Ahad, 1 April 2012

Negara Islam Adalah Negara Hukum



Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah s.w.t kerana masih lagi dianugerahkan buat kita nikmat hidup dan nikmat khudrat dan upaya untuk kita bergerak dalam alam Duniawi ini… Selawat dan salam juga buat Rasul junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w…
Kali ini perkongsian yang ingin aku lakukan adalah berkenaan dengan sebuah buku yang cantik adunan tulisan dan susunan babnya yang mana pada saat aku hendak membelinya aku rasa berat dan berbelah bagi sebab kecil tulisannya dan tebal bukunya.. Tapi bila dibukakan dan dibaca tajuk dah isi huraiannya membuat aku rasa perlu untuk aku memilikinya…
Buku jilid satu hasil karya Dr. ‘Abdul Karem Zaidan yang berjudul “ Dasar-Dasar Ilmu Dakwah “ ini benar-benar memberi keghairahan buat aku untuk aku berkongsi isinya dengan teman-teman sekalian.. Sungguh aku bukanlah pandai dan hebat dalam penulisan, dan apa yang boleh aku buat adalah dengan berkongsi sesuatu yang mungkin memudahkan kita semua memperolehi maklumat sama-sama..
Tulisan buku ini agar sukar juga untuk dimengertikan kerana loghat yang digunakan adalah loghat Indonesi berbanding buku “ Tasawwur Asasi Gerakan Islam” pula karya Fathi Yakan yang loghatnya adalah Arab yang memerlukan pembacaan yang berulang-ulang kali untuk di imaginasikan dan disesuaikan dengan waqi’ kita di Malaysia…  Semoga dapat input yg baik buat kita semua, dan tajuk yang mencuit hati aku untuk berkongsi dengan teman-teman adalah berkenaan “ Negara Islam Adalah Negara Hukum “….
Negara Islam adalah Negara Hukum adalah Negara yang semua tindak-tanduknya dan segenap urusannya dan seluruh rakyatnya tunduk pada hukum. Yang dimaksudkan hukum bagi kepala Negara (Khalifah) ialah hukum Islam yang tercantum didalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya dan juga mencakup hukum-hakam yang bersumberkan ijtihad yang benar.
Allah s.w.t berfirman :
“ Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dari Tuhan kamu dan janganlah kamu mengikuti selainnya sebagai penolong. ”
(Surah Al-A’raf : Ayat 3)

Firman Allah Ta’ala lagi :
“ Ikutilah Allah dan Rasul-Nya begitu juga ikutilah orang-orang yang memerintahi kamu (orang-orang yang mengurus pekerjaan kamu) yang ia daripadamu ”
(Surah An-Nisa’ : Ayat 59)

Kerana itu apatlah dikatakan sistem pemerintahan islam tidak berdasarkan kebatilan yang timbul dari kepentingan ambisi yang akan menimbulkan sistem yang zalim, yang hanya lahir dari perasaan sombong, cinta kepada kerosakan dan ingin memeras orang lain seperti yang berlaku dalam sistem pemerintahan buatan manusia. Kerana sistem pemerintahan dalam Islam itu tunduk dibawah kekuasaan Allah yang terhindar dari kekurangan dan kerosakan.
Dan sebagai tanda ketundukan ini bahawa ummat dalam memilih Khalifahnya atau anggota Syura selalu memilih dengan cara dan ketentuan yang diatur oleh hukum dan bagi angota majlis Ahlu Syura harus melaksanakan tugas dan kewajipannya dengan sebaik-baiknya, dalam mengeluarkan pendapat yang betul-betul eluar dari hati yang penuh takut dan takwa kepada Allah mereka selalu member saran dan kritik yang akan membawa kepada kebaikkan pada ummat dan mereka tidak mengharapkan selain daripada keredhaan Allah. Maka setiap penegak Islam harus tunduk dan opatuh apa isi ajarannya.
Kalau Negara Islam adalah Negara hukum, maka hukumannya adalah hukum Islam (Allah) dan apa saja perselisihan pendapat haruslah kembali kepada hukum yang telah ditetapkan Allah Azza wajalla iaitu pada hukumnya sendiri tidak boleh melihat pada hukum yang lain.
Firman Allah Ta’ala :
“ Jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara hendaklah kamu kembalikan kepada Kitab Allah dan Rasul-Nya jika kamu beriman kepada Allah dan hari Kiamat. ”
(Surah An-Nisa’ : Ayat 59)
Kebenaran yang sebenarnya apabila bersumberkan hukum Allah sekalipun Negara yang melaksanakannya itu lemah, sebaliknya kebatilan itu apabila  bertentangan dengan agama Allah sekalipun yang melaksanakannya itu Negara kuat.
Kalau Negara islam itu Negara hukum, Negara yang patuh tunduk dibawah kekuasaan islam yang ertinya bahawa yang berkuasa dan yang menetapkan hukum dan peraturan ialah Allah s.w.t.
Dalam kontek pemerintahan islam bagi Negara islam yang mengimpilmentasikan hukum hakam islam, maka pangkal kepada pemerintahan islam itu adalah pemimpinnya. Kita semua harus sedar dan dan tahu bahawasanya Pemerintahan dalam Islam hanyalah merupakan alat dan bukanlah tujuan, alat yang akan digunakan untuk memacu pembinaan Negara islam itu berladaskan hukum islam dan mengizzahkan islam. Terdapat dua tujuan yang harus diletakkan oleh Khalifah didalam pemerintahannya iaitu memelihara agama dan mengatur urusan dunia.
Dalam tujuan yang pertama iaitu memelihara agama diertikan dengan mempertahankan keutuhan ajaran-ajarannya teruatama ajaran-ajaran pokok agama dan kesuciannya, serta menyebar luaskan gama islam di tengah-tengah kelompok manusia sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w, para sahabat dan seterusnya oleh orang-orang yang mengikuti mereka. Usaha menjaga dan memelihara agama dengan mendirikan benteng-benteng pertahanan dan memperkuatkan persenjataan serta menyiapkan tentera yang cukup terlatih, sehingga musuh tidak akan mampu melanggar kehormatan ummat islam, tidak dapat menumpuhkan darah ummat islam dan yang bukan islam dalam kawasan Negara Islam.

Sebenarnya menolak musuh itu penting dalam memelihara dan mempertahankan agama. Kerana apabila Negara islam dikuasai oleh musuh islam bererti hancurlah agama islam dan ini termasuk fitnah yang terbesar yang menimpa ummat islam yang akan dapat melemahkan keyakinan ummat Islam kerana dibawah kekuasaan orang yang bukan islam yang selalu berusaha untuk menjauhkan ummat islam dari ajaran agama yang sebenar, baik secara pujukkan, paksaan atau penyesatan. Bahkan dapat tambahkan, kesempurnaan dalam mempertahankan agama dan menyatakan kelebihan islam dari ajaran-ajaran yang lain, sehingga tidak ada lagi kesempatan bagi orang-orang lain untuk memerintah, menuasai dan tidak ada lagi suatu teori yang lebih baik dari ajaran Islam. Al-Mawardi menyatakan jihad terhadap sesiapa sahaja yang menentang islam sesudah sampai Dakwah kepadanya, sehingga mereka masuk atau tunduk dibawah kekauasaan Islam. Kawajaban Khalifah untuk meninggikan agama Allah s.w.t di atas permukaan bumi ini sehingga lebih tinggi dari yang lain.
Adapun pada tujuan yang kedua, ialah mengurus kehidupan manusia. Urusan keduniaan termasuk bidang yang diataur agama yakni agama yang mengatur Negara dan rakyat agar tercapai kemaslahatan dan terhindar dari kerosakkan. Ini dapat dapat dilaksanakan apabila pengaturan kehidupan ini diataur oleh hukum-hakam agama yang tercantum didalam syariat atau yang terambil dari sayariat denga perantaraan ijtihad yang benar. Inilah siasah syar’iyyah untuk mengatur keduniaan diantara tujuan siasah syar’iyyah itu tercakup dalam tujuan pemerintahan dalam islam yang menjadi tugas pokok para pemimpin untuk mencapainya.
Dalam buku ini digariskan kan 2 perkara yang perlu diambil perhatian berat semasa melaksanakan pemerintahan iaitu adalah menegakkan keadilan dan yang keduanya adalah memelihara keamanan dan ketenteraman Negara.
Belum habis lagi perbahasan yang dibincangkan dalam buku ini, dan diarapkan teman-teman boleh membaca dan memperolehi bukunya sendir di kedai-kedai yang ada… Sungguh, untuk mendalamkan lagi pemahaman perlu kepada pemilikkan buku yang belbagai, agar kita dapat menyesuiakan dangan waqi’ dimalaysia kita ini… Dakwah itu bukan pilihan tapi sesuatu tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Perlaksaan dakwah itu bergantung kepada waqi’, dan kemampuan kita.. semoga Allah mengampuni kita dan para pejuang islam yang berusaha dalam menegakkan Agama Islam khususnya di Negara kita dan umumnya di Dunia. Sesungguhnya tidak lah Allah s.w.t jadikan sesuatu itu dengan sia-sia…
Wallahua’lam..

Tiada ulasan: