Sabtu, 20 Mac 2010

KIsah Doktor Masuk Islam


From: "Hj Berahim, Muhammad Harris"



Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia
adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan
itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui
Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya
berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah
yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan
sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor
tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh
darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa
darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada
ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat
tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah
keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan
dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk
menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi
yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka
berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan
mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu
untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,
walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu
adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada
ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu
secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam
gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di
atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.

Tiada ulasan: