Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk aku melorekkan sedikit kata dalam blog aku nih..
Penceritaan aku ni berkaitan seorang temanku yang meluahkan perasaan dan penyesalannya yang bermain-main dalam benak ingatan aku kini yang juga untuk berkongsi ikhtibar untuk kita semua yang bergelar manusia yang sering lupa akan asal usul kita, yang sering lupa akan akhir hayat penghidupan … kisah ini adalah mengenai hidup ku, bukan nak membuka aib sendiri tapi nak membuka mata kesedaran buat sahabat-sahabat agar ianya tak diulangi…
Pertama kali dalam hidup ku aku kehilangan seseorang yang aku sangat sayang , yang banyak mengajaraku erti kesabaran, nasihat, pertolongan, ingatan, semangat dan yang boleh dikatakan agak banyak mencorak aku dari kecil sehinggalah sekarang…. Insan itu adalah yang bernama Ibu….
Ibu meninggalkan aku sudah hampir setahun… dalam hati kecil aku, aku sangat rindukan masakkan ibu, kasih saying ibu, belaian ibu, dan segala-galanya berkenaan ibu… tapi semua itu aku perlu gagahi kerana aku tahu adik-adik aku pun sedih akan pemergian insan yang tersayang jadi tanggungjawab aku adalah gembirakan mereka… Maka Aku mesti kuat, walaupun hakikatnya aku lemah sama sekali…
Memori berkenaan ibu membawa aku untuk menceritakan waktu aku bersama-sama ibu ku yang tersayang… Aku masih disaat kecil ku, sangat banyak perkara yang telah aku lukakan hati ibu aku sendiri… ianya bermula dari hari kelahiran aku, penceritaan ini aku dapat dari cerita kakak ku sendiri… bermula aku dari sebulan ke 2 bulan, dari 2 bulan ke 3 bulan asyik menangis jer sehingga doctor pn tak leh wat pe2 masa itu… yela aku dulu time bayi dulu kakak aku kata aku kuat menangis… dari siang dibawa kemalam aku menangis sehingga kakang-kadang ibu tak sempat tidur kerana nak reda kan tangisan aku….huhuhu….tapi ibu kau tetap bersabar dengan aku… aku saying ibu…
Dari bayi perangai ku hinggalah ke kanak-kanak dibawa-bawa… yela, time bayi menangis bila masuk pasti pula wat hal lain pula dan sekali lagi ibu buktikan kasih saying dia pada aku… aku ingat ibu saat kau menggendong aku dengan basikal buruk untuk hantar aku ke pasti, kau berpeluh-peluh, tapi kau tetap senyum pada ku di pintu pagar pasti.. aku masih ingat lagi senyuman mu itu dan pesanan mu supaya belajar bersungguh-sungguh…. Tapi aku kat pasti selalu jer gaduh dan melawan cakap cikgu dan markah peperiksaan ku pun paling tercorok … sampai aku tak dapat grad bersama kawan-kawan pasti ku yang lain… yela mereka yang grad akan diberi hadiah baju, aku sekali lagi menyusahkan hati mu ibu dengan menangis, dengan merajuk tak nak ke pasti dan belajar lagi…. Tapi ibu, kau tebalkan muka memohon baju dengan cikgu untuk aku…. Aku saying ibu aku…
Dari pasti perangai ku dibawak pula ke sekolah rendah, susahnya aku nak belajar time tuh sehingga ibu terpaksa tunggu aku dari masuk kelas di awal pagi sehinggalah akhir kelas dalam waktu tengahari… ibu ketika tuh aku masih ingat ibu, kau mengesat peluhmu dimuka mu disaat kau berpayung cahaya matahari sehingga 2 minggu kau tahan panas mentari untuk anak mu ini ibu… aku rindu mu ibu….
Aku juga masih ingt ibu, saat kau dimalukan guru bahasa melayu ku sendiri masa PIBG sekolah di atas perangai buruk ku yag selalu bersifat kurang hajar dengan cikgu… tapi ibu kau tetap bagi senyuman mu buat ku selepas itu walaupun aku berkali-kali memalukan dan melukakkan hati mu… aku sangat sayang mu ibu….
Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah aku tetap juga begitu sehinggalah saat Allah s.w.t, buka mata aku dengan meletakkan aku di kelas hujung dalam sekolah… dari situ aku lihat rakan-rakan aku begitu biadap dan lagi biadap dari aku, ada yang bergaduh sampai menggunakan pisau, aku takut sangat masa itu, dan ketakutan itu aku ceritakan pada ibu, dan disaat itu lah pertama kalinya ibu menjadi sumber rujukkan aku…. Segala-galanya aku ceritakan padanya dan ibu selalu menjadi pendengar yang baik untuk permasaalahan aku… saat aku lemah, aku marah, aku sedih, ibu ada besama…. Saat itu juga lah pertama kalinya Aku menghargainya…. Aku sangat sayang dan rindu pada ibu….
Dari kelas hujung dalam sekolah aku melompat ke kelas pertama yang menjadi kebanggaan sekolah dan dari kelas pertama pula aku menjadi 5 antara pelajar harapan sekolah.. semua itu atas jasa ibu aku… atas nasihat, pandangan dan tunjuk ajarnya yang penuh kasih sayang pada anak mu yang jahat dan degil ini….
Aku masih ingat ibu saat- saat akhir SPM, cikgu adakan PIBG tapi kali ni kau tak hadir dan yang hadirnya adalah Ayah ku… dalam hati kecilku berkata, mungkin ibu sudah takut untuk hadirinya kerana sikat aku… aku tak kecewa pun ibu kalau ibu tak datang kerana dalam dasar hati dan jiwa ku mengatakan cukuplah hati ibu ku terasa dengan aku kerana perbuatanku di sekolah…. Sebab aku sayang mu wahai ibu ku… pada saat itu kau lah segala-galanya buat ku…
Aku masih ingat ibu saat-saat akhir SPM, hati ku cukup tenang sehingga Aku mampu menghafal surah Yasin, tapi masa itu aku belum mengerti mengapa aku dapat menghafal surah yasin dengan begitu cepan walaupan aku ketika itu hampir-hampir SPM… tapi aku gembira sangat dan berasa bangga sebab ibu gembira bila ibu tahu yang aku dah pun menghafal yasin… aku sayang pada mu ibu….
Setelah habis SPM, ak masih ingat akan mimpi aku, mimpi yang menyebabkan ianya menjadi kenyataan, mungkin ini lah dikatakan petunjuk dan kesempatan Allah s.w.t bagi pada aku untuk aku terus membuatmu gembira wahai ibu ku… Dalam mimpi itu, aku tengok jasad mu terbujur kaku di atas katil yang saat itu tak ada sesiapa sahaja melain kan aku dan tubuhmu yang kaku tu… aku menangis dan menyebut nama mu dalam mimpi sehingga terjaga dengan keadaan bajuku penuh dengan air mata…. Aku terus mencari ibu setelah tersedar…. Bila aku jumpa ibu, ibu terus senyum pada aku… lega rasanya hatiku sebab dapat pastikan bahawa ibu tak apa-apa…. Ibu ada bertanya mengapa aku menangis tapi aku sembunyikan mimpi aku ini… sehinggalah saat ini tak ada sapa tahu….
Dalam bulan 12 tahun 2006 ibu kau jatuh sakit… saat itu aku tengah menunggu result SPM ku… aku tengok mu ibu dari gemuk menjadi kurus dan dari ada rambut terus hilang rambut dari sehari ke sehari… hati ku menderita tengok keadaan mu ibu, dalam hati ku ingin sahaja aku mengambil alih tempat mu ibu… tapi Allah lah yang berkuasa segala-galanya, bersabar lah ibu, kami anak-anak mu ada disisi mu sebagaimana engkau ada disisi kami disaat kami sakit…. Kami sayang mu ibu..
Setelah keputusan SPM di umumkan, aku tak pergi ke sekolah untuk hari pertama sebab ibu sakit dan terlantar di hospital.. aku pergi hari kedua untuk ambil result…. Tapi cikgu telepon katakan aku mendapat result tertinggi dalam sekolah, aku bagitau pada Ayah dan Ayah bagitau pada mu Ibu, dan kau menangis sekali lagi ibu… kau menangis kerana tersangat gembira…. Aku sangat bersyukur pada Allah kerana memberi sedikit kegembiraan pada hati ibu ku melalui anaknya yang selalu memyusahkan dia disaat sihatnya an diwaktu kecil ku… terima kasih Allah….
Dengan keputusan SPM aku dapat masuk ke UTMKL, tapi ibu di dalam hati ku, aku nak temankan mu di sisi, tapi kau suruh aku pergi juga…. Dengan hati yang berat, mata yang berkaca aku gagahi juga kaki aku untuk melangkah meninggalkan ibu ku yang ketika itu dalam kesakitan…. Abang lah yang cuba menghiburkan aku disaat itu… dalam hati ku Allah sahaja yang tahu, sayang nya aku pada ibu… tersangat sayang….
Sesungguhnya Ajal dan maut tiada siapa boleh duga… sudah menjadi kebiasaan aku bila balik kampong tempat pertama sebelum aku jejak kaki ke rumah adalah hospital yang merupakan rumah kedua bagi ibu… disitulah aku menghabiskan masa cuti ku… aku tak boring sebab aku ada ibu untuk ku pandang setiap masa dan layan setiap waktu… aku bahagia sebab boleh hiburkan hati ibu… aku selalu bergurau dengan ibu dengan berkata “ ibu marahlah saya, saya rindukan suara ibu “… kenangan itu akan aku peluk kemas dalam dada ku….
Dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan dan dari tahun ke tahun wajah dan keadaan mu ibu semakin tenat… sehinggalah aku pulang wajah mu ibu ak tengok cekung, tubuh mu kurus, rambut mu hampir tiada, dan ibu kau menangis kerana aku tinggalkan ibu dalam keadaan sakit begitu dalam lafaz mu yang aku masih ingat “ sampai hati we tinggalkan ibu dalam keadaan sakit “…. sakit kata ibu pada aku… Itulah kali terakhir Ibu menangis pada aku… runtuh jantungku, hancur hatiku, gelap mata ku, longlai kaki ku ketika itu kerana kata-kata insan yang aku sangat sayangi ini dengan nada yang sangat-sangat lemah… Abang dan kakak ku cepat-cepat mengatakan ibu hanya bergurau sahaja…. Ibu aku tahu engkau bukan bergurau, sakit kata mu maka maknanya sangat sakit bagi insan biasa… ibu aku sayang mu sangat-sangat…. Maaf kan aku…
Tapi Allah maha Adil, Allah bagi kesempatan pada aku untuk menjaga ibu selama 3 malam sahaja…. Pada malam ketigalah saat-saat akhir mu ibu, diwaktu itu hanya ada aku dan adik ku yang baru tingkatan 3… aku terdengar sesak nafas mu, aku dekati mu dan aku terus panic, aku kejutkan adik ku dan arahkan dia mentelefon doctor… aku sanagt panic, aku mengiringkan mu dari keadaa asal mu yang berterlentang dan aku gosok belakang mu, tapi tak juga Berjaya meredakan sesak nafas ibu… ak cuba tinggikan katil untuk memudahkan pernafasan dengan niat di hatiku ibu bisa bernafas seperti biasa… tapi juga tak berhasil… aku telefon abang ku dan abang ku ingatkan aku untuk ajarkan ibu mengucap… aku perdengarkan syahadat untuk ibu tersayang ku dan aku tengok lidah Ibu tergerak-gerak dan aku yakin ibu mengikut sedaya upayanya bacaan yang aku ajarkan… dalam beberapa minit abang ku hadir bersama-sama ayah kesayangan dan kakak ku… aku lagilah bertambah gelisah bila melihat keadaan Ibu ku masih tidak pulih… doctor yang sedang bertungkus lumus cuba untuk menyelamatkan ibu ku dan aku tetap dengan lafaz ku… sebab aku nak ibu ku dapat syafaat dengan lafaz itu… dan Ibu hembuskan nafas terakhirnya dengan cukup tenang sekali… mata ku terus kabur masa itu, aku terduduk, aku bagaikan tak percaya yang ibu aku sayangi sudah tiada… sudah tiada senyumnya, sudah tiada nasihatnya, sudah tiada marahnya, sudah tiada masakkannya dan apa yang tinggal adalah memori… ibu walaupan kau tiada di dunia ini aku tetap sayang mu, aku tetap rindukan mu, aku tetap banyangkan ibu senyum pada ku….
Buat sahabat-sahabat, jagalah ibu kita, jagalah hati nya, jagalah nasihatnya, gembirakan lah dia dengan sedaya upaya mu sebab bila mana Allah tarik nikmat hidup ibu kita disamping kita, kita tak kan mampu kembalikan ibu kita walaupun dengan menggunakan sedaya upaya kita… ibu adalah anugerah teragung dalam hidup kita, dialah segala-galanya dalam permulaan hidup kita sehinggalah pengakhiran hidup nya… dialah murabbi yang mengajar kita erti kehidupan, yang mengajar kita erti perjuangan, yang mengajar kita erti berusaha… tanamlah dalam- dalam dalam dasar sanubari hati kita yang kita ingin berusaha untuk menjadi anak yang baik untuk mereka, anak yang memberi kebahagiaan didunia dan diakhirat…. Cerita ini adalah semata-mata untuk mereka yang bergelar anak…………
4 ulasan:
Diharap dapat meneruskan saki baki perjuangan yang masih perlu dilaksanakan untuk mencapai tahap kehidupan di masa hadapan yang lebih baik dan Indah, meskipun terpaksa melalui ranjau kehidupan yang penuh pahit.
Sentiasa pasangkan niat yang betul, jgn berputus asa, dan redha dgn ketentuan Ilahi.
InsyaAllah...
Hidup ini hanya sementara, dan Akhirat jualah tempat kembalinya kita t... Moga2 kita mennjadi Anak yang soleh...Amin
ananul: amin...yaALLAH amin... perjuangan anak yg soleh boleh bantu ibu dan ayah ke SyuargaNYA....
Amin...
InsayaAllah.... Moga2 bakti kita pada Kedua ibu bapa kita sentiasa berpanjangn... bukan sahaja semasa mereka hidup tapi juga setelah dipanggil Ilahi... Amin..
Catat Ulasan