" Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masaalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik " (",)
Khamis, 28 April 2011
Tekanan Ujian Para Da'ie
Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan tenaga, masa, ruang dan peluang yang semua itu adalah nikmat dari Allah kepada aku untuk menitipkan sesuatu buat perkongsian kita semua. Juga selawat dan salam keatas junjungn besar kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Sudah sekian lama aku menyepi dalam lapangan penulisan ini lantaran kesempitan masa dan waktu lapang, tapi Alhamdulillah, Allah berikan juga kesempatan untuk kita bersua dilaman bloh bernama “Tinta Harian”. Benarlah waktu itu ibarat emas, setiap saat itu ada harga dan nilainya. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di dunia bahkan di akhirat… Amin.
Buat makluman kalian semua, setiap penulisan aku adalah berdasarkan rujukan buku dan juga sisipan pengalaman yang tersimpan kukuh dalam ingtan.moga yang baik dapat diambil dan buruk dapat ditegur secepatnya. Kali ini perkongsian yang ingin aku titipkan adalah melalui pembacaan buku yang berjudul “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah” daripada nukilan Fathi Yakan.
Buku ini seharusnya dibaca dah difaham oleh mereka yang bergelar muslim, mana tidaknya kita semua adalah khalifah dan hamba-Nya , maka secara tidak langsung kita lah sebenarnya yang harus pikul tanggungjawab seorang Da’ie untuk menyebar luaskan Islam sekadar ilmu dan kemampuan yang kita miliki. “ Indah Khabar dari rupa “ , inilah kata-kata seorang muallaf yang sampai ke telinga aku semasa ceramah berbentuk forum yang disampaikannya sungguh membuat aku terpukul ketika itu. Katanya lagi “ jika islam itu dicari pada orang islam sudah pasti saya tidak memeluk islam, tapi melalui kajian dan perbandingan agama lah yang membawa saya kepada islam. “ .
Tidak jelas lagi kah kita akan hal yang dinyatakan oleh saudara baru kita itu?, menurut padangan aku yang daif ini, kata-katanya menyatakan bahawa islam itu tidak hada pada diri umat islam zaman sekarang. Islam itu tidak ada pada kita kerana islam diinjak-injak orang penganutnya sendiri, mempertikaikan hukum Allah, memudahkan apa yang berat dan memberatkan apa yang ringan dari sudut hukum hakam dan sebagainya. Contohnya pakaian wanita islam, adakah semua penganut agama islam ini mengikuti apa yang telah Allah perintahkan ? pasti tidak bukan? Habis siapa yang akan akan menuruti perintah Allah Azza Wajalla jika bukan kita yang mengEsakan Allah? Tepuk dada, tanya Iman.
Maka jika kita semua sedar akan tanggungjawab kita, maka mesti kita kena persiapkan diri akan sebarang kemungkinan, dalam buka yang telah dibaca ada menyatakan Tekanan Ujian yang bakal dihadapi oleh mereka yang sedar tanggungjawab sebagai khalifah dan seterusnya bergelar da’ie ini dalam menyebarkan risalah islam. Tapi fokus penulisan aku kali ini adalah lebih kepada Tekanan Ujian. Sebab apa wujudnya ujian adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji keimanan dan membersihkan barisan yang membawa islam. Kita kena ingat ujian yang datang kepada para da’ie itu bukan untuk ditangisi, bukan untuk dikecewai, bukan untuk dimarahi, tapi untuk diperbaiki kekurangan yang ada dan berserah diri kepada Allah s.w.t, kerana Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan dan sudah pasti ada hikmahnya yang mungkin bukan 1, 2 tapi mungkin banyak hikamahnya yang kita tidak ketahui.
Biasalah, bila perjuangan ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan tuntutan dalam islam, maka nak tak nak akan hadir mereka-mereka yang menyembah thorut yang menjadi kawat berduri yang menghalangi jalan dakwah islamiah yang akan dilalui sang da’ie.
Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud :
Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji lagi.
(Surah Al-‘Ankabut : Ayat 1-2)
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, dulu ramai dalam kehidupan seorang pendakwah ini meninggalkan dakwah mereka kerana kalah dengan ujian yang menghujan. Semestinya ujian seorang pendakwah itu adalah besar, maka jiwa, harta, masa dan sebagainya perlu menjadi galang ganti untuknya dalam menggalas Tanggungjawab dan amanah yang telah Allah s.w.t pikulkan kepadanya.
Daripada Hadis yang telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadis Anas dalam tajuk; “Akhlak Yang Luhur”, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah : 1) Mukmin yang dengki kepadanya. 2)Munafiq yang benci kepadanya. 3) Kafir yang memeranginya. 4) Syaitan yang menyesatkannya. 5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya. “
Sudah jelas bahawa dalam hadis ini telah diterangkan perkara-perkara yang bakal berlaku kepada para da’ie yang berjuang untuk mendokong agama Allah s.w.t supaya mereka para da’ie berhati-hati dan bersiap sedia. Para da’ie juga seharusnya mempersiapkan juga dirinya dengan bekalan-bekalan yang cukup agar mereka mampu mengharungi ujian yang bakal dihujani dalam lapangan dakwah dengan selamat.
Firman Allah s.w.t yang membawa maksud :
“ Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik-buruknya) keadaanmu.”
(Surah Muhammad : Ayat 31)
Sedar tidak sedar, ujian yang datang itu sebenarnya adalah untuk kita merenung akan kesilapan kita, buat check and balance, untuk membawa kita lebih dekat dengan Allah s.w.t, untuk kita memperkukuhkan lagi langkah jihad kita. Tidak ada ujian yang Allah s.w.t timpakan kepada Hamba-Nya dengan sia-sia apatah lagi buat mereka yang memperjuangkan agama Allah s.w.t. Maka berserah dirilah kepada Allah untuk setiap perkara yang dilakukan dan bersabarlah akan ujian yang menimpa.
Firman Allah dalam surah Ali-‘Imran yang membawa maksud :
“ (Yaitu) orang-orang (yang menta;ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka yang orang-orang yang menyatakan : “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “ Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ”
(Surah Ali-‘Imran : Ayat 173)
Allah s.w.t, tidak mungkin akan meninggalkan seorang da’ie itu sendirian, bahkan kita juga berada dibawah pemantauan Allah s.w.t yang tidak bersifat dengan sifat hamba-Nya iaitu seperti mengantuk, tidur, letih dan sebagainya kerana itu sifat yang mustahil bagi Allah s.w.t selaku Tuhan pencipta Segala-galanya.
Da’ie yang bersifat zuhud hatinya tidak mungkin akan berpaling tadah dari ujian yang hadir dihadapan, mereka tidak akan gentar walau sedikit, mereka tidak takut akan tentang dan ancaman, mereka lahir bak seorang yang baru selepas solatnya, solatnya menjadi penawar duka dan rindu, doanya menjadi senjata untuk mengukuhkan lagi hubungannya dengan Allah s.w.t. Perjuangan dakwahnya bergerak atas dasar Cinta dan kefahaman. Jangan salah Faham akan perkataan “Cinta”, cinta disini adalah cinta kepada Khalik (Pencipta), cinta akan syurga Allah, Cinta akan Rasulullah, Cinta akan dakwah dan sebagainya. Cinta dengan manusia dalam perjalanan dakwah adalah sebagai batu loncatan buat seorang da’ie itu untuk dia lebih mengenal dan mencintai Allah, mencari seberapa banyak bekalan akhirat, dan utk mengelakkan dari fitnah wanita.
Firman Allah s.w.t yang membawa maksud :
“ Dan diantara manusia ada orang berkata : “kami beriman kepada Allah”, maka apabila disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata : “Sesungguhnya kami adalah bersertamu”. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada mereka? Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang Munafiq.”
(Surah Al-Ankabut : Ayat 10-11)
Firman Allah s.w.t lagi membawa maksud :
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”
(Surah Ali-‘Imran : Ayat 186)
Jadi seharusnya para da’ie menanam subur sifat sabar ini dalam jiwanya agar ianya boleh menjadi benteng untuk meyelamatkan diri dari tercicir dari jalan dakwah dan sudah semestinya ia akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
Jangan kita lupa akan ketetapan Allah yang menyatakan penghujung nya nati adalah kemenangan yang Hak yakni Islam. Buat para da’ie, Pasakkanlah hati dengan pasakkan yang kukuh, tunjangkan lah cinta dalam jalan dakwahmu, gagahilah langkahmu dengan keberanian, pecutlah dalam pencarian pahala dan redha Allah serta kembalilah serah segala-gala milikmu untuk Allah termasuk anak dan isterimu.
Untuk yang terakhirnya, aku ingin kongsikan satu hadis yang membalut aku dengan kenangan lama aku seketika di KL yang tersimpan kemas di dalam kotak ingatan ku sampai ke hayat hidupku sekarang dan insyaAllah ke penghujung nyawa, hadis yang nak dikongsikan adalah Hadis 19 daripada Hadis 40 Iman Nawawi.
“ Abu Abbas; Abdullah bin Abbas melaporkan, “ Pada suatu hari saya menunggang binatang tunggangan bersama Nabi Muhammad. Saya duduk dibelakang beliau.
Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada saya, ‘Wahai anak muda, saya ada beberapa pesanan untukmu. Jagalah hak Allah, pasti Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, pasti kamu akan sentiasa merasakan Dia ada bersamamu.
Apabila kemu hendak meminta sesuatu, mintalah daripada Allah. Jika kamu perlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah
Ketahuilah, sekiranya semua manusia bersatu memberika apa yang berfaedah kepadamu, kamu tidak akan mendapat faedah itu melainkan hal itu memang sudah ditulis oleh Allah.
Walaupun semua manusia bersatu bagi memberikan apa yang buruk kepadamu, kamu tidaka akan ditimpa keburukan itu melainkan hal itu memang sudah dituliskan oleh Allah. Mata pena sudah diangkat, manakala buka catatan sudah ditutup.’ ”
(Hadis direkodkan oleh Tarmizi)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan