Isnin, 17 Oktober 2011

Seuntai kata untuk di Renung



Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t atas segala nikmat kurniaan-Nya terutamanya nikmat Iman dan Islam. Syukur juga pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk aku menaipkan sesuatu disaat ini bagi berkongsi sesuatu dengan teman-teman. Selawat dan salam Buat junjungan besar kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w, sesungghnya Allah dan para malaikat juga berselawat keatas Baginda s.a.w.
Setelah sekian lama jari aku kaku dalam melorekkan dan mempersembahkan lariannya di keyboard ini, akhirnya Allah memberi aku sekali lagi kesempatan untuk aku mencorek seutas kata untuk dikongsi bersama.

Dalam tempoh masa yang lama aku menyepi, pelbagai perkara melanda dan mengajar aku erti dan nilai sebuah kehidupan, benarlah kata orang, hidup kita ini tidak akan dapat kita duga walaupun sekelip mata atau jangka masa yang lebih pendek dari itu.

Untuk pemberitahuan teman-teman, baru-baru ini aku disibukkan dengan pelbagai program yang membawa aku kembali mengingat pada perjuangan, membawa aku kembali ingat pada seseorang yang dah lama menghilang dari hidup aku dan juga mengajar aku berhadapan dengan manusia-manusia yang pelbagai ragamnya. Kadang-kadang takut juga diri ini, takut aku tergolong dalam golongan yang hanya pandai cakap.

Permulaan bicara aku dengan dia bermula dengan keluhan rasa sedinya, yang lantas membuka satu tanggapan di fikiran aku yang dia sekarang memerlukan nasihat dan sokongan dari aku, dan kisah ini mungkin juga pernah berlaku pada teman-teman, katanya lebih kurang aku ingat,

Ya, Allah aku risau adakah disaat aku berehat sekejap ini adakah aku mendapat Redha-Mu??

Ya, Allah adakah jaminan untuk aku kesyurga-Mu jika aku bersenang dan mereka bersusah.

Ya, Allah adakah Engkau redha padaku jika aku mati disaat aku bersenang-senang??

Ya, Allah aku takut cinta aku pada-Mu hanya pada perkataan sahaja tanpa diikuti Perbuatan.



Luahan teman aku pada aku di suatu hari yang sangat bermakna buat aku dan dia, hari yang bertembungnya berlainan emosi dimana aku disaat itu dalam keadaan gembira dan dia pula sebaliknya, bila ditanya dijawabnya dengan panjang lebar.

“Entah kenapa malam ini aku rasa sedikit lemah, rasa terkurung dalam satu bilik yang sempit, aku tidak dapat bergerak seperti mereka yang lain, aku diberehatkan. Entah kenapa aku benci mendengar perkataan berehat”.

Dikala itu juga teringat aku akan perinsip hidup teman aku ini yang mana pernah menyatakan padaku disaat temannya yang lain menyatakan dia direhatkan sementara, jawab kawan ku ini “jika engkau boleh jamin aku hidup esok dan masuk syurga, aku akan berhenti dalam gerakkan dakwah ini sekejap dan menurut arahan kamu”.

Sungguh dia dalam keadaan sangat kecewa dan tertekan disaat itu, dia hanya mengeluh sekadarnya dimulut tapi hatinya gelisah bak cacing kepanasan. Dia juga mengadu pada aku, adakah ini disebabkan dosanya yang dahulu sehinggakan dia direhatkan dari bergerak seperti orang lain.

Aku bisu tanpa boleh menyatakan pendapat aku termenung sejenak, adakah ini juga mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, aku dapat rasakan jiwanya akan hidup jika dia bergerak dalam dunia yang dia pilih dan dia akan mati dalam kelemasan perangkap yang dia hadapi.

Aku rindukan dirinya yang lalu yang penuh semangat, yang memasang niat setiap gerak kerja yang dialakukan untuk Dakwah Islam, untuk Allah, untuk Rasul, dan Untuk Mak dan ayahnya. Yang mana dia sendiri lupa untuk niatkan bagi dirinya sendiri. Aku juga rindukan bau busuk jasadnya yang berbekas dari peluh juang Dakwahnya, Aku juga Rindu akan pendapat dan anggapannya, Aku juga dahaga akan pendirian dan ketegasannya, aku juga ingin lihat apa yang dia lihat tapi apakah daya aku untuk membantunya.

Nasihat aku untuknya dikala itu lebih kurang begini walaupun ianya tak membawa apa-apa kesan dan erti, tapi itulah upaya aku disaat itu. “ Jika engkau yakin apa yang engkau buat ini betul dan engkau yakin engkau boleh hidup dengan apa yang ada pada dirimu, maka abaikan segala kata-kata mereka itu, terus maju dan menapak kukuh lah dalam diri kamu segala prinsip-prinsip islam kamu. Aku sebagi seorang individu hanya boleh menolong dalam menyuntik semangat tapi segala-galanya atas keizinan Allah dan keupayaan diri kamu sendiri. Berdiri atas jalan dakwah ibarat kamu berdiri atas bapa api dan duri yang mencucuk daging dan merobak kulit-kulit kamu. Bayangkan Baginda s.a.w yang muliapun menempuh jalan dakwah ini dengan kelaparan, berdarah, ancaman hidup, terhunusnya mata pedang, dan mempertaruhkan nyawanya adakah kita akan berdakwah dengan bergoyang kaki, bersenag lenang sedangkan kita jahil, bnyak dosa, banyak maksiat pada Allah banyak makan, gelak tawa dan banyak alpa serta lalai??, oleh itu wahai teman, jangan jadikan semangat mu lemah dengan kongkongan yang diberi sesungguhnya bagi jiwa sang pendakwah yang tulin, xboleh jalan dengan jalan biasa pasti jalan luar biasa menjadi sasaran kerana bagi mereka kesulitan itu batu lonjatan utk kehadapan.”

Aku senyap dari ucapan aku, aku dipeluknya dan terasa air kepanasan masuk kedalam baju aku dan sedarlah aku dia tengah menahan sesuatu yang sangat perit bagi dia, kata-katanya yang aku ingat sampai sekarang adalah “ Aku bnyak buat dosa pada zaman kecilku, aku sudah kehilangan Mak, aku rasa belum sempat kau berbakti untuknya semasa dia hidup didunia, sekarang Teman izinkan aku pergi dengan mengambil peluang untuk aku menyatakan tentang islam walaupun aku tahu aku ini tak layak sama sekali bergelar da’e, tapi aku ingin berbakti pada Allah da Ibu ku di alam sana, Izin kan aku wahai teman.”

Teman, hidup kita jangan dicari manusia tapi cari lah Allah, jangan fikirkan harta, pangkat, apa tah lagi wanita. Kerana semua ini akan hilang manis madunya didunia, tapi pilih lah Allah sebagai tempat bergantungnya kita. Hidup kita mungkin berakhir hari ini, jadi persiaplah selengkapnya kelengkapan utk berjumpa Allah.
Teman, Aku tidak pandai memberi nasihat tapi aku tak sanggup tengok jiwa muda berkobar-kobarmu terhapus dengan keadaanmu yang terkongkong itu. Namun jangan lah kita lupa xsemestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan xsemestinya yang kita benci itu buruk untuk kita.. Wallahu’alam…

Ahad, 16 Oktober 2011

RTM- HEMA mengaku salah, PMIUTM berlapang dada

Rukun Tetangga Mahasiswa(RTM) merupakan satu inisiatif pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) bagi menghadapai permasalahan sosial dan pencerobohan kolej perempuan yang berlaku dalam UTM. Yang mana ini merupakan satu program yang berbentuk seperti rukun tetangga di kawasan kediaman di luar. Pihak PMIUTM berharap dengan adanya rukun tetangga ini, dapat mengurangkan permasalahan yang berlaku.

RTM diusahakan dan dijayakan oleh mahasiswa UTM sendiri, PMIUTM bertindak sebagai pengurus yang menyusun jadual bertugas dan ahli-ahli PMIUTM dibantu oleh pengawai keselamatan dan pengawai Pusat Islam UTM.

Usaha untuk menjayakan program ini bermula sejak semesta 2 sesi 2010/2011 yang mana sudah pun diberi kelulusan oleh pihak pentadbiran pada 6/4/2011 dan dirancang untuk dimulakan pada pesta Konvo baru-baru ini.

Masalah mula timbul pada peringkat pelaksanaan RTM, yang mana pihak pentadbiran minta PMIUTM untuk menangguhkan pelaksanaannya kerana ketika Majlis Konvokesyen kampus di penuhi tetamu dari luar. PMIUTM akur dengan pemintaan ini dan menangguhkan pelaksanaanya. Tapi malang sehingga sekarang PMIUTM masih dihalang untuk menjalankannya.

Pihak HEMA seolah-olah bermain tarik tali dengan PMIUTM, kelulusan yang telah diberi di katakan tidak sah dan pihak HEMA masih membincangkan hal ini. Pihak HEMA mempertikaikan dan meragui kemampuan PMIUTM dalam menjayakan RTM, selain itu campur tangan pihak Pusat Islam UTM juga mengecewakan.

Sedangkan Pengarah Keselamatan UTM, En. Halim sudah menyatakan persetujuan untuk pelaksaan RTM bersama PMI dan pihak keselamatan bersedia untuk berganding bahu dengan PMIUTM dalam menjayakan RTM.

Perkara ini amat mengecewakan pihak PMIUTM yang mana HEMA tidak profesional dalam menguruskan hal ini dan seolah-olah mempermainkan PMIUTM. Berikutan dari ini satu speaker corner bagi menerangkan RTM kepada mahasiswa dan menyatakan keadaan semasa kepada mahasiswa lain telah dijalankan oleh PMIUTM. Malang sekali speaker corner ini mendapat halangan dari pihak HEMA, tetapi masih dapat dijalankan dalam keadaan yang tegang.

Ketika mesyuarat diantara RTM dan HEMA pada petang jumaat, 14/10/2011 HEMA mengaku bersalah kerana berlaku sedikit salah faham dalam bidang pengurusan dalam meluluskan RTM, kerana cuti selama empat bulan menyebabkan perkara ini tertangguh.

Menurut pengarah RTM Iqmal Hisyam Jinnah “kami dari pihak RTM menerima dengan hati yang terbuka, dan kami berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa kan datang. Harap pihak HEMA melayan pelajar dengan lebih profesional dan tidak mempermainkan pihak pelajar selepas ini. Apapun kami berlapang dada dengan apa yang berlaku”.