" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Khamis, 27 Januari 2011
Permata Buat Suamiku..
"Sudah lima tahun Man, lima tahun! Sudah lama benar kau kahwin dengan perempuan itu! Jangankan tiga, seorang cucu pun Mak tak dapat lagi!"
Datin Syuhada sudah tidak dapat bersabar lagi. Sikap acuh tidak acuh Azman benar-benar membuatkan dia naik darah. Ini bukan kali pertama Datin Syuhada naik angin. Sudah hampir seratus kali agaknya Azman mendengar bebelan yang sama setiap kali dia datang menemui ibunya itu.
"Dulu Mak dah cakap. Jangan kahwin dengan perempuan itu. Dia tu mandul! Tengok muka dia pun Mak dah tahu dia tu tak sihat. Tapi kau tak pernah nak dengar cakap Mak. Kau kahwin juga dengan dia. Sekarang kau terimalah padah akibat ingkar kata-kata Mak. Orang lain baru dua tahun kahwin pun dah ada dua orang anak, engkau ni dah lima tahun kahwin, seorang anak pun tak ada!"
Datin Syuhada terus-menerus melayan amarahnya. Betapa emosinya pada waktu itu dikuasai oleh syaitan laknatullah yang ligat menghembuskan hasutan dan kata-kata keji ke dalam hati wanita berusia separuh abad itu.
" Rezeki tu di tangan Allah Mak. Mungkin belum sampai waktunya lagi. Kalau Man sebagai suami boleh bersabar, mengapa Mak tak boleh? Susah sangat ke, Mak?", sedih Azman apabila terpaksa bertelagah dengan ibunya setiap kali mereka bersua muka.
Bukan senang untuknya mencuri masa bertemu dengan ibunya. Namun, setiap kali ada peluang bertemu, pasti isu zuriat yang akan dibangkitkan. Kadangkala Azman terfikir, andai saja ayahnya masih ada, pasti ibunya tidak akan bersikap sebegitu.
Pemergian Datuk Rosmi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Terutama sekali terhadap ibunya. Ibunya kini bukan lagi seorang insan penyayang, bukan lagi seorang insan yang lembut dan sopan, juga bukan lagi seorang insan yang halus bicaranya.
Secara jujurnya, perubahan pada sikap Datin Syuhada benar-benar menyiksa batin Azman. Ayahnya pergi dengan membawa bersama sinar cahaya yang dahulunya menjadi penerang di kala siang, pelita di kala kelam.
Kewibawaan dan kehebatan Datuk Rosmi sebagai nakhoda kepada bahtera yang mereka layarkan ke lautan Ilahi benar-benar menjadikan beliau sanjungan isteri serta waris tunggalnya. Azman, satu-satunya permata yang mampu diberikan oleh Datin Syuhada dibentuk dan diasuh dengan penuh kasih sayang serta perhatian walaupun amat sibuk dengan pelbagai urusan di luar kota.
Datuk Rosmi dan Datin Syuhada sentiasa memastikan waris tunggal mereka mendapat segala yang diperlukan bagi mendepani dunia yang penuh fatamorgana yang mampu menyesatkan jiwa-jiwa yang kosong. Sejak kecil lagi, Azman dibentengi dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang agama. Tidak lupa juga pengetahuan duniawi yang membantunya berjaya di dunia ini.
Sungguh kiamat itu benar, dan atas kepercayaan itulah Datuk Rosmi tidak pernah leka dalam memastikan ahli keluarganya bersedia untuk menerima kedatangan hari itu nanti. Dia tidak mahu keluarganya tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang kerugian.
Namun, sejak beliau pergi menyahut panggilan Ilahi, segala-galanya telah berubah. Rumah besar yang dahulunya terang menjadi gelap-gelita. Sunyi dan sepi tanpa cahaya Ilahi. Tidak ada lagi kehangatan serta kasih sayang di dalam rumah itu. Pernah suatu ketika dahulu Azman tersesat dari jalan yang dahulunya pernah dia lalui bersama arwah ayah tercinta. Imannya cukup rapuh ketika itu. Serapuh besi berkarat yang yang boleh hancur dengan hanya sekali jentik sahaja. Namun, cepat-cepat dia tersedar lalu membetulkan landasannya.
Alhamdulillah...Kehadiran Syakila ke dalam hidupnya memudahkan lagi usahanya kembali ke jalan Allah. Syakila, sekuntum bunga indah yang dia temui di rumah Allah terus di angkat menjadi zaujahnya sebaik sahaja dia mengenalinya melalui seorang Ustaz.
Syakila hidup sebatang kara. Hidupnya di bumi ini menumpang kasih Allah yang disalurkan melalui seorang insan mulia seperti Ustaz Hasan. Dengan keyakinan bahawa Azman akan membimbing Syakila ke jalan syurga, Ustaz Hasan dengan rela hatinya menyerahkan Syakila kepada Azman. Tidak ada sedikit pun keraguan di hatinya terhadap jejaka soleh seperti Azman. Doanya agar mereka berjaya di akhirat kelak.
***********
" Ila, Mak dah tak boleh sabar lagi! Mak dah ada calon untuk Azman. Dah lima tahun kau kahwin dengan Azman, tapi kau tak mampu nak berikan Mak walau seorang cucu pun. Mak dah tak tahan bermenantukan perempuan cacat macam kau. Sekarang kau pilih sendiri. Sama ada kau beri Mak cucu dalam masa tiga bulan ni, atau kau izinkan Azman kahwin lagi. Ingat, Ila! Azman tu satu-satunya anak Mak. Mak tak boleh terus berdiam diri andai keturunan Mak dibiarkan tak bersambung begini. Lagi satu! Kalau sampai Man tahu hal ni, kau tahulah nasib kau nanti!”
Panggilan tersebut hampir saja membuatkan Syakila rebah menyembah bumi. Berkecamuk hati wanitanya apabila kata-kata keras seperti itu dituturkan kepadanya. Hati wanita mana tidak sedih jika menerima panggilan seperti itu.
"Astarghfirullahal ‘azim..." Beristirghfar panjang Syakila sebaik saja menerima amaran keras tersebut. Sungguh tidak dia sangka, ibu mertua yang selama ini disanjungnya bagai ibu kandung sendiri sanggup menuturkan kata-kata tersebut terhadapnya. Syakila sedar siapa dirinya. Wanita yang serba kekurangn, wanita yang tidak sempurna.
Bukan dia tidak pernah berusaha. Sudah bermacam -macam ikhtiarnya dengan Azman. Namun, tidak satu pun usahanya menunjukkan hasil yang diinginkan. Syakila redha, mungkin Allah masih ingin mengujinya. Ujian ini adalah suatu tarbiah buatnya. Bibirnya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Doanya agar suatu hari nanti Allah akan mengurniakannya seorang permata yang bakal mendoakan dia dan suaminya di saat mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat tempat khusus di sisi Allah tidak pernah mengeluh walaupun dikurniakan dengan cahaya mata hanya ketika usianya sudah lanjut. Inikan pula dirinya. Dirinya yang hanya merupakan makhluk yang lemah lagi hina di sisi Allah. Syakila yakin bahawa ujian yang didatangkan kepadanya tidak sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama seperti pelangi indah yang muncul sesudah hujan di siang hari.
**********
Syakila menyambut kepulangan cinta hatinya dengan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu bermuram durja apabila sedang bersama suaminya. Syakila cuba memaniskan wajahnya semanis yang mungkin. Walaupun begitu, ada kesedihan di mata beningnya yang terkesan oleh Azman. Segera Azman mencari puncanya.
" Ila, kenapa ni? Kenapa isteri Abang sedih hari ni? Patutlah air panas yang Abang minum ni pun terasa sejuk je. Rupa-rupanya, ada orang tengah berduka ni....", lembut sekali bicara Azman terhadap ratunya itu. Diselitkan sedikit jenaka dalam kata-katanya tadi. Dia cuba memancing tawa Syakila.
Syakila menjadi sedikit gugup. Sungguh dia gagal menjadi aktres terbaik setiap kali berdepan dengan suami tercinta. Walaupun begitu, dia tidak semudah-mudahnya meluahkan segala rasa pahit yang sedari tadi dipendamnya jauh di lubuk hati yang paling dalam. Biarlah hempedu itu dia telan sendiri. Dengan suara yang manja, Syakila membalas gurauan suaminya.
" Abang tu la... Keluar tak ajak Ila pun. Lepas tu, tinggalkan Ila lama-lama kat sini. Sorang-sorang pula tu. Ila rindu tau..."
Azman ketawa besar. Sikap manja yang ditunjukkan oleh isterinya yang terkadang tegas itu benar-benar mencuit hatinya. Dia merangkul erat permaisurinya itu. Sungguh dia kasih akannya. Tidak pernah sekali pun dia menyesali pernikahannya dengan Syakila. Kehadiran sekuntum bunga indah ke dalam hidupnya sudah cukup untuk membuatkan Azman mengucap syukur kepada Allah di setiap hembusan nafasnya. Mereka bahagia walaupun setelah lima tahun, rumah itu masih belum dihiasi dengan tawa riang anak kecil.
*********
Lena Syakila malam itu ditemani air mata duka. Ditatapnya puas-puas wajah tenang yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya. Bila difikirkan semula, ada betulnya juga kata-kata ibu mertuanya tadi petang. Azman perlu meneruskan keturunannya. Syakila mula memikirkan kembali akan keputusan besar yang harus dia hadapi nanti.
Lama dia beristikharah malam itu. Pintanya agar dia diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang sebaiknya. Kasihnya pada Azman terlalu tinggi. Andai seorang zuriat mampu menyerikan lagi hidup Azman, Syakila rela. Dia rela berkongsi kasih meskipun hatinya bakal terluka. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan Azman.
"Ya Allah... Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dalam mengharungi cabaran dari-Mu...", rintih hati kecil Syakila. Air matanya bercucuran mengenangkan suami yang mungkin akan dikongsikan bersama wanita lain nanti.
Andai saja dia bisa menjadi sekuat Sarah. Sarah, isteri milik Nabi Ibrahim a.s. Wanita mulia yang cukup kuat untuk berkongsi kasih sayang suami tercinta bersama seorang wanita lain bernama Hajar. Wanita mulia yang akhirnya dikurniakan Allah seorang zuriat atas kesabaran serta keteguhannya.
*********
Dua bulan berlalu. Pertemuan Azman dan ibunya tidak lagi diisi pertelingkahan apabila Azman membawa Syakila dengan sebutir permata yang sedang membesar di dalam rahimnya. Sejak hari itu, sikap Datin Syuhada terhadap Syakila berubah serta-merta. Rajin sekali dia menjaga Syakila. Sungguh dia kini kasih pada menantunya itu. Menantu yang dahulu dia caci maki dek kerana kekurangannya sebagai seorang wanita. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Doa Syakila serta Azman yang bertahun-tahun lamanya termakbul jua.
"Ila, Abang redha Ila sebagai isteri Abang selama ini. Abang halalkan makan minum Ila. Abang ampunkan segala dosa-dosa Ila. Abang tunggu Ila kat sini. Abang tunggu Ila datang dengan permata kita. Abang sayangkan Ila.”
Azman mengucup lembut dahi isterinya yang bakal dibawa masuk ke wad bersalin sebentar sahaja lagi. Syakila tetap tersenyum manis walaupun kesakitan yang dia tanggung hanya Allah sahaja yang tahu.
Tempoh sembilan bulan menunggu kehadiran si permata cukup membahagiakan buat Azman. Kasihnya pada Syakila kian mekar sepanjang tempoh itu. Anak yang mereka gelarkan permata itu seringkali mereka perdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam. Sungguh kasihnya mereka kepada zuriat mereka yang bakal lahir itu.
**********
Tiga jam berlalu begitu sahaja. Tangisan bayi perempuan yang memenuhi ruang tersebut cukup menggembirakan Azman. Namun, hatinya tidak keruan kerana tangisan itu tidak datang sendirian. Ada tangisan lain yang mengiringinya. Azman kenal suara itu. Cukup kenal.
Dia segera merempuh ke dalam wad tanpa menghiraukan para jururawat yang sedang bertugas. Dilihatnya Syakila sedang tidur. Dia tersenyum senang. Dihampirinya jasad lemah itu. Dikucupnya dahi Syakila dalam-dalam. Namun, saat dia memberikan kucupan tersebut, dia tidak dapat mengesan hembusan nafas Syakila. Ditatapnya wajah itu puas-puas. Jasad itu sudah kaku. Tidak bergerak lagi.
Azman tersungkur di hadapan jasad kaku tersebut. Sesungguhnya, Syakila telah syahid dalam pertarungan agung itu.
http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1583-permata-buat-suamiku.html
Sabtu, 22 Januari 2011
Mazhab Cinta
Asalamu’alaikum….
Alhamdulillah, segala Puji-pujian Buat Allah s.w.t yang menjadikan kita dengan kesempurnaan sifat dan pancaindera. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Setelah sekian lama aku tidak menitipkan sesuatu untuk sama-sama kita berkongsi di dalam laman Blog ini. Kesibukkan dunia yang tidak pernah berkurang bahkan makin bertambah dan bertambah yang membuat aku tidak berkelapangan masa sejak akhir-akhir ini. Teringat aku akan pesanan seorang ustaz sewaktu beliau menyampaikan tazkirah magrib di Masjid di kelantan, “kita ni manusia sebenarnya yang menyibukkan diri sendiri dengan urusan dunia dan bukan lah orang lain sehinggakan merasai masa yang Allah kurnakan tidak cukup. Mana tidaknya kita tak pernah rasa cukup dalam sesuatu, nak kepada projek nih, projek tuh, nak menjawab jawatan nih dan nak jawatan tuh”.
Kadang-kadang bilamana kita merenung balik kepada diri kita sendiri, banyak mana kita sibukkan diri kita ini dengan urusan Akhirat, urusan yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah s.w.t. Bahkan sampai boleh dipersoalkan sebanyak mana kita mengingat Allah s.w.t dalam sehari?? Sahabat-sahbat yang dirahmati Allah s.w.t, Lemahnya iman kita pada hari ini sampai kita persoalkan persoalan sebanyak mana kita mengingati Allah dalam sehari sedangkan mereka yang terdahulu sudah membicarakan bagaimana untuk mereka Hebat dalam Mencintai Allah s.w.t. Secara logiknya sahabat-sahabat, perkara asas untuk kita mencintai seseorang, kita mesti sentiasa ingat orang yang kita cintai itu. Maka logic bagi perasaan manusia, mana mungkin untuk kita Cinta Allah jika kita tidak sentiasa Mengingati-Nya…
Bercakap mengenai cinta Pada Allah s.w.t, teringat aku akan satu cerita yang mungkin sahabat-sahabat boleh renungkan sekejap. Cerita itu berkisahakan pada suat malam, keluar seorang wanita dari rumahnya sambil membawa obor yang menyala-nyala ditanan kanananya dan sebaldi air ditangan kirinya. Dia pergi mengelilingi kampung dan menjerit dengan kuat., “ Wahai manusia, seandainya kamu beribadat kepada Allah dan mengharapka syurga. Mka, biarkan syurga itu ku bakar dengan api ini! Dan, apabila kamu menjauhi maksiat kerana takut akan neraka. Maka, biakan neraka itu kusiram dengan sebaldi air yang ada ditanagn kiriku….! “. Sebegitu hebatnya cinta beliau terhadap Allah s.w.t yang mana ibadat dan amal yang dilakukan hanyalah semata-mata buat Allah s.w.t, dan tahukah sahabat siapa kah gerangan wanita tersebut? Wanita itu tidak lain adalah Rabi’ah Adawiyah…
Beliau bukanlah wanita yang sibuk dengan menghiaskan dirinya dengan Emas, intan dan permata tapi wanita ini menghiaskan dirinya dengan Tawdduk dan amal ibadah yang bersungguh-sungguh bahkan seringkali menjadikan sejadahnya tempat pengering air mata yang lahir dalam kepeluhan cinta yang terpasak kukuh untuk Allah s.w.t. Sahabat-sahabat sekalian sedang kita asyik dengan cinta dunia ini adakah cinta Allah telah kita capai? Cinta sebenar yang membawa manusia kepada landasan hakikat manusia itu dijadikan. Sejenak renungan yang mungkin sahabat- sabahat boleh lakarkan dalam layar minda sahabat-sahabat melalui alunan puisi yang dikarang oleh seorang wanita sang yang telah mencorak sejarahnya yang tersendiri iaitu Rabi’ah :
Ya Tuhanku!
Tenggelamkan aku dalam mencintai-Mu
Sehingga tiada suatupun yang dapat memalingkan aku dari-Mu
Kekasihku tidak menyamai Kekasih laian biar bagaimanapun
Tiadsa selaian Dia dalam hatiku mempunyai tempat manapun
Kekasihku Ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun
Akan tetapi, Dia tidak pernah gahib di dalam hatiku walaupun sedetikpun
Aku mencintai-Mu…
Oh, tuhan Tercinta…
Dengan Cinta yang penuh kesenangan
Kerana Engkaulah yang layak untuk dicintai
Adapun cinta hawa
Maka aku sibuk mengingati-Mu daripada yang lain
Kuharap Kau bukan tabir untuk ku
Sehingga aku dapat memandang-Mu
Maka ujian yang ini dan itu bukan untukku
Melainkan hanya untuk-Mu
Itulah salah satu jalan kekasih Allah, jalannya Rabi’ah, jalan cintanya! Lalu, bagaimana dengan kita? Renung-renungkan.
Sahabat-sahabat, sesungguhnya apabila kita mahu menghayati perintah agama dan aturannya, maka kita akan mendapti nya indah. Keindahan agama itu tentu mustahil diperolehi apabila kita masih sahaja beribadah pada Allah s.w.t secara terpaksa atau mempunyai tujuan yang lain seperti tujuan duniawi danbukan lah kerana Mencintai-Nya.
Lalu adakah beribadat untuk mengharapkan syurga dan takutkan Azab Neraka itu salah dan tidak boleh? Boleh! Tuhan itu tidak sepaerti Bos atau mana-mana Makhluk ciptaan-Nya, yang hanya memberi jika kita melakukan suruhannya. Maka tidak mengapa beribadah mengharapkan syurga atau takut akan neraka sebagai motivasi dalam melakukan alam soleh dan secara fiqh (hukum islam)tidak ada masaalah, ini hanya bahagian tahap (maqam) kerohanian sahaja dalam beribadah.
Ali bin Abi talib menyatakan : “ Apabila hamba beribadah pada Allah dan dia ingin mendapatkan balasan serta menjauhi maksiat sebab takut akan mendapat seksa, itu tidak lain cara ibadah seorang peniaga. Sebabnya, dia masih mengambil kira akan untung dan ruginya. Apabila hamba beribadah kerana takut akan seksa-Nya, maka itu tidak lain adalah cara ibadah cara hamba. Dan, ada segolongan kecil hamba yang beribadah kerana cinta suci pada-Nya, itulah ibadahnya mukmin sejati. “
Wahai sahabat-sahabat, cuba kita check balik selama ini ditahap manakah keperibadatan kita kepada Allah? Adakah jenis yang pertama atau kedua? Atau kita lah yang ke-3 itu yang terdiri dalam segolongan kecil itu sebagai mana yang diberitahu oleh saidina Ali karamallahu wajhah? Tepuk dada tanya iman. Dalam Mazhab cinta ini telah banyak memberi insipirasi kepada tokoh-tokoh terkemuka yang lain yang masing-masing mempunyai lakaran sejarah yang berbeza tokoh sufi ini adalah seperti Farid ad-Din al-Athar, Ibnu al-Farid, Al-Hallaj dan sebagainya.
Mari kita berdoa kepada Allah agar getaran hati kita untuk mampu untuk berpeluh dengan titisan kecintaan yang uuk kepada Allah s.w.t dan berdoalah semoga tidak sesekali kita putus dalam menagih Cinta-Nya. Tidak cukup dengan berdoa semata-mata, tetapi harus dilakukan dengan amal ibadah kita dengan penuh kecintaan pada-Nya.
Terbaca aku akan sebuah buku yang menjadi rujukan aku dalam menaip artikal ini iaitu berjudul “ Ya Allah Aku tidak layak unuk Syurga-Mu, namun Aku juga takut Azab Neraka-Mu” karangan Badiatul Roziqin akan doa Saidina Ali Ketika bermunajat kepada Allah s.w.t, yang mungkin boleh kita renung sedalam-dalamnya.
Ilahi….
Adakah orang yang telah menikmati manisnya cinta-Mu
Akan menggantikan pengganti selain-Mu
Adakah orang yang telah bersanding di samping-Mu
Akan mencari ganti selain-Mu
Ilahi….
Jadikan kami di kalangan yang Kau pilih untuk mendampingi dan menjadi kekasih-Mu
Yang kau ikhlaskan untuk memperolehi cinta dan kasih-Mu
Yang Kau rindui untuk datang menemui-Mu
Yang Kau redhai (hatinya) untuk menerimanya
Yang Kau Anugerahkan (kebahagiaan) melihat wajah-Mu
Yang Kau limpahkan Keredhaan-Mu
Yang Kau lindungi dari diusir dan kebencian-Mu
Yang Kau sediakan baginya kedudukan siddiq di samping-Mu
Yang Kau istimewakan dengan Makrifat-Mu
Yang Kau arahkan untuk Mangabdi-Mu
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradah-Mu
Yang Kau pilih untuk menyaksikan-Mu
Yang Kau kosongkan diri untuk-Mu
Yang Kau bersikan hatinya untuk (Diisi dengan) Cinta-Mu
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurnia-Mu
Yang Kau ilhamkan padanya mengingati-Mu
Yang Kau mendorongnya mensyukuri-Mu
Yang Kau sibukkan dengan ketaatan-Mu
Yang Kau jadikan dari Makhluk-Mu yang soleh
Yang Kau pilih untuk bermunajat pada-Mu
Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu
Yang Memutuskan hubungan dengan-Mu
Ya Allah….
Jadikan kami dari kalangan orang
Yang dambaannya adlah mencintai dan merindui-Mu
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahinya sujud kerana kebesaran-Mu
Matanya terjaga dalam mengabdi-Mu
Air matanya mengalir kerana takut pada-Mu
Hatinya terikat pada cinta-Mu
Kalbunya terpesona dengan kehebatan-Mu
Wahai Yang Cahaya kesucian-Nya bersinar
Dalam pandangan para yang mencintai-Nya
Wahai Yang kesucian wajah-Ny membahagiakan hati pada yang mengenali-Nya
Wahai Yang dikejar kalbu para yang merindui
Wahai Tujuan harapan para yang mencintai
Aku memohon cinta-Mu
Dan, cinta orang mencintai-Mu
Dan, cinta amalan yang membawaku ke samping-Mu
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu
Jadikan cintaku kepada-Mu membimbingku pada keredhaan-Mu
Kerinduan pada-Mu mencegahku dari maksiat pada-Mu
Anugerahkan padaku memandang –Mu
Tatapkan diriku dengan tatapn kasih sayang
Jangan palingkan wajah-Mu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurniaa-Mu
Wahai Pemberi ijabah
Ya Arhamarrahimin.
Akhir Kalam, Sahabat-sahabat pernah ke kita berdoa sebegini? Kita Ego sebenarnya, mana tidaknya hati kita keras, banyangkan sahabat-sahabat yang melontarkan Doa ini adalah orang yang lebih mulia dari kita, tapi beliau begitu menghina dir dihadapan Allah s.w.t, sedangkan kita jarang bahkan mungkin tidak pernah melaungkan bibit-bibit doa sebegini dalam sepanjang hidup kita. Ayuh sahabat Kita sama-sama Berusaha Untuk Mencintai Allah s.w.t.. Semoga Allah melihat kita dengan pandangan-Nya yang Rahmat… Amin…
Selasa, 18 Januari 2011
Wahai Puteriku
Putriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.
Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh karena itu dengarkanlah nasehat-nasehatku yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalaman-pengalamanku, yang belum pernah engkau dengar dari orang lain sebelumnya.
Kami telah menulis dan mengajak kepada perbaikan moral, menghapus kejahatan dan mengekang hawa nafsu, sampai pena tumpul, dan mulut letih, tetapi kami tidak menghasilkan apa-apa. Kemungkaran tidak dapat kami berantas, bahkan semakin bertambah, kerusakan telah mewabah, para wanita keluar dengan pakaian merangsang, terbuka bagian lengan, betis dan lehernya.
Kami belum menemukan cara untuk memperbaiki, kami belum tahu jalannya. Sesungguhnya jalan kebaikan itu ada di depanmu, putriku! Kuncinya berada di tanganmu.
Benar bahwa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan andaikata bukan lantaran lemah gemulaimu, laki-laki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk … ketika ia telah mencuri, engkau berteriak : maling …! Tolong … tolong… saya kemalingan.
Demi Allah … dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.
Demi Allah … begitulah, jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki, bahwa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.
Demi Allah … ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan ! setelah itu apa yang terjadi? Apa, wahai puteriku? Coba kau pikirkan!
Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engakulah yang menanggung beban kehamilan dalam perutmu. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama hidupmu engkau akan tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu selamanya.
Bila engkau bertemu dengan pemuda, kau palingkan muka, dan menghindarinya. Apabila pengganggumu berbuat lancang lewat perkataan atau tangan yang usil, kau lepaskan sepatu dari kakimu lalu kau lemparkan ke kepalanya, bila semua ini engkau lakukan, maka semua orang di jalan akan membelamu. Setelah itu anak-anak nakal itu takkan mengganggu gadis-gadis lagi. Apabila anak laki-laki itu menginginkan kebaikan maka ia akan mendatangi orang tuamu untuk melamar.
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkawinan. Wanita, bagaimanapun juga status sosial, kekayaan, popularitas, dan prestasinya, sesuatu yang sangat didamba-dambakannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu rumah tangga yang terhormat.
Tak ada seorangpun yang mau menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila ia akan menikah tidak akan memilih wanita jalang (nakal), akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik karena ia tidak rela bila ibu rumah tangga dan ibu putera-puterinya adalah seorang wanita amoral.
Sesungguhnya krisis perkawinan terjadi disebabkan kalian kaum wanita! Krisis perkawinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita asusila, sehingga para pemuda tidak membutuhkan isteri, akibatnya banyak para gadis berusia cukup untuk nikah tidak mendapatkan suami. Mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sadar? Mengapa kalian tidak berusaha memberantas malapetaka ini? Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum laki-laki untuk melakukan usaha itu karena kalian telah mengerti bahasa wanita dan cara menyadarkan mereka, dan oleh karena yang menjadi korban kerusakan ini adalah kalian, para wanita mulia dan beragama.
Maka hendaklah kalian mengajak mereka agar bertakwa kepada Allah, bila mereka tidak mau bertakwa, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari perzinaan seperti terjangkitnya suatu penyakit. Bila mereka masih membangkang maka beritahukan akan kenyataan yang ada, katakan kepada mereka : kalian adalah gadis-gadis remaja putri yang cantik, oleh karena itu banyak pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitar kalian, akan tetapi apakah keremajaan dan kecantikan itu akan kekal? Semua makhluk di dunia ini tidak ada yang kekal. Bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi nenek dengan punggung bungkuk dan wajah keriput? Saat itu, siapakah yang akan memperhatikan? Siapa yang akan menaruh simpati?
Tahukah kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mereka adalah anak dan para cucunya, saat itulah nenek tersebut menjadi seorang ratu ditengah rakyatnya. Duduk di atas singgasana dengan memakai mahkota, tetapi bagaimana dengan nenek yang lain, yang masih belum bersuami itu? Apakah kelezatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelezatan sementara?
Dan berilah nasehat-nasehat yang serupa, saya yakin kalian tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasehati saudari-saudari yang sesat dan patut dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahalah untuk menjaga wanita-wanita baik, gadis-gadis yang sedang tumbuh, agar mereka tidak menempuh jalan yang salah.
Saya tidak minta kalian untuk mengubah secara drastis mengembalikan wanita kini menjadi wanita berkepribadian muslimah yang benar, akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak sebagaimana kalian menerima kerusakan sedikit demi sedikit.
Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu singkat, malainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju keburukan walaupun jalan itu sekarang telah jauh, tidak menjadi soal, orang yang tidak mau menempuh jalan panjang yang hanya satu-satunya ini, tidak akan pernah sampai. Kita mulai dengan memberantas pergaulan bebas, (kalaupun) seorang wanita membuka wajahnya tidak berarti ia boleh bergaul dengan laki-laki yang bukan mahramnya. Istri tanpa tutup wajah bukan berarti ia boleh menyambut kawan suami dirumahnya, atau menyalaminya bila bertemu di kereta, bertemu di jalan, atau seorang gadis menjabat tangan kawan pria di sekolah, berbincang-bincang, berjalan seiring, belajar bersama untuk ujian, dia lupa bahwa Allah menjadikannya sebagai wanita dan kawannya sebagai pria, satu dengan lain dapat saling terangsang. Baik wanita, pria, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus rangsangan seks dari dalam jiwa mereka.
Mereka yang menggembar-gemborkan emansipasi dan pergaulan bebas atas kemajuan adalah pembohong bila dilihat dari dua sebab :
Pertama : karena itu semua mereka lakukan untuk kepuasan pada diri mereka, memberikan kenikmatan-kenikmatan melihat angota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. Akan tetapi mereka tidak berani berterus terang, oleh karena itu mereka bertopeng dengan kalimat yang mengagumkan yang sama sekali tidak ada artinya, seperti kemajuan, modernisasi, kehidupan kampus, dan ungkapan-ungkapan yang lain yang kosong tanpa makna bagaikan gendang.
Kedua : mereka bohong oleh karena mereka bermakmum pada Eropa, menjadikan eropa bagaikan kiblat, dan mereka tidak dapat memahami kebenaran kecuali apa-apa yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New York. Sekalipun berupa dansa, pornografi, pergaulan bebas di sekolah, buka aurat di lapangan dan telanjang di pantai (atau di kolam renang). Kebatilan menurut mereka adalah segala sesuatu yang datangnya dari timur, sekolah-sekolah Islam dan masjid-masjid, walapun berupa kehormatan, kemuliaan,, kesucian dan petunjuk. Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu birahi, mendidik watak dan dapat menekan libido seksual, untuk menjawab ini saya limpahkan pada mereka yang telah mencoba pergaulan bebas di sekolah-sekolah, seperti Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar para ulama dan pendeta. Bukankah mereka telah meninggalkan percobaan ini setelah melihat bahwa hal ini amat merusak?
Saya tidak berbicara dengan para pemuda, saya tidak ingin mereka mendengar, saya tahu, mungkin mereka menyanggah dan mencemoohkan saya karena saya telah menghalangi mereka untuk memperoleh kenikmatan dan kelezatan, akan tetapi saya berbicara kepada kalian, putri-putriku, wahai putriku yang beriman dan beragama! Putriku yang terhormat dan terpelihara ketahuilah bahwa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain kecuali engkau.
Oleh karena itu jangan berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengarkan ucapan mereka yang merayumu dengan pergaulan yang alasannya, hak asasi, modernisasi, emansipasi dan kehidupan kampus. Sungguh kebanyakan orang yang terkutuk ini tidak beristri dan tidak memiliki anak, mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelezatan sementara. Sedangkan saya adalah seorang ayah dari empat orang gadis. Bila saya membela kalian, berarti saya membela putri-putriku sendiri. Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk putri-putriku.
Sesungguhnya tidak ada yang mereka inginkan selain memperkosa kehormatan wanita, kemuliaan yang tercela tidak akan bisa kembali, begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat ditemukan kembali.
Bila anak putri jatuh, tak seorangpun di antara mereka mau menyingsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan, yang engkau dapati mereka hanya memperebutkan kecantikan si gadis, apabila telah berubah dan hilang, mereka pun lalu pergi menelantarkannya, persis seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikitpun.
Inilah nasehatku padamu, putriku. Inilah kebenaran. Selain ini janganlah engkau percayai. Sadarlah bahwa di tanganmulah, bukan di tangan kami kaum laki-laki, kunci pintu perbaikan. Bila mau perbaikilah diri kalian, dengan demikian umat pun kan menjadi baik.
(wallahul musta’an).
Ali Ath-Thanthawi
http://indonesian.iloveallaah.com/wahai-puteriku/
Jangan Berputus Asa
"Ah!! Tensionnya!"
"Banyaknya masalah"
"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"
Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)
Adakah manusia yang tidak punya masalah?
Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya: Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?
Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...
Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.
Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.
Berhadapanlah dengannya.
"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.
"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.
"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."
Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.
Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.
Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:
"Oh Masalah, Aku ada Allah yang Maha Besar!"
Allah Pasti Akan Membantu
"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.
"Sabar..Sabar.."
Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.
Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)
"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.
Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Beberapa minit berlalu....
Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.
Berjaya pula dia mendapat 10/10.
Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!
Jangan berputus asa
"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."
Ingatkah kita pada firmanNya ;
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.
Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.
"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."
Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?
Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.
Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.
Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.
Kembalilah... Allah menantimu.
Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.
Sungguh, Dia lebih Mengetahui!
Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1507-jangan-berputus-asa.html
Maafkan Aku Wahai Suami...
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?
Jawabnya, dengan iman.
Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya". [B]Virus iman ialah ego (takbur)[/B]. Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan... Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami 'disabotaj'nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh... sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
House dan Home
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi... kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Dapatkan Cinta Dengan 'Membeli' Cinta
Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."
Carilah Allah
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
"Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin."
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya.[B] Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala[/B]. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1505-maafkan-aku-wahai-suami.html
Ahad, 9 Januari 2011
Selamat Menempuh Semesta Baru
Assalamu’alikum w.b.t…
Pertama-tamanya, marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah syukur kepada Allah s.w.t diatas segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Tidak lupa juga selawat dan salam buat Rasul junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w, kerana tanpa perjuagan, kelelahan dan kesakitan Baginda s.a.w dan para sahabatnya dimasa dahulu, mungkin nikmat iman dan islam tidak dapat untuk kita rasai sebagaimana sekarang.
Rasanya tidak terlewat untuk saya ucapkan Ahlan wa Sahlan kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi yang datang ke kampus bagi memulakan sesi pembelajaran semesta baru 2010/2011 yang mungkin datang dengan membawa misi dan visi serta target baru untuk terus cemerlang dalam pencapaian akedemik. Usah dingati akan kejayaan atau pun kegagalan kita dalam mencapai target kita pada semesta lepas tapi jangan pula tidak direnungkan kembali akan kesilapan yang ada padanya kerana pada renungan itu akan terbuka satu pencerahan dari sudut motivasi dan semangat juang untuk terus menapak kukuh dalam melayari bahtera ilmu di university ini.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, begitulah bilamana kita bergelar penuntuk ilmu lebih-lebih lagi Mahasiswa, maka ada kalanya kita mencapi kepuasan dengan mendapat pointer yang baik dan adakalanya kita kita gelisah setelah mendapat pointer yang sebaliknya. Sebenarnya itulah resam kehidupan penuntut ilmu. Belajar itu satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap manusia bahkan lebih-lebih lagi kita yang bergelar Mahasiswa. Penguasaan ilmu dengan kefahaman yang mendalam tentang setiap ilmu yang diperolehi adalah penting untuk Mahasiswa kerana ianya adalah merupakan satu keperluan dan juga merupakan salah satu daripada strategi untuk lebih bersedia menghadapi Final Exam di penghujung semester khususnya dan alam pekerjaan umumnya.
Teringat akan sabdaan Rasulullah s.a.w :
“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu.” (Riwayat Muslim)
Jelaslah daripada hadis diatas, bahawa ilmu dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang boleh membawa kita lebih dekat kepada Allah s.w.t dan selalu mengingatinya. Sesungguhnya ilmu yang kita perolehi di Universiti ini jika ditanam dngan niat yang Ikhlas kerana Allah s.w.t boleh membawa diri kita untuk membuka mata dan minda kita tentang keagungan ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-‘Alaq, 96: 1-5)
Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah-kaedah bagaimana untuk mencanang ilmu yang diperolehi dngan baik dan semestinya ianya harus dimulai dengan niat, penyusunan waktu belajar yang baik dan tersusun, bergerak aktif dan bukan bersifat pasif, mengolah sesuatu yang baru dan mencabar diri untuk sesuatu yang mustahil, mendalami ilmu dengan meletakkan kefahaman yang tinggi disamping penghayatan yang penuh focus di dalam bilik kuliah, membuat list terhadap apa yang telah dipelajari setelah seharian belajar di bilik kuliah, tindakan selalu bertanya dan berani memberi idea juga dapat membangungkan minda bawah sedar untuk terus bersedia dengan idea-idea yang kreatif, selalu berzikir keran dengannya dapat merangsang bendalir kimia didalam otak yang berkenaan ingatan dan mengukuhkan jalinan antara neuron-neuron dalam otak, dan sebagainya.
Tambahan, bahan bacaan juga perlu bersifat kontemporari dan merintis amalan keintelektualan yang tidak sahaja berkenaan bahan bacaan yang bersifat akademik kursus sahaja tetapi diperlu juga akan ilmu yang boleh melahirkan rasa keinsafan kepada diri sendiri sebagai hambaNya kerana kita perlu bersedia dari segenap sudut ilmu pengetahuan dalam era globalisasi ini dan dunia yang makin menghampiri kehancuran dengan segala kemaksiatan yang terdahulu yang telah terakam dalam Al-Quran dan Hadis telah kembali pusingan nya. Selain membaca menjana minda, natijahnya hati pencinta ilmu akan meronta-ronta untuk menganalisis, mengkaji, berfikir dan berzikir terhadap fakta atau informasi yang diketahuinya. Lantaran itu, lanjutan hal tersebut membawanya kepada budaya bertanya dan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja, perkara yang ingin dianalisis itu. Justeru, wujud satu impak positif terhadap fikrah dan idealisme dalam kalangan mahasiswa.
Seharusnya mahasiswa bersedia memainkan peranan yang boleh membawa kepada percaturan baru dalam alam kampus. Dimana percaturan yang membawa kepada kesepaduan dalam membawa Ilmu dunia dan ilmu akhirat dan seterusnya mewujdkan satu intiti baru yang melambangkan university kita yang bukan sahaja Terbaik dalam akademik dari sudut engineering tetapi juga kuat nilai-nilai islamnya. Justeru itu Mahasiswa saharusnya tahu akan kepentinangannya didalam university lebih-lebih lagi sekarang kita begelar Mahasiswa universiti Penyelidikkan dan seharusnya perwatakkan kita juga harus lain dari yang lain. Tidak lupa juga saya ingin ingatkan sahabat-sahabat akan pilihan raya yang akan menjelma, diharaplah sahabat yang bergelar Mahasiswa merebut peluang untuk memilih calon-calon yang terbaik ntuk mewakili suara Emas kalian agar kebajikkan sahabat-sahabat terjaga dan terpelihara.
Akhir kata dari saya, Oleh itu, sambutlah pencetusan ledakan fenomena budaya mencintai ilmu pengetahuan dan tuntutlah ilmu yang bermanfaat buat mahasiswa itu sendiri dan masyarakat sejagat. Mahasiswa perlu ingat bahawa, jikalau kita mahu melihat bagaimanakah keadaan negara pada masa akan datang, lihatlah pada generasi muda yang berada pada hari ini. Pilihan di tangan kita untuk mencetus fenomena budaya mencintai ilmu pengetahuan yang luas ini. Selamat menempuh semester baru dengan Azam dan tekad yang baru dan yang penting biarlah ianya adalah unuk Allah s.w.t.
Wallahua’lam.
Sabtu, 8 Januari 2011
Khutbah Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah, sedikit perkongsian yang akan dibuat melalui laman blog kali ini
Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."
Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."
Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda-pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam perjuangan Islam, maka Rasulullah SAW begitu mengambil berat terhadap pendidikan golongan pemuda. Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah dari kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah SAW sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan lain-lain lagi.
Sementara mereka yang menyertai golongan penentang dakwah Rasulullah SAW ialah daripada golongan tua yang menganggap diri mereka lebih banyak makan garam daripada orang lain seperti Abu Jahal, dan lain-lain lagi. Muslimin sidang jumaat sekalian! Golongan pemuda Islam pada hari ini pula seolah-olah telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Mereka berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali. Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka.
Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah SWT seperti meninggalkan sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan mereka. Seolah-olah lebih payah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api. Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain dam di atas wakaf bermula dari fajar sehingga larut malam, bertemankan sebatang lilin atau cahaya rembulan. Tempat-tempat umum seperti perhentian bas dan pasar-pasar menjadi tempat longgokan pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup.
Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia, tidak ada guna di dunia dan di akhirat. Di sana mereka mengayakan fesyen terbaru yang digayai oleh pemuda-pemudi daripada negara barat, yang ditaja oleh golongan Yahudi dan Nasrani bertujuan menyesatkan dan memesongkan mereka daripada Islam.
Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah menyebabkan berlaku gejala sosial seperti berzina, rogol dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina. Jika kaum jahiliyyah sebelum datangnya Islam dihina kerana melakukan pembunuhan kanak-kanak perempuan yang baru lahir secara ditanam hidup-hidup, maka ada pemuda-pemudi Islam hari ini lebih hina kerana membunuh anak yang baru lahir hasil daripada perbuatan zina tidak lagi mengira lelaki atau perempuan, bukan lagi ditanam tetapi dibunuh begitu sahaja di dalam longkang, tong sampah dan di sungai yang kemudiannya menjadi santapan istimewa burung gagak, ular sawa, biawak, buaya dan anjing liar.
Pemuda-pemudi Islam juga menjadi penagih dadah, ganja, pil khayal, ubat batuk dan sebagainya. Mereka ini bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga menyusahkan orang lain. Kerana merekalah ibu-bapa menjadi malu, kerana merekalah masyarakat tidak tenteram kerana berlakunya kes-kes kecurian dan rompakan.
Kerana mereka kerajaan terpaksa berbelanja beratus-ratus juta setahun untuk menyara hidup mereka di dalam pusat pemulihan seperti kata pepatah melayu; seperti memikul biawak hidup' atau 'tiada beban batu digalas.
Begitulah sebahagian daripada contoh kerosakan perangai dan akhlak dikalangan muda-mudi hari ini. Siapakah yang bersalah di dalam soal ini? Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain melainkan mereka hendaklah bersama-sama membuat perhitungan sendiri. Kita tidak perlu bergaduh sesama sendiriuntuk menentukan siapakah yang bersalah sehingga kita membetulkan keadaan yang ada. Tidak ada seorangpun yang terkecuali daripada tanggungjawab yang besar ini bermula daripada seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Marilah sama-sama kita membentuk diri kita menjadi seorang yang patuh kepada Allah SWT.
Kemudia marilah kita sama-sama membentuk sebuah keluarg Islam yang terdiri daripada ibu-bapa dan anak-anak yang beramal dengan ajaran Islam sehingga sebuah rumah tangga itu boleh disifatkan dengan "baiti jannati" rumahku syurgaku.
Hasil daripada setiap keluarga Islam yang beramal dan patuh terhadap ajaran Islam, maka akan lahirlah pula masyarakat Islam dan negara Islam yang diberkati dan diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu-pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) lalu kami menghukum mereka kerana apa yang mereka lakukan."
Namanya Iblis
Asalamu'alaikum...
Alhamdulillah, Allah masih bagi kita kelapangan waktu untuk berkongsi sedikit cerita yang menarik dengan sahabat-sahabat semua.. Semoga mendapat sesuatu didalam pembacaan cerita ini nanti..
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif.Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.
Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."
Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.
Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan.
Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah.
Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku.
Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."
(Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
Rabu, 5 Januari 2011
Kalau ada pakaian yang koyak
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t tuhan sekalian Alam yang menjadikan setiap sesuatu yang tiada kapada ada dan yang menjadikan yang ada kepada tiada. Selawat dan salam keatas Rasul junjungan besar kita Muhammad s.a.w.
Kali ini perkongsian yang akan dibuat dalam laman Blog aku ini adalah berkisarkan penceritaan yang akan membuka mata kita bahawa yang kadang-kadang kita terlupa dengannya..
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.
Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Hebatkan Baginda s.a.w dalam membuat pengorbanan yang tidak dinyatakan dangan mulut tapi memalui perbuatannya..
Ya, Allah...
Engkau jadikanlah kami seorang pemimpin yang mencontohi keperibadian Baginda s.a.w..
Engkau jadikan kami Enak dalam ujian-Mu Sebagaimana Rasulullah s.a.w...
Engkau jadikan lah kami Tabah setabah Rasulullah s.a.w..
Engkau jadikan lah kami Semakan merindui Mu dan mencintai Rasul-Mu..
Engkau jadikan lah kami tergolong dalam golongan yang sentiasa mencintai Rasul-Mu...
Amin ya Rabb...
Langgan:
Catatan (Atom)