Allah s.w.t selaku Tuhan sekalian makhluk yang masih memberi kita masa dan peluang untuk kita sama-sama berkongsi dan berpesan-pesan agar kita sama-sama terjaga dari melakukanperkara-perkara yang boleh membawa kemaksiatan kepada Allah Azza wajalla. Tidak lupa juga kepada selawat dan salam keatas rasul junjungan besar kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w..
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, memang bilamana kita sentuh tentang peribada manusia itu, ianya adalah merupakan rahsia di atas rahsia. Bukan disini hendak memutar belitkan perkataan atau ayat, tapi ianya adalah melalui pemerhatin peribadiku sendiri. Rahsia di atas rahsia yang aku maksud disini adalah kadang-kadang individu yang bernama manusia itu sendiri tidak tahu akan perihal peribadainya sendiri apatah lagi manusia yang berada di sekelilingnya yang cuba untuk menyelami peribadi individu tersebut. Jadi bagaimana harus kita tahu perihal peribadi kita sendiri?? Persoalan ini aku lontarkan buat kalian semua kerana jawapannya bukan ada pada Aku dan juga ada pada teman-teman rapat kalian tapi jawapannya adalah dari dalam diri kalian sendiri.
Sebenarnya perkara diatas itu bukanlah matlamat sebenar aku titipkan kata-kata berupa tulisan ini dan juga bukan juga kepakaran aku untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang aku timbulkan, tapi kali ini macam biasalah aku ingin berkongsi satu lagi kisah dalam memori hidup aku sendiri yang mungkin ada dikalangan kalian menghadapinya sendiri.
Kisah ini adalah memori yang telah memberi 1001 makna dan hakikat kehidupan kepada aku selaku Hamba Allah s.w.t yang hidup diakhir zaman. kisah ini juga sebenarnya tidak ramai yang tahu, kerana bagi aku ianya sangat bersangkut paut dengan kerosakkan akidah dan kepercayaan kita kepada Allah s.w.t. Kisah yang banyak mengajar aku untuk terus bejaga-jaga dengan fitnah wanita dan juga kisah yang membawa aku untuk merenung kembali sedalam dan sekuat mana iman yang tersemat kukuh didadaku. Biasalah bila kita sudah berikrar dan berjanji maka mana mungkin tidak kita akan diuji dengan apa yang telah kita ikrarkan dan janjikan. Mungkin belum bersedia untuk aku nyatakan secara direct kepada kalian tapi aku akan persembahkan dengan pengubahsuaian corak penceritaan aku ini yang bertjuan untuk mengelakkan dari menyinggung perasaan mereka yang berkenaan dengan tulisan aku ini.
Firman Allah s.w.t :
“ Alif lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku baawa Kami beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “ (Surah Al-‘Ankabut: Ayat 1-3)
Bermulanya dari kesilapan aku mesej member baik aku yang langsung membawa kepada perhubungan selama 6 bulan dalam kebertangungjawaban dan kasihan pada manusia yang sudah terlara dengan panahan cintakan dunia dan takutkan mati. Kesilapan dalam aku menghantar mesej itu membuat aku terjerat dengan ujian iman dan takwa dari fitnah wanita yang kadang-kadang menjadikan aku sendiri takut akan perkara yang akan aku hadapi dihari muka.
Perkenalan aku dengan seorang gadis muda yang berusia 17 atau 18 tahun yang baru lepasan SPM beberapa tahun yang lalu telah membawa aku ke satu lapangan yang luas dengan persoalan bahkan dalam tidurku sendiri dengan persoalan-persoalan mengenai dirinya. Gadis itu merupakan seorang bijak dalam pelajaran bahkan tragedy ini berlaku ketika dia di tingkatan 5 di sebuah sekolah MRSM dan aku ketika itu di universiti.
Begitulah lumrah kehidupan bagi mereka yang mempunyai kelebihan sedikit berbanding dengan orang lain jika tidak dijaga hubungannya dengan Allah s.w.t dan di letakkan kecintaan kepada Allah maka sepandai mana individu itu pasti akan jatuh. Bahkan jatuhnya mereka yang bijak tidak sama dengan jatuhnya mereka yang kurang bijak kerana jatuhnya si bijak itu akan membawa kepada kejatuhan yang lebih dan sangat teruk lantaran kebijaksanaannya yang memandunya kearah itu dan ini berbeza berbanding dengan mereka yang kurang bijak yang kalaunya jatuh itu adalah tidak seteruk si bijak. Harap dapat faham dengan kata-kata ini…
Disebabkan dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, maka dia ditawarkan untuk berada di sekolah MRSM dan dia penuhinya dengan hasrat dapat belajar dengan lebih tekun. Tapi, itulah kehidupan kerana ianya berbntuk flexible dan berkadaran dengan peralihan masa. Niat dihatinya mula kian lusuh dalam sanubarinya dek pengaruh rakan-rakan di asrama dan sekolahnya. Jika dahulu dia hebat dalam akhlaknya yang baik dan santunnya, kini bertukar menjadi liar, jika dulu dialah juara dihati mak dan ayahnya, tapi kini dialah yang menjadi kerisauan dihati mak dan ayahnya dan jika dulu dia adalah insan yang mentaati Allah, kini dia berubah dari itu..
Dalam penceritaan dia dalam kehidpannya itu kepada ku kadang-kadang membuat aku terfikir siapakah yang patut dipersalahkan adalah dia, mak dan ayahnya, ataupun rakan-rakannya? Persoalan ini merupakan persoalan yang masih aku belum temui penyelesaiannya. Agar dalam perkongsian ini membuat segala persoalan-persoalan yang berligar difikiran aku ketemui jawapannya…
Aku akui dia memang seorang budak yang bijak dalam akedemiknya tapi dia bukan bijak dalam melantunkan langkahnya untuk menghadapi kehidupannya pada masa-masa yang akan datang, maka hadirnya aku disini adalah untuk cuba menyusun kembali langkah-langkah yang boleh menjadikan dia berpijak pada dasar yang subur dengan kesedaran insaniah dan islam. Aku berusaha sebaik dan semampuku ketika itu.
Sejak perkenalan aku dengan dia, aku cuba untuk megorek lagi rahsia penghidupannya yang bertujuan untuk membantunya semakin lama semakin banyak rahsia-rahsia yang terbongkar bahkan dari kesnya aku berpendapat bahawa dia mungkin tidak bersalah kerana diamungkin menjadi mangsa keadaan. Keadaan family, faktor kawan, faktor persekitaran, dan faktor lemah keyakinan dan kefahaman agama menjadikan dia seperti itu dan aku juga akui mungkin kerana dia sendiri yang mengambil jalan singkat dengan menganggap bahawa dia boleh berdikari dalam usia sementah jagung mendorong dia melakukan perkara yang berani dan yang membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. jiw remaja yang sentiasa bergelra dengan sesuatu yang baru dia tahu dan sudah smestinya perasaan ingin mencuba pasti membuak-buak.
Kita berbicara dengan fikiran tidak sama kita berbicara dengan hati, begitu juga jika kita berbicara dengan mulut tidak akan sama kita berbicara dengan perbuatan dan perlakuan. Walaupun sekuat mana perkataan TIDAK!! Dilafazkan dengan mulut maka jika perbuatan itu dilakukan juga maka tiada maknanya. Inilah manusia zaman sekarang, sesetengah kita tahu TIDAK BOLEH buat itu dan ini dosa, tapi perlakuan tidak seperti yang dilafazkan, perlakuan yang lebih bersifat keakuan inilah yang mendorong kepada cacatnya anggota masyarakat dari hari ke sehari. Sifat keakuan dalam material dan agama inilah yang menjadi titik tolak kepada kemunduran Negara islam yang mana sedekah dijadikan mimpi yang menakutkan, teguran perilaku dan akhlak merupakan igauan ngeri, pengibadatan dan amal soleh masing-masing nak tunjuk kehebatan dikaca mata manusia dan yang paling dasyat adalah menolak hukum Allah, mengagungkn hukum manusia.
Walaupun dalam hatinya mengatakan tidak tapi asakkan dan permintaan dari kawan-kawannya samaada yang lelaki dan yang perempuan untuk mengambil Pil khayal menjadikan dia terpaksa akur, sebab itulah hatinya sedikit keras untuk aku pecahkan, kewarasan akalnya dalam mempertimbangkan yang baik dan yang buruk sudah terbengkalai dengan matinya sumber penyubur iaitu hatinya dari sinaran nur Allah s.w.t. Aku akui belum pernah aku merasakan begitu susah untuk menasihati individu melainkan yang ini seorang. Sejak dari itu baru aku akui mengapa mereka yang minum arak, makan Pil, berjudi, zina dan lain-lain dosa besar ini susah untuk dikawalnya, kerana suis kawalannya iaitu hati telah mati, sekali buat pasti nak lagi, bila dah buat sekali mesti tidak jadi masaalah untuk kali yang ke-2, ke-3 dan seterusnya. Tapi bersyukurlah buat mereka yang telah kembali kepangkal jalan kerana itu bukti Allah telah selamatkan kalian.
Pil khayal itu telah menjadi makanan rutin dia sejak di sekolah menengah, dan aku dimaklumkan dia berjinak-jinak dengan pil itu ketika di tingkatan 5. Selain pil itu juga, dia sering digangu dengan rakan sekolahnya yang sering mengajaknya untu melakukan sesuatu yang jelas bercanggah di sisi hukum agama iaitu zina. Atas dasar ke-2 ini lah menyebabkan aku rasa bertanggungjawab untuk mencegah dan membantunya.
Seperti biasalah, kita perlu tahu dahulu masaalah dan selepas itu baru boleh bagikan pendapat dan sebagainya, maka kaedah itu aku cuba praktikkan untuk masaalah dia, selain itu meraka ini perlu kita ikat dahulu dengan kita maka dasar perikatan aku dengan dia adalah melalui perjanjian. Dan Alhamdulillah ketika itu aku kenal dan berkawan dengan abangnya. Jadi dengan dasar ikatan persahabatan aku dengan abangnya itulah aku ikat dia dengan satu perjanjian yang mana dia harus ikut kata aku jika tidak abangnya akan tahu segala-galanya pasal dia dan Ini adalah merupakan cara yang terbaik buat aku ketika itu untk dia. Kadang-kadang, pernah aku dengar omelan dari kawan-kawan ku yang laian bahawa cara aku ini kejam dan sebagainya tapi inilah yang termampu buat aku dan juga kesempatan yang aku nampak ketika itu.
Alhamdulillah, perkongsian hadis-hadis dan ayat-ayat al-quran yang aku dapat dari senior-seniorku dan pandangan mereka mengenai hal gadis ini telah membantu aku untuk membawanya kepada perikatan sebuah perjanjian yang sedikit sebanyak dapat aku mainkan sebagai seorang yang baru belajar erti dakwah dan nasihat. Masih aku ingat ketika itu pukul 12 tengah malam, setelah bertungkus lumus berbincang dan berkongsi idea untuk menasihati gadis ini disamping membidas hujah-hujah gadis ini, akhirnya dia menelifon aku dengan tangisan yang sangat mendayu dan penuh penyesalan, disaat itu aku terkedu dan hatiku sayu bahkan aku akui aku alah dengan tangisan seorang wanita kerana arwah ibuku juga wanita yang ketika itu baru kembali kerahmatullah dengan kata-katanya yang masih aku ingat sampai sekarang “mengapa baru sekarang ada orang bagitahu saya begitu”.. Alhamdulillah, Allah masih memberikan dia peluang untuk mengingati Allah dalam hatinya dan mengimbaukan kembali kesalahan dan kesilapannya yang lalu.. jadi dalam kesempatan ini aku mohon pada kalian muslimat, buangkan ego kalian, jangan pandang mereka yang tidk bertudung itu jelek, dan sebagainya tanpa kalian berusaha bertanya perihal mengapa mereka menjadi sebegitu dan muslimin buang kan dunia dalam hati mu, kerana dunia inilah punca kalian bersifat binatang..
Kisah aku dengan dia bukan berakhir begitu sahaja, tapi ianya berlarutan sehinggalah 6 bulan lamanya, rasanya agak panjang jika aku ulas melalui tulisan ini kerana dalam tempoh 6 bulan itulah aku temui banyak perkara yang pelik dan tidak aku sangka-sangkakan.daripada yang baik menjadi jahat, yang jahat menjadi baik, yang bodoh bertambah bodoh dan yang bodoh bertukar cerdik dan banyak lagi sebenarnya perkara yang berlaku dalam tempoh termenterainya perjanjian aku dengan dia. Kadang-kadang bila diingatkan balik, senyuman pasti terukir dan kadang-kadang kemarahan juga muncul dalam diam. Marah bukan apa marah kerana ada yang menjual agama untuk menyelesaikan tunggakkan hawa nafsu yang nya sendiri, marah dengan mereka yang kata kuat agama tapi permohonannya kepada gadis yang cuba aku yakin kan Allah dalam hatinya ini adalah gambar-gambar lucah si gadis. Ada caranya aku settlekan si alim yang bodoh itu. Maaf kan aku teman-teman, kadang-kadang kekasaran aku bercakap ini tanda aku serius tentangnya.
Mungkin ada sahabat-sahabat berfikir kenapa 6 bulan je, dan bukankah tarbiah dan dakwa itu proses yang berterusan. Betul sahabat-sahabat tapi sahabat-sahabat kena ingat aku ini lelaki dan dia itu perempuan, maka kurang elok untuk aku sentiasa mesej dia dan tanda-tanda yang tidak elok pun dah aku dapat darinya kesan dari perhubungan yang lama ini dan mengapa sampai 6 bulan sahaja? kerana dia telah melanggar syarat-syarat yang telah aku letakkan dan semua syarat yang aku letakkan adalah lebih terfokus kepada akhlak dengan melakukan perkara yang telah diperjanjikan, tapi sahabat-sahabat aku tidak tinggalkan dia begitu, aku dah pun bercakap dengan ayah dan abangnya perihal dia dan dia tidak boleh salahkan aku kerana perjanjian itu dan pemberitahuan pada familynya itu adalah untuk kebaikkannya sendiri bahkan ini adalah jalan yang aku fikir terbaik setelah percakapan aku dia ambil endah dan mudah je. Ada pula pertanyaan yang dilontarkan kepada aku, “mengapa tidak bagikan muslimat yang handle perkara ini”, jawapan aku mudah sahaja, siapa sanggup dan kuat aku bagi, tapi belum aku temui ketika itu. Kisah-kisah yang selebihnya biarlah aku simpan dalam memori hidupku, moga -moga Allah s.w.t jadikan dia tabah dan kuat serta bijak dalam memilih jalan hidupnya sendiri.
Akhir kalam, tidak semua apa yang kita buat itu walaupun dengan niat yang betul itu akan Berjaya kerana Berjaya atau tidak sesuatu itu terletak pada keizinan Allah s.wt, kerana Allah s.w.t lah yang berkuasa terhadap sesuatu. Maka oleh itu harus lah kita sama-sama berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t agar kasih kita pada Allah s.w.t tidak lusuh dibawa masa dan hari-hari yang mendatang yang penuh dengan rahsia berupa ujian dan nikmat..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan